Anda di halaman 1dari 17

1.

SILIR DAKSINA
NIZAR PARMAN
a. Sinopsis Keseluruhan
Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang
diterima daripada

seorang gadis berbangsa Cina yang

tidak dikenalinya telah pergi ke kampung

halaman

ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung


itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip
yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali
ayahnya

dengan

lebih

dekat

walaupun

mendapat

tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu


melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.
Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima
dengan baik oleh masyarakatnya. Di kampung itulah dia
mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui
orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak
yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu
seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di
kampung itu.
Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti
kebudayaan di kampung itu, malahan beliau merupakan
seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah
mewujudkan

Aksara

kecintaannya

terhadap

di

kampungnya.
bidang

itu,

Oleh

beliau

sebab
sanggup

meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah

dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada


Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya
itu? Manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang
perlu dihuraikan.
b. Sinopsis Bab
BAB
SINOPSIS
1 Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan
setiap

hari

manuskrip

pasti
itu.

dibelek-belek

Manuskrip

itu

olehnya

seolah-olah

mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampirhampir kemalangan akibat sentiasa memikirkan
manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu
berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama
Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali
semasa

kecilnya

iaitu

sewaktu

ibunya

memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya


walid iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya
tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah
bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad untuk
mencari ayahnya apabila sudah dewasa.
2

Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah


gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk
kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya
itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi

pantai

sambil

bercerita

tentang

ayah

kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia


tidak sanggup bertanya kepada ibu sebab
berlakunya

perpisahan

menyinggung

perasaan

itu

kerana
ibunya.

takut
Haiqal

memberitahu bahawa manuskrip yang baru


diterimanya

itu

mungkin

dapat

merungkai

persoalan tentang ayahnya. Namun begitu,


orang yang mengirim manuskrip itu ialah
seorang berbangsa cina yang bernama Ong
Swee Hwa yang tidak dikenalinya.
3

i.

Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada

di balai raya untuk belajar dan menyaksikan


rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan
berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan
anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See
Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu. Setelah
selesai

berlatih,

Amirulnizam

berbual-bual

dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu


mengingatkannya

kepada

Aiman

(Haiqal).

Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil


memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam
teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula
datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang
yang susah dan datang berjumpa dengan arwah

ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun


getah milik ayah yang terbiar selama ini. Sejak
hari

itu

hubungan

ayah

dan

Tauke

Lim

bertambah baik.

Dia seorang yang rajin

sehingga

memgumpul

mampu

duit

untuk

membeli tanah kebun ayah. sudah 18 tahun dia


menetap di kampung itu dan amat disenangi
oleh penduduk kampung.

Semasa arwah

ayahnya masih hidup, dia menganggap anak


Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya.
Pada suatu pagi Tauke Lim meminta
Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke
sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi.
Amirulnizam

mencadangkan

Ai

Ling

menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari.


Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu
cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat
dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia
mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai
Ling.

ii. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan


bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh Tauke
Lim

ke

pekan

untuk

belanjanya

minum.

Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan


persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling
menumpangnya ke sekolah setiap hari. Amirul
berterus-terang dengan Tauke Lim yang dia
kesunyiaan semenjak ayahnya meninggal dunia
dan dia terpisah dengan anaknya Aiman.

iii.

Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji

Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin DPurnama


meminta Amirulnizam

dan beberapa orang

untuk berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB


Samsuri akan datang ke kampung itu dua
minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan
Negeri

juga

ingin

datang

kerana

hendak

mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat.


Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara
persembahan nanti agar ramai yang hadir.
Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos
jamuan untuk tetamu nanti.

Abang Bakir

mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan


acara deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat
memilih peserta melalui murid sekolahnya.
Amirulnizam

teringat

kembali

kegemilangannya dalam bidang tersebut.

zaman

iv.

Amirul berasa gembira kerana Ai Ling

merupakan

salah

seorang

peserta

yang

menyertai pertandingan deklamasi puisi yang


dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar
Amirulnizam

mengajarnya

cara

mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju


dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani
Ai

Ching

datang

memberitahu
membenarkannya

ke

bahawa

rumahnya.
ibu

Ai

Ling

bapanya

mendeklamasikan sajak di

rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai


Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan
dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik.
Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba
sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.

v.

