Anda di halaman 1dari 19

PENDAHULUAN

Kanak-kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptaan melalui kreativiti dan
mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Mereka mempunyai beberapa ciri
iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut
pendapat Dauer dan Pangrazi (1983;11)
Kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa
aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari
semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanakkanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan pengajaran yang sempurna maka
terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual mereka.
Secara umumnya, seni dalam pendidikan boleh merangkumi bidang-bidang
seperti muzik, teater, puisi, tarian, seni visual, fotografi dan sebagainya. Mata
pelajaran yang anda sedang ikuti ini diberi nama Seni Dalam Pendidikan. Mata
pelajaran ini hanya menyentuh bidang Seni Visual, Muzik dan pergerakan dalam
pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika
yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh
Howard

Gardner

sebagai

asas

pemupukan

minda

murid

untuk

mencapai

kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan
penting dalam kurikulum. Oleh itu guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal
dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai
gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran
yang memberi inspirasi.

Sehubungan itu, seseorang guru itu perlu mempelajari seni dalam pendidikan
supaya dapat mengaplikasikan pelbagai strategi bagi murid memperoleh ilmu
pengetahuan melalui proses pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan
menerusi

penerokaan,

memperoleh

pengalaman

dan

eskpresi

seni

dalam

pendidikan.
1.1

Bagaimana Guru Dapat Mengaplikasikan Pelbagai Strategi Bagi


Murid Memperoleh Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran Mata Pelajaran
Major ?

1.1.1 Definisi Strategi


Para sarjana telah mendefinisikan strategi dengan pelbagai maksud dan pengertian.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), perkataan strategi membawa maksud
rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai
matlamat atau kejayaan.
Merujuk kepada Quinn (1980) pula, perkataan strategi telah didefinisikan
sebagai corak atau rancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi
dan perbuatan bagi organisasi secara keseluruhanya. Mintzberg (1994) pula
menggambarkan strategi sebagai perancangan di mana suatu petunjuk akan
digunakan dalam menjalankan aktiviti pada masa hadapan. Selain itu, beliau juga
telah menggambarkan strategi sebagai suatu corak yang mana ianya berpandukan
kepada gelagat organisasi.
Strategi menurut Bowman (1897) pula ialah satu penyesuaian yang dilakukan
oleh organisasi di antara sumber-sumber yang diperolehinya atau dimilikinya
dengan ancaman-ancaman atau risiko-risiko serta kesempatan ataupun peluang
yang dicipta oleh persekitaran luaran di mana ia beroperasi.
Setelah meneliti kepada definisi-definisi yang telah dibincangkan di atas, di
sini dapat disimpulkan satu pengertian mengenai strategi. Secara keseluruhannya,
strategi dapat dilihat sebagai satu proses perancangan yang mengambilkira
objektif, matlamat dan polisi bagi sesebuah organisasi. Selain itu, perancangan
yang dilakukan perlu mempertimbangkan faktor persekitaran dan sumber-sumber

yang dimiliki oleh organisasi yang berkaitan. Strategi tersebut perlu dilakukan
dalam usaha untuk mencapai matlamat dan kejayaan bagi sesebuah organisasi.

1.1.2 Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Seni Visual


Konsep Seni Visual
Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni
halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk
teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan
seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun
pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium
dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya
memilih

bahan

yang

sesuai

dengan

idea

ataupun

perasaan

yang

ingin

disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang


digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau
persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.
Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Seni Visual
Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual , guru-guru perlu bijak menggunakan
strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar.Guru-guru perlu
membuat perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak
membosankan

dan

objektif

pengajaran

akan

tercapai.Dalam

membuat

dan

merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,guruguru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran, ini adalah supaya ,guru-guru dapat menjalankan

pengajaran mereka dengan berkesan ,manakala pelajar pula merasa seronok


belajar pendidikan seni.
Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni
visual boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah :
1.

Pembelajaran masteri

Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu


perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang
untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta
dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini
memerlukan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

terancang

dan

berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.

