Anda di halaman 1dari 8

TINGKATAN : 3

BAB : PEMBIAKAN
TAJUK : PERCAMBAHAN BIJI BENIH

HBEF2803/2015

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


HBEF 2803
EPIC

TAJUK : MOTIVASI PELAJAR SUMBANGAN KEPADA


PROFESION KEGURUAN
NAMA

: NORAZIAN BT TAAT

NO.MATRIK

: 790218015678001

NO.IC

: 790218-01-5678

NO.TELEFON

: 019-5266988

ALAMAT E-MAIL

: aufanaufal_2006@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN: KEDAH LEARNING CENTER


( SUNGAI PETANI)

SEMESTER JANUARI 2015

HBEF2803/2015

PENGENALAN
Pendidikan adalah penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai matlamat dan
hasrat utama negara. Di samping dapat menyatukan masyarakat dan berupaya melahirkan
rakyat yang mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini.
Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan pada setiap individu. Menurut Mohamad
Najib Ghafar (1999), pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk
menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada yang ada padanya supaya dapat hidup
dengan lebih berguna dan lebih selamat.
Menurut Encik Ibrahim sukiman Pegawai dari PPG, Kehadiran guru-guru di dalam
program PPG ini boleh memberi impak yang besar kepada diri sendiri, pelajar, guru besar
dan negara. Apa yang dapat boleh diaplikasikan di dalam kelas dan berkongsi dengan guruguru di sekolah. Pembangunan Profesionalisme Berterusan Program latihan secara sistematik
yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta
kecemerlangan perkhidmatan. Sememangnya guru-guru perlu bersedia untuk melanjutkan
pelajaran supaya tidak ketinggalan di dalam ilmu pendidikan untuk disampaikan kepada
pelajar. Ini disebabkan oleh inovasi di dalam pengetahuan, teknik, kemahiran dan idea sering
berkembang begitu cepat sejajar dengan perkembangan mengikut perubahan masa. Guru
perlu berubah, membaiki kelemahan diri dengan menjadi orang yang berilmu dan
menyampaikan ilmu-ilmu yang terbaru.
Kaum guru adalah merupakan satu model yang paling berpengaruh untuk dicontohi
oleh pelajarnya. Pelajar tentu lebih bersemangat untuk belajar apabila melihat gurunya
sendiri terus menuntut ilmu walaupun telah mempunyai keluarga ataupun yang telah
mempunyai pendapatan yang tetap. Kaum guru juga harus sedar bahawa peningkatan
akademik yang diperolehi akan meletakkan diri mereka ke tempat yang lebih baik dari yang
dahulunya. Profesionalisme juga menuntut kaum guru supaya berkembang, meningkatkan
kebolehan dan kemahiran diri, menjadi lebih berpengetahuan, lebih mahir dan berketrampilan
mengikut perkembangan ilmu.

HBEF2803/2015

FAEDAH YANG DIPEROLEHI DARIPADA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


Di antara faedah yang diperolehi hasil daripada program pensiswazahan guru adalah
meningkatkan ilmu pengetahuan. Selaras dengan ciri-ciri negara maju pihak kerajaan telah
membuka mata dunia bahawa profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang
dapat menjana pendapatan yang tinggi. Seramai 420,000 orang guru berpendapatan tinggi
selaras dengan negara maju. Laluan rangka kerjaya untuk guru menikmati kenaikan pangkat
amat cepat berbanding pada masa duhulu. Pangkat terakhir bagi profesion perguruan sama
taraf dengan profesor madya tanpa membuat membuat pembentangan kertas kerja atau tesis
dan juga jurnal. Dengan inisiatif kerajaan yang dirangkakan melalui kesatuan guru telah
memperjuangkan nasib guru-guru. Melalui program pensiswazahan guru, mereka tidak perlu
risau tentang penempatan selepas bergelar graduan kerana data setiap guru sudah
dikemaskinikan. Guru-guru tetap mengajar di sekolah yang sama walaupun gred jawatannya
sudah berubah.
Dalam menuju era

negara maju dalam pelbagai bidang, khususnya dalam

memperkasakan mutu pendidikan bertarf dunia, kerajaan sedang menambah bilangan guruguru siswazah dan mengurangkan guru-guru bukan siswazah agar hasrat kerajaan
memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Guru-guru ini sentiasa berusaha
meningkatkan ilmu dan kemahiran serta kemajuan diri ke tahap yang lebih baik. Kerajaan
telah membuka peluang seluas-luasnya kepada guru-guru bukan siswazah menyambung
ijazah di universiti-universiti dalam program-program dan latihan yang diiktiraf oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Seterusnya faedah yang diperolehi, meningkatkan pendapatan guru. Guru lepasan
ijazah dapat meningkatkan pendapatan dengan memberi perkhidmatan yang terbaik selaras
dengan kehendak kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan
perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Peluang untuk menjadi guru
cemerlang sangat terbuka luas kepada guru lepasan ijazah dengan usaha yang gigih para
guru. Laluan kerjaya sebagai guru sangat menarik kerana, kerjaya guru di tempat yang kedua
dalam perkhidmatan profesion. Guru-guru boleh melalui laluan luar biasa dengan
menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, program ini dapat meningkatkan nilai modal insan di kalangan guru.
Program ini merupakan usaha kerajaan menyokong pembelajaran yang berterusan di
kalangan penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik setanding tuntutan
dan

