Anda di halaman 1dari 41

BMMB 3033

Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu
Oleh: Darayani Johari
IPG Kampus Tawau

Isi Kandungan
Konsep Kesusasteraan Melayu
Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia
Genre Kesusasteraan Melayu
Tokoh Sastera

Konsep Kesusasteraan Melayu

Sejarah Kesusasteraan Melayu di


Malaysia
Sejarah kesusasteraan melayu terbahagi kepada dua
iaitu:
Kesusasteraan Melayu Sebelum Islam.
Perkembangan Melalui Hubungan Dengan Budaya
India

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia


Kesusasteraan Melayu Sebelum Islam

R.O.Winstedt menyatakan pendapatnya mengenai sejarah


kesusasteraan melayu klasik, iaitu:
Literature strictly came into being with the art of writing,
but long before letters were shaped, there existed the
material of literature, words spoken in verse to wake
emotion by beauty of sounds and words spoken in prose to
appeal to reason by beauty of sense.
(Winstedt, 1969:1)

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia


Kesusasteraan Melayu Sebelum Islam

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia


Kesusasteraan Melayu Sebelum Islam

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia


Kesusasteraan Melayu Sebelum Islam

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia


Kesusasteraan Melayu Sebelum Islam

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia


Kesusasteraan Melayu Sebelum Islam

Kekeliruan yang timbul ialah kerana istilah hikayat merujuk


kepada bentuk tulisan dan hanya dikenali sesudah
kedatangan Islam.
Kajian-kajian terkemudian yang dilakukan oleh para sarjana
yang mendapatkan cerita-cerita daripada para penutur,
semuanya menyebutkan cerita, contohnya:
Cerita Pak Pandir
Cerita Lebai Malang
Cerita Awang Punggung Tajam, atau;

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia


Kesusasteraan Melayu Sebelum Islam

Terus saja menyebutkan nama pelakunya, contohnya:


Bongsu Pinang Peribut
Seladang Cantik
Asal Usul Bukit Kaplu
Kata cerita memang tepat dan wajar kerana sesuai dengan tradisi yang
sama yang berkembang di daerah Melayu yang lebih awal iaitu,
Minangkabau melalui tradisi kaba yang juga bermakna cerita, contohnya:
Kaba Anggun nan Tungga Magek Jabang
Kaba Cinduo Mato
Kaba Si Umbut Muda

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia


Kesusasteraan Melayu Sebelum Islam

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia

Perkembangan Melalui Hubungan Dengan Budaya India

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia

Perkembangan Melalui Hubungan Dengan Budaya India

Keadaan yang sama turut berlaku dalam kerajaan-kerajaan selepasnya,


iaitu Kediri, Singasari dan Majapahit.
Para sejarawan sastera membahagikan tahap-tahap kesusasteraan
Hindu-Jawa itu kepada empat tahap, iaitu:
1) Zaman Mataram (abad ke-9-19)
2) Zaman Kediri (abad ke-11-12)
3) Zaman Majapahit Awal (abad ke-14)
4) Zaman Majapahit Akhir (abad ke-14-16)

Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia

Perkembangan Melalui Hubungan Dengan Budaya India

Hasil-hasil penulisannya pula didapati dalam bentuk prosa(gencaran)


dan bentuk puisi(tembang).
Tembang Jawa Kuno dikenali sebagai kakawin, sementara tembang
Jawa Tengahan dikenali sebagai kidung
Kebanyakan hasil sastera dari zaman-zaman itu terdapat dalam bentuk
kakawin.
Pengaruh kesusasteraan Hindu-Jawa ini sangat luas dan dapat dilihat
dari segi jumlah dan kepelbagaian karya yang sebahagian besarnya
masih didapati atau diketahui umum.

Genre Kesusasteraan Melayu


Kesusasteraan Melayu Klasik (Tradisional)
Sastera Rakyat (Lisan dan Tulisan)

Genre Kesusasteraan Melayu

Genre Kesusasteraan Melayu

Genre Kesusasteraan Melayu


Sastera rakyat (Lisan dan Tulisan)

Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali


juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional
dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu :
1. Naratif
2. Bukan naratif

Genre Kesusasteraan Melayu


Sastera rakyat (Lisan dan Tulisan)

Sastera rakyat bermaksud hasil-hasil kreatif yang termasuk


dalamnya daya ciptaan imaginatif pencipta yang mengandungi atau
menggambarkan nilai-nilai world view masyarakat itu sendiri.
Sastera rakyat juga merupakan hasil-hasil sastera yang dilahirkan
oleh masyarakat atau rakyat yang diispirasikan melalui bentuk lisan.
Menjadi hasil milik rakyat yang diperturunkan daripada satu
generasi kepada generasi yang lain secara lisan.

Genre Kesusasteraan Melayu


Sastera rakyat (Lisan dan Tulisan)
Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua
pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh
dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama iaitu:
1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat
* Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti
cerita binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan.