Model
Pembelajaran,

Pembelajaran
diikuti

Masteri

dengan

dimulakan

Pengajaran

dan

dengan

Penentuan

Pembelajaran.

Hasil
Tujuan

menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid


berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar
kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian,
murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan
bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan usaha pemulihan.

2.

Kajian masa depan

Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid
agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa
lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan,
menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat
manfaat yang maksimum.
Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina
untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup
4

dan membuat keputusan.


memandu kereta.

KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang

Sepanjang pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan

perkara-perkara yang tidak dijangka.

Sebagai contoh, ketika sedang memandu,

tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta kita. Oleh itu, sepanjang
pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada.
dinamik kerana sentiasa berubah.

Masa depan sangat

Masalah yang berlaku pada masa depan

lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. KMD lebih berciri saintifik
kerana dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.

3.

Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan


atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk
peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaian
mereka

sendiri

bertolak

daripada

teori

pembelajaran

kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme.

behaviorisme

kepada

Pembelajaran ini menggalakkan

murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri
akan terhasil.
4.

Kecerdasan pelbagai

Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi


dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan,
dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai
dalam lingkungan sesuatu budaya.

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner


(1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati seven ways of knowing,
perceiving and understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai

masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk


yang mempunyai kriteria yang istimewa.
5.

Pembelajaran akses kendiri

Menggunakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan


murid. Pelajar belajar sendiri menggunakan akses di bawah pengawasan dan
bimbingan guru. Guru perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai
mengikut minat dan keperluan pelajar, Pelajar dapat belajar sendiri atau kumpulan
sendiri mengikut kemampuan mereka. Pelajar membuat aktiviti yang disediakan
guru secara bebas tanpa tekanan mengikut kemampuan mereka dan mencari
penyelesaian sendiri.
6.

Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna


dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah.

Ia

dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir
secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai
kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir
secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat
generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan
minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia


melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa
kemahiran berfikir. Dalam proses mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau
membuat keputusan, kedua-dua KBKK secara kritis dan kreatif digunakan.
7.

Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)

Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan


secara:
i Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial
6

Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih


komprehensif dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan
tapak pembelajaran. Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara
kendiri.

ii Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi


Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan,
mencari, dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat,
dan tapak pembelajaran. Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh
mengawal dan menentukan maklumat yang mereka terima melalui TMK. Hal ini
berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya menerima bahan pelajaran
yang dikawal oleh sistem.

iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi


TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan
pembelajaran.

iv Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi


TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi
yang berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi
maklumat seperti dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook,
Blog dan lain-lain.

Murid boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi

menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman dan maklumat yang


mereka

peroleh.

Menerusi

pembelajaran

seperti,

pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.


8.

Pembelajaran konseptual

murid

dapat

membina

Pengajian konseptual adalah pelajar belajar bagaimana untuk mengelolakan


maklumat dalam struktur-struktur mental secara logik. Cirinya adalah menumpukan
pada prinsip-prinsip penyusunan fakta-fakta kepada idea-idea. Ianya digunakan
untuk penyelesaian masalah bagi tahap yang lebih tinggi dan ringkasnya ia
mentafsirkan maklumat-maklumat yang diberi dan menggunakannya untuk mencari
jawapan. Konsep ini menjadikan pelajar benar-benar memahami fakta-fakta dan
konsep dan boleh membuat kaitan untuk membentuk idea-idea baru bagi
penyelesaian masalah.

9.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran


dengan

pengalaman

harian

individu,

masyarakat,

dan

alam

pekerjaan.

Pembelajaran ini disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit,


serta melibatkan latih amal dan berfikir.
berupaya

menghubungkaitkan

Pembelajaran berlaku apabila murid

pengetahuan

baharu

secara

bermakna

dan

menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.


Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan Landskap

Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan landskap, faedah-faedah yang
diperolehi:
i) Murid
-

Mengaitkan pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau

kehidupan
harian.
-

Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh


keselesaan/keindahan landskap.

