Anda di halaman 1dari 11

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PRINCIPLE OF MANAGEMENT & ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR

1) Asas Pengurusan menitikberatkan 4 asas utama. Kenapa ianya penting dan


bagaimanakah ianya dapat membantu seorang Pengurus Pertengahan menjaga
pihak atasan dan pihak bawahanya.
Pendahuluan:
Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:
1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan
pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber
organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas
operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi
sepenuhnya.
Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan
jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan
"proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan
ialah:
1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta
memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.
2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan
teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat
organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif
(subjektif) atau kuantitatif (objektif).

Fungsi Pengurusan
Maksud dan Kepentingan Pengurusan

Pengurusan merujuk pada fungsi,

proses,

dan

aktiviti

meran

cang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal usaha semua ahli


organisasi dan menggunakan sumber organisasi untuk mencapai objektif
organisasi yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

Aktiviti merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal dilakukan


oleh pengurus.

Pengurus mempunyai tugas untuk menyelaras, menggembeling, dan


mengawal kerja orang bawahannya untuk mencapai matlamat organisasi.

Pengurusan penting untuk membantu organisasi mencapai matlamat


yang
ditetapkan melalui perancangan, pengagihan, dan penyelarasan sumber dalam
organisasi secara berkesan dan cekap.
Empat fungsi pengurusan.

Fungsi
Pengurusan

Definisi
Satu proses yang melibatkan pengurus
menentukan matlamat yang ingin dicapai

Perancangan

dan menentukan tindakan yang paling sesuai


untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk
mencapai matlamat organisasi.

Satu proses yang melibatkan pengurus menyusun


Pengorganisasian

dan mengagihkan sumber-sumber organisasi


untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan
agar matlamat organisasi tercapai.

Kepimpinan

Satu proses yang melibatkan pengurus cuba


mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat

melaksanakan tugas yang diberikan dengan cekap


dan berkesan untuk mencapai matlamat
organisasi.
Satu proses yang melibatkan pengurus memantau
Pengawalan

prestasi kerja semasa dan mengambil tindakan


untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti
yang dijangkakan.

2) Nyatakan carta organisasi dan kepentingannya.

Carta Organisasi
1 Carta organisasi ialah satu gambar rajah lini yang menunjukkan struktur

jabatan/ unit/bahagian utama dalam organisasi seperti jabatan pembuatan,


pemasaran, kewangan, pengurusan sumber manusia, dan inventori.
2

Carta organisasi juga memerihalkan bagaimana kerja-kerja yang sepadan


dan sesuai dikelompokkan ke dalam satu unit/jabatan/bahagian. Contohnya,
di jabatan pengurusan sumber manusia, aktiviti-aktivitinya adalah seperti
merekrut,membayar gaji, mendisiplinkan staf, dan memberikan latihan kerja.

Jabatan/unit/bahagian yang berasingan digambarkan dengan kotak-kotak


segi empat yang berasingan dalam carta organisasi.

Carta organisasi juga menunjukkan bagaimana setiap kotak ini dihubungkan antara
satu sama lain melalui garisan terus. Garisan terus ini menggambarkan rantaian
arahan dari bawah ke atas dansaluran rasmi komunikasi antarajabatan dalam
organisasi.
5

Maklumat yang dapat digambarkan dalam carta organisasi:

(a) Pembahagian kerja


(b) Jenis tugas
(c) Peringkat pengurusan
(d) Aliran komunikasi dan rantaian arahan
(e) Pengelompokan kerja

Proses Pengorganisasian
a.

Proses pengumpulan damn pengelompokan sumber manusia yang sesuai

dan aktiviti yang


b.

sepadan dan logik dalam unit kerja untuk mencapai objektif organisasi

c.

Mengawal dan berkomunikasi secara berkesan dengan staf bawahan.

d.

Penyelarasan antara aktiviti dalam satu-satu unit atau jabatan dapat

dilakukan dengan berkesan.


