Anda di halaman 1dari 5

.

hukum dan dalil 12 isu-isu hukum korban


1.

Apa hukum korban?

Jumhur ulama (Syafie Maliki dan Hambali) mengatakan ianya sunat berdasarkan hadis:
( ) :
Hadis Ummu Salamah , Nabi saw bersabda Apabila masuk 10 awal zulhijjah dan seseorang itu
hendak buat korban janganlah dia memotong rambut , bulu dan kulitnya.
Hadis sahih Muslim
Nabi saw menggunakan perkataan hendak menunjukkan ianya bukan wajib.
Imam Syarbini berkata:
- -
Korban itu sunat muakkad bagi kita dan wajib bagi Nabi Muhammad saw.
2. Apakah binatang yang paling afdal untuk dikorbankan?
Mazhab Syafie dan Hambali mengatakan yang paling baik adalah unta berdasarkan hadis Nabi
saw:

..
Siapa yang mandi janabah pada hari jumaat kemudian pergi solat jumaat di awal pagi mendapat
pahala seperti orang yang mengurbankan unta, siapa yang pergi jam yang kedua seperti
mengurbankan lembu betina , siapa pergi jam yang ketiga keperti mengurbankan biri-bir
bertanduk.
Hadis sahih Bukhari.

3. Apakah warna binatang yang paling afdal untuk kita pilih dalam korban?
Imam Syarbini berkata:
( )
Yang afdal ialah warna putih, kemudian kuning, kemudian tidak berapa nak putih, kemudian
merah , kemudian campur hitam dan putih dan yang akhir ialah hitam.
Nabi saw bersabda:

Darah korban dari binatang yang warna putih yang kurang lebih baik dari hitam.
Hadis riwayat al-Baihaqi
4. Apa hukum berkongsi satu binatang tetapi pelbagai niat?
Unta dan lembu boleh dikongsi 7 orang berdasarkan hadis Nabi saw:
- -
Kami buat korban pada tahun hudaibiyah bersama Rasulullah saw tujuh bahagian untuk unta
dan tujuh bahagian untuk kambing
Hadis riwayat Muslim.
Imam Syarbini berkata:

Pengharusan 7 bahagian untuk lembu atau unta ini samaada sama tujuan ibadah atau pun
berlainan. Seperti mana sebahagian untuk korban dan sebahagian untuk al-Hady (daging yang
dibawa ke tanah haram untuk disedekahkan). Demikian juga boleh sebahgian daging untuk
dimakan biasa dan sebahagiannya utnuk korban.
Hujjahnya ialah satu bahagian umpama satu ekor kambing (Imam Syarbini).
5. Apa hukum orang yang hendak berkorban dia memotong kuku?
Hukumnya makruh dalam mazhab Syafie. Ini berdasarkan hadis Nabi saw:
( ) :
Hadis Ummu Salamah , Nabi saw bersabda Apabila masuk 10 awal zulhijjah dan seseorang itu
hendak buat korban janganlah dia memotong rambut , bulu dan kulitnya.
Hadis sahih Muslim

Imam as-Syirazi berkata dalam kitab al-Muhazzab:



apabila masuk bulan zul Hijjah dan sesorang itu hendak berkorban sunat dia tidak mencukur
bulu atau rambutnya dan tidak mengerat kukunya sehinggalah dia buat korban.
6. Apa hukum makan daging korban sunat?
Sunat makan sebahagian daging korban yang sunat berdasarkan firman Allah swt:

Makanlah sebahagian dari daging korban.
Ayat 28 surah al-Hajj.
7. hukum memberi penyembelih sebahgian daging atau kulit sebagai upah?
Haram dalam mazhab Syafie menjadikan kulit atau daging sebagai upah kepada penyembelih
berdasarkan hadis dari Ali ra:
-
Nabi saw menyuruhku agar menguruskan korban unta dan agar aku tidak diberikan sebahagian
dari unta tadi sebagai upah penyembelihannya.
Hadis sahih Bukhari.
Imam Nawawi berkata:

Haram memberi kulit atau lainnya sebagai upah kepada penyembelih.
Boleh bagi sekiranya tidak disyaratkan sebagai hadiah atau sedekah. Imam al-Bahuti berkata:

Dan harus menghadiah kepada penyembelih atau bersedekah kepadanya.
8. Apabila kita membuat korban apakah pembahgian terbaik untuk kita ambil daging dan
agihkannya?
Menurut mazhab Syafie , Hambali dan Hanafi pembahagian terbaik ialah dengan membahaginya
kepada tiga bahagian 1. Sendiri. 2. Hadiah kepada yang berkemampuan. 3. Sedekah kepada
yang susah. Dalam hadis dari Ibnu Abbas:


Nabi saw memberikan kepada ahli keluarganya 1/3, memberi kepada jiran yang miskin 1/3 dan
bersedekah kepada yang meminta 1/3.
Hadis hasan riwayat al-Asfahani.
Ibnu Umar berkata:
Korban dan Hadiah dibahagi tiga 1. Untuk mu . 2. Keluarga mu . 3. Orang miskin.
9. Hukum menyimpan daging korban lebih 3 hari?
Harus hukumnya. Memang ada hadis yang melarang menyimpan daging korban lebih tiga hari
tetapi dimansukhkan dengan hadis yang membenarkannya. Jabir ra berkata:
:
Sesungguhnya Nabi saw menegah dari makan daging korban lebih tiga hari. Namun selepas itu
Nabi saw membenarkannya dengan berkata Makanlah, berbekalllah dan simpanlah (tanpa ada
had masa).
Hadis sahih Muslim.
10. Hukum memberi makan daging korban kepada orang kafir?
Ada hadis yang melarang diberi daging korban kepada orang kafir tetapi hadis ini lemah iaiatu:

Jangan bagi makan daging korban kepada orang kafir.


Hadis riwayat ibnu Adi.
Oleh itu harus memberi daging korban kepada orang kafir seperti mana kebaikan yang lain.
Firman Allah swt:

Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak
memerangi kamu dan menghalau kamu dari negeri kamu . Sesungguhnya Allah cinta kepada
orang-orang yang berlaku adil.
Ayat 8 surah al-Mumtahanah.
Ini pendapat mazhab Hambali , Abu Hanifah, Abu Thaur , imam nawawi dan Hasan al-Basri.
11. Hukum menjual kulit dan daging korban?

Kebanyakan ulama (syafie , Maliki dan hambali) berpendapat kata haram menjual daging , kulit
atau apa saja dari binatang korban. Nabi saw bersabda:

Siapa yang menjual kulit binatang korbannya maka tiada pahala korban baginya.
Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi.
Imam Nawawi berkata dalam kitab majmuk:
Disepakai oleh imam syafie dan ulama2nya bahawa haram menjual sesuatu dari al-hady
(sembelihan dalam ibadah haji) dan korban samada yg nazar atau yg sunat, samada daging,
lemak, kulit, tanduk, bulu dan lain2.
12. Hukum buat korban untuk orang yang dah mati?
Kebanyakan ulama (Mazhab Hambali dan Hanafi) membenarkan korban untuk si mati dengan
dalilnya hadis:


:


:
Daripada Aisyah ra beliau berkata: Seorang wanita bertanya Ya rasulullah sesungguhnya ibuku
terbunuh dan tidak mewasiatkan apa2. Aku rasa kalau dia boleh berkata dia akan bersedekah.
Adakah aku boleh bersedekah bagi pihaknya? Nabi saw menjawab Ya, sedekahlah untuknya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Seperti mana disunatkan sedekah untuk simati sunat juga korban untuk si mati.
Ibnu Taimiah berkata:

Korban untuk si mati adalah sangat baik dan diamalkan seperti mana korban untuk orang hidup.
Adapun dalam mazhab Syafie disyaratkan ada wasiat korban.
Imam Ramli berkata dalam Nihayatul Muhtaj:

Tidak boleh dan tidak sah korban untuk orang mati sekiranya dia tidak mewasiatkannya.

Anda mungkin juga menyukai