Memindahkan kemahiran (menghasilkan lukisan pelan atau perspektif)


8

Meneroka dan mendapatkan bukti.

Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.

Belajar secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.

ii) Guru
-

Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan

projek
-

Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.

Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

iii) Industri
-

Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan

awal.
-

Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.


Sehubungan itu, berdasarkan kepada strategi-strategi pengajaran di atas, antara

strategi yang boleh digunakan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran ialah ;
i)

Pembelajaran Kontekstual

Strategi pembelajaran kontekstual ini bersesuaian dengan aktiviti yang terdapat


dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana setiap perkara yang diajar
dalam mata pelajaran ini , akan diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan
seharian mereka. Contohnya apabila guru mengajar topik tatacara mengambil
air sembahyang kepada pelajar. Topik tersebut perlu diajar secara teori dan
praktikal. Secara teorinya guru akan mengajar mengenai niat ketika berwuduk,
anggota yang terlibat apabila mengambil wuduk dan tatacara mengambil wuduk
mengikut urutan yang betul di dalam kelas. Seterusnya secara praktikal pula,
9

guru akan

menunjukkan

demonstrasi

kepada pelajar tentang tatacara

mengambil wuduk kepada murid dan seterusnya akan menyuruh setiap murid
untuk melakukan praktikal tatacara mengambil wuduk. (Lihat contoh aplikasi
penggunaan strategi pembelajaran kontekstual dalam Rajah 1).
Contoh aktiviti : Tatacara mengambil wudhuk

G
j3
g
L
c
ta
h
d
u
w
p
b
:M
4
2
m
n
e
r
ik
l1
o
s
y

Rajah 1 : Carta aliran kaedah pengajaran yang menggunakan strategi


pengajaran pembelajaran kontekstual
ii)

Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK)

Penggunaan TMK di dalam strategi pengajaran pada hari ini adalah semakin
meluas. Malahan, boleh dikatakan di setiap sekolah telah disediakan Makmal
Komputer bagi memudahkan guru menggunakan TMK sebagai salah satu
daripada strategi pengajaran. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, aplikasi
TMK boleh digunakan bagi menyampaikan ilmu kepada murid dengan lebih
berkesan. Contohnya menggunakan CD-ROM, Komputer dan LCD . Aplikasi TMK
ini amat berkesan untuk mengajar murid mengenai bacaan Al-Quran. Di mana
10

guru boleh menayangkan atau memperdengarkan teknik bacaan Al-Quran


kepada murid dengan hanya memasangkan CD-ROM ataupun memasang
bacaan ayat Al-Quran yang boleh dimuat turun dari pelbagai laman sesawang
yang sumbernya boleh dipercayai dan iktiraf. (lihat gambar di bawah)

Gambar 1 : Contoh CD-ROM yang boleh digunakan oleh Guru Pendidikan Islam

2.1

KONSEP PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN


EKSPRESI SENI DALAM PENDIDIKAN

2.1.1

Penerokaan

Penerokaan membawa maksud menyelidik untuk mengetahui sesuatu


yang

belum

menjelajah.

diketahui
Dalam

menggunakan

erti

pelbagai

lagi

iaitu

melaksanakannya

dengan

kata

lain

meneroka

adalah

bahan

dan

kaedah.Pengalaman

cara

bermaksud
meneroka

merupakan suatu situasi pembelajaran. Semasa proses ini berlaku guru


tidak digalakkan untuk menilai aktiviti yang sedang dijalankannsebaliknya
guru

hanya

berperanan

sebagai

fasilitator

atau

pembimbing

dan

membimbing murid untuk menemui sesuatu yang lebih spesifik tentang


diri

mereka.

Guru

digalakkan

untuk

meneroka

dengan

membuat

eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan


bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan murid seorang yang benar-

11

benar lebih berimaginatif. Pembahagian dalam penerokaan adalah seperti


berikut ;
a)

Meneroka Alat dan Bahan

Apabila kanak-kanak sudah menguasai aktiviti -aktiviti lantai murid juga


digalakkan untuk meneroka pengalamana peralatan. Seperti palang
imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang. Sesetengah sekolah
hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat
dan rangka rangka panjat sahaja untuk mendapatkan pengalaman
peralatan.
Murid pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat
penyesuaian

menggunakan

peralatan

yang

sebenar.

