Jarak antara plat Jenis dielektrik Suhu persekitaran
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMUAT
Luas permukaan Luas permukaan plat yang besar membenarkan lebih banyak elektron berada dalam plat tersebut berbanding dengan luas permukaan yang kecil. Ini kerana kerana ia boleh memegang lebih elektron. Luas permukaan plat berkadar terus kepada kemuatan. Jarak antara plat Apabila jarak antara plat didekatkan, maka lebih kuat daya elektrik yang wujud antara plat seterusnya nilai kemuatan akan bertambah. Apabila jarak antara plat dijauhkan, maka lebih kuat daya elektrik yang wujud antara plat seterusnya nilai kemuatan berkurangan. Kemuatan berkadar songsang kepada jarak antara plat. Jenis bahan elektrik. Bahan dielektrik yang biasa digunakan ialah udara, mika, kertas, seramik,plastik dan oksida logam. Sifat bagi 1 dielektrik yang baik ialah yang mempunyai kadar pengaliran yang rendah.
Bahan dielektrik yang berbeza akan memberikan nilai
kemuatan yang berbeza. Untuk tujuan pengkelasan, kesan bagi semua bahan dielektrik adalah dibandingkan dengan udara. Apabila udara menjadi bahan dielektrik bagi sesuatu pemuat, kemudian digantikan dengan bahan lain untuk dielektrik, maka nilai bagi kemuatan akan didarabkan dengan satu angka yang disebut sebagai dielektrik mantap. Bahan-bahan yang berbeza mempunyai dielektrik mantap yang berbeza akan mempengaruhi nilai kemuatan yang berbeza apabila dijadikan sebagai bahan dielektrik. C = kA/D Di mana C= kemuatan k=dielektrik mantap A= Luas permukaan plat D= jarak antara plat BAHAN DIELEKTRIK Udara Kertas (berminyak) Mika Gelas Porselin titanete