Anda di halaman 1dari 85

PEMBANGUNAN

EKONOMI
DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA

Hasil Pembelajaran
Menerangkan konsep modenisasi.
Menghuraikan konsep dan proses
pembangunan di Malaysia.
Menjelaskan hubung kait antara
pembangunan ekonomi dan hubungan etnik
di Malaysia.

Liputan Kuliah

BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM


KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
4.1

PENGENALAN

4.2

KONSEP MODENISASI

4.3

MODENISASI MALAYSIA

4.4

ISU-ISU UTAMA EKONOMI

4.5

KESIMPULAN
3

Pengenalan
Hubungan timbal balik antara pembangunan
ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.
Alat analisis :
modenisasi
pembangunan ekonomi
pembangunan politik

KONSEP MODENISASI

Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau perubahan


dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara berencana
atau tidak berencana.
Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan) adalah suatu
proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian
ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan
dilaksanakan.
Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan
ekonomi dan pembangunan politik.
5

Pembangunan Ekonomi:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi untuk
mencapai kemajuan dengan mewujudkan sebuah
masyarakat industri.
Kaedah atau proses yang dilaksanakan untuk
pembangunan ekonomi ;
Pembangunan teknologi : tradisional - saintifik dan canggih.
Pembangunan pertanian : sara diri - komersial
Industrialisasi : produksi secara besar-besaran.
Urbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar.

Pembangunan Ekonomi:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi
adalah pertumbuhan yang lazimnya diukur dengan
ukuran ekonomi seperti GNP (gross national
product).
Proses pembangunan ekonomi akan membawa
kepada perubahan sosial yang menyeluruh kepada
masyarakat, iaitu, daripada kehidupan yang
bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada
kehidupan maju dan moden.
7

Modenisasi Di Eropah:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal
hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat
daripada dua revolusi besar :
Revolusi Perancis (politik feudal)
Revolusi Industri (ekonomi).

Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke


dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.
8

Modenisasi Di Eropah:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua
sudut :
Sudut falsafah yang berkaitan dengan pemahaman
tentang kemajuan atau evolusi, yang akhirnya
melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan
sosial.
Sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk kepada
kemajuan yang dicapai di Eropah Barat.

10

Sudut falsafah
Teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh
dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat.
Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa
perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat
moden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, sehingga
dapat diramalkan.
Dua aliran dalam menerangkan gagasan tersebut :
Bersifat sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudayaan manusia,
yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.
Bersifat banyak hala (multilinear).
11

Sudut praktikal
Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya
kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya
mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan
alam sekitar.
Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat di
Eropah Barat mula mencari cara untuk mengatasi alam
sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan.
Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.

12

Matlamat modenisasi
di Eropah Barat
Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.
Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi
sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara
untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran
negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah
perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan ekonomi
dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

13

14

Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah
Bukan Eropah
Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi dan
tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah Barat.
Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai alam
sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan kekayaan,
semakin banyak sumber alam yang diperlukan.
Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan
penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia.
Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan pembekalan
barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran secara berterusan.

15

Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
Dalam proses jual beli dan pertukaran barang, pedagang dan penjajah
Eropah Barat mula menyusun ekonomi dunia, dengan daerah jajahan
mempunyai peranan sebagai pengeluar bahan mentah.
Negara Eropah Barat pula berperanan memproses bahan mentah
tersebut menjadi barangan industri, bahan makanan dan pakaian
untuk dijual kepada masyarakat di Eropah Barat dan negara-negara
lain termasuk di tanah jajahan.
Pada skala dunia, pola ekonomi dunia yang dibentuk ini dapat
disebut sebagai pembahagian kerja kolonial atau internasional.

16

Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
Ketika industrialisasi Eropah Barat mencapai tahap kematangan pada
abad ke-19, keperluan terhadap komoditi lama dan baru semakin
meningkat sehingga memerlukan peningkatan hasil di wilayah jajahan.
Sehubungan itu, penjajah Eropah Barat telah membawa buruh dari
wilayah yang berpenduduk ramai bekerja demi memenuhi keperluan
industri di Eropah Barat.
Perkembangan ini menyebabkan kebudayaan, kehidupan sosial dan
politik masyarakat yang dijajah menjadi berubah.
Sistem kerja kolonial ini dianggap sebagai punca kemunduran dan
kegagalan negara membangun untuk berkembang maju seperti yang
dikemukakan oleh
teori imperialisme - Lenin,
teori pergantungan - Paul Baran
teori dependency - Andre Gunder Frank.

