Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMUAFAKATAN IBU BAPA, PENJAGA DAN GURU SERTA


PENETAPAN TARGER UPSR 2016
SK PENGKALAN RINTING,
81200 TAMPOI, JOHOR BAHRU

1.0

Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa adalah agen utama dan yang
pertama mesti memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab
mengasuh, mendidik mengajar serta membimbing anak-anak untuk
menjadi pewaris pelapis kepada generasi yang cemerlang ilmu dan
akhlaknya di dunia dan di akhirat. Sekaligus membentuk anak-anak
yang bukan sahaja boleh dijadikan cermin generasi tetapi juga sebagai
pejuang kepada amar makruf dan nahi mungkar, bahkan sebagai
khalifah di muka bumi ini. Peranan ibu bapa dalam membentuk
generasi berilmu dan berakhlak ke arah kecemerlangan dunia dan
akhirat, tidak terbatas dalam lingkungan rumah tangga semata-mata,
tetapi termasuk juga urusan pembelajaran anak-anak. Justeru itu,
ibubapa,
penjaga
perlu
sama-sama
pihak
sekolah
untuk
menggambeleng tenaga, masa dan wang ringgit bagi memastikan
anak-anak mendapat pendidikan dan didikan semaksimum mungkin
demi kecemerlangan UPSR khususnya dan menghadapi dunia yang
penuh pancaroba kini dengan cemerlang amnya.
2.0 Rasional
Peranan ibubapa amatlah diharapkan untuk bersama-sama dengan
pihak sekolah terutamanya pihak pentadbir dan guru-guru tahun 6
dalam memastikan para pelajar tahun 6 hadir ke sekolah pada setiap
hari dan menerima pembelajaran dengan baik dan berkesan. Ini
kerana, tugas guru hanya terhad di sekolah sahaja manakala apabila
berada di rumah tugas tersebut perlu dipikul oleh ibubapa penjaga
untuk memastikan pelajar-pelajar tidak mengabaikan pelajaran
mereka.
3.0 Objektif
i. Membentuk pemuafakatan dan kerjasama yang cemerlang antara
pihak sekolah dan ibubapa penjaga untuk kecemerlangan UPSR
2016.
ii. Supaya dapat menyampaikan maklumat terkini berkaitan
pembelajaran anak-anak terus kepada ibubapa penjaga supaya
dapat mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak dari
semasa ke semasa.
iii. Pelajar-pelajar akan menyatakan ikrar dan berazam untuk
berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh di hadapan ibubapa
penjaga sendiri.

iv. Pelajar-pelajar akan lebih fokus dan bermula lebih awal bagi
menghadapi UPSR.
4.0 Sasaran
Ibubapa penjaga dan Pelajar Tahun 6
5.0 Anggaran Perbelanjaan
Bil

Perkara

1
2
3
4

Sarapan Pagi
Air Mineral
Makan tengah Hari
Air Oren

6.0

Tarikh
31 Januari 2016

Bilangan
murid
164
164
164
164

Harga

Jumlah

RM
RM
RM
RM

RM492
RM164
RM 820
RM 164
RM
1640.00

3.00
1.00
5.00
1.00
Jumlah

Masa
9.00 Pagi 1.00 Tengah hari
7.0 Tempat
DEWAN SRI BUDIMAN, SK PENGKALAN RINTING
8.0 Ahli Jawatankuasa (Rujuk Lampiran )
9.0

Tentatif program (Rujuk Lampiran)

10.0 Penutup
Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat
sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Semoga
dengan pogram yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini memberi impak
yang positif kepada semua peserta.
Disediakan Oleh,

...........................................
.................
RINTING

Disemak Oleh,

.........................
EN. AZRI B ABD. RAZAK
GPK HEM, SK PENGKALAN
81200 TAMPOI, JOHOR BAHRU

Disahkan Oleh,

......................................
EN.MD.SHUKRI B SULTANI
GURU BESAR, SK PENGKALAN RINTING
81200 TAMPOI, JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA,


PENJAGA DAN GURU serta
PENETAPAN TARGET UPSR 2016
SK PENGKALAN RINTING,
81200 TAMPOI, JOHOR BAHRU

ANJURAN BERSAMA:

Unit Bimbingan & Kaunseling


& AJK Tahun 6
TEMPAT :
DEWAN SRI BUDIMAN,
SK PENGKALAN RINTING
TARIKH :
31 JANUARI 2016
(AHAD)