Mereka

boleh

mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut diatas


palang atau tali melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak
dari satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat.
Kemudian setelah mahir menggunakan peralatan barulah digalakkan
untuk memindahkan keaktiviti menggunakan peralatan yang sebenarnya.
b)

Idea dan Isi Kandungan

Murid digalakkan untuk meneroka idea dan isi kandungan yang terdapat
di dalam pergerakan seperti aktiviti bidang Menggambar seperti kolaj
dengan menggunakan pelbagai bahan seperti biji-bijian, plastik dan
sebagainya.Murid

digalakkan

mencari

idea

asli

dengan

membuat

ekprementasi alat dan bahan.


c)

Cara pengelolaan, olahan dan manipulasi

Murid ditahap penggunaan dan kecekapan d sudah bersedia untuk


meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan cuba memanipulasi tubuh
mereka supaya boleh melakukan aktiviti gimnastik atau pergerakan
dengan lebih mencabar lagi. Diatas pengalaman-pengalaman yang
diperolehi itu pelajar seringkali cuba untuk mempraktikkan lagak ngeri
gimnastik artistik sebagai gerak balas kepada perlakuan gimnastik. Pelajar
akan melakukan aksi-aksi seperti dirian tangan, roda kereta, gulingan dan

12

sebagainya. Kemungkinan ada murid yang meminta bantuan guru untuk


melaksanakan sesuatu lakuan gimnastik atau memperbaiki gaya lakuan
yang telah mereka tonton atau yang sedang mereka pelajari. Untuk itu
bimbingan guru adalah penting pada peringkat ini.

2.1.2

Memperoleh Pengalaman
Pengalaman dalam Seni Visual, Muzik dan pergerakan akan menjana
pembelajaran kanak-kanak dalam pelbagai bidang. Bagi perkembangan
kognitif, kanak-kanak menggunakan seni untuk meluahkan fikiran dan
idea mereka.
Seni Dalam Pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang
mendalam, kepintaran menggunakan tubuh badan dan penajaman
persepsi sebagai satu pengalaman estetik. Aktiviti yang membentuk
pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja
untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka,
mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak
membuat pilihan.

2.1.3

Ekspresi Seni Dalam Pendidikan


Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh
manusia untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah:

Perasaan
Lisan
Reaksi
Emosi
Bukan Lisan
Idea

a) Meluahkan perasaan melalui ekspresi mud,idea, maklumat yang


berbeza
melalui aktiviti kreatif seni visual, muzik dan pergerakan.
13

Perkataan perasaan merupakan satu konsep yang susah hendak


dihuraikan tetapi ia hampir sama dengan pengkajian emosi. Perasaan
merupakan sebagai reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak
bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan
kerugian yang mungkin kepada seseorang.
Emosi

dan

berbanding

perasaan
dengan

kanak-kanak

orang

dewasa.

adalah

lebih

hebat

Jika

seorang

sifatnya

dewasa

tidak

menyedari hakikat tingkah laku kanak-kanak, dia mungkin tidak akan


memahami kenapa seorang kanak-kanak itu bersikap negatif terhadap
sesuatu

situasi

yang

dianggap

remeh

yang

tidak

sewajarnya

menimbulkan reaksi yang sedemikian.


Perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu itu tidak
sama dengan individu-individu lain. Tegasnya tidak ada dua individu
yang serupa dari segala segi.

2.2 PERANAN GURU DALAM PDP MENERUSI PENEROKAAN, MEMPEROLEH


PENGALAMAN DAN EKSPRESI SENI DALAM PENDIDIKAN
2.2.1

Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai


Penggunaan BBM yang sesuai oleh seorang guru itu amat penting
ketika menjalankan proses PDP supaya murid lebih memahami
mengenai

topik

yang

dipelajari.

