Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM GURU PENYAYANG

KERTAS KERJA PROGRAM 3S


(SENYUM, SALAM DAN SAPA)
PENGENALAN
Program 3S (Senyum , Salam dan Sapa) akan diadakan bagi membentuk
peribadi pelajar sekolah ini agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah dan para
pelajar itu sendiri. Secara langsung program ini juga dapat memupuk budi pekerti dan
nilai-nilai murni dalam diri pelajar selaras dengan kehendak kerajaan yang mahukan
budi bahasa diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.
Sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan telah mewujudkan Kempen Budi
Bahasa Budaya Kita yang disiarkan di dalam media cetak dan media elektronik. Oleh
itu, Unit Hal Ehwal Murid akan menganjurkan Program 3S ini adalah bertujuan untuk
menyuburkan lagi hasrat murni kerajaan dan diadakan di peringkat sekolah. Malah
ianya juga dapat mendidik para pelajar supaya mewujudkan sikap bersopan santun,
ramah mesra dan sedia menolong di antara satu sama lain. Selain itu, ianya juga dapat
mengeratkan sillaturrahim dan dapat mengenali dengan lebih erat.

OBJEKTIF
Di akhir program ini, adalah diharapkan para pelajar dapat:
1.

Memupuk nilai-nilai murni dalam diri khususnya untuk warga sekolah dan
masyarakat luar.

2.

Mendidik pelajar agar berbudi bahasa, bersopan santun, tolong menolong


dan menghormati guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan.

3.

Merasa dihargai kerana pelajar yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia
akan diberi ganjaran.

4.

Mengamalkan sikap tolong menolong dalam kehidupan seharian.

5.

Memberi galakan kepada pelajar untuk berusaha mempraktikan nilai-nilai


murni diperingkat sekolah lagi.

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERBELANJAAN
1.

Polistrine

2.

Ballon

3.

Lain lain

X RM 5.00

RM 5.00

RM 5.00

RM 5.00

RM 5.00

RM 5.00

_______________________________________________________________
JUMLAH
=
RM 15.00
_______________________________________________________________
AJK PELAKSANAAN
PENGERUSI

: En. A. Thamil Selvan ( Guru Besar)

NAIB PENGERUSI

: Cik. S. Suvarnamuhe (GPK Hem)


: Pn. V. Thilagam (GPK Kurikulum)
: En. C. Athavan (GPK Koko)

SETIAUSAHA

: Cik. B. Thilagam

AJK KERJA

: Pn. F. Victorya
: En. R. Jegathis
: Cik. P. Vikneswari
: Cik. B. Nanthini
: Cik. A. Ranjina
: Cik. M. Vimoshiny

TENTATIF PELANCARAN PROGRAM


-

Ucapan perasmian oleh En. A. Thamil Selvan ( Guru Besar )

Pelancaran Program 3S.

Lukisan Smile di atas belon oleh murid.

Nyanyian lagu Senyumlah oleh murid dengan panduan lirik dan iringan
muzik.

AKTIITI
Pelajar digalakkan berbudi bahasa, senyum, memberi salam dan menyapa guru-guru,
rakan-rakan dan warga sekolah. Penilaian akan dibuat kepada pelajar-pelajar yang
bersahsiah terpuji dengan berdasarkan pencalonan guru-guru kelas.

PENUTUP
Diharapkan program ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar untuk sentiasa
mengamalkan sahsiah terpuji dan berbudi bahasa. Selain itu, semoga program ini
dapat menyemai sikap ramah mesra dalam kalangan pelajar, guru dan warga sekolah.

DISEDIAKAN OLEH,

DISEMAK OLEH,

(CIK.B.THILAGAM)
SETIAUSAHA PROGRAM
GURU PENYAYANG

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN