Anda di halaman 1dari 11

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KURSUS
GGGB 6012
PENULISAN AKADEMIK
TUGASAN INDIVIDU
TAJUK
Konsep dan Strategi dalam Pembinaan Modul Pembelajaran Real-life Context untuk
Kursus Perdagangan

PENSYARAH
PM DR. JAMALUDDIN BADUSAH
NAMA PELAJAR
SARINAH BINTI JAIMIL
GP 03493
PROGRAM
Kurikulum Dan Pedagogi

PUSAT
Sabah

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

1.0 PENGENALAN
Berjayakah sistem pendidikan negara kita melahirkan generasi yang mampu bersaing di
peringkat global? Jawapan kepada persoalan ini dapat dirujuk pada laporan Program
Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 menyatakan bahawa negara kita mendapat
tempat kedua tercorot di Asia Tenggara. Sistem pendidikan negara kita bukan sahaja
ketinggalan di peringkat antarabangsa namun juga di peringkat serantau. Lebih
mendukacitakan lagi apabila kenyataan tahap pemikiran pelajar berumur 15 tahun di
Malaysia sama dengan pelajar berumur 11 tahun di Singapura dan Korea Selatan. Sistem
pendidikan kita masih berorientasikan peperiksaan seperti yang dikatakan oleh Jais Abdul
Karim iaitu Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung "Sistem kita hari ini terlalu
berorientasikan peperiksaan dan ini memberi tekanan kepada pelajar dan mereka belajar
secara membuta tuli semata-mata untuk lulus peperiksaan tanpa memikirkan sama ada ilmu
yang diperolehi boleh digunakan pada masa-masa akan dating."(Bernama, 2010). Ini kerana,
Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
meningkat dari setahun ke setahun namun

apabila kenyataan dari PISA dan Trends in

Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 pula menunjukkan dapatan yang
berbeza(FTM, 2013).
Untuk menyahut cabaran era globalisasi pendidikan yang semakin kompetitif, PMR telah
dimansuhkan dan digantikan dengan Peperiksaan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3)

pada

tahun 2014. Perbezaan PMR dan PT3 ialah bentuk soalan yang lebih menekankan soalan
kemahiran berfikir aras tinggi. Keputusan PT3 tahun lalu telah mengejutkan semua rakyat di
negara kita dan juga telah mengukuhkan lagi dapatan PISA dan TIMMS. Menurut Pengetua
SMK Bukit Jambul, Noorzeela Abu Bakar Bagaimanapun sukar untuk kita membandingkan
pencapaian PT3 dengan PMR kerana formatnya jauh berbeza. PT3 menguji pelajar dengan
soalan berasaskan kemahiran berfikir asas tinggi tanpa soalan berbentuk objektif seperti
PMR. Trend soalan PISA dan TIMMS

adalah mengaplikasikan kehidupan seharian dan

juga. Ini membuktikan kepada kita bahawa pelajar tidak boleh mengaplikasikan apa yang
telah dipelajari di sekolah dengan kehidupan sehari-hari. Oleh itu, apakah langkah
memantapkan kualiti dan prestasi pendidikan negara yang semakin dipertikaikan?

untuk

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

Kurikulum adalah satu komponen yang amat penting dalam pendidikan untuk membina
modal insan. Kualiti pendidikan bergantung kepada penerapan kurikulum yang berkualiti.
Maka tidak hairanlah sekiranya kurikulum itu sering berubah seiring dengan peredaran
masa. Salah satu kurikulum yang diperlukan pada masa ini adalah kurikulum yang
membolehkan pelajar mengaplikasikan isi pelajaran dalam kehidupan seharian atau
pembelajaran real-life context. Pembelajaran real-world contexts adalah pembelajaran
yang berdasarkan isu, masalah, contoh kehidupan sebenar. Memberi tumpuan kepada
pengaplikasian dan bukannya semata-mata untuk menghafal teori, prinsip dan boleh
membantu melibatkan pelajar dan mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar (National
Institute of Education Singapore).
Tujuan mata pelajaran ini diperkenalkan untuk memberi pendidikan perdagangan supaya
pelajar dapat mengetahui, memahami dan mempelajari selok belok bidang perniagaan dan
perkhidmatan seperti pelancongan, pengangkutan dan sebagainya. Penerapan ilmu
pendidikan hari ini menuntut pembentukan pelajar yang menghadapi alam pekerjaan yang
sebenar. Selama ini fungsi sekolah hanya untuk mengajar pelajar teori dan isi kandungan
dunia perniagaan semata-mata dan pengalaman dunia sebenar dalam bidang perniagaan
hanya akan dipelajari di peringkat pengajian tinggi. Sebagai contohnya; Di peringkat
pengajian tinggi, pelajar akan mempelajari kerja-kerja praktikal dunia perniagaan khususnya
kajian kes untuk mengukuhkan pengalaman serta kemahiran dalam bidang perniagaan. Oleh
itu, bagaimana kita ingin melahirkan pelajar yang boleh mengaplikasikan ilmu dalam dunia
perniagaan jika pelajar tidak didedahkan atau mengalami dunia perniagaan itu semasa proses
pembelajaran di sekolah.
Objektif kertas konsep ini adalah untuk menyatakan maksud pembelajaran real-life context,
teori pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran real-life context, dan bagaimana
pembelajaran real-life context berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Sehubungan
dengan itu kertas ini mencadangkan satu modul yang boleh digunakan dalam kursus
perdagangan di sekolah. Modul ini berasaskan kepada pembelajaran menggunakan real life
context yang mana pelajar mengalami sendiri keadaan sebenar apa yang mereka pelajar
dalam kurikulum perdagangan.

