Anda di halaman 1dari 16

CURRICULUM DEVELOPMENT

TUGASAN KE 2

Tajuk: Program Memperkasa Penguasaan Kefahaman Fiqhul Mar’ah
(Fekah Kewanitaan) Ke Dalam Kurikulum Sekolah Menengah Di Malaysia
Bagi Menangani Permasalahan Sosial Remaja Di Abad ke 21.
Pengenalan
Di Abad ke 21 ini, fenomena gejala sosial di kalangan para remaja dilihat
semakin meruncing. Kebejatan isu sosial ini dilihat semakin berpanjangan
dan menemui jalan buntu walaupun pelbagai solusi dibentangkan di
peringkat Nasional. Masing-masing menuding jari ke arah pihak yang lain
tanpa mendapatkan jalan penyelesaian dan tindakan yang sewajarnya
sehingga isu ini

menjadi semakin kronik dan parah. Di Malaysia , jika

sebelum ini, kita dikejutkan dengan penglibatan remaja dalam isu rokok,
estacy, dadah, kelahiran anak luar nikah, dan pelacuran. Namun trend
terkini, ianya semakin parah apabila ketagihan vape, isu menonton video
porno, isu merakamkan aksi lucah sudah semakin berleluasa malah mula
dilihat sebagai fenomena ibarat nasi sudah menjadi bubur. Sudah tidak
mampu dilakukan apa-apa lagi. Apa yang merunsingkan lagi, apabila ia
bukan sahaja melibatkan remaja lelaki, malah turut sama menyeret gadisgadis remaja tanpa mengira latar belakang pendidikan mahupun keluarga.
Kecanggihan Teknologi telah disalahgunakan oleh mereka.
Sebenarnya masyarakat perlu sedar bahawa masalah gejala sosial
ini mampu menjejaskan kredibiliti dan maruah diri, keluarga, komuniti,
agama dan masyaraka disamping ianya amat bertentangan dengan
norma dan nilai ketimuran masyarakat, menyalahi undang-undang
negara, merugikan masyarakat dan negara, serta menyimpang daripada
keluhuran dan kedaulatan undang-undang, peraturan malah bertentangan
dengan ajaran agama. Sistem Pendidikan di Malaysia sebenarnya dilihat
telah menggariskan banyak panduan dalam kurikulum Pendidikan Islam di
sekolah untuk mengurangkan isu sosial ini. Bermula di awal sekolah
rendah, murid telah diperkenalkan dengan asas-asas agama di bawah
program j-QAF
(Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain).
1

1. 1. 1.Objektif Program Objektif bagi Program ini dijalankan adalah: 1.Hasil Pembelajaran Program Hasil Pembelajaran yang diharapkan daripada Program ini adalah bagi memenuhi objektif dan tujuan program ini dirancangkan.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 Namun sejauh mana keberkesanannya apabila ianya dilihat hanya untuk mengatasi masalah keciciran dan buta huruf jawi serta memperkukuhkan pengamalan fardhu ain di peringkat sekolah rendah sahaja.1 Untuk memberikan kefahaman yang terperinci mengenai Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan) dalam konteks remaja dan cabaran di abad ke 21. 1.3 Memperluaskan Program-program Keagamaan Ke Peringkat Sekolah Menengah di bawah Modul Khusus Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan) untuk Pelajar di peringkat menengah. Antaranya hasil pembelajarannya adalah: 2 . Murid yang melangkah ke sekolah menengah dilihat terkapai-kapai mencari panduan kerana sedangkan ketika itulah jiwa remaja mereka sedang bergelora sehingga mencabar jati diri dan aqidah Muslim mereka.4 Menyediakan Program Luar Bilik Darjah bagi Pengukuhan Pemahaman Kurikulum Dalam Bilik Darjah dalam Topik Fiqh alMar’ah (Fikah Kewanitaan) 2.2 Untuk Menyediakan Pelajar Yang Bersedia Menghadapi Cabaran Dunia di Abad ke 21 dalam aspek nilai akhlak dan pengetahuan.