17

Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai
ketinggalan.
Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih maju
dan moden.
Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa masyarakat
bukan Eropah Barat yang ketinggalan harus mencontohi organisasi
sosial dan cara hidup masyarakat Eropah Barat.
Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau
mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti masyarakat
Eropah Barat dianggap sebagai underdevelopment.

18

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah Barat
telah menjadi model atau contoh bagi pembangunan
ekonomi dan politik di negara-negara membangun.
Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya tidak
sama:
Pemodenan adalah suatu proses perubahan dalam semua aspek
kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.
Pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup Eropah Barat
yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.

19

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara Eropah Barat
menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan
negara.
Ada dua aspek utama yang ditiru :
Aspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik.
Aspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi.

Jadi apabila sesebuah wilayah jajahan merdeka, sistem yang ada


dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian dan mempunyai struktur baru
namun masih mengekalkan model Eropah Barat atau model Barat.

20

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Model Eropah Barat pada asasnya dipengaruhi oleh perspektif
modenisasi yang bertitik tolak daripada falsafah evolusi (suatu
proses yang bersifat sehala).
Penjelasan tentang pembangunan dibuat dengan membezakan
antara masyarakat tradisional dengan moden.
Pembangunan dianggap akan dapat dicapai sekiranya nilai dan
unsur tradisional digantikan dengan nilai dan unsur moden.
Termasuk dalam perspektif ini adalah :
teori ideal typical index - Rostow, Hoselitz dan Nash (1963),
teori difusi - Moore dan Feldman.

21

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pembangunan hanya muncul sebagai satu strategi yang bersifat universal
pada era selepas Perang Dunia Kedua setelah negara-negara baru
merdeka bergabung dalam komuniti dunia dan mengejar pembangunan.
PBB telah menyusun program bantuan antarabangsa berdasarkan
perspektif modenisasi kerana negara baru mendapat bantuan pinjaman
kewangan dan nasihat daripada Bank Dunia atau Dana Kewangan
Antarabangsa (International Monetary Fund - IMF) bagi melaksanakan
pembangunan.
Bank Dunia dan IMF turut menyebarkan idea projek pembangunan,
mempengaruhi negara membangun supaya meniru dan mengguna pakai
model pembangunan industri dan teknologi Barat yang berintensifkan
modal.

22

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang
terarah, mungkin dalam bentuk :
mengembangkan kepercayaan masyarakat (daripada yang
bersifat agama kepada sekular),
dalam pola-pola sosial mereka (daripada yang bersifat luar
bandar kepada masyarakat bandar),
dalam erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada tenaga
jentera untuk melaksanakan proses produksi).

Pembangunan boleh difahami sebagai perubahan sosial


dan pertumbuhan ekonomi yang terancang yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

23

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Kemunculan negara-negara baru di pertengahan abad ke-20,
pemodenan telah diinstitusikan sebagai satu operasi antarabangsa.
Ketika itu, pemodenan dijadikan satu usaha pada peringkat
antarabangsa untuk membawa semua wilayah bukan Eropah Barat ke
dalam bentuk kehidupan masyarakat Eropah Barat dengan cara
meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Sesebuah negara bangsa diikutsertakan ke dalam hubungan peringkat
antarabangsa atau global.
Sesebuah negara-bangsa mendapat bantuan ketenteraan, sosial dan
teknikal sebagai imbalan ke atas hubungan ekonomi mereka dengan
negara kuasa besar, agensi antarabangsa dan firma global.

24

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana
dominasi Eropah Barat telah berakhir dan dunia memasuki
zaman peradaban global.
Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang
menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan bersama:
Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi yang
secara fizikal menghubungkan berbagai-bagai wilayah di dunia.
Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi
oleh pola ketergantungan yang tinggi.
Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk pelaburan
secara langsung oleh firma Eropah Barat di daerah bukan-industri.