Penentuan Objektif
a) Pengurus perlu menentukan objektif bagi setiap jabatan atau unit.
b)

Objektif ditentukan berdasarkan kemampuan dan kebolehan pekerja dalam setiap

jabatan atau unit


berkenaan untuk mencapainya.

c)

Objektif jabatan juga penting kerana objektif dijadikan panduan

untukmengenal pasti jenis


aktiviti yang akan dilaksanakan oleh jabatan atau unitberkenaan.

Mengenal pasti aktiviti


Apabila objektif jabatan telah ditentukan, maka langkah yang seterusnya ialah
mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang akan mendokong fungsi dan matlamat serta hala
tuju jabatan. Hal ini penting bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang ditentukan
selaras dengan fungsi jabatan dan tidak bertindih dengan jabatan yang lain. Contohnya,
aktiviti-aktiviti bagi pemiagaan perabot ialah menempah perabot daripada pembekal,
memberikankhidmatnasihatkepadapelanggan, menerima bayaran daripada pelanggan,
menerima tempahan daripada pelanggan, menghantar perabot kepada pembeli,
memasang perabot, dan merekod jualan danbelian.
Pengelasani aktiviti
Kemudian, semua aktiviti yang telah dikenal pasti akan dikelaskan dan disusun
mengikut kemahiran, kecekapan, dan kriteria-kriteria tertentu. Contohnya, kerja
memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan, menerima bayaran daripada
pelanggan, menerima tempahan daripada pelanggan boleh dikelaskan di bawah satu
kategori.

Pengelompokan aktiviti
Setelah aktiviti-aktiviti yang dikenal pasti dikelaskan mengikut fungsi dansifatnya,
aktiviti-aktiviti tersebut perlu dikelompokkan mengikut unit-unit tertentu. Setiap unit
bertanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti yang dikelaskan dalam kategori
tersebut. Maka suatu jabatan atau unit akan terbentuk berdasarkan aktiviti
yang dikelompokkan. Nama jabatan atau unit akan diberikan berdasarkan jenis
kerja yangdipertanggungj awabkan. Contohnya, Jabatan Khidmat Pelanggan akan
melayan pelanggan denganmemberikan khidmat nasihat kepada pelanggan,

menerima tempahan, dan


menerima bayaran daripada pelanggan; manakala Jabatan Penghantaran
akan bertanggungjawab untuk kerja penghantaran dan pemasangan.
Pengagihan tugas, autoriti, dan tanggungjawab
Selepas unit-unit tertentu dibentuk, langkah yang seterusnya ialah menentukan bilangan
pekerja yang diperlukan di setiap unit, pihak yang akan melakukan tugas, bidang tugas
dan tanggungjawab pekerja, serta rantaian arahan. Pihak pengurusan atasan akan
membuat pengagihan tugas-tugas kepada ketua-ketua jabatan dan memaklum
kepada mereka tentang objektif yang perlu dicapai. Pengurus di setiap jabatan pula
akan mengagihkan tugas kepada individu individu yang sesuai supaya tugas
dilaksanakan dengan baik.Tugas-tugas yang diberikan haruslah berpadanan dengan
kemahiran yang dimiliki oleh seseorang pekerja.Contohnya, pekerja yang mempunyai
kemahiran dalam bidang perakaunan diberi tugas untuk membuat catatan lejar
berdasarkan dokumen urus niaga. Seseorang pekerja juga akan diberikan autoriti, iaitu
hak atau kebenaran untukmengambil sesuatu keputusan dan tindakan.

3) Kenalpasti permasalahan yang dianggap kritikal di organisasi anda dan


cadangkan langkah-langkah penyelesaian.
Senarai Kesalahan Atau Salah Laku Kecil Tetapi Ianya Tidak Terhad
i.

Kelewatan atau ketidaktepatan waktu kerja

ii.

Kerosakan harta benda syarikat walaupun kecil kerana cuai.

iii.

Melanggar peraturan keselamatan yang tidak menyebabkan kerosakan kepada

harta syarikat atau penderitaan manusia.


iv.

Meninggalkan tempat kerja sekejap sahaja tanpa sebarang sebab atau


kebenaran dari pihak syarikat.

v.