Genre Kesusasteraan Melayu


Sastera rakyat (Lisan dan Tulisan)
Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre
iaitu:
1. Sastera sejarah
2. Sastera hikayat
3. Sastera sastera panji
4. Sastera kepahlawanan / epik
5. Sastera agama

Genre Kesusasteraan Melayu

Sastera rakyat (Lisan dan Tulisan)


Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre
iaitu :
1. Sastera undang-undang
2. Sastera kitab
3. Sastera ketatanegaraan
4. Kepustakaan ilmu tradisional

Tokoh Sastera

HAMZAH FANSURI
Latarbelakang Hamzah Fansuri adalah tokoh agama yang
menggegarkan dunia melalui puisi- puisi sufinya. Menurut sasterawan
Abdul Hadi MW, Hamzah Fansuri merupakan pencipta "syair Melayu"
yang bercirikan puisi empat baris dengan pola sajak akhir "a-a-a-a".
Bakatnya sebagai sasterawan besar terserlah dalam kemampuan dan
kreativitinya merubah bahasa lama menjadi bahasa baru dengan cara
memasukkan ratusan kata Arab, istilah konseptual dari Al Quran
dan falsafah Islam. Bahasa ini kemudiannya menjadi sebagai bahasa
intelektual yang dihormati sebab dapat menampung gagasan baru
yang diperlukan pada zaman itu.

Tokoh Sastera

HAMZAH FANSURI
Peranan penting Hamzah al Fansuri dalam sejarah pemikiran
dunia Melayu Nusantara bukan saja karena gagasan
tasawufnya, tetapi puisinya yang mencerminkan pergelutan
penyair menghadapi realiti zaman dan pengembaraan
spiritualnya. Salah satu karya penting dari Hamzah Fansuri
adalah Zinat Al-Wahidin yang ditulis pada akhir abad ke-16
ketika perdebatan sengit tentang fahaman wahdat al- wujud
sedang berlangsung dengan tegang di Sumatera. Teks ini
diyakini oleh para peneliti sebagai kitab keilmuan pertama yang
ditulis dalam bahasa Melayu.

Tokoh Sastera

HAMZAH FANSURI
Hamzah Fansuri juga dikenal sebagai seorang pelopor dan
pembaru melalui karya-karya Rubba al Muhakkikina, Syair
Perahu, dan Syair Dagang. Kritiknya yang tajam terhadap
perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan, dan orangorang kaya, menempatkannya sebagai seorang intelektual yang
berani pada zamannya.
Karya-karya Zinat Al-Wahidin - ditulis pada akhir abad ke-16,
kitab keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu, Syair
Perahu ,Syair Dagang Rubba al Muhakkiki

Tokoh Sastera
RAJA ALI HAJI

Latarbelakang Raja Ali Haji lahir di Pulau Penyengat, pusat Kerajaan


Riau Lingga, Johor dan Pahang pada 1808 anak dari pasangan Raja
Ahmad bin Raja Haji Fisabilillah dan Puan Hamidah binti Panglima
Malik Selangor. Ia merupakan anak bongsu dari tujuh bersaudara
dan ayahnya Raja Ahmad merupakan tokoh penting dalam kerajaan
Riau Lingga. Datuknya Raja Haji Fisabilillah adalah "Yang Dipertuan
IV" Kerajaan Riau Lingga dan seorang pahlawan yang termasyur
keberaniannya dalam melawan Belanda sehingga tewas dalam
peperangan di Teluk Ketapang pada 1874. Gelaran "Raja" pada
namanya diperoleh dari nama keturunan keluarga kerana "Yang
Dipertuan IV" merupakan kerabat Sultan Riau Lingga.

Tokoh Sastera
RAJA ALI HAJI

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad Raja Ali Haji selain terkenal
dengan karyanya Tuhfat al Nafis (sejarah Melayu) juga
terkenal dengan berbagai karya lain samada dalam politik, hukum
mahupun Bahasa. Tiga karya besar beliau dalam bidang bahasa
menobatkan beliau sebagai Bapa Bahasa Indonesia iaitu
Gurindam Dua Belas (1847), Bustam al-Katibin (tata bahasa
Melayu) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1851).
Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan wujud konstribusi penting
Raja Ali Haji dalam bidang bahasa kerana (Gurindam Dua belas
dan Bustam al-Katibin) ia lebih terfokus kepada keupayaan
mengetengahkan keprihatinan dan gagasan awal untuk

Tokoh Sastera

ABDULLAH MUNSYI ABDULLAH ABDUL KADIR MUNSHI


Abdullah Munsyi Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali
sebagai Abdullah Munshi (1796- 1854 M) dianggap sebagai bapa
penulisan Melayu moden. Abdullah Munshi telah menghasilkan karya
pertamanya pada tahun 1830M bertajuk Syair Singapura Terbakar.
Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu
tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari
betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu. Baginya, nahu sesebuah
bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah
bahasa.

