Anda di halaman 1dari 18

Artikel 1

1.0

Pengenalan
Tajuk Artikel
Profil Personaliti Dan Faktor Pemilihan Profesion Perguruan Di
Kalangan Pelajar Kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM

Artikel ini telah di hasilkan oleh Faizah Bte Abd Ghani dari Fakulti
Pendidikan UTM. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
faktor

pemilihan

profesion

perguruan

dan

adakah

terdapat

profil

personaliti guru dalam diri pelajar untuk memilih profesion perguruan


sebagai kerjaya. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
keselarasan profil personaliti dengan faktor pemilihan kerjaya yang
diutarakan oleh Teori Holland dan mengetahui personaliti yang lebih baik
untuk menjadi guru dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) (SPJ) dan (Kejuruteraan Awam)
(SPA), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Rekabentuk
kajian ini adalah reka bentuk kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi
Kerjaya Holland (1973). Sermai 40 responden telah dipilih menggunakan
teknik persampelan purposif atau bertujuan.
2.0

Perbincangan

Kerjaya dalam bidang perguruan merupakan salah satu kerjaya dalam


bidang professional yang menjadikan guru sebagai ahli masyarakat yang
mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat
yang berstatus. Kerjaya ini juga memerlukan latihan ikhtisas untuk
memantapkan pengetahuan dan kebolehan guru untuk mendidik muridmurid di sekolah. Oleh yang demikian, seseorang itu perlu menerima
latihan dalam institusi perguruan untuk menjadi seorang guru yang
bertauliah. Contohnya seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau

Sijil Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia
boleh mengajar di sekolah kerajaan.
Personaliti yang baik semestinya diterapkan di dalam diri individu itu.
Personaliti yang ada pada seorang guru menjamin kecermerlangan
pencapaian akademik secara menyeluruh kerana personaliti yang baik
dapat meningkatkan motivasi dan pelajar. Nilai kerjaya perguruan adalah
suatu yang tidak dapat dibandingkan, hanya mereka yang dapat melihat
dengan hati terbuka akan mengetahui tingginya tugas pendidikan.
Kajian

ini

adalah

kajian

korelasi

yang

melihat

kaitan

di

antara

pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Dalam


kajian ini profil personaliti merupakan pembolehubah tidak bersandar,
manakala pembolehubah bersandar ialah faktor pemilihan profesion
perguruan responden. Oleh itu, penyelidik melihat hubung kait antara
profil personaliti dengan faktor pemilihan profesion perguruan. Melalui
dapatan kajian yang telah diperolehi, faktor minat merupakan faktor
utama dalam faktor pemilihan profesion perguruan di mana responden
menunjukkan minat kepada mata pelajaran teknikal yang menjadi pilihan
tertinggi iaitu 100% responden bersetuju bahawa minat mendalam
terhadap mata pelajaran teknikal menyebabkan responden memilih
profesion perguruan sebagai kerjaya mereka. Responden juga tidak
bersetuju dengan penyataan memilih kerjaya perguruan atas kemahuan
ibu bapa mereka. Hal ini kerana pelajar sememangnya berminat dalam
arena perguruan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dan ingin
mendidik anak bangsa supaya terus maju kehadapan bagi menyahut
seruan kerajaan dan negara.
Faktor ganjaran menjadi faktor kedua responden memilih profesion
perguruan secara keseluruhannya. Berdasarkan analisis dapatan kajian,
penyelidik mendapati ramai responden yang bersetuju bahawa pemilihan
profesion perguruan dipengaruhi oleh cuti yang panjang dan terdapat cuti
khas

dalam

kerjaya

perguruan.

Cuti

yang

panjang

membolehkan

responden ini meluangkan masa dengan keluarga dengan lebih kerap.