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

2.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBELAJARAN REAL-LIFE CONTEXT


Pembelajaran Real-life Context adalah gabungan teori pembelajaran konstruktivisme dan
kontekstual. Pembelajaran real-life context bertujuan untuk membangunkan pengetahuan
yang berguna bagi seseorang yang sedang atau baru berkecimpung dalam bidang
professional (Weert, 2004). Dalam pembelajaran real-life context juga, guru memainkan
peranan penting yang mana guru harus mengambil kira pelbagai kemungkinan termasuk
aktiviti, tempat peranan pelajar dan sumber pembelajaran real-life context agar pelajar dapat
mengalami sendiri pengetahuan yang diterapkan. Sebagai contohnya; aktiviti atau peristiwa
seperti pameran, hari kemerdekaan, mesyuarat majlis dan sebagainya. Manakala,
kemungkinan tempat untuk dijadikan tempat pembelajaran real-life context adalah
web/internet, premis perniagaan, persekitaran komuniti setempat, kilang atau mana-mana
tempat perniagaan dalam dunia realiti. Disamping itu, pelajar pula boleh berperanan sebagai
perancang, melaksanakan atau memainkan peranan, membuat pemasaran atau mana-mana
peranan yang membolehkan mereka terlibat dalam dunia perniagaan sebenar. Lebow &
Wager (1994) mendefinisikan pendekatan pembelajaran real-life context sebagai Involves
ill-formulated problems and ill- structured conditions, problems are embedded in specific
and meaningful context, problems have depth, complexity and duration, involves cooperative
relations and shared consequences and problems are perceived as real and worth solving.
Kajian pembelajaran real-life context banyak dijalankan dalam mata pelajaran matematik
dan setakat ini, belum ada kajian dalam mata pelajaran perdagangan sedangkan teori
pembelajaran ini amat penting diaplikasikan memandangkan mata pelajaran ini penting
dalam pembangunan negara. O l e h k e r a n a p e l a j a r a n perdagangan adalah
penting dalam pembangunan negara, dan oleh kerana kemudahan yang di
dapati di sekolah-sekolah berhubung dengan pendidikan ini tidak memuaskan,
maka diperakukan agar pendidikan dalam jurusan perdagangan ini diberi perhatian khas
menurut Laporan Kabinet dalam Suhaida Abdul Kadir (2002).

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

3.0 TEORI KONTEKSTUAL DALAM PEMBELAJARAN REAL-LIFE CONTEXT


Manakala, pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Lima
bentuk pembelajaran iaitu menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan
memindahkan yang mana pelajar harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan
persekitaran sahaja yang boleh mencapai objektif pembelajaran. Pelajar memerlukan
pengalaman hands-on untuk menimba pengalaman ini seperti bekerja atau membuat latihan
amali dalam situasi tempat kerja sebenar (Pusat Perkembangan Kurikulum). Namun,
pembelajaran real-life context hanya menggunakan bentuk pembelajaran mengalami, dan
mengaplikasi sahaja.
Pembelajaran kontekstual merupakan konsep belajar yang membantu guru mengaitkan
antara bahan yang diajar dengan situasi dunia sebenar pelajar dan menggalakkan pelajar
membuat hubungan antara pengetahuan yang dimilikinya dengan penerapannya dalam
kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan masyarakat (Hasnati, 2006).
3.0 TEORI KONSTRUKTIVIVME

