Anda di halaman 1dari 1

Kendalian Enjin 2 Lejang Enjin dua lejang lejang biasanya digunakan untuk

jentera ringan seperti motosikal, gergaji bermotor (chain saw) dan mesin rumput
(brush cutter). Enjin dua lejang ini memerlukan hanya dua lejang piston atau
satu pusingan aci engkol untuk menyempurnakan semua empat kendalian
masukan, mampatan, kuasa dan ekzos. Rekabentuk enjin dua lejang lebih
mudah dan ringan kerana ia tidak menggunakan rangkaian injap sebaliknya ia
menggunakan liangliang. Terdapat tiga liang utama dalam enjin dua lejang iaitu
liang masukan, liang ekzos dan liang pemindah. Omboh dikendali dari TTA ke
TTB dan sebaliknya, berfungsi untuk membuka dan menutupi liang-liang
tersebut. ASAS KENDALIAN ENJIN DUA LEJANG 1. LEJANG MASUKAN DAN
MAMPATAN Apabila piston bergerak dari TTB ke TTA, liang masukan terbuka
manakala liang ekzos dan liang pindah tertutup. Campuran udara dan bahan api
dan minyak pelincir 2T disedut ke dalam kotak aci engkol oleh separa vakum
melalui liang masukan. Campuran udara dan bahan api dan minyak pelincir 2T di
atas kepala piston dimampatkan dan dinyalakan bila piston sampai ke TTA. Aci
engkol berputar separuh pusingan iaitu 180 Apabila piston sampai di TTA,
penyalaan berlaku. 2. LEJANG KUASA DAN EKZOS Lejang kuasa berlaku dan
piston ditolak ke bawah dari TTA ke TTB. Liang ekzos terbuka dan liang masuk
tertutup. Gas terbakar keluar melalui liang ekzos. Liang pindah terbuka dan
campuran udara dan bahan api masuk ke dalam silinder melalui liang pindah. Aci
engkol berputar satu pusingan iaitu 360. Piston bergerak dari TTB ke TTA dan
kitaran berulang.

Anda mungkin juga menyukai