Anda di halaman 1dari 14

AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

SOALAN 1

HURAIKAN KONSEP POLIS DAN BANDINGKAN PENCAPAIAN


ATHENS DAN SPARTA.

PENGENALAN

KONSEP POLIS

Sebelum wujudnya Negara Kota atau lebih dikenali sebagai Polis pada Zaman Klasik

Greek sekitar tahun 800 sehingga 500 S.M. ianya wujud dengan beberapa peringkat. Mengikut

pandangan Aristotle, Polis terbentuk secara evolusi melalui tiga peringkat yang dikenali sebagai

institusi Keluarga, Bandar atau Kampung dan Negara kota.1 Pada mulanya, melalui institusi

keluarga yang wujud telah berkembang imelalui interaksi antara keluarga dengan keluarga yang

lain yang menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk dan telah membentuk satu komuniti

yang dikenali sebagai Bandar atau perkampungan. Kewujudan Bandar atau perkampungan yang

semakin banyak telah bergabung menjadi satu kumpulan masyarakat yang lebih besar yang

dikenali sebagai Negara Kota atau Polis. Mengikut pandangan penduduk Greek pula, meraka

mengaggap bahawa Polis adalah lebih daripada sebidang tanah, sekumpulan bangunan atau

perlembagaan.2 Setiap Polis yang terdapat pada masa itu mempunyai pusat pentadbiran, pusat

pertahanan, taman dan pasar yang berpusat di tengah-tengah Polis dan kedudukannya adalah

paling strategik. Dikatakan srategik kerana dilihat dari faktor keselamatan, pusat pentadbiran dan

1
Sivachandralingam Sundaraja Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Utusan Pub.& Distributors Sdn Bhd, 2002,
hlm. 3.
2
Ibid, hlm. 2.

1
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

pusat interaksi seharian masyarakatnya yang dikenali sebagai Acropolis. 3 Acropolis ini terletak

dibahagian hulu di sesebuah Negara Kota atau Polis tersebut.4

Ciri-ciri Polis

Mengikut pandangan Crane Brinton pula, pada Zaman Greek atau dikenali sebagai Zaman

Yunani, dikatakan terdapat banyak dan berpuluh-puluh buah Negara Kota yang dikenali sebagai

Polis. Antaranya ialah Athens, Sparta, Corinth dan Olympia yang telah wujud sekitar abad ke-6

sehingga abad ke-4 S.M.5 Bilangan penduduk di setiap Negara Kota adalah berbeza antara satu

sama lain. Jumlah penduduk yang paling ramai adalah di Athens iaitu sebanyak 40 000 orang

dan yang paling kurang di Aegina iaitu sebanyak 2 000 sehingga 2 500 orang. Saiz bilangan

penduduk di Negara Kota yang sedikit ini telah memudahkan penduduknya untuk mengenali

antara satu dengan yang lain. Bilangan penduduk ini merupakan salah satu ciri sesebuah Negara

Kota di Zaman Greek.6 Selain itu, keluasan Negara Kota di Zaman Greek juga adalah tidak

seragam antara satu sama lain. Dapat dilihat bahawa keluasan yang terbesar adalah Negara Kota

Sparta iaitu seluas 8 400 kilometer persegi dan Negara Kota Delos mempunyai keluasan seluas

hanya 22 kilometer persegi sahaja.7

Setiap Negara Kota yang wujud pada Zaman Greek mempunyai sempadan wilayah yang

tidak jelas. Oleh yang sedemikian, bagi menentukan kewarganegaraan sesebuah Negara Kota

dapat ditentukan hanya dalam penggunaan bahasanya dan tempat dimana seseorang itu

3
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2002, Hlm. 10.
4
W. N Weech, J.P., F.S.A., M.A, Sejarah Dunia Jilid 1, Terjemahan Abdul Karim Abdullah & Hamidah
Shamsudin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1976. Hlm. 145-146.
5
Ibid, Hlm. 9.

Sivachandralingam Sundaraja Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti SDN. BHD., 1996,
6

Hlm. 4.
7
Ibid, Hlm 5-6.

2
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

dilahirkan. Dengan itu, masyarakatnya amat menghargai setiap status dalam kehidupan mereka.