DALAM PEMBELAJARAN REAL-LIFE

CONTEXT
Teori konstruktivisme diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi Jean Piaget. Teori
pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar mewujudkan hubungan di dalam minda
terhadap idea dan fakta yang telah dipelajari. Pembelajaran Real-life Context mengambil
hanya beberapa prinsip asas dalam pembelajaran konstruktivisme iaitu aktiviti pembelajaran
menggabungkan tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
Menurut Ramlah dan Mahani (2002), pembelajaran dan pengajaran menggunakan
pendekatan konstruktivisme boleh dilaksanakan dengan memberikan perhatian kepada
aktiviti-aktiviti berbentuk hands on dan minds on.
Nik Azis Nik Pa (1999) menyatakan bahawa konstruktivisme adalah tidak lebih daripada
satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini
bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau
pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan
daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya,
setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara
terpilih (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001 )
5.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBINAAN MODUL MATA PELAJARAN
PERDAGANGAN
Salah satu keperluan isi sukatan pelajaran perdagangan adalah pelajar dapat mengembangkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan secara formal dan tidak formal di
mana pembelajaran mata pelajaran perdagangan bukan sahaja di dalam kelas tetapi pelajar
dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan harian (Sukatan Pelajaran Perdagangan, 2003).
Nor Azma (2010) mengatakan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan.
Namun, guru-guru perdagangan masih memilih kaedah pengajaran kerja kumpulan dan
penerangan sebagai kaedah yang mempunyai darjah kesesuaian yang tertinggi dalam
mengajar kebanyakan topik dalam subjek ini (Nor Aishah, 2002). Fakta ini dikuatkan lagi
dengan kenyataan Mohd Saim Bin Selamat (1992) dalam Nor Azma (2010) berkata
sepanjang pengalaman menjadi pemeriksa kertas perdagangan, kekeliruan calon menjawab
kertas ini adalah disebabkan oleh calon tidak tahu langsung jawapannya dan

calon keliru

dengan kehendak soalan. Sebab utama yang dikenalpasti disebabkan faktor pengajaran guru
dan cara pembelajaran calon. Ini membuktikan kepada kita bahawa pengajaran

di dalam

kelas tidak dapat mencapai objektif pembelajaran kerana pelajar tidak dapat melihat dan
mengalami keadaan sebenar.
Kurikulum Perdagangan dibentuk berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang
telah disepadukan dalam lima belas topik pembelajaran. Topik-topik berkenaan merangkumi
bidang-bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan, pelaburan,
pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika dalam perniagaan. Pendekatan pengajaran
dan pembelajaran Perdagangan pula bermula dari pemahaman konsep, pengetahuan sedia

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

ada serta perkembangan maklumat terkini di bidang perdagangan.


Perdagangan, 2003).

(Sukatan Pelajaran

Secara ringkasnya, silibus tingkatan empat merangkumi asas dan

unsur perdagangan, jenis-jenis

perniagaan iaitu perniagaan dalam negeri, perniagaan

antarabangsa dan Industri kecil dan sederhana, pemilikan perniagaan dan pelaburan.
Manakala, silibus tingkatan lima merangkumi enam bantuan perniagaan iaitu perbankan,
insurans, pengangkutan, komunikasi, pergudangan dan promosi (setiap satu bantuan
perniagaan dihuraikan dalam satu bab), peranan kerajaan dan konsumerisme.
Pembelajaran real-life context akan membawa pelajar mengalami sendiri pengalaman
dalam dunia perniagaan. Sebagai contohnya; Pelajar akan pergi ke premis perniagaan
untuk membezakan perniagaan runcit kecil-kecilan, perniagaan runcit besar-besaran,
pelajar masuk ke laman web Bursa Malaysia Kuala Lumpur untuk melihat bagaimana
harga saham akan berubah setiap saat, melihat sendiri jenis-jenis gudang dan aktiviti yang
dilakukan di dalam gudang seperti memecah pukal. Ini kerana, pelajar dapat melihat
sendiri tanpa menghafal jenis dan ciri-ciri pergudangan.

6.0

PEMBINAAN

MODUL

REAL-LIFE

CONTEXT

DALAM

KURSUS

PERDAGANGAN
Dalam kertas konsep ini, saya akan memilih dua sub topik dari tajuk Pelaburan yang
mana tajuk ini susah untuk dikuasai oleh pelajar dan sangat releven untuk pembelajaran
real-life context. Pelaburan dipecahkan kepada empat sub tajuk iaitu maksud pelaburan,
perbezaan spekulator dan pelabur, jenis-jenis pelaburan seperti akaun simpanan tetap,
harta tanah, saham dan unit amanah dan juga, panduan am pelaburan.

