Saya ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan pembaharuan tong pemadam
api oleh agen agen yang dilantik oleh pihak Bomba. Saya mendapati lebih banyak kelemahan dan keburukan apabila menggunakan agen sebagai orang tengah. Sebelum ini, para peniaga yang ingin memperbaharui tong pemadam api hanya perlu berurusan dengan pihak Bomba. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa agen terpilih telah dilantik untuk urusan tersebut. Melalui pengalaman dan pengamatan saya berkenaan hal ini, saya dapati bahawa : 1. Kosnya lebih mahal dan tinggi (berniat menekan para peniaga) 2. Agen yang dilantik bertindak lambat dan tidak konsisten dalam menjalankan tugas 3. Agen juga kurang cekap 4. Masalah penipuan harga oleh agen yang tidak disedari oleh peniaga Kos sara hidup juga semakin meninggi , ianya amat memberi tekanan kepada para peniaga berikutan dari kemerosotan ekonomi Malaysia sekarang. Akibat dari penurunan pertumbuhan ekonomi negara, telah memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada para peniaga. Sebagai salah seorang warganegara Malaysia, saya amat menyedari hal ini dan saya amat berharap agar pihak Bomba memikirkan kerasionalan perkara ini dan menimbangkannya semula.