Sehinggakan sering berperang antara Negara Kota dengan Negara Kota yang lain bagi

mempertahankan wilayah mereka. Hal ini disebabkan setiap Negara Kota mempunyai corak

pemerintah yang berbeza-beza. Walaupun begitu, terdapat masa-masa aman dan hari tenang

daripada terus berperang antara Negara kota dengan Negara kota yang lain. Tetapi, masa tersebut

digantikan dengan aktiviti bersukan. Temasya sukan tersebut dikenali sebagai sukan Olimpik

yang diadakan di Olympia dan disertai oleh kaum lelaki sahaja bagi yang berminat dan

penyertaannya adalah percuma.8

Corak Kehidupan Masyarakatnya

Kehidupan masyarakat di sesetengah Negara Kota adalah masyarakat yang sangat gemar

melakukan aktiviti di luar rumah mereka. Hal ini disebabkan kerana masyarakatnya mempunyai

sifat yang suka berkumpul dan berbincang antara satu sama lain. Dalam diri mereka telah wujud

sikap inkuiri iaitu sikap ingin tahu yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Oleh itu, pada

masa itu telah wujudnya hak kebebasan untuk bersuara tanpa halangan. Salah satu yang mereka

bincangkan juga ialah bagaimana kejadian kilat dan hujan itu boleh berlaku. Selain itu, faktor

cuaca ditempat mereka itu sendiri yang meggalakkan mereka menghabiskan masa mereka di laur

rumah. Hal ini kerana waktu siang adalah panjang berbanding waktu malam. Oleh yang

sedemikian, terdapat pelbagai tempat-tempat awam yang telah dibina untuk tujuan berkumpul

dan berbincang antara satu sama lain bagi berkongsi pendapat mengenai sesuatu perkara. 9 Salah

satu contoh Negara kota yang mengamalkannya ialah di Athens. Kegiatan ini dapat dilihat

bahawa hanya golonga lelaki sahaja. Golongan wanita hanya berada di rumah sahaja dan serbah
8
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Hlm. 21-22.

9
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Hlm. 18-19.

3
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

kekurangan dalam bermasyarakat. Oleh itu, mereka ini tidak mempunyai hak keatas pemilikan

harta, mengundi, mengikuti politik dan tidak ada undang-undang yang wujud untuk melindung

kepentingan mereka. Mereka hanya dapat berinteraksi sekiranya dan bertemu lelaki hanya

apabila adanya upacara keagamaan, upacara pengebumian dan pesta-pesta yang dianjurkan oleh

sesebuah Polis. Mereka juga hanya bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dalam urusan

rumah tangga sahaja.10

Keagamaan Dan Kepercayaan Masyarakat Negara Kota

Masyarakat Greek mempunyai kepercayaan yang pelbagai antaranya iaitu mereka percaya

dengan wujudnya dewa-dewi serta mempercayai banyak tuhan. Mereka percaya bahawa dewa-

dewi juga mempunyai sifat-sifat seperti manusia iaitu ada keinginan untuk makan, minum, hidup

berpasangan dan sebagainya lagi. Antara dewa-dewi dalam kepercayaan masyarakat Greek ialah

Zeus (Tuhan Langit) dan isterinya bernama Hera (Pelindung kepada perkahwinan dan keluarga),

Athena (Kebijaksanan), Apollo (cahaya), Paseiaon ( Laut), dan Aphrodite ( Kecantikan).

Masyarakatnya percaya bahawa dewa-dewi mereka ini berada di bahagian pergunungan iaitu di

puncak Gunung Olympus. Walaupun masyarakat Greek hidup dalam keadaan yang mempunyai

kepercayaan-kepercayaan seperti ini, tetapi sebenarnya mereka mempunyai pemikiran yang

sekular. Hal ini kerana masyarakatnya percaya bahawa manusia mempunyai kebebasan untuk

melakukan apa sahaja kehendak mereka di dunia tanpa ada wujud perasaan takut yang berkaitan

unsure-unsur ghaib. Misalnya, mesyarakatnya tidak percaya dengan kewujudan syaitan dan jin,

kehidupan selepas mati, hari pembalasan, dosa, pahala, dan kewujudan syurga dan neraka.11

10
Ibid. Hlm. 21.

11
Ibid, Hlm. 24-25.

4
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

Corak Pemerintahan

Terdapat beberapa corak pemerintahan yang dilaksanakan iaitu berbentuk monarki,

oligarki, tirani dan demokrasi. Pemerintahn monarki ialah pemerintahan yang diketuai oleh

seorang raja sebagai peminpin sesebuah Negara Kota. Oligarki pula merujuk kepada beberapa

orang yang memerintah dalam sesebuah Polis. Pemerintahn bercorak Tirani pula adalah

pemerintahan secara diktaktor iaitu secara kekerasan. Manakala, pemerintahan Demokrasi ialah

terdapat satu sistem pemerintahan di mana pemerintah dipilih oleh rakyat dengan cara

pengundian.12 Melalui corak pemerintahan yang pelbagai di setiap Negara kota ini telah memberi

implikasi yang tersendiri dalam mengalami kemajuan tidak kira kemajuan dari aspek politik,

sosial dan ekonomi. Hal ini mudah dirujuk melalui Negara Kota Athens dengan Negara Kota

Sparta yang sememangnya mempunyai pencapaian-pencapaian yang tersendiri dalam

memajukan Negara Kota mereka. Bagi membandingkan pencapaian kedua-dua Negara Kota ini

dapat dilihat melalui perkembangan dari segi sistem politik, sosial dan ekonominya.

PENCAPAIAN DALAM SISTEM POLITIK


12
Ibid, Hlm. 10-11.

5
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

Athens

Sistem pemerintahan yang digunakan dalam pemerintahan Athens ialah sistem Demokrasi

Langsung. Maksud demokrasi langsung ialah hanya warganegara sahaja yang terdiri daripada

lelaki yang terlibat secara langsung dalam mengikuti perbincangan dalam menentukan sesuatu

dasar kerajaan sama ada yang berkaitan politik, sosial dan ekonomi mereka. Selain itu,

warganegaranya juga yang membincangkan tentang apakah undang-undang yang harus

digunakan pada ketika itu. Oleh itu, setiap warganegara itu tadi yang akan menanggung segala

risiko yang akan berlaku dalam sesuatu peraturan yang mereka laksanakan. Warganegaranya

juga adalah layak secara langsung dalam mengikuti setiap pekara yang dilaksanakan termasuklah

dalam proses pengundian dalam menentukan seseorang dikalangan mereka bagi menjawat-

jawatan awam dalam bidang kehakiman, pentadbiran dan perundangan itu sendiri. 13 Dalam

Demokrasi langsung yang dijalankan di Athens terdapat tiga institusi penting iaitu Dewan

Perhimpunan, Majlis, Majistret dan Juri.14

Dewan Perhimpunan adalah merupakan satu dewan perundangan yang dibentuk bagi

mengawal semua tindakan yang dibuat dalam pentadbiran dan kehakiman. Selain itu, Dewan

Perhimpunan ini juga adalah berperanan bagi melantik Majlis, menggubal undang-undang,

membahas sesuatu perkara, membuat keputusan tentang deklarasi peperangan, berkaitan dengan

perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan negara-negara lain, kewangan Negara Kota, cukai yang

dibuat dan berperanan menerima atau menolak wakil duta dari negara-negara asing. Dikatakan

terdapat 40 000 ribu warganegara Athens yang akan berada dalam setiap persidangan yang

dibuat semasa berjalannya Dewan Perhimpunan itu tadi.15 Institusi Majlis pula ialah sebuah
13
Ibid, Hlm. 12.
14
Sivachandralingam Sundaraja Raja, Tamadun Eropah, Hlm. 8.
15
Sivachandralingam Sundaraja Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti
Sdn. Bhd., 2001, Hlm. 110.

6
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

jawatankuasa yang melaksanakan semua keputusan yang telah di bincangkan dalam Dewan

Perhimpunan dan menguasai kebanyakan jabatan kerajaan. Anggotanya adalah terdiri daripada

500 ahli yang dipilih melalui pengundian dan 50 setiap suku. Akibatnya terdapat ramai ahli yang

akan bersidang yang terdiri daripada pelbagai suku. Oleh itu, sebuah Majlis Dalaman telah

dibentuk yang dikenali sebagai sebagai Prytany bagi melancarkan lagi persidangan yang akan

berlangsung. Hal ini kerana Prytany jumlahnya lebih sedikit iaitu terdiri daripada 50 orang yang

diambil daripada setiap 10 suku kaum bagi memudahkan untuk bersidang. Pengerusi Majlis pula

dipilih melalui mengundi yang dilakukan setiap hari.16

Manakala, institusi seterusnya ialah Majistret dan juri. Msjistret bertanggungjawab

melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang telah diputuskan oleh Majlis. Majistret terdiri daripada

pegawai-pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan ini layak dipilih jika warganegara bagi menjaga

keselayan Negara. Juri pula ialah pemutus dalam sesuatu kes perbicaraan dalam mahkamah. Juri

juga sebahagian daripada Dewan Perhimpunan. Dalam persidangan ini tidak terdapat Hakim

tetapi hanya seorang Pengerusi dan mereka yang terlibat akan mengendalikan kes sendiri. 17

Dapat dilihat bahawa sistem Demokrasi yang wujud pada hari ini adalah sumbangan daripada

pencapaian Zaman Greek terutamanya daripada Athens. Salah satu tokoh yang penting di dalam

Negara Kota Athens ialah Pericles (461 S.M. – 429 S.M). Pericles merupakan seorang pemimpin

yang berwibawa, berkebolehan, berani dan bijaksana semasa zaman pemerintahannya. Beliau

telah mengembangkan sistem demokrasi dengan memperkenalkan sistem Lot, sistem gaji dan

memberi peluang kepada golongan bawahan untuk latihan mereka dalam bidang pentadbiran

