Anda di halaman 1dari 1

SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (3

)
PERATURAN PEPERIKSAAN
ARAHAN KEPADA CALON
1. Meja murid mesti di atur dalam lima baris bagi bilik-bilik blok A & B dan enam baris bagi bilik-bilik blok C & D.
Pastikan meja dipusing dan dikosongkan.
2. Pastikan beg dan buku diletakkan di hadapan atau dibelakang kelas.
3. Murid yang tidak hadir ke sekolah mengikut waktu persekolahan biasa TIDAK dibenarkan menduduki peperiksaan
hari tersebut. Murid yang datang lewat sedikit TIDAK diberi masa tambahan.
4. Murid yang tidak hadir atau hadir untuk separuh daripada bilangan kertas yang perlu diambil akan ditanda TH
walaupun membawa surat doktor atau ibu bapa.
5. Murid-murid yang mewakili sekolah dalam aktiviti kurikulum atau kokurikulum sewaktu peperiksaan sekolah SAHAJA
dibenarkan mengambil peperiksaaan sebelum tarikh peperiksaan sebenar. Murid-murid tersebut dikehendaki
melapor kepada guru setiausaha peperiksaan dan guru matapelajaran berkenaan dua minggu sebelum peperiksaan
diadakan
6. Murid yang tidak hadir semasa peperiksaan atas sebab-sebab yang lain dibenarkan mengambil peperiksaan pada
masa lain tetapi markahnya tidak akan direkodkan.
7. Murid mesti bersikap jujur semasa peperiksaan. Murid yang meniru dan yang membenarkan kertasnya ditiru akan
dikenakan tindakan disipiln
8. Kertas tulis TIDAK akan diberi untuk ujian atau peperiksaan dalaman sekolah. Murid dikehendaki menggunakan
kertas yang dijual di kedai buku sekolah yang mempunyai logo sekolah.
9. Pihak sekolah akan membekalkan kertas jawapan objektif dan kertas graf.
10. Gunakan pensel 2B atau BB sahaja untuk menjawab kertas objektif.

AMARAN KEPADA CALON
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Jangan dedahkan kertas jawapan anda sehingga boleh dibaca oleh calon lain
Jangan meniru atau memberi peluang meniru serta mengganggu calon lain.
Jangan memberi atau mendapatkan pertolongan atau melakukan sebarang perbuatan yang tidak jujur.
Jangan berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar bilik / dewan peperiksaan semasa peperiksaan
dijalankan
Murid tidak dibenarkan keluar kelas seperti ke tandas semasa peperiksaan sedang dijalankan. Murid hanya
dibenarkan pergi ke tandas sebelum atau selepas waktu peperiksaan (dengan menggunakan pas keluar).
Murid mesti datang ke sekolah mengikut waktu persekolahan biasa dan tidak dibenarkan datang lewat atau balik
awal. Sesiapa yang tidak mematuhi peraturan ini tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada hari tersebut.
Murid yang sengaja tidak hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan akan dikenakan tindakan disiplin dan
forecast result tidak akan diberikan.
Calon yang melanggar mana-mana peraturan di atas boleh dikenakan tidakan disiplin oleh pihak sekolah seperti
berikut:
a. Tidak dibenarkan mengambil atau meneruskan peperiksaan
b. Keputusan mata pelajaran berkenaan atau keputusan peperiksaan keseluruhan dibatalkan