Anda di halaman 1dari 5

Apa Itu Kaunseling?

KAUNSELING bukan bermaksud memberi nasihat, walaupun terdapat nasihat yang
diberikan. Namun kaunselor tidak memberi jawapan secara angsung kepada semua persoalan
klien. Kerana apa yang baim untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien.
Keistemewaan khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang
menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah kepada
isu yang dihadapi.
Oleh itu kaunseling bukan mermaksud nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua
hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi
yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan
mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor
dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan
masalah Dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu,
fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya Dalam permasalahannya bukan
masalahnya.
Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku
melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat
baru hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh
atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.
Definisi Kaunseling
Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974), Kaunseling adalah satu proses interaksi yang
menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan
pembentukan dan/ atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.
Krumboltz (Georange & Cristiani, 1990), pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktivitiaktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor Dalam usaha membantu klien
melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada
masalah klien.
Patterson(1967) Dalam bukunya The Conselor in the School, menjelaskan bahawa kaunseling
ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan diantara seorang terapis dengan seorang
klien atau lebih, yang mana terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan
kepada pengetahuan yang sistematik mengenai personaliti Dalam usaha memperbaiki
kesihatan mantal klien.
Carl Rogers Dalam bukunya Caunseling and Psychotherapy, menyebut kaunseling sebagai
suatu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar dan
dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat disesuaikan
dengan diri seseorang itu.

kemahiran belajar. kes disiplin. 5. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri. psikososial dan sebagainya. Manusia berkembang melalui proses sosialisasi. kerjaya. 2. Prinsip Kaunseling 1. 3. Membina hubungan(melayan. Sesi Kaunseling Kelompok . akademik.Abdul Halim (1990) mengatakan kaunseling ialah sebagai suatu kegiatan bersifat psikologikal untuk membantu manusia lain membantu dirinya dengan cara yang sistematik dan bertanggung jawab. perundingan kaunseling ibu bapa. 4. Kebanyakkan sesi yang dijalankan meliputi bidang peribadi. Manusis yang memiliki personaliti yang bersepadu juga memiliki personaliti yang sihat. Sementera itu mengikut Nur Aini (1989) konsep kaunseling Dalam Islam membawa maksud petunjuk serta bimbingan dan menyeru manusia ke jalan Allah atau menyebarkan dakwah islamiah untuk mendapatkan keredaannya Sebagai rumusan. kekeluarga. Proses Kaunseling 1. Menyediakan pra-sesi 2. Manusia mempunyai harga diri. kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Menamatkan sesi Sesi Kaunseling Individu Sesi Kaunseling Individu merupakan salah satu sesi yang perlu dijalankan kepada semua Murid. mendengar dan memahami) 3. Meneroka dan menganalisis masalah 4. Mengambil tindakan 7. Manusia itu unik. Membincangkan alternatif 6. Mengenalpasti masalah 5.

(1) Memberi harapan kepada klien. (4) MemMuridi sesuatu dari ahli lain. (3) Kelompok lain – kelompok terapi. kelompok rujukan. kemahiran belajar. (3) Kesatuan antara ahli-ahli. (1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad. (2) Kerahsiaan dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau orang ramai. persediaan peperiksaan. (2) Perasaan selamat dan mendapat sokongan. Kelebihan Kaunseling Kelompok. (1) Sangat praktik. (3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru Dalam keadaan selamat dengan sokongan ahli-ahli lain. pengurusan masa. pemilihan kerjaya.Tugas kaunselor banyak. (3) Kerahsiaan sesuatu yang tlh diketahui umum .lebih percaya rakan sebaya. Kepentingan Kerahsiaan .kaunselor tidak terikat dengan kerahsiaan lagi. menjalani ujian personaliti. (2) Kelompok Kaunseling – Kelompok ini diadakan antara lima hingga sepuluh orang. – Contoh-contoh tajuk yang diperbincangkan: masalah sosial (bahaya dadah). (1) Kelompok Bimbingan. (4) Klien akan merasa kurang tertekan apabila mengetahui orang lain juga mempunyai masalah yang sama.Masalah interpersonal. Berbincang sesama ahli dengan penyeliaan kaunselor.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan membentuk perubahan tingkahlaku ahliahli kelompok. Unsur-unsur terapeutik Dalam kaunseling kelompok. (2) Berkaitan dengan jenis masalah yang dihadapi klien. Jimat masa-Selesaikan masalah yang sama secara kelompok. pengurusan stres dan sebagainya.Kaunseling Kelompok diadakan antara tiga atau lebih individu. Jenis-jenis Kelompok. (5) Pembelajaran interpersonal (perorangan) Prinsip Kerahsiaan Dalam Kaunseling. kelompok jemputan dan sebagainya. Dalam situasi tertentu boleh dedahkan.

Ahli kelab PRS didedahkan tentang beberapa ilmu pengetahuan seperti kemahiran kaunseling. kemahiran interpersonal. masalah disiplin dan perkembangan kerjaya Murid. penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah dan mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu diperluaskan Dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan. Bimbingan PRS Unit Bimbingan & Kaunseling merupakan Penasihat kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Rasional Murid lebih mudah ditemui dan diperngaruhi oleh rakan mereka. Kebanyakan guru merujuk Murid yang memerlukan bimbingan dan yang bermasalah disiplin. kemahiran komunikasi. Oleh itu. Di samping itu juga UBK merupakan perantara di antara guru dan Murid. (1) Klien membahayakan diri dan orang lain. (4) Kaunselor mencurigai klien seperti ada penderaan berlaku. Aktiviti/ Program Kaunseling Perundingan Kaunseling Unit Bimbingan dan Kaunseling Bantura selalu berjumpa dan menjemput ibu bapa bagi membincangkan perkembangan potensi anak-anak mereka. Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama dengan Unit Pentadbiran menjalankan beberapa Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDAP) terhadap semua guru dan kakitangan. keluarga dan masyarakat sekitar. (2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.Kaunselor selalu menjalankan kelas bimbingan PRS pada setiap hari Khamis setiap minggu (tertakluk kepada perubahan tarikh dan masa serta kesesuaian Murid dan kaunselor).(1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan (2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan Situasi pengecualian kerahsiaan. kemahiran oranganisasi. Kelab PRS merupakan satu kelab yang sentiasa membantu UBK dan perantara di kalangan Murid lain. Objektif . mengendalikan beberapa ujian personaliti dan sebagainya. (3) Mahkamah meminta maklumat didedahkan.

Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh Dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya. ahli keluarga dan masyarakat. Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan Guru Bimbingan & Kaunseling 4. 3. 2.1. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah. . Memberi khidmat sukarela Dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan.