Anda di halaman 1dari 17

HBEF1403/701109115293001

_______________________________________________________________________________

HBEF2303
SENI DALAM PENDIDIKAN
MEI 2014

GURU IMAGINATIF, KREATIF DAN KRITIS DENGAN


MENGGUNAKAN ELEMEN-ELEMEN PSV DAN MUZIK
BOLEH MENJADIKAN PDP DI SEKOLAH LEBIH SERONOK
DAN BERKESAN.
NAMA

:MOHD HIZARUDIN BIN HANAFI

I / D PELAJAR

: 701109115293001

EMAIL

: nodinskbd@yahoo.com

NO. TELEFON

: 017-9271928

TUTORS NAME
LEARNING CENTRE

: EN. AHMAD PUAD B. ABDUL AZIZ


: TERENGGANU LEARNING CENTRE

MEI 2014 SEMESTER


1

HBEF1403/701109115293001

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN.

2.0

PENGALAMAN.

4 13

2.1-Teori Gardner.
2.2- Ekspresi.
2.3-Maklumat Sokongan ( Sorotan Kajian).

3.0

KESIMPULAN.

15

4.0

RUJUKAN.

16

5.0

BIBLIOGRAFI

17

1.0

PENGENALAN

HBEF1403/701109115293001
Pengalaman adalah suatu proses pembelajaran,pertambahan dan perkembanan potensi kepada
suatu pola tingkahlaku yang baik, pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan bagikanankkanak dapat menjana pembelajaran dalam pelbagai bidang, bagiperkembangan kognitif kanakkanak menggunakan seni untuk meluahkan perasaan. Pengalaman yang diperolehi dalam seni
dalam pendidikan dapat menzahirkan kesedaran kinestatik yang mendalam serta kepintaran
menggunakan tubuh badan. Pengalaman memberipeluang kepada remaja dan kanak-kanak bagi
menyelesaikan masalah, meneroka,eksperimentasi mengambil risiko,membuat penilaian,
mencipta secara kreatif dan membuat pilihan.
Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui
peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Ini kerana ia melibatkan gabungan tiga
elemen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Maka, penglibatan ketiga-tiga jenis seni tersebut
dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik. Seni menekankan unsur warna,
muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang.
Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan bagi menghasilkan satu suasana pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Menurut Fowler (1981)
mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam keadah pengajaran,
kemahiran- kemahiran bermotor termasuk pergerakan kemahiran- kemahiran berasas,
permaianan, tarian dan aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam proses
pembelajaran serta menggabungkan kesemua faktor pergerakan yang disarankan oleh Rudolf
Laban. Jadi ini akan mendorong guru dan pelajar bersikap lebih kreatif. Seni dapat merangsang
deria dan minda pelajar serta meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan.
Oleh itu, kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk
mendapatkan pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni dalam
pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaan deria kanak-kanak
dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi.
Justeru segala aktiviti yang dilakukan boleh didapati secara langsung berdasarkan
pengalaman-pengalaman yang diperoleh. Ini kerana mereka diberi peluang untuk
mengalaminya sendiri iaitu dengan cara meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar,
sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti yang dilakukan. Jadi ia menggalakkan
3

HBEF1403/701109115293001
mereka memberi pandangan dan boleh berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis serta dapat
memberikan keseronokan dan kegirangan kepada kanak-kanak di dalam bilik darjah. Sebagai
contoh berdasarkan pengalaman permainan. Kemahiran membaling dan menangkap pundi
kacang bersama rakan mungkin dapat dipindahkan dan dipraktikkan dalam kemahiran
membaling dan menangkap bola jaring atau bola lisut.

2.0 -

PENGALAMAN
Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman , 2004 menyatakan bahawa mengajar