Tokoh Sastera

ABDULLAH MUNSYI ABDULLAH ABDUL KADIR MUNSHI


Kita terpaksa akui Abdulah sebagai seorang tokoh yang agung di dalam
sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu. Dialah yang mula-mula
membayangkan gejala-gejala kemodenan di dalam masyarakat sewaktu
masyarakat seluruhnya masih jauh daripada hakikat kemodenan ini.
Dia menggunakan perkataan aku bila menceritakan kenangan-kenangan
pengalaman-pengalaman hidupnya iaitu aku sebagai manusia biasa yang
telah pun mencapai martabat kedaulatan yang sama tinggi dan sama
rendah dengan manusia lainnya. Dia tidak lagi mengakui hak-hak atau
kelebihan-kelebihan istimewa kaum bangsawan dan kaum di-raja di atas
segala rakyat jelata.

Tokoh Sastera

ABDULLAH MUNSYI ABDULLAH ABDUL KADIR MUNSHI


Di sinilah terletak keagungan Abdullah sebagai seorang pengarang dan di
sinillah juga terletak sumbangannya terhadap perkembangan kesusasteraan
Melayu. Karya-karya:
o Syair Singapura Terbakar (1830)
o Hikayat Kalilah wa Daminah ( Terjemahan Tamil 1835)
o Kitab Adat SegalaRaja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)
o Dawai Kulub (1838)
o Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)
o Hikayat Abdullah (1843)
o Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854)

Tokoh Sastera

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZAABA)


Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober
1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang
sasterawan dan pemikir Melayu yang giat menulis sekitar
tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang
kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak
kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang
tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.

Tokoh Sastera

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZAABA)


Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan
selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk
penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku
sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan,Maktab Perguruan
Sultan Idris.
Dilahirkan di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan, Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah
Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St.
Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki
peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.

Tokoh Sastera

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZAABA)


Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru
pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke:
o 1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar
o 1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
o 1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
o 1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
o 1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika,
London sehingga 1951
o 1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.

Universiti

Tokoh Sastera

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZAABA)


Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki
bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya
muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah
seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar
Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf
dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu
Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Ceritacerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang
Chap, Singapura.

Tokoh Sastera

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZAABA)

Tokoh Sastera

DATO SHAHNON AHMAD


Beliau (lahir 1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia,
mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen.
Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun
1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling
terkenal ialah novel Shit @ PukiMak @ PM (1999), sebuah
satira politik kontroversi. Buku tersebut sering merujuk kepada
kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya,
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), serta bekas
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Tokoh Sastera

DATO SHAHNON AHMAD


Beberapa novel lain karangan Shahnon termasuklah Ranjau
Sepanjang Jalan (1966) yang telah diadaptasi semula ke filem yang
dipanggil Rice People (arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh),
Rentong (1965), Srengenge (1973) yang telah memenangi anugerah
Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).
Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang PAS. Dalam
Pilihanraya Umum Malaysia 1999, beliau bertanding di kerusi parlimen
Sik (P.13) dan menang. Beliau tidak bertanding dalam Pilihanraya
Umum Malaysia 2004 yang menyaksikan PAS kehilangan kerusi
tersebut kepada BN.

Tokoh Sastera

KAMALUDIN BIN MUHAMAD (KERIS MAS)


Kamaludin Muhammad (Keris Mas) telah dilahirkan pada 10 Jun
1922, di Kampung Ketari,Bentong Pahang. . Beliau pernah bertugas
sebagai Pegawai Penerangan bagi Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) dan Pengarang Penerbitan Utusan Melayu di Singapura.
Beliau banyak memberi sumbangan dalam memajukan majalah Mastika
dan akhbar Utusan Zaman. Beliau adalah salah seorang tokoh ASAS
50 yang cukup aktif.
Sebelum bersara pada 10 Jun 1977 beliau memegang jawatan Ketua
Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Selepas bersara,
beliau menjadi Penulis Tamu di Universiti Malaya dan di Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Tokoh Sastera

KAMALUDIN BIN MUHAMAD (KERIS MAS)


Keris
Mas
merupakan seorang tokoh dalam bidang
penulisan/kesusateraan yang pertama kalinya dianugerahkan
gelaran Sasterawan Negara. Beliau menerima anugerah
tersebut pada 26 April 1981 di Dewan Bankuet,Bangunan
Parlimen.
Melalui karya-karya seni cerpennya jelas memperlihatkan
kegigihan beliau sebagai seorang nasionalis yang berwawasan,
pejuang keadilan sosial, pengawal dan pengukir bahasa dan
sastera bermutu serta pemikir kesusasteraan yang tajam.
Sebelum itu beliau juga pernah dianugerahi Anugerah Pejuang
Sastera pada tahun 1976 oleh pemerintah kerajaan Malaysia.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai