Anda di halaman 1dari 2

MEE KARI SODAP

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
Dua cubit belacan (ganti serbuk perasa,mmg sedap)
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
Bahan Tumis(ikut trurutan ni yer)
1 labu bawang Holland dihiris kasar (bawang besar lain pon takpe tp bawang ni
manis)
4 ulas bawang putih dihiris (lagi halus lagi sedap bau)
1/2 inci halia dihiris nipis
1 btg kulit kayu manis (tumbuh sket jer)
2 kuntum bunga lawang
1 btg serai (diketuk hujungnye)
1 kg isi kerang atau lebih
1 cawan udang besar(tak payah buang kulitnye, sbb kalau tumis dpt rase manis2 air
dr udang)
2 sb cili kisar (yang kita blend sndiri)
1 keping asam keping
3 tangkai daun kari (ni bhn last skali letak time menumis sbb takut pahit plak lame2
tumis)
6 sb rempah kari daging (TAMBAH LAGI KEMUDIAN KALAU WARNA AGAK PUCAT )
Bahan Utk Mee dan Hiasan(pilihan masing2)
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - celur
Bawang goreng
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis(ingat, ikut turutan yer). Jangan
risau untuk tumis sekali udang dan kerang bagi mendapatkan rasa manis utk kuah
kita nanti. Masukkan daun kari, masak sehingga nampak agak garing barulah
masukkan cili kisar dan asam keping. Pastikan cili kisar pecah minyak sikit baru
masukkan rempah kari kacau sehingga naik bau. Masukkan bahan perasa(belacan
je) dalam dua cubit dan kacau sehingga belacan tidak lagi berketul.
Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong
kecil dan biarkan sehingga empuk.

Bila ayam telah masak dan empuk, masukkan pula santan kotak(atau ape jenis
santan), garam dan gula
Tambahkan lagi air bagi mengelakkan kuah kita nampak terlalu likat, tapi jangan
sampai terlalu cair.
Masa ni, andai kuah kita nampak pucat, tambah lg beberapa sudu serbuk kari
daging sampai warnanya seperti yang kita mahu.
Akhir sekali, Masukkan fish cake dan fish ball.
Perlahankan api, tutup periuk dan biarkan segala bahan2 yang ada di dalam periuk
td mesra bersama kuah(lebih kurang 20-30 minit, sambil2 tu intai2lah sikit utk
elakkan kuahnye kering yer)
*memang mengambil masa yang agak lama utk memasaknya tapi hasilnya
memang memuaskan.
*Tips untuk masakan sedap, rajinlah untuk merasa masakan kita seberapa yg boleh.
SELAMAT MENCUBA

Anda mungkin juga menyukai