2

Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden


memilih profesion perguruan bukan kerana gaji yang lumayan. Ini
mungkin kerana dengan kebajikan sedia ada, mereka boleh memberikan
sepenuh hati terhadap pengajaran dan dapat menyampaikan ilmu dengan
hati yang ikhlas. Ganjaran dari segi gaji tidak memberi impak dalam
pemilihan profesion perguruan. Gaji yang tinggi sememangnya dapat
diperolehi daripada kerjaya lain yang diceburi, tetapi jaminan masa
hadapan

dan

kebajikan

pekerja

yang

diterapkan

dalam

profesion

perguruan menguatkan lagi faktor pemilihan berlandaskan faktor ganjaran


responden memilih profesion perguruan.
Faktor dorongan menjadi faktor ketiga responden memilih profesion
perguruan secara keseluruhannya. Hasil kajian juga mendapati bahawa
responden lebih mengutamakan kemahuan keluarga kerana keluarga
mereka telah menaruh harapan yang tinggi untuk mereka memilih
profesion perguruan ini. Ibu bapa juga adalah pemberi dorongan dan
nasihat untuk responden memilih profesion perguruan. Sebanyak 90%
responden

bersetuju

bahawa

pemilihan

profesion

perguruan

mesti

dipersetujui oleh ibu bapa mereka.


3.0

Kesimpulan

Kerjaya ibarat penentu dalam menentukan sama ada seseorang itu


berjaya dalam hidupnya atau sebaliknya. Setiap individu mempunyai
kecenderungan dan minat yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Begitu
juga dalam pemilihan kerjaya, pilihan yang tepat perlu dibuat supaya
tidak menyesal di kemudian hari. Pemilihan kerjaya yang tepat dapat
memberikan keseronokan dan kepuasan kepada setiap orang. Sebaliknya,
pemilihan kerjaya yang kurang tepat boleh mendatangkan rasa bosan
malah boleh memusnahkan masa depan seseorang. Oleh itu, adalah
penting

bagi

seseorang

mengambil

kira

faktor-faktor

yang

boleh

memberikan kebaikan kepada mereka terhadap kerjaya yang dipilih.


Tanggungjawab utama pendidik perlu mainkan adalah proses mendidik
dan membentuk anak-anak dalam segi jasmani dan rohani serta
3

menyediakan mereka dalam segi mental dan sosial. Sikap ini perlu
diterapkan sepanjang masa dalam diri seorang guru. Kesilapan guru
kadangkala

boleh

menyebabkan

murid-murid

tersalah

arah

akibat

kesilapan guru tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa tugas guru bukan
setakat mengajar isi pelajaran tetapi juga membentuk akhlak dan
personaliti pelajar.

Artikel 2:
1.0

Pengenalan
Tajuk Artikel
Nilai, Sikap dan Amalan Pegawai Kanan Institusi Pengajian Tinggi

Terhadap Program Pembangunan Usahawan Siswa.


Artikel ini diambil dari Jurnal Kemanusiaan, 14, 96-115. Artikel ini
dihasilkan oleh Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang dan Nooran Nashriah
Ramli pada tahun 2009. Kajian ini adalah kajian korelasi yang dijalankan
ialah untuk mengukur nilai, sikap dan amalan pegawai kanan IPT terhadap
4

PPUS. Instrumen kajian ini adalah satu set borang soal selidik. Seramai 35
orang pegawai kanan dari tujuh buah institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) dipilih secara rawak berstrata (mengikut wilayah di Malaysia)
daripada sejumlah 20 buah IPTA di Malaysia telah menjadi responden
kajian. Majoriti responden menyandang jawatan sebagai dekan dan
mereka tidak ada pengalaman perniagaan. Objektif kajian adalah untuk
mengkaji profil pegawai kanan IPT yang berkait dengan program
keusahawanan pelajar, mengukur persepsi pegawai kanan terhadap
kejayaan keusahawanan, mendapat respon berkaitan nilai, sikap dan
amalan pegawai kanan dalam menyokong PPUS dan menentukan
hubungan antara pembolehubah utama.
2.0

Perbincangan

Masalah pengangguran di kalangan siswa menjadi satu kebimbangan


kepada segelinap masyarakat kini. Baik di pihak ibu bapa dan siswa
sendiri, malah masalah ini turut mempengaruhi tingkat pembangunan
negara. Dengan kesedaran beberapa pihak terutamanya Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) satu program telah
dirangka dan dilaksanakan di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih
dengan bermatlamat untuk memupuk minat perniagaan di kalangan
pelajar seterusnya memilih kerjaya keusahawanan apabila mereka tamat
pengajian.

Namun

begitu

setelah

beberapa

tahun

ia

dilaksana

keputusannya hampar, hanya separuh graduan yang memilih kerjaya


usahawan.
Semua

Program

dinamakan

keusahawanan

Program

di

Institusi

Pembudayaan

Pengajian

Keusahawanan

Tinggi
Siswa

(IPT)
yang

mempunyai empat aktiviti utama. Aktiviti pertama merupakan modul


keusahawanan yang diajar untuk semua pelajar tahun pertama sebanyak
dua

jam

kredit.

Aktiviti

kedua

ialah

menganjurkan

kursus

asas

keusahawanan siswa selama lima hari untuk pelajar tahun akhir. Manakala
aktiviti ketiga ialah PPUS tajaan MeCD, iaitu subtopik dalam perbincangan
5

kali ini. Aktiviti keempat pula ialah program Student In Free Enterprise
(SIFE) yang bertujuan untuk menggalakkan siswa menjalankan aktiviti
ekonomi dan kemasyarakatan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan
sosial masyarakat setempat. Bagi mengungkai persoalan kenapa bidang
keusahawanan tidak menjadi kerjaya pilihan satu kajian soal selidik telah
dibuat dan diedarkan melalui email kepada beberapa pegawai kanan IPT
yang terdiri daripada dekan dan mereka yang tiada pengalaman dalam
bidang perniagaan. Melalui soal selidik yang dijalankan responden
mempunyai

persepsi

yang

sederhana

tinggi

terhadap

bidang

keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Pegawai kanan tidak yakin bahawa


bidang keusahawanan dapat menjamin masa depan pelajar. Sebaliknya,
nilai responden terhadap PPUS adalah tinggi, manakala sikap dan amalan
mereka dalam menyokong program keusahawanan berada pada tahap
sederhana tinggi.
Kurangnya motivasi dalam diri para graduan juga menjadi faktor mereka
tidak memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya. Minda sudah
menetapkan tidak suka akan cabaran maka diri lebih cenderung memilih
kerja yang lebih mudah iaitu bekerja makan gaji. Malangnya disebabkan
persaingan sengit pasaran kerja kini, tidak semua graduan bakal perolehi
kerja-kerja yang di idamkan. Selain itu sikap memilih kerja segelintir
daripada mereka turut memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian
peningkatan tahap pengangguran makin bertabah dari masa ke masa.
Secara tidak langsung turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi
negara. Semua kesan ini mungkin tidak akan dapat dilihat secara
langsung pada masa yang singkat namun beberapa tahun akan datang
kesannya jelas dapat dilihat sekiranya tidak ada penyelesaian yang
berterusan.
Oleh yang demikian, motivasi dan juga pendedahan betapa pentingnya
bidang keusahawanan kepada mahasiswa adalah sangat penting. Tidak
hanya bergantung kepada program yang dianjurkan di universiti serta
sokongan kuat beberapa pihak dalam menjayakan modul keusahawanan
tetapi kesedaran tentang manfaat serta faedah yang berguna mengenai
6

keusahawanan. Seperti yang diketahui pembangunan usahawan ini


merupakan salah satu kerjaya yang sangat mulia, agama Islam sangat
menggalakkan

masyarakatnya

menceburi

bidang

ini.