2 Para pelajar peringkat Menengah juga dapat bersedia menghadapi cabaran dunia di Abad ke 21 dalam aspek nilai akhlak dan pengetahuan.4 Di samping itu juga.Hasil Pembelajaran Program Hasil pembelajaran Program yang diharapkan adalah seperti berikut: 3. 3.3 Para pelajar peringkat Menengah juga mempunyai saluran khusus untuk membincangkan cabaran permasalahan remaja bersama fasilitator yang bertauliah (guru agama dan guru akademik yang dilantik ).1 Dapat meningkatkan kefahaman yang jelas terhadap Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan) .CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 2. 2.2 Dapat mempersiapkan diri dengan pengetahuan agar terpelihara akhlak dan pengetahuan mereka.1 Para pelajar Peringkat Menengah dapat memahami secara terperinci mengenai Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan) dalam konteks remaja dan cabaran di abad ke 21. 3.4 Dapat mempersiapkan diri menghadapi cabaran abad ke 21.5 Mencari panduan yang betul dalam mengurus kehidupan dan emosi remaja mereka. 2. 2. para pelajar peringkat Menengah juga dapat berkomunikasi secara berhadapan dengan fasilitator bagi 3 .3 Dapat membincangkan masalah yang dihadapi remaja dan diselesaikan menurut kaca mata Islam. 3. 3. 2.

Abdul Karim Zaidan di dalam kitab Al-Mufassol Fi Ahkamil Mar’ah Wa Baitil Muslim menjelaskan bahawa antara jalan terbaik mendepani isu sosial masa lalu dan masa kini ialah dengan memberikan kefahaman yang jelas dan terperinci tentang topik-topik kewanitaan termasuk Bab AtThohaarah (Kebersihan. Haid dan Nifas. 2000) Kupasan dan memberi faham dengan jelas secara berperingkat sama ada melalui proses pemurnian kurikulum yang sedia ada atau dengan turut mengadakan program-program khusus di luar bilik darjah sebagaimana pelaksanaan wajib ke atas Kem Bestari Solat. 4. Kem Celik Jawi dan Kem Literasi Al-Quran di peringkat sekolah rendah seharusnya dibincangkan 4 . 3. Mandi wajib) Bab AlLibaas (Hukum-hukum berkaitan Aurat.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 mendapatkan solusi dan keputusan terbaik dalam isu permasalahan Remaja di Abad ke 21 ini menurut kaca mata Islam. Pemakaian dan Perhiasan) Bab Ikhtilat (Perhubungan Sosial).5 Para pelajar Peringkat Menengah dapat mencari hala tuju yang baik dalam kehidupan agar tidak terjerumus ke dalam permasalahan remaja yang semakin tenat. (Abdul Karim Zaidan. Dr. Istihadah. Bab Baitul Muslim (Rumah Tangga Muslim) .Objektif Kursus Program memperkasakan Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan) dalam kurikulum Pendidikan Islam ini dipilih untuk kajian ini kerana Fiqh alMar’ah (Fikah Kewanitaan) ini dilihat sebagai topik fekah yang boleh menjadi solusi yang terbaik sekaligus menjadi benteng ilmu dan pengetahuan remaja sekiranya diberikan ruang dan peluang untuk dilaksanakan di dalam Kurikulum Pendidikan di Malayisa. Bab al-Jinayah ( Zina dan Pengguguran Janin) dan banyak lagi.

5 . Jumaat/ Tempoh Masa 2.00 petang *dicadangkan Khamis (2 jam) dilaksanakan dua bulan sekali berpandukan untuk Modul Fiqh al-Mar’ah yang disediakan. Waktu pelaksanaan dicadangkan untuk dilaksanakan di luar waktu PDP adalah bagi menerapkan elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 iaitu Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation). Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving) serta Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration) dengan lebih berkesan. Berikut adalah cadangan Waktu Pelaksanaannya: Bil Hari Waktu Pelaksanaan/ Topik 1.Masa Pembelajaran Pelajar Program Memperkasa Penguasaan Kefahaman Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan) Ke Dalam Kurikulum Sekolah Menengah Di Malaysia ini dicadangkan untuk dilaksanakan di luar waktu PDP (luar sesi persekolahan) sebagaimana Kem Literasi Al-Quran Dan Kem Bestari Solat yang dilaksanakan di luar waktu PDP di peringkat sekolah rendah di seluruh Malaysia.00-4. 5. Oleh itu jelas difahami bahawa tujuan Program ini dilaksanakan adalah untuk Memperkasa Penguasaan Kefahaman Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan) Ke Dalam Kurikulum Sekolah Menengah Di Malaysia Bagi Menangani Permasalahan Sosial Remaja Di Abad ke 21.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 melalui meja bulat untuk turut dilaksanakan program-program sedemikian di peringkat sekolah menengah di bawah topik Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan) ini.