25

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan ekonomi
global adalah golongan kapitalis.
Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan dirinya
melampaui batas negara dengan cara
mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi.
mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran kewangan,
pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta yang merangsang dan
memudahkan pertukaran ekonomi secara jarak jauh.

Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan proses


perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran kewangan, buruh
migrasi, kerjasama organisasi dan ekonomi antarabangsa.

26

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara baru dalam
hubungan politik dan ekonomi antarabangsa, sehingga akhirnya dinamakan
sebagai globalisasi.
Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak menggunakan
negara-bangsa sebagai landasan kegiatan.
Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah PBB, yang
berusaha menggalakkan proses demokrasi politik berjalan di seluruh
dunia.
Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah golongan
kapitalis yang membentuk multinational corporations (MNC) atau
transnational corporations.

27

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Berbagai strategi diambil oleh negara membangun untuk mengejar
pertumbuhan ekonomi, sama ada dengan menyusun semula ekonomi nasional
atau melaksanakan industrialisasi dengan meniru model pembangunan industri
dari Eropah Barat.
Bagi negara membangun yang menganggotai dan mendapat pinjaman daripada
Bank Dunia, mekanisma perancangan biasanya diperolehi pada Bank Dunia.
Langkah-langkah yang biasanya diusulkan oleh Bank Dunia kepada negara
membangun :
melaksanakan reformasi tanah,
meningkatkan infrastruktur,
meningkatkan taraf pendidikan,
meningkatkan pelaburan awam,
melaksanakan industrialisasi gantian import (Import-Substitution Industrializaiton)
Melaksanakan industrialisasi orientasi eksport (Export Oriented Industrializaiton).

28

Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pengalaman di negara-negara membangun
memperlihatkan bahawa pemodenan dan pembangunan
ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah menjadi
model atau contoh untuk mengorak langkah ke arah
pemodenan.
Lazimnya, dengan bantuan agensi antarabangsa, proses
pemodenan ekonomi dijalankan secara berencana dan
langkah-langkah yang diambil pula disesuaikan dengan
keadaan di dalam negara tersebut.

29

AKTIVITI 4.1
Pada pendapat anda, bagaimanakah
pemodenan dikaitkan dengan revolusi
perindustrian di Eropah?
Adakah anda bersetuju bahawa setiap
ekonomi mempunyai unsur-unsur ekonomi
campuran? Bincangkan.
30

MODENISASI DI MALAYSIA
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan
kehadiran kolonial Inggeris.
Sebagaimana negara baru yang lahir setelah Perang
Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan
pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.
Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan
kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan
pelbagai perubahan dan penyesuaian.

31

Komponen Ekonomi:
Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan
Dan Peningkatan Kualiti Hidup
Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat
pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat
industri.
Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan
ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi,
pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
Selanjutnya, pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi mula
diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada
industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.
Menjelang tahun 2000-an, Malaysia mula memberikan perhatian kepada
pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.

32

Komponen Politik:
Pembinaan Negara-Bangsa; Dasar Awam; Penilaian
Pencapaian Dasar Awam; Integrasi Nasional
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai
kejayaan, yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) yang baik, iaitu, sekitar 8 hingga 9 % terutama pada tahun 1980an dan 1990-an.
Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya
diukur dengan ukuran ekonomi seperti KDNK tetapi juga dengan ukuran
peningkatan indeks kualiti hidup, berdasarkan penurunan kadar
kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.
Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sebagai sebuah negarabangsa yang sempadan wilayahnya terdiri daripada gabungan daerah yang
berbeza, gabungan bangsa yang berbeza, gabungan kerajaan yang
berbeza, isu pembinaan negara-bangsa adalah sangat penting. Menjadi
impian atau sasaran bagi Malaysia untuk membina satu negara dan satu
bangsa yang aman dan makmur.