adalah tugas utama bagi pekerjaan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar memerlukan
pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru sebagai pekerja.
Untuk menjadi mahir, seseorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup
sebelum dapat melaksanakan tugas dalam situasi sebenar. Begitulah juga halnya
dengan tugas guru sebagai pengajar dalam bilik darjah.
Namun begitu selain memerlukan pengetahuan dan kemahiran, seorang
guru juga harus tahu dan mengambil kira pengalaman sedia ada murid sebelum
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana dengan pemilihan
strategi atau pendekatan yang betul boleh mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih seronok dan berkesan. Pembelajaran
yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran yang aktif untuk
membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang aktif dapat merangsang pelajar dengan mengaktifkan pengetahuan yang sedia
ada dan dihubungkaitkan dengan pengetahuan baru. Pengetahuan yang baru diperolehi ini pula
terus boleh diguna pakai pada masa hadapan (Khoo, 2003)
Oleh itu, murid murid yang mempunyai pengalaman sedia ada akan lebih
berminat berlajar jika dibandingkan dengan murid yang tidak ada pengalaman sedia ada.
Sebagai contoh dalam pengajaran guru dalam mata pelajaran seni, berkaitan dengan warna. Jadi
pengalaman sedia ada murid ialah murid telah tahu warna iaitu warna rambut (hitam), baju yang
di pakai dan lain-lain lagi. Jadi murid boleh bersoal jawab dengan guru apabila di soal berkaitan
dengan warna. Maka, ia memudahkan guru untuk memilih strategi yang hendak digunakan
4

HBEF1403/701109115293001
dalam pdp. Gambarajah 1 di bawah menunjukkan contoh strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.

Strategi pemusatan guru.

Strategi pemusatan
murid.

Strategi
pemusatan
guru.
.

Strategi pemusatan bahan.


Strategi berdasarkan tugasan/aktiviti.

Gambarajah 1 : Menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh
guru dalam bilik darjah.
2.1 - Teori Gardner.
Seperti yang kita sedia maklum, didalam sebuah kelas terdiri daripada muridmurid- yang mempunyai pelbagai kebolehan dan keupayaan. Contoh adanya murid yang cerdas,
lambat dan sebagainya. Kecerdasan, menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah merupakan
kesempurnaan akal untuk berfikir,mengerti, kepandaian, kepintaran dan kecerdikan. Menurut
kamus dan ensiklopedia pula,kecerdasan dapat didefinisi sebagai kemampuan untuk belajar dari
pengalaman, kemampuan untuk mendapatkan pengetahuan, memberikan respon dan tindakan
yang wajar apabila menghadapi masalah, dapat mengembangkan ilmu yang belajar dan lain-lain.
Menurut Piaget (1950) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir
atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manakala Weschler
(1975) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami alam

HBEF1403/701109115293001
sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran
hidup.
Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak yang hidup didunia ini, mempunyai
kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat.
Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan seperti
menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang menyeronokkan.
Justeru, pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah
mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan, iaitu Teori Kepelbagaian Kecerdasan
melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Hasil daripada kajian beliau, yang dijalankan
terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam
kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa.
Menurut Howard gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan
kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana
pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner
lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam
menjelaskan kecerdasan manusia. Gambarajah 2 menunjukkan gambar Prof. Howard Earl
Gardner pengasas kepada TEORI PEMBELAJARAN 'MULTIPLE INTELLIGENCE

HBEF1403/701109115293001

Gambarajah 2 : Prof. Howard Earl Gardner pengasas kepada TEORI PEMBELAJARAN


'MULTIPLE INTELLIGENCE.
Manakala Gambarajah 3 menunjukkan TEORI PEMBELAJARAN 'MULTIPLE
INTELLIGENCE.

HBEF1403/701109115293001

Gambarajah 3 : TEORI PEMBELAJARAN 'MULTIPLE INTELLIGENCE.


Berikut merupakan teori dan ciri-ciri yang diperkenalkan oleh Howard Gardner
(1983) yang menjelaskan bahawa kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah
ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya. Sehingga kini, beliau mengenal
pasti lapan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996), iaitu:

Kecerdasan logical.

Kecerdasan linguistic.

Kecerdasan bodily kinesthetic.

Kecerdasan muzikal
Kecerdasan interpersonal.

Kecerdasan intrapersonal.

Kecerdasan visual/spatial.

Kecerdasan visual/spatial.

Kecerdasan linguistic.
8

HBEF1403/701109115293001

Pelajar yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara berkesan dan
mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui
pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca,
bermain teka kata dan penulisan.

Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera)

Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare.

Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait.

Kecerdasan logical.

Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik dan
penyelesaian puzzle.

Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.

Contoh: Al-khawarizmi, Isaac Newton.

Kecerdasan muzikal

Sensitif terhadap irama dan bunyi. Mereka boleh belajar dengan menggunakan muzik.

Kerjaya: Komposer, Penyanyi

Contoh: P. Ramlee, Siti Nurhaliza

Kecerdasan bodily kinesthetic.

Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi


melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'.
Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus.

Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari.

Contoh: Nicol David.

HBEF1403/701109115293001

v) Interpersonal (people smart)

Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling berkesan
ialah dengan aktivti berkumpulan.

Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan

Contoh: Aznil Hj. Nawawi

vi) Intrapersonal (Self smart)

Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba
untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan
dan kekuatan yang ada.

Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.

Contoh: Dr. Fadzilah kamsah, Jean Piaget.

vii) Visual / Spatial (Picture smart)

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan
untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.
Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini
ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan
menterjemah imej secara visual.

Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.

Contoh: Leonardo Da Vinci

10

HBEF1403/701109115293001

Kecerdasan interpersonal.

Mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.

Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.

Contoh: Charles Darwin.


Seterusnya ialah melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan

pembelajaran. Dimana ia terdiri daripada tiga peringkat iaitu peringkat padanan, percubaan dan
peningkatan. Peringkat padanan adalah guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran
dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlulah mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya
bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah
kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang
melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat
pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang
dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.
Di samping itu, guru juga perlu mengenal pasti kekuatan sendiri dalam
kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini, guru dapat memilih
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid.
Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum
menyerlah.
Peringkat yang seterunya adalah mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam
pengajaran ialah percubaan.. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi
meyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan
bagaimanakah guru boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu,
persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan,
pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?.
Oleh itu, melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh
menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?.
Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian
11

HBEF1403/701109115293001
persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh
melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti hands-on?. Di samping itu,
elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam
perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen
intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang
perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam
semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi?
Peringkat akhir sekali ialah kemahiran berfikir untuk perkembangan murid.
melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. dalam
visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan
penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk
menyelesiakan masalah. Melalui muzik pula. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti
masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid mendapat pelbagai
idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan
intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri
mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh
daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.
Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori
Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.
2.2 -

EKSPRESI.
Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan

pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Apabila diberi peluang untuk bekerja dengan
pelbagai bahan, kanak-kanak dapat meneroka dengan cara dan teknik secara kreatif dengan
variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.
Selain daripada itu, aktiviti seni ini juga mudah direka bentuk untuk mendekati
keperluan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya
tersendiri. Sebagai contoh kanak-kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas,
menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu dan meniru aksi untuk mengenal sesuatu.

12

HBEF1403/701109115293001
Kanak-kanak suka bermain dan dengan bermain mereka lebih bersifat kreatif. Menurut
Shahabuddin Hashim, Rohizami Yaakub et.al (2007) dalam buku berjudul Pedagogi, Strategi dan
Teknik mengajar menyatakan Froebal sebagai tokoh yang banyak membincangkan peranan main
dalam pendidikan . Menurutnya, aktiviti bermain dapat mengmbangkan banyak kemahiran
belajar di kalangan murid-murid. Pada peringkat rendah, ia dapat membantu meningkatkan
kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial seperti komunikasi . manakala di peringkat tinggi
pula, dapat meningkatkan kamhiran berfikir secara ktiris dan kreatif.
Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk Haiwan.
Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan dan corak
yang berkaitan dengan haiwan, guru tersebut terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada
murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti yang boleh
dijalankan dalam elemen sains dan pergerakan ialah menamakan haiwan, menyatakan cara
pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan sebagainya. Manakala elemen muzik
pula ialah mengajuk bunyi haiwan.
Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi
mana-mana lagu yang ada kaitan dengan haiwan. Contoh lagu Bangau oh Bangau. Selain itu
murid juga disuruh berpantun atau membaca puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya
dengan mata pelajaran Matematik pula, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian
murid-murid. Contohnya, Di dalam bakul itu ada sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan
kucing. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal?

2.3-

Maklumat sokongan ( sorotan kajian)


Oleh yang demikian, dalam pengajaran matapelajaran sains dimana guru akan

mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan di darat dan haiwan di dalam air kepada muridmurid. Jadi, guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolah untuk melihat
haiwan peliharaan yang terdapat disitu. Kemudian guru meminta nurid perhatikan haiwan yang
terdapat dalam Taman Sains Sekolah. Lalu murid-murid akan membuat pemerhatian dan catatan

13

HBEF1403/701109115293001
tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, saiz fizikal, bunyi dan sebagainya.
Gambarajah 5,Menunjukkan haiwan yang terdapat di dalam Taman Sains SKBB.

Terdapat beberapa kecerdasan yeng di kuasai oleh murid-murid, iaitu


a) Intrapersonal iaitu murid bersoal jawab dengan kawan-kawan tentang haiwan
yang terdapat di taman tersebut dan melakonkan semula watak seperti burung
terbang dan aranb melompat. Kemudian murid-murid juga boleh melukis rupa
bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru perlu diberikan,
terutamanya kepada murid-murid yang mempunyai masalah. Menurut Rohizani
dan Hazri ( 2008 ), pula menjelaskan bahawa kecerdasan ini membolehkan kanakkanak berkomunikasi, mereka yang memiliki kecerdasan ini sangat pandai
bercerita.
b) Logik Matematik- Murid melukis haiwan berdasarkan apa yang mereka lihat.
Contoh terdapat dua ekor ikan di dalam kolam dan seekor burung . Menurut

14

HBEF1403/701109115293001
Barnouw (1998) mendefinisikan kemahiran menulis sebagai satu cara melahirkan
bahasa manusia melalui simbol-simbol yang boleh dilihat.
c) Interperseonal- Murid-murid juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan
mereka dalam menghasilkan lukisan Menurut Mohamed Awang (1999),
menyatakan bahawa bahasa merupakan satu aspek penting dalam kepintaran.
Penggunaan dalam penulisan, pertuturan atau berfikir, bahasa yang menentukan
pengetahuan seseorang. Penguasaan bahasa yang baik dan awal bagi kanak-kanak
menunjukkan mereka memiliki ciri pintar cerdas.
d) Naturalis- Kebebasan perlulah diberikan kepada murid-murid apabila mereka
ingin menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang
menarik dan kreatif. Menurut Kamarudin Hj Husin (1998) menyatakan
menulis adalah memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa
yang difahami oleh seseorang itu dan supaya orang lain boleh membaca grafikgrafik dengan mudah.
e) Muzik- Menurut Grinder (1991) dalam Silberman (2010)mendapati bahawa
setiap kumpulan yang terdiri daripada 30 orang murid,
secara puratanya seramai 22 orang pelajar dapat belajar dengan berkesan selagi gu
rumenggunakan gabungan aktiviti visual, auditori dan kinestatik
f) Kinestetik Membuat pergerakan seperti ikan di dalam kolam. Meerujuk
kajian Hajijah (2010) mengatakan bahawa dengan kaedah mesra warna
dalam pengajaran dan pembelajaran serta di tambah dengan aktiviti
bermain dapat menarik minat murid untuk terus belajar.

g) Verbal ruang- Murid melakonkan seperti burung sedang terbang dan arnad sedang
melompat dengan menggunakan ruang dan akhir sekali
h) Verbal linguistic- Murid-murid bersoal jawab dengan kawan-kawan tentang
haiwan yang terdapat dalam Taman Sains itu. Menurut Shahabuddin, Mahani dan
Ramlah (2006), kanak-kanak PC mempunyai perasaan ingin tahu yang cukup
tinggi mengenai sesuatu perkara. Mereka suka mengemukakan soalan yang
bertalu-talu dan amat berminat mengetahui jawapan tersebut.
15

HBEF1403/701109115293001

3.0 KESIMPULAN.
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat
pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak
lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk
memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang
berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini
berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

( 2518 Patah perkataan )

4.0 RUJUKAN
1. http://senivisualmozac.blogspot.com/
2. http://lc2122liewchung.blogspot.com/2012/12/aplikasi-seni-dalam-pendidikan_15.html
3. http://lastikbbdah.blogspot.com/2011/06/pengenalan-kepada-seni-dalam-pendidikan.html
4. http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2013/04/modul-seni-dalam-pendidikan.html
5. http://www.slideshare.net/ayashi_chan/topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalampendidikan

16

HBEF1403/701109115293001
6.http://eprints.oum.edu.my/725/2/Chapter_1.pdf
http://fanaalba.blogspot.com/2013/03/teori-kecerdasan-pelbagai-howard-gardner.html
7.http://jellyyong90.blogspot.com/2013/03/definisi-teori-kepelbagaian-kecerdasan_25.html
8.http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?
key=N18TZgWJUKXsxKiXFtyntVhAb1n2fHx520110718130117695
9.http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/06/pedagogi-strategi-pengajarandan.html
10.http://teachersyafa.blogspot.com/2013/12/model-pendekatan-strategi-kaedah-dan.html
11. http://www.academia.edu/4308518/1_3_tinjauan_literatur
12.http://www.scribd.com/doc/38390566/PENGENALAN-KONSEP-SDP
13.http://www.slideshare.net/pikaosman/kumpulan-4-strategi-pendekatan-kaedah-teknikpengajaran

5.0 -BIBLIOGRAFI
1. MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd.
2.Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.

17