Kegagalan untuk memakai pakaian seragam yang disediakan oleh syarikat


semasa bekerja.
Senarai Kesalahan Besar Atau Salah Laku Besar

i.

Penyertaan dalam mogok yang menyalahi undang-undang buruh atau


bersubahat ,menghasut atau bertindak untuk mencapai maksud itu.

ii.

Dengan sengaja melengah-lengahkan kerja atau berpura-pura sakit untuk


mengelak diri daripada bertugas atau menghasut mana-mana pihak berbuat
demikian.

iii.

Kecurian ,penipuan atau kecurangan yang berkaitan dengan perniagaan atau


harta yang diamanahkan kepada syarikat.

iv.

Mengambil atau memberikan rasuah,sogokan atau menerima hadiah yang


berbentuk wang tunai atau barang-barang dari saudara-mara atau rakan-rakan.

v.

Memalsukan atau memusnahkan rekod syarikat

vi.

Merusuh,berkelakuan tidak senonoh atau sumbang,berjudi,peras ugut atau


melakukan gangguan seksual di dalam perkarangan pejabat.

vii.

Disabitkan atau didapati bersalah terhadap sebarang kesalahan jenayah yang


boleh didaftarkan oleh Mahkamah Majistret,Mahkamah Seksyen atau
Mahkamah Tinggi.

viii.

Memandu kenderaan syarikat tanpa kebenaran atau menggunakannya bagi


tujuan lain.

ix.

Mengubah harta syarikat tanpa kebenaran daripada syarikat atau pegawai


yang
bertauliah.
Terdapat beberapa isu atau masalah kritikal yang dihadapi oleh PSM bagi
sesebuah organisasi seperti PESB sehingga menjejaskan produktiviti syarikat
dengan
seriusnya. Diantara permasalahan yang berlaku adalah seperti berikut:I.

Ketidakhadiran ke tempat kerja


-

Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau kebenaran terlebih

dahulu atau tanpa sebarang sebab yang munasabah boleh menyebabkan


seseorang pekerja dikenakan tindakan tatatertib.
II.

Penyalahgunaan Dadah
-

Seseorang pekerja tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa

dadah berbahaya kecuali sebagaimana yang ditetapkan oleh pegawai


perubatan atau doktor yang bertauliah.
III.

Di penjarakan
-

Seseorang pekerja yang dipenjarakan tidak kira berapa lama tempoh

berada di penjara diatas sebarang kesalahan yang berkaitan dengan


jenayah boleh dibuang kerja oleh pihak syarikat.
Segala kesalahan yang disenaraikan di atas dapat dilihat boleh
menjejaskan
prestasi dan produktiviti PESB sebagai sebuah syarikat otomobil koporat di
Malaysia.
Ini adalah kerana kesalahan seperti ketidakhadiran ke tempat kerja
,penyalahgunaan

dadah dan dipenjarakan merupakan masalah salah laku yang paling berat.
Cadangan penyelesaian bagi mengatasi masalah kritikal.
Pemilihan pekerja oleh PSM perlu lebih teliti dan terbuka lebih-lebih lagi
pemilihan kretiria yang dipelukan untuk menjalankan tanggungjawab selaku

pegawai yang bakal membawa hala tuju sesebuah jabatan dalam PESB.
PESB perlu lebih bertolak ansur dengan setiap kehendak
atau tuntutan pekerja agar ia tidak menjejaskan ekonomi syarikat.
Pekerja perlu ada kesedaran dalam diri untuk menjalankan kerja dengan lebih
tekun dan sistematik.
Pekerja perlu lebih prihatin dengan keadaan persekitaran di tempat kerja
dengan sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh
majikan.
Sebagai majikan yang prihatin dan bertanggungjawab adalah perlu PESB
memberikan imbuhan atau saguhati kepada pekerja yang cemerlang dalam
pekerjaan.

