menonton televisyen
Tulis sebuah karangan tentang kebaikan dan keburukan menonton televisyen
Berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh setiap agama.
Amalan ini perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah jika kita
berjimat cermat.
Antara faedah berjimat cermat adalah dapat melatih diri daripada melakukan
pembaziran. Contohnya amalan menabung. Jika seseorang itu selalu menabung,
wangnya akan semakin bertambah seperti pepatah sedikit- sedikit, lama- lama jadi
bukit . Wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkara- perkara berfaedah
seperti membeli barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara gading kelak.
Dalam situasi dunia sekarang di mana keadaan ekonomi yang tidak stabil,
amalan ini perlulah dititikberatkan. Contohnya jika kita berjimat cermat dalam
penggunaan tenaga elektrik dan air akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk
membayar bil bulanan. Wang yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan pada
masa hadapan.
Di samping itu, berkongsi kenderaan ke tempat kerja juga adalah satu daripada
amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan. Memandangkan harga bahan bakar yang
kian meningkat, amalan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan harian. Justeru,
dengan berkongsi kereta juga dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya
sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan.
Selain itu, amalan berjimat cermat ini dapat menginsafkan diri akan penderitaan
orang lain seperti masalah kebuluran yang dialami oleh penduduk di benua Afrika.
Apabila membayangkan penderitaan mereka, sudah pasti kita tidak akan membazir
makanan dan minuman yang kita nikmati setiap hari. Jika ada peluang kita juga boleh
menyumbangkan sesuatu untuk meringankan penderitaan mereka.
Oleh itu, marilah kita amalkan sikap berjimat cermat kerana amalan ini
menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab. Kita perlu sederhana dalam setiap
perkara kerana membazir itu adalah amalan syaitan.
Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di
sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak
langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita
aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi
masa lapang dengan berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan
dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila
pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti
persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang
demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri.
Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.
Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada
peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab
ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar
pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan
sesamakita.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah
hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula
hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat
menghasilkan pelajar yang cemerlang.
Semuaorangperlumenjagakesihatanmerekasendirisupayamerekadalamkeadaanyangsihat
dalamhidupmereka.Adabanyakcarauntukmemastikankesihatanseseorangitudalamkeadaan
baik.
Carayanglaingmudahialahseseorangituperlumenjagakebersihandiri.Aktivitimandidan
memakainpakaianyangbersihsertamemastikankawasansekelilingrumahbersihmerupakan
langkahyangpalingpraktikaluntukdilakukanolehsesiapasahaja.
Selainitu,pemakananyangseimbangamatpentingterutamamakananyangberzat.Makanan
segeraperlulahdijauhkantetapiairhendaklahdiambildalamkuantitiyangbanyakdalamsehari
untukmenjaminkesihatanyangbaik.
Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman
memastikanpeluhdikeluarkanbersamasamatoksikbadanyangmampumemberikanseseorang
itutahapimunisasiyangtinggiterhadapsebarangseranganpenyakit.
Seseorangitujugaperlulahbertemudengandoktormengikutjadualberkala.Pemeriksaanyang
berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah
menyembuhkannyadannasihatdoktorhendaklahdipatuhiselalu.
Kesimpulannya,menjagakesihatanmerupakansatutanggungjawabyangharusdilaksanakan
denganpenuhamanah.Kesihatanyangbaikbukansahajamenijmatkankosperubatanseseorang
itutetapimemberikansatukehidupanyangpenuhceriakepadadiridankeluarga.
Disediakan oleh,
28 JANUARI 2010.
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke rumah nenek
saya di kampung.Sehari sebelum ke sana, kami semua sibuk mengemas
barang masing-masing untuk dimasukkan ke dalam beg sebelum diletakkan
di dalan bonek kereta. Kakak saya mengemas rumah kerana kami akan
bercuti lama di kampung.
Keesokan harinya, kami bangun awal pagi untuk membersihkan diri.
Setelah solat Subuh, kami segera bertolak ke rumah nenek saya. Disebabkan
terlalu gembira, saya langsung tidak dapat melelapkan mata. Kami singgah
di perhentian untuk bersarapan pagi. Saya agak terkejut apabila mendapati
harga makanan- makanan yang dijual sangat mahal tidak standing dengan
makanan yang disediakan. Setelah membeli sebungkus nasi lemak, saya
makan bersama keluarga di tempat yang telah disediakan.
Walaupun masih awal, tetapi perhentian itu semakin penuh. Mungkin
mereka bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pada sebelah
petang. Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Setelah empat jam
perjalanan, kami pun tiba di rumah nenek.
Nenek dan datuk kelihatan gembira dengan kedatangan kami semua.
Mereka menyambut kami dengan mesra. Saya dan kakak berlumba untuk
memeluk nenek. Kemudian kami mengangkat barang yang dibawa kedalam
kereta. Setelah semua selesai, kami makan tengah hari yang dimasak oleh
nenek. Masakan nenek yang sungguh enak membuatkan saya dan kakak
tidak berhenti makn. Ibu dan ayah hanya melihat tingkah laku kami sambil
tergelak kecil.
Pada petang itu ,datuk telah membawa kemi ke dusun buahnya yang
tidak jauh dari rumah. Di dusun datuk terdapat pelbagai jenis pokok buahbuahan seperti rambuatn, durian, manggis dan banyak lagi. Saya dan kakak
memakan buah rambuatan yang dikait datuk. Kami mambawa pulang
beberapa ikat buah rambutan ke rumah.
Keesokan harinya, kami bersama-sama pergi memancing ikan di sungai.
Saya berasa sungguh seronok apabila mendapat banyak ikan. Kami
memasak asam pedas menggunakan ikan-ikan tersebut. Setelah seminggu,
kami pun berkemas-kemas untuk pulang ke rumah. Walaupun agak sedih,
namun sata tetap gembira dapat bercuti di kampung.
Kelab Alam Sekitar sekolah kamu bercadang mahu mengadakan lawatan ke kilang
membuat roti dan biskut. Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis sepucuk
surat kepada pengurus kilang untuk memohon kebenaran.
Baca lagi
Contoh:
Kepada,
Pengurus,
Kilang Roti dan Biskut,
8A, Jalan 6,
42800 Banting,
SELANGOR.
2012.
15 JULAI
Tuan,
Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Alam Sekitar
memohon mengadakan belajar sambil melawat ke kilang tuan.
: 21 Ogos 2012
2.2 Masa
: 9.00 pagi
: 30 orang
: 5 orang
4. Kami berjanji akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan. Kami berharap
agar pihak tuan tidak akan menghampakan permintaan kami. Sekiranya tarikh yang
kami beri tidak sesuai, pihak tuan boleh mengubah ke satu tarikh yang lain.
Yang benar,
LOW SEOW CHING
( LOW SEOW CHING )