Bidang

keusahawanan merupakan punca rezeki yang utama iaitu sembilan


daripada sepuluh punca rezeki menerusinya. Selain itu menjalankan
usahawan dengan cara yang betul mengikut syarak dianggap satu ibadah
kepada umat Islam.
Sekali lagi ditekankan persepi, nilai, sikap dan amalan pegawai kanan IPT
perlu seiring dengan usaha yang dikehendaki kerana ianya saling
berkaitan, sokongan mereka amat penting bagi membuktikan program
keusahawanan bukan sahaja satu aktiviti yang hanya dijayakan serta
dijalankan di universiti tetapi sebagai satu bidang kerjaya pilihan.
3.0

Cadangan

Antara cadangan yang dikemukan penyelidik bagi menjayakan pendidikan


keusahawanan di peringkat universiti ialah;
1. Mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih erat antara beberapa
kementerian yang bertanggungjawab untuk memberi kesan sinergi
bagi pembangunan usahawan.
2. Memperkemaskan lagi modus operandi pentadbiran PPUS.
3. Semua IPT hendaklah menggubal satu polisi atau

dasar

keusahawanan siswa agar dapat memandu tadbir urus perancangan


dan pelaksanaan program keusahawanan di kampus.
Selain

itu

penyelidik

turut

menyatakan

pelaksanaan

PPUS

seharusnya tidak terhad kepada aktiviti perniagaan dalam kampus sahaja


tapi hendaklah memberi peruntukan untuk menempatkan pelajar yang
berminat dan terpilih untuk menjalankan program latihan di syarikatsyarikat swasta dalam tempoh masa tertentu.
4.0

Kesimpulan

Pihak IPT perlu mewujudkan persekitaran keusahawanan yang sesuai


dalam kampus. Pihak IPT perlu memberi pendedahan lebih luas kepada
pagawai kanan tentang ilmu keusahawanan juga merupakan salah satu
cadangan bagi menjayakan pendidikan keusahawanan di universiti. Bagi
menggalakkan pensyarah melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan
pelajar, dicadangkan supaya sistem ganjaran diubahsuai. Setiap universiti
hendaklah menjemput usahawan yang berjaya dalam pelbagai bidang,
sebagai adjunct lecturer untuk memberi ceramah kepada pelajar. Setiap
universiti

hendaklah

menggalakkan

projek

penyelidikan

dan

pembangunan dalam bidang keusahawanan, mempromosikan semua


inovasi di universiti dan mengkomersialkan produk penyelidikan.
Pihak IPT perlu mengkaji persepsi pensyarah yang terlibat secara
langsung dengan aktiviti keusahawanan pelajar. Apakah kaedah terbaik
untuk membudayakan keusahawanan di peringkat pengajian tinggi. Pihak
IPT hendaklah menjalankan kajian untuk menentukan faktor-faktor yang
mempengaruhi

pencapaian PPUS.

Melalui

cadangan-cadangan

yang

dikemukan jelas menunjukkan nilai, sikap dan amalan pegawai kanan IPT
terhadap program keusahawanan siswa adalah berkait.

Artikel 3
1.0

Pengenalan
Tajuk artikel
Hubungan Antara Peranan Individu Dan Organisasi Dengan Amalan
Pembangunan Kerjaya

Artikel ini ditulis oleh Norhani Bakri, Yoong Soon Kiong dan Hanipah Hussin
daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Penyelidik menggunakan
kajian korelasi yang bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara
peranan individu dan organisasi dengan amalan pembangunan kerjaya
dalam Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (TDM) di kawasan Johor Baru.
Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti halangan utama dalam aktivitiaktiviti pembangunan kerjaya di TDM. Sampel kajian adalah seramai 86
orang dan mempunyai latarbelakang yang berbeza dari segi jantina,
umur, kaum, status perkahwinan, tahap pencapaian akademik, jawatan
dan tempoh perkhidmatan. Responden bagi sampel kajian ini terdiri
daripada semua pegawai TDM yang bertugas di Kem Majidee, Johor Bahru

dan Kem Tebrau, Johor Baru. Soal selidik adalah instrumen utama yang
digunakan dalam kajian ini.
2.0