Kemenangan Ai Ling dalam pertandigan

deklamasi puisi murid-murid tahap satu telah


menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat
gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada
Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga
menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan
meminta supaya Amirulniizam aktif semula
dalam bidang penulisan sajak dan cerpen.
Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri

dan anaknya, dia telah membuat keputusan


untuk berhenti berkarya kerana kehilangan
semangat. Kehadiran Ai Ling menpengaruhi
hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada
anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan
kasih sayang.

vi.

Kehadiran YB Samsuri dan beberapa

pegawai Yayasan Warisan disambut meriah.


Ramai orang kampung yang datang memenuhi
majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat
persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam
terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di
pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan
gemuruh orang ramai setelah persembahan
selesai. Selepas itu, pelbagai persembahan lain
yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri
dengan persembahan lagu Gholiyabu yang
dinyanyikan

beramai-ramai

oleh

penduduk

kampung.

Sebelum pulang, YB Samsuri

berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi


dan mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau
berharap

agar

Amirulnizam

mengembangkan sastera dan bahasa

dapat
di

kampung itu dan menjadikan Kampung Seri

Purnama sebagai perkampungan sastera.

vii. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan


Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya
sendiri.

Kesihatan yang kurang memuaskan

telah membataskan aktivitinya.

Suatu petang

Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke


Pantai Punggur.

Amirulnizam berbual-bual

dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya tentang anak


Amirulnizam

iaitu

Aiman.

mmberitahu

bahawa

Amirulnizam

Aiman

berada

di

Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling


teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan
berkawan dengannya.

viii.

Amirulnizam

semakin

sibuk

dengan

persiapan aktiviti untuk acara sambutan Hari


Kemerdekaan peringkat mukim dan program
Berkampung
dilancarkan

Bersama
tidak

Puisi

lama

yang

lagi.

akan
Tahap

kesihatannya semakin merosot dan bergantung


kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan.
Petang

itu

Amirulnizam.
kajang

yang

Ai

Ling

datang

ke

rumah

Dia bertanyakan helaian kertas


ditulis

oleh

Amirulnizam.

Amirulnizam berjanji akan mejadikan Ai Ling


orang pertama yang membaca hasil tulisan itu
apabila siap nanti. Bagi Amirulnizam, Ai Ling
merupakan orang yang menjadikan hidupnya
yang kesepian menjadi lebih bermakna. Ai Ling
bertanyakan
kelihatan

keadaan

pucat

dan

Amirulnizam
kurus.

yang

Namun

dia

menjelaskan bahawa dia penat dan banyak


kerja. Ai Ling juga turut bertanya tentang Aiman
yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk
menjawabnya.

ix.

Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam

Sekampung

Puisi

dilangsungkan,

segala

persiapan majlis itu berjalan dengan rancak.


Amirulnizam menggunakan masanya hingga
larut malam untuk menyiapkan puisi yang akan
dideklamasikannya dan sempat menaip dan
menyimpan manuskripnya.

Sakit kepalanya

semakin kerap menyerang. Pada malam iu dia


rasa aneh kerana kerinduan terhadap Aiman
begitu kuat .

Dia hanya mampu menatap

gambar anaknya sambil menangis teresakesak.


4

Setelah habis membaca naskhah manuskrip

yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu


dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi
berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa
bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip
itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal
sentiasa

berjumpa

dengan

Ratna

untuk

meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga


sentiasa mengusik-usik Ratna dengan kata-kata
dan bahasanya.
5

Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah


menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan
kepadanya.

Haiqal

begitu

kagum

dengan

ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama


dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi
kehendak

ibunya

menguruskan

perniagaan

butik dan kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu


dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang
meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana
terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.
6

Haiqal bertekad uuntuk pergi ke kampung


halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai
menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk
pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun

pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan


oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal
bertekad untuuk pergi ke kampung halaman
ayahnya

walaupun

tidak

dibenarkan

oleh

ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan


menyokong keputusannya secara dam-diam.
7

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres


menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas
di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas
kerana

bimbang

dia

menjadi

mangsa

kemarahan ibunya.
8

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah


menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh
telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada
pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya
dan

menunjukkan

rumah

arwah

ayahnya.

Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan


kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke
Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah

ayahnya.
9

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta


Tauke

Ong

yang

telah

menunggunya

di

halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus


menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya
yang gelisah kerana dia sedar ada seorang
gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka
akan ke pekan untuk makan tengah hari.
10

Tauke Ong memberikan sebuah motorsikal


kepunyaan

anaknya

memudahkan

kepada

pergerakan

Haiqal

Haiqal.

untuk
Haiqal

menggunakan motorsikal tersebut untuk ke


kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur
ayahnya,

Haiqal

diselubungi

rasa

sebak

mengenangkan arwah ayahnya.


11

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di


kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan
amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada
Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal
tetap menyerahkan segala urusan tinggalan
ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada
Tauke

Ong

kerana

dia

tidak

mempunyai

pengetahuan mengenai pengurusan ladang

kelapa sawit. Walaubagaimanapun, Tauke Ong


tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara
menguruskan

ladang

kelapa

sawit.

Haiqal

banyak mempelajari mengenai kelapa sawit


daripada dua orang kampung yang mengambil
upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin
dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan
Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul
Asiyah

melalui

SMS.

Haiqal

telah

mula

mengenali remaja-remaja kampung tersebut.


Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji
Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang.
Haiqal

telah

pergi

memancing

ikan

puyu

bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka


memancing, Haiqal dapat melihat suasana
kampung

yang

menyebabkan

dia

teringat

kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah


menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah
Haiqal pada malam minggu.
12

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See


Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada
beberapa bahagian dalam balai raya itu yang

kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan


sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang
menjadi bahan bacaan penduduk kampung.
Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku
yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah,
sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di
situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar
yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal
dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya
merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya,
ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab
menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.
13

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin


dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua
Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar.
Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut
kepada See Hwa dan Tauke Ong.

14

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai


raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan
zapin.

15

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali


berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk
persembahan zapin.

16

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di


seuah

universiti

yang

terletak

di

Bumi

Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi


berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang
ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat.
Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama
ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna
telah bertunang dengan seorang usahawan
muda

yang

menjadi

rakan

kongsi

dalam

kekeluargaan.

Konflik

perniagaannya.
c. Tema
Novel

ini

membawa

tema

keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada


perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan
olh ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah
Kayan.
d. Persoalan

PERSOALAN
CONTOH
Persoalan kegigihan seorang
1
remaja untuk merungkai misteri
kehidupan sebenarnya ayahnya.
Haiqal berusaha untuk mengetahui
sejarah kehidupan ayah kandungnya
yang terpisah sejak kecil setelah
mendapat manuskrip yang dikirimkan
oleh Ong See Hwa.
2

Persoalan usaha untuk mengangkat


kesenian tarian zapin.
Abdullah Kayan dan penduduk
Kampung Seri Purnama telah
berusaha untuk mengangkat kesenian
tarian zapin di kampung tersebut.

Persoalan kasih sayang seorang


ayah kepada anaknya.
Abdullah Kayan terlalu sayang akan
anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh
isterinya sehinggakan dia sentiasa
merindukannya dan menghasilkan
manuskrip cerita tentang perasaan
rindu kepada anaknya.

Persoalan

sikap

kerjasama

penduduk kampung.
Penduduk Kampung Seri Purnama
sentiasa
setiap

bekerjasama
aktiiviti

dan

menjayakan
acara

yang

dijalankan di kampng tersebut seperti


majlis sambutan Hari Kemerdekaan
peringka mukim di situ
5

Persoalan hubungan baik antara


dua

bangsa

walaupun

berbeza

kebudayaan.
Hubungan

Tauke

Lim

dengan

Amirulnizam dan penduduk kampung


begitu

baik

berlainan bangsa.

walaupun

mereka

Anda mungkin juga menyukai