33

Hubungan Etnik
dalam konteks Modenisasi Malaysia
Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi
Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial,
khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah,
buruh, modal).
Kepada pihak kolonial Inggeris, komponen ekonomi penting untuk
membangunkan ekonomi negara mereka.
Begitu juga di Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya untuk
kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan pembinaan
negara-bangsa.
Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau pembangunan
ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan berlaku di Afrika.

34

Acuan Ekonomi Malaysia:


Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti
Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman
dijajah kolonial Inggeris.
Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah
dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di Eropah
Barat. Begitu juga industri biji timah.
Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks lagi
mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya rangkaian landasan
keretapi, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan
aktiviti import-eksport.
Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour
mengikut kumpulan etnik.
Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal
kaum Cina dan sebagainya.
35

Acuan Ekonomi Malaysia:


Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti
Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi
Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus
bertahan hingga saat ini.
Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua perkara
yang saling mempengaruhi dan tidak dapat
dipisahkan antara satu sama lain dalam
kehidupan di Malaysia.

36

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti


Demografi, Politik dan Ekonomi
Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik
yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti.
Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada 18.38
juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada tahun 2000.
Bancian penduduk berdasarkan etnik pada tahun 2000 menunjukkan :
Etnik Melayu dan bumiputera lain adalah 65.1 peratus.
Etnik Cina pula sebanyak 26.0 peratus.
Etnik India sebanyak 7.7 peratus
Selebihnya merupakan etnik lain-lain termasuk di Sabah dan Sarawak.

37

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti


Demografi, Politik dan Ekonomi
Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak
hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana
secara umum jumlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung
jumlah undi yang akan diperolehi dalam pilihanraya.
Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina tentang
kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik Cina
mengalami kemerosotan.
Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan etnik
Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.
Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak
hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait
dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.

38

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti


Demografi, Politik dan Ekonomi
Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek
demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu turut
majoriti dalam bidang yang lain.
Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi
majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan
oleh kuantiti hak milik kekayaan.
Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana mempunyai hak
milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik yang lain.
Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi
dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.

39

Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca


berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam
tahun 1969. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan
telah berupaya menjalankan dasar yang
mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap
etnik yang ada di Malaysia.
Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan
pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia
salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek
keharmonian dan bekerjasama antara etnik tidak
dilupakan.

40

AKTIVITI 4.2
Pada pendapat anda, apakah peranan yang
dimainkan oleh kerajaan dalam ekonomi Malaysia?
Bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh
kerajaan untuk memastikan sistem ekonomi berjalan
dengan cekap dan adil demi keteguhan dalam
hubungan etnik di Malaysia ?.

41

Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba
sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan
peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan
ekonomi.
Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk
mendirikan Malayan Union.
Dari segi ekonomi, kolonial Inggeris telah berjaya memperkenalkan institusi
perancangan pembangunan di Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di
Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya
membina kembali seluruh Eropah dengan biayaan Amerika Syarikat, dan dengan
naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta beberapa pertubuhan kecil di
dalamnya ketika itu.

42

Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Pihak kolonial Inggeris telah merangka dan melaksanakan rancangan lima tahun pertama
Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama
Draft Development Plan 1950-1954 : sebagai asas kepada suatu tradisi perancangan moden, suatu
institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah
Melayu dan seterusnya Malaysia
First Five-Year Tanah Melayu Plan 1955-60 : pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan
tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendiri melalui pemerintahan
sendiri yang terbatas selepas Pilihanraya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Second Five Year Tanah Melayu Plan 1961-65 diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh
pimpinan tempatan.
Walaupun daripada segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu
merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial Inggeris, namun daripada segi tujuan,
matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.

43

Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Rancangan Malaysia Pertama 1966-70. merupakan rancangan pembangunan yang
menekan usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia.
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), merupakan rancangan pembangunan yang
menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara
sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang
melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua.
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (19861990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) merupakan rancangan
pembangunan yang menitik beratkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju
dan dasar penswastaan.
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (20012005) pula mula memberi perhatian ke atas industri berteraskan K-ekonomi.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), tumpuan diberikan tidak
hanya kepada industri berteraskan K-ekonomi tetapi turut memberi perhatian kepada
isu pembangunan manusia atau disebut sebagai modal insan.
Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)

44

45

Dasar-Dasar Awam:
Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan
kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan.
Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang
bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan
kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA.
Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian
dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar
Penswastaan.
Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia pada masa kini, beberapa strategi
telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada
teknologi ICT dan K-ekonomi.
Dasar-dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik daripada pihak
kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi apa yang sudah direncanakan
dalam Rancangan Malaysia.

46

ISU-ISU UTAMA EKONOMI


Dalam kes di Malaysia, isu pembangunan
ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama
berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan
pendapatan menurut golongan etnik.
Beberapa isu penting :
Antara Pertumbuhan dan Agihan
Antara Equality dan Equity

47

Antara Pertumbuhan dan Agihan


Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat
dilihat dua sudut,
antara kelas sosial yang berbeza.
antara kelompok etnik yang berbeza.

Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi yang


berkaitan dengan agihan kekayaan adalah isu
yang pernah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi
Baru.

48

Antara Equality dan Equity


Isu equity atau keadilan dan equality atau kesamarataan
di kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh
Perlembagaan Malaysia.
Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia
menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi
undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang
sama rata di sisi undang-undang.

49

Antara Equality dan Equity


Fasal (8) Perkara (1) telah digunakan oleh sesetengah pihak
untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus
diperjuangkan dan dicapai di Malaysia dengan meninjau
semula Fasal (153) yang berkaitan tentang kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera.
Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya mereka
faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang dinyatakan
dalam Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia
menyatakan: kecuali sebagaimana dibenarkan dengan
nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada
pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab
agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam
mana-mana undang-undang atau dalam pekerjaan.

50

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris
menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah
bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan
ekonomi antara kelompok etnik.
Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan Fasal (8) Perkara
(2) Perlembagaan Malaysia, serta pengalaman yang dialami semasa
peristiwa 13 Mei, 1969, Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat
memberi peluang kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan
kemampuan ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan berbanding
kelompok etnik lain.
Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3% daripada
semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di
bawah garis miskin. Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak
86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.

51

Kadar Kemiskinan
(% )

Pendapatan Purata Keluarga


Sebulan (RM)

Melayu

64.8

172.00

Cina

26.0

392.00

India

39.2

304.00

Lain-lain

44.8

813.00

Kaum

Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970


52

Pemilikan

Jumlah Pemilikan
( RM Juta )

Bumiputera Perseorangan dan


Agensi Amanah

279.6

4.3

a. Bumiputera Perseorangan

168.7

2.6

b. Agensi Amanah

110.9

1.7

Bukan Bumiputera

2233.2

34.0

Warganegara Asing

4051.3

61.7

Jumlah

6564.1

100.0

Kadar Pemilikan Berdasarkan Kelompok Etnik 1970


53

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan
mengikut kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan.
Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan meliputi
67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik India berjumlah
11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.
Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan jumlah 58.7
%, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India sebanyak 8.5 % dan
lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %.
Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan,
pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6 %, etnik Cina
45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain kelompok sebanyak 1.2 %.

54

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Ketidakmerataan tersebut dipercayai menjadi sebab utama
berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa
13 Mei 1969.
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu,
kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam
rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20
tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar
Ekonomi Baru.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang
diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah
perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan
ekonomi dan politik dapat dicapai.

55

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,
mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan
dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan
kepada semua rakyat tanpa mengira etnik
menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan
dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan
harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera
sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun
1990.

56

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik

Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosia,l ekonomi dan


projek pembangunan :
Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
menganggur.
Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang
rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelopmpok etnik,
antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
Memodenkan kehidupan di luar bandar.
Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.
Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi
kelompok etnik di Malaysia.
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

57

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu:
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin
melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga.
Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat Malaysia
dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan
ekonomi.
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan orang Melayu dan golongan Bumiputera supaya dapat
membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990
Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,
Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.
Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui
pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan
sebagainya.
58

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


dan Hubungan Etnik
Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan dilaksanakan
melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat
di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh.
Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada pihak
kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap, tenaga
dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta.
Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30 %
pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan
saham.
Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar Ekonomi
Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif.

59

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Antara masalah utama dihadapi oleh negara yang mempunyai berbilang etnik seperti
Malaysia adalah menentukan bahasa kebangsaan.
Bahasa kebangsaan penting dalam konteks pembinaan negara-bangsa kerana ia
berkait dengan persoalan ideologi, nasionalisme, integrasi nasional, dan identiti
nasional.
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi yang diharap dapat menjadi pemangkin
kepada pembangunan negara.
Dalam hal ini, kerajaan Malaysia melihat pendidikan sebagai salah satu alat untuk
mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan politik.
Adalah diharap bahasa kebangsaan dapat menjadi satu medium komunikasi yang
memupuk perpaduan nasional. Melalui pendidikan juga, diharapkan golongan
Bumiputera dapat meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.

60

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah
dicurigai oleh sesetengah golongan, terutama dalam tahun-tahun 60an.
Terdapat pihak yang khuatir dasar tersebut boleh menghakis dan
seterusnya menghapuskan bahasa, budaya dan kepentingan
pendidikan kelompok bukan Melayu.
Golongan elit yang terdidik dan terbiasa berbahasa Inggeris pula
khuatir pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan akan menyebabkan
prestasi pentadbiran negara dan sistem pendidikan kebangsaan akan
mengalami kemerosotan.

61

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Setelah lebih 45 tahun bahasa Melayu diguna pakai
sebagai bahasa rasmi negara, ternyata tanggapan negatif
tentang kemampuan bahasa Melayu adalah tidak tepat.
Majoriti penduduk Malaysia menerima dasar bahasa
kebangsaan.
Apa yang penting, bahasa-bahasa lain masih dapat
bertahan kerana dasar bahasa kebangsaan membenarkan
bahasa-bahasa lain digunakan dengan bebas dalam semua
bidang kecuali untuk "maksud rasmi" kerajaan.

62

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Isu pendidikan menjadi semakin kompleks apabila Perlembagaan Malaysia dan
sistem pendidikan nasional membolehkan wujudnya sistem pendidikan
vernakular.
Isu pendidikan semakin mendapat perhatian apabila pihak kerajaan
melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran matematik dan sains dalam
bahasa Inggeris.
Apa yang perlu difahami di sini ialah bahasa Inggeris dianggap mempunyai nilai
ekonomi yang tinggi, baik di peringkal lokal mahupun internasional.
Bagi sesetengah pihak, bahasa Inggeris dianggap penting sebagai "bahasa
kemajuan". Pada masa yang sama, terdapat pihak yang bertegas bahawa peranan
bahasa Melayu tidak hanya sebagai "bahasa perpaduan" dan "bahasa rasmi"
negara tetapi boleh diangkat tarafnya sebagai bahasa yang mempunyai nilai
ekonomi yang tinggi.

63

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Pertembungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris
tersebut akhirnya terjelma dalam pelaksanaan dasar tentang
bahasa.
Setelah tahun 1990, pihak kerajaan seolah-olah melaksanakan
dua jenis dasar bahasa di Malaysia.
Dasar yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai "bahasa
perpaduan",
Dasar yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
untuk mencapai kemajuan negara dengan menjadikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran bagi mata
pelajaran sains dan matematik di sekolah.

64

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti:


Bahasa, Sains dan Ekonomi
Dalam pertembungan ini, tentunya dapat diduga bahawa bahasa
Inggeris yang akan menjadi pilihan ramai kerana ia mempunyai nilai
ekonomi yang lebih tinggi terutama di mata pihak swasta.
Akhirnya, akan lahir pula keadaan di mana terdapat penggunaan
bahasa mengikut sektor, iaitu sektor awam atau sektor swasta.
Sektor awam atau sektor kerajaan menggunakan Bahasa Melayu
Sektor swasta menggunakan bahasa-bahasa lain, terutama bahasa
Inggeris.
Keputusan kerajaan menonjolkan penggunaan bahasa Inggeris tidak
perlu dipersoalkan kerana kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan akademik serantau dan selanjutnya ia
diharapkan akan menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara.

65

Globalisasi , Ekonomi Malaysia


dan Hubungan Etnik
Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun 1980an dan
1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi, yang antara lain
ditandai dengan banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan
dasar liberalisasi kewangan.
Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga menyebabkan
negara-negara Asia termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi
pada tahun 1985-1986 dan pada tahun 1997-1998.
Dalam konteks kehidupan di Malaysia, ia harus dilihat kesannya ke
atas syarikat-syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu dan
bukan Melayu.

66

Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:


Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan
Bukan Melayu
Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah mempunyai
pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih berkemampuan
untuk menghadapi krisis ekonomi.
Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya lahir
daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan, terpaksa berhempas
pulas untuk bertahan.
Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam kategori industri
kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan terdapat 191 buah
syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki golongan Bumiputera telah muflis.
Sepintas lalu keadaan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa
golongan usahawan Bumiputera tidak mempunyai kemampuan yang jitu
dalam dunia perniagaan dan perdagangan.

67

68

Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98:


Implikasi terhadap
Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Proses globalisasi ialah proses yang berlangsung
berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal, tanpa
mengambil kira faktor etnik.
Oleh yang demikian, pihak yang dapat memanfaatkan
daripada proses globalisasi ialah pihak yang bermodal.
Dalam hal ini, golongan usahawan Bumiputera
menghadapi cabaran yang cukup getir kerana mereka
merupakan golongan yang masih baru dalam dunia
perniagaan dan tidak mempunyai modal yang cukup
mapan.

69

Ekonomi Islam
dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
Idea untuk menubuhkan perbankan Islam di Malaysia bertitik tolak daripada
penubuhan Bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai Islamic Bank di
Dubai, U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada
tahun 1975.
Rentetan daripada penubuhan kedua bank tersebut, penubuhan institusi
kewangan secara Islam di seluruh dunia berlangsung dengan pesat antara
tahun 1976 hingga 1985.
Beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran bertindak
menukarkan sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Islam.
Ekoran kejayaan bank-bank Islam di negara-negara tersebut, masyarakat
Islam di Malaysia turut menggesa agar pihak kerajaan menubuhkan bank
Islam sebagai alternatif kepada bank konvensional.

70

71

Ekonomi Islam
dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
Setelah menimbang gesaan dan keperluan masyarakat Islam di Malaysia, pada
tahun 1983 pihak kerajaan mewartakan Akta Bank Islam 1983, Akta
Pelaburan Kerajaan 1983 dan diikuti dengan penubuhan Bank Islam
Malaysia.
Sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia terhadap perbankan
Islam sangat positif sehingga membawa kepada pembentukan pasaran
kewangan berasaskan prinsip Islam dan lain-lain pengantara kewangan,
Syarikat-Syarikat Takaful,
Pasaran Modal Islam,
Ekuiti Modal Islam,
Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam,
AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia)
BFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia).

72

Ekonomi Islam
dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
Bagi melengkapkan operasi bank-bank Islam dan institusi-institusi
perbankan Islam, Syarikat-syarikat Takaful telah ditubuhkan.
Operasi syarikat-syarikat takaful dikawalselia di bawah Akta Takaful 1984.
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) yang ditubuhkan pada tahun
1984 adalah syarikat takaful yang pertama di Malaysia.
Takaful Nasional Sendirian Berhad adalah syarikat takaful yang kedua di
Malaysia.
Takaful keluarga dan takaful am menunjukkan pertumbuhan yang pesat,
iaitu, pertumbuhan tahunan sebanyak 68% daripada tahun 1986 hingga 2000.

73

74

Ekonomi Islam
dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
Dapat dikatakan bahawa sistem perbankan Islam
telah menjadi penyumbang kepada perekonomian
negara.
Sistem perbankan Islam ialah sistem
perekonomian yang diidam-idamkan oleh umat
Islam di Malaysia setelah aspek perekonomian
Islam dipisahkan daripada kehidupan mereka oleh
pihak Inggeris pada zaman penjajahan.
75

Dasar Penswastaan Dalam


Konteks Hubungan Etnik
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri keempat,
Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan hasrat untuk
memulakan Dasar Penswastaan pada tahun 1983.
Pada dasarnya, penswastaan melibatkan peralihan beberapa
kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor
swasta.
Penswastaan ialah konsep yang bertentangan dengan
pemiliknegaraan (nationalization), iaitu, satu proses yang
menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi.

76

77

Dasar Penswastaan Dalam Konteks


Hubungan Etnik
Tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan, iaitu:
Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran
kerajaan.
Meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan
dan menambah produktiviti.
Merangsang pelaburan dan keusahawanan
persendirian.
Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam.
Membantu pencapaian matlamat DEB.

78

Industri Otomobil Nasional


dan Penglibatan Etnik
Pada awal tahun 1980-an, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana
Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan program Industri
Otomobil Nasional.
Program ini dilaksanakan selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur yang
diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai matlamat
pemindahan teknologi moden.
Pada masa yang sama, industri automobil nasional merupakan sebahagian
daripada Rancangan Perindustrian Negara, yang bertujuan untuk
meningkatkan pencapaian perindustrian negara.
Secara tersirat, industri automobil nasional diharapkan dapat menjadi wadah
bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektor perindustrian umumnya dan
industri automobil dan pengedaran automobil khususnya.

79

80

Industri Otomobil Nasional


dan Penglibatan Etnik
Dasar Automotif Negara menggariskan beberapa
matlamat, iaitu:
Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan,
khususnya bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta nasional.
Menjadikan Malaysia sebagai hub automotif serantau.
Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestik.
Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat
ganti ke pasaran antarabangsa.
Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor automotif
tempatan.
Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segi nilai
wang, keselamatan dan kualiti produk serta perkhidmatan.

81

Industri Otomobil Nasional


dan Penglibatan Etnik
Program Industri Otomobil Nasional dimulakan
dengan penubuhan PROTON (Perusahaan
Otomobil Nasional Sdn Bhd) pada 7 Mei 1983
Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara komersial
model kereta nasional yang pertama, iaitu,
Proton Saga dilancarkan.

82

Industri Otomobil Nasional


dan Penglibatan Etnik
Bagi memastikan perjalanan industri automobil nasional berjalan dengan
baik, pihak kerajaan mengamalkan dasar melindungi industri automotif
negara melalui beberapa mekanisme, seperti duti eksais dan beberapa
insentif lain.
Setelah 20 tahun berlalu, kini pihak kerajaan Malaysia telah
mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN). Dasar tersebut digubal
bagi menghadapi cabaran liberalisasi ekonomi dan persaingan global.
Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif Negara ialah
merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan sehingga dapat
memaksimumkan sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi negara
dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada pengguna.

83

RUMUSAN
Ciri-ciri ekonomi Malaysia yang merupakan sebuah ekonomi campuran di
mana kerajaan dan mekanisme harga bersama-sama menyelesaikan masalah
asas ekonomi.
Sebahagian besar aktiviti ekonomi Malaysia ditentukan oleh pengguna dan
pengeluar, manakala sebahagian aktiviti ekonomi lagi ditentukan oleh
kerajaan.
Peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara
terbahagi kepada tiga yang , iaitu memastikan sistem ekonomi berjalan
dengan cekap, mengagihkan semula pendapatan dengan lebih adil dan
memastikan kestabilan ekonomi negara.
Sebab-sebab campur tangan kerajaan dalam dasar ekonomi negara seperti
peraturan dan undang-undang secara langsung dalam menjalankan kegiatan
ekonomi mempengaruhi tingkat harga, tahap pengeluaran dan aktiviti
ekonomi melalui alat-alat polisi.
.

84

Contoh-contoh dasar kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan


ekonomi negara melalui perancangan dan bentuk-bentuk pemilikan kerajaan seperti
Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pertanian Negara, Dasar Perindustrian Berat dan
lain-lain
Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia ialah dua hal yang tidak
dapat dipisahkan, saling mempengaruhi dan saling menentukan antara satu sama lain.
Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan
peningkatan positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia.
Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks
hubungan etnik.
kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi.
penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah
seimbang
Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses perpaduan terus
berlangsung.

85