Perbincangan

Pembangunan kerjaya

adalah perancangan kerjaya

individu

dalam

mengenalpasti matlamat utama pekerja dan menentukan apa yang


diperlukan bagi mencapai matlamat berkenaan. Pembangunan kerjaya
dalam organisasi melihat individu sebagai memenuhi keperluan organisasi
dan menyediakan setiap individu kerjaya personal dan isu-isu gaya
kehidupan yang lain. Fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti
persepsi pegawai terhadap langkah langkah yang diambil oleh TDM dalam
aktiviti-aktiviti pembangunan kerjaya, mengenalpasti hubungan antara
peranan

individu

dengan

aktiviti-aktiviti

pembangunan

kerjaya,

mengenalpasti hubungan antara peranan organisasi TDM dengan aktivitiaktiviti pembangunan kerjaya dan mengenalpasti halangan utama dalam
aktiviti-aktiviti pembangunan kerjaya dalam organisasi TDM. Dalam
mengenalpasti hubungan, pembolehubah bebas bagi peranan individu
diukur

dari

segi

komitmen,

penglibatan

dan

wawasan

manakala

pembolehubah bersandar iaitu aktiviti-aktiviti pembangunan kerjaya yang


merangkumi

perkara-perkara

seperti

latihan

dan

pembangunan,

pampasan dan faedah serta pengambilan dan penempatan. Dalam


mengenalpasti hubungan juga, pembolehubah bebas bagi peranan
organisasi diukur dari segi keadilan, ketulusan dan kejelasan manakala
pembolehubah bersandar adalah tidak berubah.
Kajian ini melihat peranan organisasi dari tiga aspek iaitu dari segi
keadilan, ketelusan dan kejelasan. Hasil kajian mendapati hubungan
positif tetapi sederhana antara peranan organisasi dan aktiviti-aktiviti
pembangunan kerjaya TDM. Daripada tiga aspek peranan organisasi yang
dinilai, peranan organisasi dari segi kejelasan paling signifikan dengan
aktiviti-aktiviti pembangunan kerjaya TDM. Seterusnya diikuti dengan
keadilan dan ketelusan. Dapatan kajian ini telah menjawab persoalan

10

kajian kerana terdapat hubungan yang positif tetapi sederhana antara


peranan organisasi dengan aktiviti-aktiviti pembangunan kerjaya TDM.
Halangan yang paling dominan dalam aktiviti-aktiviti pembangunan
kerjaya TDM ialah taraf pendidikan manakala faktor taraf perkahwinan
menjadi faktor yang paling kurang dominan. Perkara ini dipengaruhi oleh
demografi responden kerana majoriti responden berpendidikan pada
peringkat Diploma dan ke atas. Ini disebabkan TDM mempunyai institusi
pengajian tinggi iaitu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
yang dahulunya dikenali sebagai Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang
melahirkan pegawai tentera dengan kelayakan peringkat Sarjana Muda.
Selain itu, TDM juga mempunyai Kolej Tentera Darat (KTD) yang
melahirkan pegawai TDM berkelayakan Diploma. Kedua-dua pusat latihan
ini membolehkan TDM mendapatkan pegawai yang terlatih untuk
menyertai TDM dengan memiliki kelulusan akademik pada tahap Diploma
dan Sarjana.
3.0

Cadangan

Bagi mengatasi halangan utama bagi amalan pembangunan kerjaya


dalam TDM, pengkaji mencadangkan agar perkara berikut dilaksanakan:
i.

Cadangan Kepada Individu

a. Percaya pembangunan kerjaya diperlukan dalam kerjaya dan


bertanggungjawab untuk membentuk kerjaya sendiri.
b. Menetapkan matlamat dan perancangan kerjaya serta melibatkan diri
dalam perancangan kerjaya sendiri.
c. Melihat perancangan kerjaya adalah penting dan sentiasa melibatkan
diri dalam peluang kerjaya secara sukarela.
d. Sentiasa berbincang dengan pegawai atasan berkenaan dengan kerjaya
untuk mendapat maklumat yang berkaitan dengan peluang kerjaya.

11

e. Mempunyai keinginan untuk meningkatkan kerjaya ke tahap yang lebih


tinggi.
f. Mempunyai keinginan untuk meningkatkan tahap kemahiran ke tahap
yang lebih tinggi.
g. Mempunyai keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan ke
tahap yang lebih tinggi.
ii.