Sehubungan

itu,

guru

perlu

menggunakan BBM yang sesuai ketika menjalankan proses PDP supaya


dapat

mewujudkan

proses

PDP

yang

menyeronokkan

penerokaan, dapat memberi pengalaman baru kepada

menerusi
murid dan

mewujudkan ekspresi seni dalam pendidikan.


Guru perlu mengetahui bahawa BBM bukan hanya terhad kepada buku
teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera, merangkumi apa
sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. BBM yang digunakan oleh
guru sekurang-kurangnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang
terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu
14

bahan bantu mengajar bukan elektronik


bahan bantu mengajar elektronik
bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

Namun begitu, walau apa jua kategori bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya
adalah untuk
a. memperjelaskan
b.
c.
d.
e.

lagi

penyampaian maklumat agar tidak

bersifat verbalistik
mengatasi keterbatasan ruang
mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan
mempersamakan pengalaman
membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.

Contoh Bahan Bantu Mengajar bagi mata pelajaran Pendidikan Islam :

15

terlalu

2.2.2

Keperluan Teori dan Aplikasi

Keperluan teori dan aplikasi adalah penting bagi seorang guru. Kebiasaannya,
guru akan menerangkan teori kepada sesuatu topik pembelajaran terlebih
dahulu sebelum melakukan aplikasi teori kepada pelajar. Contohnya, bagi subjek
Pendidikan Islam :
Bidang : Syariah Islamiyah
Tajuk : Solat

TEORI

PRAKTIKAL

-Guru mengajar terlebih


dahulu di dalam kelas

- Aplikasi cara
mendirikan solat di
dalam surau

16

2.2.3

Menggunakan Strategi Pengajaran yang sesuai

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan
pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka , dengan pemilihan
strategi yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar,
seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Dengan
strategi yang sesuai, pelajar-pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan
mudah dan berkesan dan ini tentunya akan memberi kebaikan kepada guru dan
pelajar.
KESIMPULAN
17

Seni

dalam

pendidikan

(SDP)

memainkan

peranan

penting

ke

arah

perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan


kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya
dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif
dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri
daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
Selain

itu,

SDP

berperanan

dalam

meningkatkan

pengetahuan,

daya

kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan yang diamalkan dalam PDP. Guru perlulah mempunyai pengetahuan
tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan
elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang
sesuai bagi merangsang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran. Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam
satu aktiviti semasa sesi PDP. Misalnya, dalam sesi PDP Pendidikan Islam, guru
boleh menjalankan aktiviti menyanyi lagu nasyid sambil melakukan pergerakan
solat. Pergerakan yang dibuat adalah mengikut kreativiti guru dan diikuti oleh.
Jadi, hal ini akan dapat membuatkan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan
pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Murid juga akan berasa
seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak
terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang
lebih berpusatkan kepada guru.
Kesimpulannya, SDP ini menunjukkan usaha guru dalam membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

18

RUJUKAN
Henry Mintzberg & James Brian Quinn. (1996). The Strategy Process ;
Concepts, Contexts, Cases. Third Edition, Prentice Hall, Upper Saddle
River, New Jersey.
Isbell, R. & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New
York:Thomson Delmar Learning.
Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lowefeld, V. & Brittain, W. L.(1986), Creative and mental growth, New York:
Macmillan
Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations in Curriculum
Studies pp. 245-256
MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur:
UNITEM
Sdn.
Bhd
Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar.
Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edmanagement/
mohdjohdiUIAMfp.pdf [15 oktober 2013]
Integrasi Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah.
https://docs.google.com/document/d/18KAn0Xom8ZjVWDfMFB9EuHm4aRA9Bu
B7sXac6rOfONs/edit?hl=en_GB&pli=1 [15 Oktober 2013]
Huraian Sukatan Mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual. 2002.
http://www.moe.gov.my/bpk/kbsr_kbsm/hsp/p_sv/hsp_pseni_kbsm.pdf [15
Oktober 2013]

19