Anda di halaman 1dari 3

SJK(T) LADANG KRIAN,

JALAN BUKIT PANCHOR,


14300 NIBONG TEBAL, SPS.

TEL:04.5930395

_________________________________________________________________________

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT


SEKOLAH SJK (T) LADANG KRIAN
1.

PENDAHULUAN
Merentas desa mula pukul 7.30 pagi. Semua pelajar dan guru Kejohanan merentas
desa peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang dijalankan sebagai
pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut takwim sekolah. Kejohanan ini
memupuk semangat juang pada setiap atlit yang bertanding untuk menjadi juara
individu serta kerjasama berpasukan untuk memastikan pasukan yang diwakili
mereka menjadi juara berpasukan. Setiap tahun SJK T Ladang Krian telah berjaya
menghasilkan pelari merentas desa yang baik dan kompetitif .Agenda pertama
adalah menjalankan senaman erobik sebelum berlari. Selepas itu, ucapan guru
besar diadakan serta mula aktiviti merentas desa.

2.

3.

MASA DAN TEMPAT


Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :Tarikh : 27 Jun 2015
Masa: 8.00 11.30 pagi
Tempat : Kawasan perindustrian Jalan Bukit Panchor
KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN
Semua warga SJK(T) Ladang Krian telah bekerjasama untuk memastikan
perjalanan
kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang
mempunyai masalah kesihatan) telah turut serta berlari di sepanjang laluan yang
telah disediakan. Seramai 200 para pelajar melibatkan diri dalam program merentas
desa. Para guru juga telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada

mereka dengan begitu cemerlang. Guru besar telah turun padang untuk melepaskan
para peserta.Bilangan guru yang hadir adalah 24 termasuk guru pelatih. Bilangan
pelajar yang tidak hadir adalah 3 orang Pn.Prema,Pn.Tharani, _______

4.

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN


Terdapat enam kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang telah
ditetapkan iaitu mengikut kelas.

5.

KEKUATAN
Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan
kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada kali ini. Para guru juga begitu
komited dalam menjalankan tugas masing-masing. PIBG dan ibu bapa pelajar turut
membantu pelajar dan memberi sumbangan yang besar dengan membantu guru
sekolah.Para pelajar pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah
ciri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan. Sokongan
daripada PIBG amat membantu untuk menjayakan program merentas desa.
Sumbangan daripada En.Rajesh adalah membelikan 120 hadiah kepada pemenang.
Sumbangan ini amat dihargai.Penggunaan hadiah akan dijelaskan pada
LAMPIRAN 1

6.

KELEMAHAN
Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak
mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung. Salah satunya ialah kawalan lalu
lintas yang kurang teratur di mana para peserta berlari menggunakan keseluruhan
permukaan jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan-kenderaan lain untuk
melintas. Sewaktu kejohanan ini berlangsung, terdapat juga kenderaan besar
melintas jalan RELA ada kekeliruaan manakala mengalihkan jalan raya yang
mana iaitu jalan kanan atau kiri. Walaupun begitu mereka telah berusaha sebaik
mungkin untuk membantu para peserta yang terlibat. Walaupun pihak sekolah
menghantar surat kepada Trafik Polis untuk bertugas pada hari berkenaan tetapi
tiada memberi kerjasama.

7.

PENUTUP
Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang
masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar
kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan
datang.

Disediakan oleh:
.........................

LAMPIRAN 1
DARJAH
1 (LELAKI)
1(PEREMPUAN)
2 (LELAKI)
2(PEREMPUAN)
3 (LELAKI)
3(PEREMPUAN)
4 (LELAKI)
4(PEREMPUAN)
5 (LELAKI)
5(PEREMPUAN)
6 (LELAKI)
6(PEREMPUAN)
JUMLAH

EMAS
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
12

GANGSA
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
12

PERAK
8
8
8
8
8
8
8
8
8
8
8
8
96

JUMLAH
10
10
10
10
10
10
10
10
10
10
10
10
120