Anda di halaman 1dari 12

BMMB 3033

Kesusasteraan Melayu
Teori Sastera Barat
Oleh: Darayani Johari
IPG Kampus Tawau

Isi Kandungan

Pengenalan
Jenis-jenis Teori Sastera Barat
Teori Psikologi
Teori Semiotik

Analisis Teks

Pengenalan
Sejak 1970-an tercatat beberapa teori sastera moden di
Barat seperti psikoanalisis, resepsi, intertekstualiti,
dekonstruksi, hermeneutik, feminisme, semiotik dan
sebagainya.
Teori psikoanalisis oleh Sigmund Freud misalnya berkembang
pesat kerana ia mempunyai pengikut yang ramai. Oleh
Jacques Lacan teori itu dikembangkan dan diteruskan
Jacques Derrida, Julia Kristeva dan Harold Bloom.

Jenis-jenis Teori Sastera Barat

Teori Psikologi
Teori Semiotik

Jenis-jenis Teori Sastera Barat


Teori Psikologi
Pengetahuan ilmu psikologi penting kerana ia menjadi alat dan dasar kajian untuk
menghayati watak-watak dalam genre sastera.
Wilbur Scott (1962) menyatakan bahawa disiplin psikologi dapat diaplikasikan
dalam karya sastera bagi menerangkan aksi atau reaksi seseorang watak yang sukar
diramal.
Terdapat dua cabang psikologi dalam bidang kesusasteraan iaitu:
i.Psikologi pengarang
ii.Psikologi watak-watak
.Golongan feminis menitikberatkan psikologi dalam karya melalui psikologi watakwatak di dalam sesuatu karya. Antaranya ialah pemikiran watak, imaginasi, keinginan
watak, cita rasa, tekanan perasaannya, jiwa dan segala sesuatu yang lahir dari hati
dan kata-kata watak.

Jenis-jenis Teori Sastera Barat


Teori Semiotik
Kajian
tentang
makna,
analogi,
metafora,
persamaan,
perlambangan dan komunikasi.
Semiotik berkait rapat dengan bidang linguistik di mana
mempelajari struktur dan makna bahasa dengan lebih mendalam
dan spesifik.
Semiotik sering dibahagikan menjadi tiga cabang sastera iaitu:
Semantik - hubungan antara istilah dan makna
Sintaksis - hubungan antara struktur ataupun pola yang formal bagi
penyataannya
Pragmatik - hubungan antara makna dan kesan yang timbul daripada
peggunaan bahasa dalam situasi tertentu.

Jenis-jenis Teori Sastera Barat


Teori Semiotik
Semiotik merupakan gabungan tiga cadang dengan cara yang
lebih mendalam.
Secara umum, teori-teori semiotik mengambil tanda-tanda
atau sistem tanda sebagai objek kajian mereka melalui
komunikasi maklumat dalam organisma hidup.

Analisis Teks
Sinopsis Mencari Azizah
Novel Mencari Azizah ini mengisahkan kehidupan seorang perempuan
yang bernama Azizah. Kisah yang bermula di lapangan terbang dalam
perjalanan menuju ke Iowa, Chicago, Azizah membiarkan dirinya
terbuai dalam dilema antara mencari kekuatan dan identiti diri serta
perasaan berbelah-bagi meninggalkan anak-anak demi untuk mencapai
cita-citanya menggenggam segulung MA. Novel ini juga mengangkat
watak Azizah sebagai seorang wanita pan Asian yang amat manis sama
ada dari segi luaran mahupun dalaman. Namun, Azizah sentiasa
dibayangi dengan kehidupan rumahtangganya yang kecundang.
Pergolakan dalam diri Azizah bermula apabila beliau mendapat tahu
suaminya telah berkahwin lain tanpa pengetahuannya.

Analisis Teks
Sinopsis Mencari Azizah
Di perantauan, Azizah belajar untuk membina semula keyakinan diri
disamping mencari kekuatan diri yang telah lama hilang. Azizah juga berusaha
mencari bapanya yang tidak pernah ditemui sepanjang usianya 35 tahun. Di
kemuncak cerita, usaha yang ditunjangi dengan keberanian dan pertolongan
rakanrakannya untuk mencari ayah membuahkan hasil. Jejak kasih itu telah
merubah keseluruhan hidup Azizah. Dirinya yang dulu dipandang rendah oleh
bekas suami dan ibu mertuanya, kini menjadi pujaan dan harapan mereka
untuk menyelamatkan perniagaan dan maruah sebagai keluarga bangsawan.
Novel ini diakhiri dengan cukup dramatik di mana Azizah berjaya
mengembalikan semula harga diri dan kekuatan dirinya, ayah yang tidak
pernah ditemui sejak dalam kandungan kini telah bersua muka, bekas suami
dan ibu mertua yang dulu meminggirkannya telah kembali menerimanya.

Analisis Teks
Mencari Azizah
Watak Azizah yang digambarkan sebagai seorang wanita yang telah berkahwin,
dan ibu anak-anaknya serta dalam masa yang sama mempunyai semangat yang
tinggi dalam mengejar cita-citanya. Walau bagaimanapun, Azizah perlu
menghadapi suasana baru sebagai seorang pelajar tua di universiti, situasi ini
memerlukan Azizah menewaskan nafsu yang mendorong kepada kegagalannya
dalam mengejar cita-citanya seperti sifat malas, tiada mood untuk belajar
atau sebarang perbuatan yang tidak membantu kejayaannya. Sebagai seorang
dewasa yang telah lama meninggalkan alam pembelajaran, Azizah cuba sedayaupaya untuk menumpukan perhatian pada pelajaran walau kadangkala terleka
melayan perasaan mahupun gangguan-gangguan lain seperti televisyen. Situasi
ini jelas digambarkan dalam petikan:Assignment belum selesai. Lusa mahu
diserahkan kepada pensyarah. Azizah sekarang bukan Azizah dulu. Mesti bijak
mengatur masa, bukan leka menonton televisyen. (Mencari Azizah; hal. 45)

Analisis Teks
Mencari Azizah
Dari satu sudut, Azizah dillihat sebagai seorang wanita yang mendendami bekas
suami dan ibu mertuanya yang selama ini meminggirkannya dan memandang rendah
padanya. Ini kerana, sepanjang perkahwinannya, Azizah seolah-olah tidak punya
hak untuk bersuara sebagai seorang wanita mahupun isteri. Azizah sering
diketepikan dalam apa jua perkara yang berkaitan keluarga mahupun syarikat.
Keadaan ini jelas melalui kata-kata Zamri kepada Azizah: Awak tahu apa tentang
business. Duduk saja di rumah jaga anak. (Mencari Azizah; hal. 29) Berdasarkan
petikan pertama di atas dapat digambarkan bahawa sifat Azizah adalah seorang
wanita yang berpendirian tegas serta mempunyai semangat yang tinggi untuk
meneruskan pengajiannya demi mencapai cita-cita. Bagi contoh petikan kedua dan
ketiga pula, watak Azizah telah digarapkan dengan nilai kesedihan akibat terkilan
dengan sikap bekas suami dan ibu mertuanya yang selalu meminggir dan
memandang rendah padanya. Khadijah Hashim menggambarkan watak Azizah
sebagai seorang wanita baik hati, lemah lembut, mudah tersentuh dan sebagainya.

TERIMA KASIH