Cadangan Kepada TDM

a. TDM perlu mengkaji semula sistem kenaikan pangkat sesuai dengan


keperluan semasa organisasi seperti anggota yang berpendidikan diberi
tanggungjawab dan jawatan serta pangkat yang lebih tinggi.
b. TDM perlu mengkaji semula sistem latihan yang sedia ada supaya
sesuai dengan keadaan semasa dari aspek teknologi, sumber manusia,
kewangan dan kemudahan yang sedia ada.
c. TDM perlu mengkaji semula sistem perkhidmatan yang sedia ada
supaya dapat mengekalkan anggota yang kompetan dan juga
mengenalpasti anggota yang kurang kompetan dan memerlukan
intervensi dari segi latihan, bimbingan, kaunseling dan sebagainya.
d. TDM perlu menyediakan maklumat laluan kerjaya mengenai minat
individu, rujukan dan data serta peluang yang ada kepada anggota
tenteranya secara berterusan.
e. TDM perlu menyediakan maklumat mengenai keperluan kerja,
keperluan tugas dan keperluan kemahiran setiap peringkat kerjaya
kepada anggota tenteranya.
f. TDM perlu menyediakan keperluan latihan dan pembangunan untuk
meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap berkaitan kerja kepada
anggota tenteranya secara adil, tulus dan jelas.

12

g. TDM perlu menyediakan lebih banyak peluang untuk para pegawai TDM
untuk melanjutkan pelajaran.
iii.

Cadangan Kepada Pegawai TDM

a. Pegawai TDM perlu komited dan menerima tanggungjawab terhadap


kerjaya yang dipilih.
b. Pegawai TDM perlu memilih perjalanan kerjaya selari dengan minat,
kepakaran dan nilai yang dipegang.
c. Pegawai TDM perlu melibatkan diri dalam latihan dan pembangunan
dan mengambil faedah daripada peluang-peluang pembangunan kerjaya
mereka.
d. Pegawai TDM perlu membangunkan matlamat dan perancangan kerjaya
dan membuat susulan perancangan kerjaya yang realistik.
e. Pegawai TDM perlu melibatkan diri dalam perancangan kerjaya mereka
dan membuat perbincangan berkenaan pembangunan kerjaya dengan
pihak atasan.
4.0

Kesimpulan

Pembangunan kerjaya hendaklah dilihat sebagai satu usaha kerjasama


yang berterusan antara individu dan organisasi dalam memantapkan
sumber tenaga agar menjadi lebih kompeten dan mampu membawa
organisasi ke satu tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

13

Artikel 4
1.0

Pengenalan
Tajuk artikel

Kesesuaian

kemahiran

asas

pertanian

di

Sekolah

Menengah

Teknik/Vokasional Pertanian ke arah persediaan menceburi bidang usaha


tani.
Artikel ini dihasilkan oleh Yahya bin Buntat & Norakmal binti Mohd Zahari
dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tujuan penyelidik
menjalankan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesesuaian kemahiran
asas pertanian di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Pertanian ke arah
persediaan menceburi bidang usahatani yang merangkumi kesesuaian
kurikulum asas pertanian, aspek kemahiran, minat pelajar serta latihan
dan bimbingan terhadap kesesuaian kerjaya yang disediakan kepada
pelajar untuk membina kerjaya dalam bidang usahatani. Sampel yang
digunakan di dalam kajian ini adalah terdiri daripada 60 pelajar-pelajar
tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian di
Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka dengan menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen kajian
2.0

Perbincangan

Pelaksanaan pengajaran Sains Pertanian pada peringkat menengah


rendah mungkin membebankan pelajar memandangkan pada peringkat
menengah rendah setiap pelajar wajib mengambil semua mata pelajaran
yang ditawarkan untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR). Pelajar yang terlibat dalam bidang ini dikatakan akan
14

dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran terkini. Namun yang lebih


utama adalah kemahiran yang ada pada tenaga pengajar atau lebih
khusus adalah kemahiran pada seorang guru amatlah penting. Guru
merupakan individu yang paling rapat dengan pelajar dalam bidang
pendidikan

dan

mereka

merupakan

individu

rujukan

para

pelajar

sekiranya timbul sebarang sangsian. Guru yang mengajar pelajar dalam


bidang pertanian perlulah mendapat latihan yang terkini terhadap
teknologi dan kemahiran yang diperlukan selari dengan kehendak industri
semasa.
Fokus pada pelajar Sains Pertanian yang berada di tingkatan empat kini
merupakan pelajar yang memilih sendiri untuk mendapatkan pendidikan
berkaitan bidang ini. Oleh itu, pelajar ini dikatakan akan terlibat dalam
bidang ini sehingga ke akhir. Dalam usaha untuk mendapatkan bimbingan
yang terbaik mengenai bidang ini, pelajar juga perlu didedahkan dengan
pengetahuan mengenai kerjaya masa hadapan dalam bidang Sains
Pertanian. Sekali lagi, guru merupakan sumber rujukan utama dalam
mendapatkan info dan maklumat terkini mengenai perkembangan semasa
dalam bidang Sains Pertanian. Tanggungjawab guru dalam mendapatkan
maklumat tersebut dan disampaikan kepada pelajar merupakan tugas
yang sepatutnya namun masih terdapat guru yang tidak mengambil berat
mengenai perkembangan terkini dalam bidang pertanian ini.
Penekanan seharusnya diberikan kepada aspek pengetahuan dan latihan
kemahiran

vokasional

untuk

melahirkan

tenaga

kerja

yang

berkemampuan. Melalui kursus atau latihan yang dianjurkan untuk


meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian,
terutamanya untuk golongan muda. Langkah memperkenalkan mata
pelajaran itu di peringkat awal juga untuk membolehkan para pelajar
menyalurkan kreativiti selain menanamkan minat terhadap bidang yang
mereka ingin ceburi.
Institusi pendidikan seharusnya tidak bergerak bersendirian, mereka
hendaklah mempunyai rantaian dengan pihak luar lebih-lebih lagi pihak
15

swasta seperti sektor industri yang bakal menerima produk keluaran


mereka dari segi keperluan latihan semasa. Kurangnya penyelidikan
tentang

bidang-bidang

pendidikan

yang

ditawarkan

oleh

institusi

pendidikan adalah disebabkan oleh masalah dana yang tidak mencukupi,


di sini pihak swasta memainkan peranan dengan membantu institusi
pendidikan membuat penyelidikan supaya teknologi pendidikan selari
dengan perkembangan sektor swasta. Beberapa perkara yang perlu di
bincangkan adalah:
i.

Persepsi belia terhadap pertanian

Akibat kesukaran mendapatkan pekerjaan dan persaingan yang hebat


dalam merebut jawatan di sektor awam dan swasta, persepsi belia
lepasan IPT tentang bidang pertanian sedikit demi sedikit mulai berubah
ditambah pula setelah melihat kejayaan usahawan tani yang berjaya dan
memperoleh pendapatan yang lumayan. Golongan belia berpendidikan
pada hari ini juga lebih terbuka dan melihat potensi yang terbuka luas
untuk mereka ceburi di bidang pertanian. Mereka tidak lagi boleh
bergantung kepada kerja makan gaji, mereka perlu mengambil keputusan
untuk keluar daripada paradigma lama menjadi usahawan yang berjaya di
bidang pertanian.
ii.

Aplikasi teknologi di bidang pertanian

Pemodenan

bidang

pertanian

dewasa

ini

serta

langkah

kerajaan

menghantar peserta projek untuk mempelajari teknik-teknik pertanian


baru di dalam dan luar negara dan aplikasi teknologi moden yang lebih
mudah dan menjimatkan masa ditambah pula dengan pengenalan baka
dan benih bermutu yang mengeluarkan hasil dalam tempoh yang singkat
menambahkan minat dan kecenderungan golongan belia untuk menceburi
sektor pertanian.
iii.

Pendapatan

sampingan

pertanian

16

dan

industri

hiliran

sektor

Menceburi sektor pertanian juga tidak menghadkan peserta hanya kepada


satu aktiviti. Kebiasaannya peserta yang terlibat dalam projek tanaman
cili umpamanya dapat mempelbagaikan usahanya dengan aktiviti lain
seperti

mengusahakan

kolam

ikan

di

kawasan

yang

sama

dan

mengeluarkan produk berasaskan cili seperti Sos Cili dan Cili Boh. Aktiviti
tambahan dan industri hiliran ini memberikan pulangan yang lumayan.
iv.

Hubungan Keluarga dan Masyarakat

Keluarga dan masyarakat merupakan dua entiti berpengaruh dalam


pengambilan keputusan oleh individu yang menjadi ahli keluarga dan ahli
masyarakat.

Perubahan

zaman

dan

kepesatan

pembangunan

menyaksikan pandangan keluarga dan masyarakat juga telah berubah.


Ibu bapa tidak lagi menghalang anak-anak mereka lepasan IPT menceburi
bidang pertanian melihat insentif yang ditawarkan oleh pihak kerajaan
kepada golongan siswazah tani begitu juga pandangan dan tanggapan
masyarakat. Mereka tidak lagi memandang rendah keopada belia tani
sebaliknya menghormati keputusan mereka malah turut memberikan
sokongan dan bantuan.
3.0

Kesimpulan

Dalam merangsang sektor pertanian dan industri asas tani, kerajaan telah
merancang untuk menjadi sektor ini sebagai ejen ketiga pertumbuhan
ekonomi.

Bidang

industri

asas

tani

telah

menjadi

rangkuman

tanggungjawab Kementerian Pertanian supaya sektor pertanian dan


industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan
rantaian bekalan, pengeluaran, penyimpanan, pemasaran sehingga dijual
kepada pengguna. Usaha untuk menjadikan negara ke arah keutamaan
kepada sektor pertanian, menyediaan tenaga mahir di peringkat awal
merupakan langkah permulaannya.
Permulaan ini telah pun dimulakan dengan mewujudkan pendidikan Sains
Pertanian yang telah diperkenalkan pada peringkat menengah atas iaitu
bermula

pada

tingkatan

empat.

Memandangkan
17

pendidikan

Sains

Pertanian ini telah lama diwujudkan pada peringkat ini, menjadi tanda
tanya terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran sama ada
selari dengan teknologi masa kini atau pun berasaskan kehendak industri.
Hal ini disokong oleh Alimuddin Mohd. Dom (2008) yang menyatakan
bahawa Kementerian Pelajaran akan mengkaji semula pengajaran mata
pelajaran Sains Pertanian di sekolah supaya ia selari dengan keperluan
negara.
Rasional pengkajian semula dijalankan adalah untuk memperkukuhkan
mata pelajaran tersebuat dalam menyahut langkah kerajaan untuk
mempertingkatkan produktiviti pertanian negara. Oleh itu, dapatlah
dikatakan

bahawa

sekolah

teknik/vokasional

menekankan

aspek

pengetahuan sekaligus kemahiran terhadap bidang pertanian. Namun


begitu pelajaran yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini tidak mencukupi
untuk melengkapkan seseorang itu dengan kemahiran yang setanding
dengan keperluan industri semasa. Hal ini dapat dilihat pada mata
pelajaran Sains Pertanian yang dipelajari oleh pelajar sekolah sehingga ke
PT3. Aspek pendekatan yang ada dalam mata pelajaran Sains Pertanian
dibekalkan dengan kemahiran yang menyediakan pada keperluan industri.
Namun, kemahiran yang diberikan semasa latihan amali mengikut
keperluan industri atau telah melewati masa perlu diberi perhatian.
Kemahiran generik atau lebih dikenali dengan kemahiran insaniah perlu
dipelajari,

difahami

seterusnya

dihayati

sebagai

nilai-nilai

utama

kehidupan. Nilai-nilai inilah yang akan melahirkan modal insan yang akan
mampu meneruskan kesinambungan kemajuan Negara.

18

Anda mungkin juga menyukai