Menyediakan segala kemudahan pasarana seperti surau, kantin dan sebagainya


untuk kemudahan para pekerja tanpa perlu keluar dari kawasan kilang atau
tempat kerja.
PESB haruslah menetapkan peraturan yang jelas dan mesti diterangkan
kepada para pekerja tentang peraturan syarikat dan pemantauan berterusan
perlu dilakukan dari masa ke semasa.
Pihak majikan perlu menyiasat dengan lebih terperinci dan teliti jika ada
pekerja yang melanggar peraturan syarikat sebelum sebarang tindakan displin
di ambil ke atas pekerja tersebut. Pertambahan jumlah pekerja dalam sesebuah
organisasi moden juga mempengaruhi pertumbuhan dan kepentingan sumber
manusia. Ramai majikan harus sedar tentang kepentingan fungsi pengurusan
sumber manusia kepada organisasi bukan sahaja dapat meringankan tugas

pengurus dari menyimpan rekod dan menolong mereka menggunakan


kakitangan dengan sebaik mungkin dan menjaga kepentingan pekerja.
Dalam perkembangan dunia pekerjaan ini,pekerja menjadi semakin berani
menyuarakan pendapat dan menuntut hak-hak mereka. Ini terutama berlaku
dalam arus perubahan yang mendadak dalam kepesatan perindustrian
menyebabkan para majikan harus memberikan lebih tumpuan terhadap
keinginan pekerja sekiranya mereka mahu memastikan objektif organisasi
tercapai
Kesimpulan yang dapat dihuraikan disini adalah betapa pentingnya pihak
majikan dan pekerja bekerjasama bagi memastikan segala objektif yang ingin
dicapai menuju ke matlamat yang di inginkan di dalam sesebuah organisasi
seperti PESB itu sendiri. Dengan ini segala permasalahan yang berlaku pasti
dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
4) Anda dikehendaki untuk membuat ringkasan bagi setiap topic yang ada di dalam
module PM dan OB ini mengikut kefahaman anda. Kesemua ada 10 topik besar
dan anda tidak perlu member sebarang ilustrasi atau graf. Hanya keterangan
ringkas.
Pemahaman saya tentang Kelakuan Organisasi
Kebanyakan orang dilahirkan dan mendapat pendidikan di organisasi,
memperoleh sebahagian besar harta benda mereka daripada pertubuhanpertubuhan, dan mati sebagai ahli organisasi. Kebanyakan aktiviti yang dikawal
selia oleh pelbagai organisasi yang membentuk kerajaan. Dan kebanyakan
orang dewasa menghabiskan bahagian yang lebih baik dalam hidup mereka
bekerja dalam organisasi. Oleh kerana organisasi mempengaruhi kehidupan
begitu kuat, ada sebab untuk mengambil berat tentang bagaimana dan mengapa
pertubuhan-pertubuhan ini berfungsi.
Dalam hubungan kita dengan organisasi, kita boleh menerima pakai mana-mana
satu daripada beberapa peranan atau identiti. Sebagai contoh, kita boleh
menjadi pengguna, pekerja, pembekal, pesaing, pemilik atau pelabur. Kajian

perlakuan organisasi banyak boleh menjelaskan faktor yang mempengaruhi


bagaimana pengurus menguruskan. Oleh itu, medan cuba untuk menerangkan
konteks manusia yang kompleks organisasi dan untuk menentukan peluang,
masalah, cabaran dan isu-isu yang berkaitan dengan bidang ini. Nilai perlakuan
organisasi ialah ia mengasingkan aspek penting dalam kerja pengurus dan
menawarkan perspektif tertentu di sisi manusia pengurusan: rakyat sebagai
organisasi, rakyat sebagai sumber, dan orang-orang sebagai orang. Jelas sekali,
maka pemahaman perlakuan organisasi boleh memainkan peranan penting
dalam kerja-kerja pengurusan. Untuk menggunakan pengetahuan yang diberikan
oleh bidang ini paling berkesan, pengurus perlu benar-benar memahami
pelbagai konsep, andaian, dan premis. Memberi asas ini, tingkah laku organisasi
mesti diikat lebih jelas kepada pihak pengurusan dan kemudian beralih kepada
pemeriksaan yang lebih terperinci dengan sendirinya.