guru-guru yang terlibat dalam program tersebut sudah boleh membuat penilaian terhadap keterlibatan para pelajar dalam sesi soal jawab. Setiap kelompok yang terdiri daripada 4-6 orang pelajar diberikan seorang fasilitator daripada kalangan guru agama atau pun guru biasa yang dilantik untuk membincangkan topic-topik Fiqh al-Mar’ah (Fekah Kewanitaan) dengan lebih terperinci. 6. Penceramahnya terdiri daripada kalangan guru-guru di sekolah tersebut atau pun daripada kalangan penceramah jemputan yang bertauliah. respon terhadap persoalan yang diberikan dan juga pandangan-pandangan bernas daripada mereka. Di situ. dan .1 Sesi 1 Para pelajar dihimpunkan dalam kelompok yang besar untuk diberikan penerangan tentang topic-topik yang telah ditentukan oleh Modul Pelaksanaan Program Memperkasa Penguasaan Kefahaman Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan) ini. murid akan dinilai melalui sesi-sesi perlaksanaannya.2 Sesi ke 2 Para pelajar dikumpulkan dalam kumpulan yang lebih kecil yang berbentuk kelompok.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 6. Murid yang berbincang secara terbuka. memberikan 6 pandangan yang bernas. 6. Perbincangan dua hala antara murid dan guru amat ditekankan dalam penilaian ini agar objektif dan matlamat program ini mendapat memberikan kesan yang terbaik ke dalam diri pelajar. Modul yang diberikan akan menjadi panduan dalam menyampaikan maklumat kepada para pelajar. Dalam sesi penilaian yang dilakukan sepanjang program ini berlangsung. Strategi Penilaian Strategi penilaian yang digunakan di dalam program ini adalah menggunakan Penilaian Prestasi (Test Performance).

Oleh yang demikian.2 Penerangan Berkelompok Penerangan Berkelompok yang bergerak lebih kecil adalah kaedah yang sesuai untuk membicarakan soal Fiqh al-Mar’ah (Fekah Kewanitaan) dengan lebih terperinci. kaedah yang dicadangkankan adalah: 7. Kaedah Pengajaran Yang Dicadangkan Bagi mencapai tujuan perlaksanaan program ini. 7. 6. Ceramah umum ini bertujuan membuka dan menyuntik kefahaman umum mereka tentang topictopik Fiqh al-Mar’ah (Fekah Kewanitaan) dengan lebih terperinci yang sebenarnya telah dipelajari di dalam kelas. Dengan cara ini. ia menjamin satu sifat keterbukaan di kalangan para peserta dari kalangan pelajar terbabit untuk menyatakan permasalahan atau kekeliruam 7 .3 Sesi ke 3 Seperti biasa murid akan dinilai dengan penilaian prestasi melalui ujian bertulis dengan menjawab soala-soalan ujian yang disediakan. kaedah pengajaran menjadi satu ketetapan yang penting dalam proses menyampaikan maklumat dan isi pengajaran kepada para pelajar.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 melontarkan persoalan-persoalan yang baik dianggap sebagai murid yang memberikan komitmen dan menunjukkan minat yang baik terhadap sesi yang dijalankan. 7. Pemarkahan cara ini dapat menilaian tahap pemahaman muri terhadap topic yang dibentang dan dibincangkan. murid-murid akan diberikan penerangan umum tentang topic-topik yang ditetapkan. Ia juga boleh dikatakan sebagai sesi ulangkaji bagi mereka yang lupa dan ketinggalan dalam mengikuti PDP di dalam bilik darjah.1 Ceramah dan Penerangan Umum Dalam ceramah ini.

8 . Murid akan berbincang menggunakan pengetahuan sedia ada dan pengalaman mereka sebagai remaja. maka di dalam sesi ini guru-guru diminta menjadi ibu bapa sementara buat mereka bagi mendengar masalah. disarankan agar menggunakan kemahiran keibu bapaan (parenting skill) bagi mendekati para pelajar. 7. Ianya meliputi pelbagai bab untuk dipelajari di dalam kursus ini. Ini adalah proses pembelajaran berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator diskusi.3 Perbincangan Menggunakan Parenting Skills Para fasilitator yang dilantik yang terdiri daripada guru-guru. 7. 8.5 Sesi Diskusi Rakan Sebaya (di bawah pemantauan guru) Setiap kumpulan diberikan satu topic untuk berbincang dan mengeluarkan pandangan.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 mereka tentang isu kewanitaan yang hakikatnya telah mengheret mereka ke arah permasalahan remaja yang kronik di dalam Negara. Isi Kandungan Program Isi kandungan bagi pogram ini adalah meliputi hal ehwal Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan). rintihan dan persoalan yang berlegar di ruang pemikiran mereka sebagai remaja alaf baru ini. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan para pelajar daripada gejala social remaja yang semakin parah ini. di kalangan maka para guru-guru pelajar bolehlah yang memerlukan memanjang kes berkenaan kepada Guru Kaunselor untuk diadakan sesi khas dalam kaunseling.4 Sesi Kaunseling (jika perlu) Melalui kaedah-kaedah yang digunakan di atas. Jika di dalam bilik darjah guru berperanan sebagai guru dan fasilitator. sekiranya guru mendapati ada kaunseling khas. 7.

CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 8. Kekeliruan dan kejahilan dalam aspek perhubungan social menyebabkan berlakunya gejala-gejala tidak sihat dalam masyarakat seperti kes haruan makan anak.4 Bab Baitul Muslim (Rumah Tangga Muslim) 9 . Kurikulum yang terdapat dalam buku teks sedia ada mengenengahkan kandungan pembelajaran seperti ini namun. rogol di bawah umur. Pemakaian dan Perhiasan) Topik ini akan memperincikan perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek aurat sesame muslim dan sesame non-muslim. Pemakaian yang menurut garis panduan syariat akan ditekankan agar permasalahan social dapat dibendung dari awal lagi. Mandi wajib) Topik ini akan membincangkan secara terperinci tentang pengurusan kebersihan diri terutamanya dalam konteks remaja. perdagangan manusia dan pelacuran. 8.1 Bab At-Thohaarah (Kebersihan. 8. Tata cara pemakaian yang disyariatkan turut akan diperjelaskan agar para pelajar dapat memahami erti menutup aurat di dalam Islam. cara penghuraiannya adalah terlalu ringkas untuk dilaksanakan di dalam PDP di bilik darjah yang mempunyai masa yang terbatas. 8.3 Bab Ikhtilat (Perhubungan Sosial) Isu ini adalah isu yang peling penting untuk diberikan panduan kepada para pelajar yang sedang meningkat remaja. Istihadah.2 Bab Al-Libaas (Hukum-hukum berkaitan Aurat. Haid dan Nifas.

menggugurkan kandungan. Penyelesaian masalah turut diberikan agar mereka dapat memilih jalan yang betul dan proses pembentukan akhlak dan jati diri mereka.6 Isu-isu Semasa Remaja Isu-isu remaja akan turut dibentangkan untuk membuka minda remaja akan gejala-gejala tidak sihat yang sedang melanda Negara. pembunuhan. maka kandungan-kandungan pembelajaran di atas seharusnya diterapkan ke dalam program ini bagi mencapai matlamat program ini dilaksanakan. Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Aktiviti topik dan sub-topik bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sebagaimana jadual berikut: 10 .5 Bab al-Jinayah ( Zina dan Pengguguran Janin termasuk Pembunuhan) Kes-kes pembuangan bayi. Oleh sebab itulah. Para pelajar seharusnya tahu dan sedar akan akibat dan hukuman yang akan dikenakan sekiranya mereka terlibat dan bersubahat. 8. 9. Mereka perlu faham bahawa keseronokan tanpa batas di alam remaja tidak membawa sebarang manfaat buat mereka. 8.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 Hal ehwal rumah tangga perlu diberikan pendedahan kepada para remaja agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran akan datang yang lebih mencabar. rompakan dan jenayah-jenayah kolar putih semakin menjadi-jadi di Negara.