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

6.1 Modul Pembelajaran Real-life Context Sub Topik Harta Tanah


Tajuk
Sub Tajuk

Pelaburan
c)Jenis Pelaburan
iii) Harta Tanah

Masa

80 minit ( 2 waktu)

Objektif

Pelajar dapat:

Pembelajaran

1. Memahami maksud pelaburan harta tanah


2. Menjelaskan kelebihan dan kekurangan harta
tanah

Langkah 1;

1) Pelajar memahami konsep pelaburan harta tanah

Memahami konsep

2) Pelajar memberikan contoh pelaburanharta tanah

Langkah 2;

1) Pelajar melihat/melawat satu ejen harta tanah atau

Aktiviti
Pembelajaran
Kontekstual
Langkah 3;
Aktiviti
Pembelajaran
Konstruktivisme

melihat tapak pelaburan mereka


2) Pelajar melayari aktiviti pelaburan harta tanah yang
dijual dalam website seperti mudah.com
Pelajar membina makna baru dalam perniagaan
1) Pelajar membuat proposal untuk menubuhkan satu
syarikat ejen harta tanah.
2) Pelajar membuat iklan menjual harta tanah

Elemen Merentas

Tanah merupakan sumber terpenting dalam pembangunan

Kurikulum

ekonomi dan sosial negara.

Kemahiran Berfikir

Mengaplikasi, mencipta

Aras Tinggi
Penilaian Pengajatan
dan Pembelajaran

Pelajar mereka iklan harta tanah yang kreatif dan menarik

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

6.2 Modul Pembelajaran Real-life Context Sub Topik Unit Amanah


Tajuk
Sub Tajuk

Pelaburan
c)Jenis Pelaburan
iii) Unit Amanah

Masa

80 minit (2 waktu)

Objektif

Pelajar dapat:

Pembelajaran

1. Menerangkan maksud pelaburan unit amanah


2. Menyatakan kelebihan dan kekurangan pelaburan
dalam unit amanah

Langkah 1;

1) Pelajar memahami konsep pelaburan Unit Amanah

Memahami konsep

2) Pelajar memberikan contoh pelaburan Unit Amanah

Langkah 2;

1)

Aktiviti
Pembelajaran
Kontekstual
Langkah 3;
Aktiviti
Pembelajaran

Pelajar melihat/melawat satu ejen harta tanah atau


melihat tapak pelaburan mereka

2) Pelajar mengaitkan dengan perniagaan yang wujud di


persekitaran mereka
Pelajar membina makna baru dalam perniagaan
1) Pelajar mencari sumber modal perniagaan dan membuat
perkaitan dengan duit pelaburan amanah saham.

Konstruktivisme
Elemen Merentas

Berjimat cermat dengan menyimpan duit dalam unit amanah

Kurikulum

kerana kurang risiko kerugian

Kemahiran Berfikir

Mengaplikasi, menilai

Aras Tinggi
Penilaian Pengajaran

Pelajar boleh mengaitkan dengan pelaburan Amanah Saham

dan Pembelajaran

Bumiputra

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

7.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP


Kerjasama daripada pihak sekolah dan masyarakat juga amat penting untuk mencapai
objektif pembelajaran sekiranya teori pembelajaran ini diaplikasikan. Sebagai
contohnya; peniaga memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dengan memberi
kebenaran kepada pihak sekolah untuk membuat lawat ke premis perniagaan seperti
gudang, kedai dan sebagainya. Pihak sekolah juga harus menyokong dari segi kos
sekiranya pelajar ingin membuat lawatan ke tapak industri kerana teori pembelajaran
real-life context ini memerlukan kos dari segi makan minum dan pengangkutan pelajar.
Faktor ramai pelajar gagal dalam perdagangan adalah kerana mereka tidak faham apa
yang mereka pelajari di dalam kelas. Oleh itu, pentingnya pembinaan modul yang baik
dalam topik perdagangan supaya pelajar boleh mengaitkan dengan kehidupan sebenar.
Menurut Jamaludin Ahmad (2002) modul adalah pelengkap kurikulum yang
disediakan guru dan menjadi panduan dan pembelajaran serta digunakan untuk
pembelajaran kendiri. Modul pembelajaran real-life context ini sesuai diaplikasikan
dalam perdagangan kerana kurikulum perdagangan lebih kepada pengetahuan dunia
sebenar. Dengan modul ini, pelajar boleh mengaitkan dengan kehidupan sebenar
kerana mereka mengalami sendiri pengalaman dalam proses pembelajaran.

Begitu

juga, penggunaan pembelajaran real-life context masih kurang penggunaan dalam


perdagangan dan lebih kepada mata pelajaran matematik dan fizik.

SARINAH BINTI JAIMIL, GP03492

8.0 RUJUKAN
Anon. 2010. Pembelajaran Berbasis Real life.
Bernama. 2014. 22 Disember.
Free Malaysia Today. 2013. 29 Januari.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan IV dan V:
Perdagangan
Whitelegg & Malcolm. 1999. Real-life contexts for learning physics: Meanings, issues
and practice.