cabaran semasa. Tanggungjawab untuk mendidik mendidik anak bangsa bukanlah


4

HBEF2803/2015

perkara yang mudah. Bila kita menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik
tanggungjawab secara langsung terletak di bahu kita. Guru-guru harus bersyukur dengan
program yang dilaksanakan oleh Kementerian.
SUMBANAGAN GURU KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dalam menghadapi transformasi pendidikan pelbagai cabaran yanag perlu dihadapi
oleh para guru. Cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan ekuiti
pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah, pertama, supaya system
pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan pesat
negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Dan kedua, supaya setiap murid di
negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status sosial berpeluang untuk
mengecap nikmat pendidikan yang berkualiti secara adil dan saksama. Lantaran itu, kerajaan
memberikan tumpuan utama kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara secara
menyeluruh. Ini kerana kita tahu bahawa menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk
rakyat adalah satu-satunya wadah bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Modal insan inilah yang akan
memacu kemajuan negara kita ke tahap yang lebih tinggi. Di pundak merekalah letaknya
harapan kita untuk melihat kemajuan dan pembangunan negara dijana dengan lebih pesat dan
mapan, demi kesejahteraan dan kemakmuran masa depan kita bersama.
TINGKATKAN NILAI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN YANG
KOMPREHENSIF
Seorang guru harus menepati masa sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak
harus menunggu loceng berbunyi untuk bergerak ke kelas yang akan diajar. Seharusnya guru perlu
bergerak ke kelas 5 minit sebelum loceng berbunyi. Pada masa dahulu, guru menunggu loceng
berbunyi untuk bergerak ke kelas. Ini mengambil masa pengajaran dan pembelajaran sekurangkurangnya 10 minit. Ini akan merugikan pelajar kerana mereka akan kehilangan masa yang sangat
berharga. Mereka juga perlu mempunyai inisiatif untuk mengajar dan jangan hanya mengharapkan
pangkat atau gred yang akan diperolehi.
Guru yang efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau
subjek yang diajar. Mereka perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
komprehensif tehadaqp bidangnya. Di samping sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Ada kalanya murid
akan bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang tertera dalam buku teks.

HBEF2803/2015
Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti yang kukuh, pasti akan
menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan pelajaran
tersebut.
KEPELBAGAIAN KAEDAH MENGAJAR
Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru
menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan
dicapai oleh murid. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan
penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif,
seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi
pelajaran, topik atau kemahiran.
KECERIAAN, INTERAKSI DAN PENGLIBATAN MURID
Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam
pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, muridmurid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan berasa
pendapat dan kehadirannya diperlukan dan dihargai. Murid-murid perlu mengenali antara satu sama
lain, saling berinteraksi dan menggunakan panggilan yang baik-baik serta digemari. Semasa
menyampaikan pengajaran, guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka
terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus,
berminda ceria dan humur. Situasi sedemikian akan dapat menimbulkan interaksi positif dan
konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu yang disampaikan demi manfaat jangka pendek dan
jangka panjang murid dan guru.
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik
darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang bersuasana belajar, persekitaran harmoni
keilmuan, dan kecerian wajah ilmuan. Lantaran sedemikian akan membolehkan guru melaksanakan
perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum. Bilik darjah
merupakan medan peranan, tanggung jawab dan amanah seseorang guru dalam melaksanakan
akauntabiliti profesionnya. Seorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang
disampaikan mendatangkan kesan positif di kalangan pelajar. Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan
dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan
apresiasi.

HBEF2803/2015
KESIMPULAN
Profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan
yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan
mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan
profesion ini sebagai bidang terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat
harus sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan
mudah dengan memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk
memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru siapalah kita hari ini. Harapan
Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru-guru lepasan ijazah dapat membangunkan pendidikan
Negara dan tidak akan ketinggalan serta dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain di
dunia. Kita juga berharap anak-anak didik kita dapat menjadi wakil yang berkaliber setanding dengan
negara luar di mana mereka berani memberikan pendapat kerana berilmu dan mempunyai kewangan
yang kukuh.

HBEF2803/2015

Anda mungkin juga menyukai