Beberapa borang kaji selidik akan diedarkan kepada mereka atau ibu bapa mereka untuk melihat sejauh mana kefahaman dan amalan mereka akan topic dalam membendung aktiviti social mereka yang tidak sihat.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 Topik Bab At-Thohaarah (Kebersihan) Bab Al-Libaas (Pemakaian) Bab Ikhtilat (Perhubungan Sosial) Bab Baitul Muslim Sub-Topik Aktiviti Kebersihan. Walaupun aktiviti ini dilihat berbentuk ceramah yang umum. Isu bersama Fasilitator Kerjaya Wanita dan  Diskusi Rakan lain-lain Sebaya Isu rumah Tangga  Ceramah  Perbincangan menurut perspektif Kelompok Kecil Islam bersama Fasilitator Jadual Topik dan Sub-Topik yang dicadangkan Merujuk kepada jadual aktivit-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di atas. Kelompok Kecil Pemakaian dan bersama Fasilitator Perhiasan  Diskusi Rakan Sebaya Hubungan Sosial  Ceramah  Perbincangan Antara Mahram Dan Kelompok Kecil Bukan Mahram. Haid  Ceramah  Perbincangan dan Nifas. Kelompok Kecil Mandi Wajib bersama Fasilitator Hukum-hukum  Ceramah  Perbincangan berkaitan Aurat. Istihadah. 11 . tetapi ia tetap dikategorikan pembelajaran yang sebagai berkesan activity kerana ia pengajaran adalah satu dan proses pengajaran untuk menyampaikan maklumat dan murid menerima maklumat sebagai satu proses pembelajaran yang berkesan.1 Ceramah & Borang Kaji Selidik. dapatlah difahami bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu dapat dibahagikan kepada 3 activiti yang bermanfaat: 9.

12 . Murid diminta menyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya mereka mengambil keputusan untuk terjebak ke dalam permasalahan tersebut. Di dalam kumpulan ini. dadah. rompakan bersenjata dan jenayah di alam cyber. pelbagai isu dan permasalahan dapat dibentangkan dan diberikan penyelesaian yang terbaik buat mereka. pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya: a) Tayangan Video Guru akan membuat tayangan video tentang pelbagai gejala social kronik yang sedang melanda remaja hari ini termasuk merempit. Dalam kelompok ini. pembuangan bayi. pelacuran. Di dalam kelompok ini.2 Perbincangan Berkelompok Kecil Bersama Fasilitator.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 Contoh Borang Soal Selidik 9. para pelajar dikumpulkan dalam kumpulankumpulan yang kecil bersama guru fasilitator.

13 . Di dalam kelompok-kelompok kecil ini. guru boleh memberikan tunjuk ajar secara jelas tentang praktikal ibadah dan bacaan-bacaan dalam ibadah. G u ru Ib u B a p a D ir i S e n d i r i Contoh Piramid Tanggungjawab Sosial yang boleh dibentuk para pelajar berdasarkan pemahaman mereka tentang tanggung jawab ini. 10. c) Bimbingan Ibadah Bimbingan Ibadah lebih mudah dipraktikkan dalam bentuk kumpulan yang kecil berbanding jumlah yang ramai di dalam kelas. Borang Pemantauan Praktikal Ibadah akan diedarkan untuk melihat praktis ibadah dalam kehidupan mereka.1 Modul Pelaksanaan Program.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 b) Membina Piramid Tanggungjawab Sosial Aktiviti berkumpulan ini akan mengajar para pelajar erti kerjasama dalam kumpulan. Bongkah social ini bertujuan untuk melihat kefahaman merekat akan tanggung jawab social yang terpikul di bahu setiap golongan untuk menanganinya. Sumber Yang Diperlukan Sumber yang diperlukan bagi menjayakan program ini adalah: 10. Data yang diperolehi guru akan melihat sejauh mana pendekatan yang perlu guru-guru lakukan untuk meyelami masalah yang mereka hadapi.

CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 Sebuah modul yang lengkap tentang topic-topik yang berkaitan dengan Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan). 11. Jabatan Agama Islam Negeri. Kerjasama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Institusiinstitusi agama seperti Jabatan Mufti. Latihan Penguasaan Ilmu Agama yang melibatkan hukum semasa perlulah diberikan kepada mereka daripada semasa ke semasa agar golongan guru-guru ini dapat menguasai ilmu untuk disampaikan secara tepat kepada para pelajar. Seminar. Modul yang perlu disediakan adalah topic-topik dan perincian maklumat yang boleh dijadikan panduan kepada para guru (fasilitator) ketika program ini dilaksanakan. Perbentangan Kertas Kerja dan Kursus Pemantapan Ilmu seharuskan 14 . Mereka adalah guru yang bertauliah dalam bidang keagamaan dan ikhtisas. Set soalan beserta jawapan tersebut mestilah merangkumi persoalan tentang hukum-hukum semasa dan terkini yang menjadi isu penting untuk difahami oleh para pelajar. Latihan Yang Diperlukan Guru Guru yang melaksanakan program ini adalah daripada kalangan guru-guru agama di bawah lantikan Kementerian Pelajaran Malaysia.2 Set soalan-soalan tentang permasalahan Fiqh al- Mar’ah Set soalan-soalan tentang permasalahan Fiqh al-Mar’ah (Fikah Kewanitaan) juga diperlukan untuk dijadikan panduan guru-guru bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh para peserta (pelajar). Guru-guru akan menyampaikan maklumat berasaskan modul yang diberikan agar objektif bagi program ini akan tercapai dengan jayanya. Namun begitu. 10. Mahkamah Syariah dan lain-lain hendaklah diwujudkan bagi meningkatkan kefahaman guru tentang isu-isu semasa remaja di Malaysia.

1 Penilaian ICT Penilaian murid dapat dilaksanakan dengan kecekapan Teknologi terkini. Setiap murid akan menjawab persoalan-persoalan di dalam laman sesawang berkenaan.2 Penilaian Berdasarkan Pengamatan 15 . K E M E N T E R IA N P E L A JA RA N M A L AY S IA (K P M ) JA B ATA N AG A M A IS L A M NEGERI JA B AT AN M U FT I Aliran Kerjasama yang dicadangkan 12.CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 diadakan secara berjadual agar guru yang berinformasi dapat merealisasikan matlamat program ini diwujudkan. Oleh yang demikian. 12. Cadangan Penilaian Program Antara cadangan penilaian bagi program ini adalah: 12. data yang diperolehi daripada setiap pelajar akan dianalisa secara automatic. Setelah menjawab. guru akan lebih pantas dapat bertindak hasil daripada penilaian online berkenaan. dan menghantar (submit) borang online berkenaan. Satu borang online boleh dibentuk dan dibina.

13. penilaian bertulis masih releven untuk digunakan kerana hasil daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar. Program Remaja Alaf Baru di Peringkat Nasional dan pelbagai usaha menyampaikan maklumat semasa melalui media elektronik. Perkara-Perkara Berkaitan Yang Lain Dalam program yang dicadangkan ini. Dalam program ini. 16 .CURRICULUM DEVELOPMENT TUGASAN KE 2 Guru-guru yang ditugaskan mengikut kelompokkumpulan pelajar boleh membuat penilaian melalui pengamatan sikap dan tingkah laku murid untuk mengenal pasti murid yang bermasalah dan memerlukan perhatian khusus dalam aspek akhlak dan nilai murni. Kementerian Pertahanan dicadangkan untuk turun padang menyampaikan berhadapan maklumat secara dengan terus golongan tanpa remaja melalui ini sebarang perantaraan pihak yang lain. Kementerian Kesihatan. 12. guru-guru masih dapat menilai sejauh mana kefahaman mereka terhadap sesuatu topik yang dibentangkan. pihak Kementeria Pelajaran Malaysia. Antara program di bawah kelolaan kementerian dan agensi-agensi ini secara langsung adalah mengadakan Seminar Remaja. Usaha ini diharapkan dapat membawa perubahan yang besar ke atas diri remaja yang sedang melalui satu peredaran zaman yang semakin mencabar. Keberadaan dan kerjasama secara langsung daripada pihak kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan akan menjadikan remaja lebih focus terhadap situasi yang sedang melanda dunia remaja hari ini.3 Penilaian Peperiksaan Bertulis Peperiksaan bertulis adalah penilaian yang biasa dilakukan untuk menilai sesuatu pencapaian.