16
Sivachandralingam Sundaraja Raja, Sejarah Eropah, Hlm. 10

17
Ibid, Hlm. 11-12.

7
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

negara. Beliau telah berjaya menyatupadukan masyarakat Yunani selama 40 tahun dan akhirnya

semasa kematian beliau telah mengalami kemorosotan dalam sistem politik di Yunani.18

Sparta

Polis ini mengamalkan sistem pemerintahan yang mempunyai beberapa orang yang

memerintah yang dikenali sebagai Oligarki. Di Sparta juga mempunyai beberapa institusi iaitu

institusi Raja yang dikendalikan oleh dua orang, Dewan Pehimpunan yang dikenalai sebagai

Appela dan Majlis Orang Tua yang dikenali sebagai Gerousia. Institusi Raja yang dikendalikan

oleh dua orang ini adalah pemerintah yang dilantik menjadi pemerintah seumur hidup. Kedua-

dua raja ini dipilih daraipada keluarga yang berbeza. Hal ini kemungkinan untuk memudahkan

pentadbiran Negara agar tidak wujud pemerintah yang berkuasa mutlak dan bertindak sesuka

hati. Dewan Perhimpunan yang ada di Sparta ini adalah bertanggungjawab menjalankan urusan

pentadbiran Negara. Ahlinya adalah terdiri daripada 10 ribu orang lelaki dewasa yang berusia 30

tahun.

Selain bertanggungjawab dalam menjalankan urusan pentadbiran, ia juga adalah

bertanggungjawab bagi mewujudkan Majlis Orang Tua yang terdiri daripada 28 orang dewasa

dan melantik Ephors seramai lima orang. Majlis perhimpunan ini juga adalah tempat menggubal

undang-undang, hanya boleh membincangkan perkara yang berkaitan Majlis Orang Tua dan

Ephors, mempunyai kuasa meluluskan dan membatalkan cadangan yang dikemukakan oleh

Majlis Orang Tua dan bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai awam kecuali raja.

Manakala, Majlis Orang Tua adalah bertanggungjawab menjalankan pentadbiran, menyediakan

cadangan-cadangan unutk dibincangkan di Dewan Perhimpunan dan ia juga merupakan

18
Wan Abdul Rahman, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2001,
Hlm. 34-35.

8
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

mahkamah yang tertinggi dalam mengendalikan kes-kes jenayah. Ahlinya termasuk dua orang

raja dan 28 orang bangsawan yang berusia sekitar 60 tahun keatas.19

PENCAPAIAN DALAM ASPEK SOSIAL

Athens

Pencapaian dalam aspek sosial di Athens banyak tertumpuh dalam perkembangan bidang

pendidikan, seni ukir, seni bina dan keagamaan. Perkembangan bidang pendidikan di Athens

adalah merupakan pencapaian yang sangat penting sekali dalam perkembangan sejarah Eropah

Klasik. Matlamat dan tujuan pendidikan di negara kota Athens ialah untuk melahirkan

warganegara yang berkebolehan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam dari segi pemikiran

dalam kehidupan mereka bagi menjamin masa depan negara kota. Oleh sebab itu, anak-anak

mereka telah dilatih menguasai bidang membaca, menulis, mengeja, matematik, Muzik dan

terdapat juga latihan untuk ketahanan fizikal mereka.20 Dengan hal yang sedemikian telah

membawa kewujudan satu suasana masyarakat yang menitikberatkan penguasaan dan

kepentingan ilmu pengetahuan. Kesan daripada itu telah munculnya beberapa tokoh ilmuan yang

penting dan sampai zaman sekarang masih lagi dikenali. Antara tokoh tersebut ialah Socrates,

Plato, Aristotle, Thucydides, Herodotus dan Pythagoras.21

Socrates merupakan seorang tokoh yang terkenal dengan sikapnya yang sentiasa suka

bertanya yang berkaitan dengan pegangan amalan tradisi kehidupan masyarakat di Athens sekitar

abad ke-5 S.M.. Beliau telah di hukum bunuh pada tahun 399 S.M. kerana telah mempersoalkan

19
Sivachandralingam Sundaraja Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Hlm. 112-113.

20
Sivachandralingam Sundaraja Raja, Tamadun Eropah, Hlm. 13-14.

21
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Hlm. 26.

9
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

kewujudan dewa-dewi yang menjadi asas kepercayaan di Athens.22 Plato pula cemerlang dalam

bidang falsafah etika dan pemikiran metafizik dan beliau digelar sebagai bapa pemikiran barat

yang agung. Kehidupan Plato bermula pada tahun 427 S.M sehingga 347 S.M.. 23 Seterusnya

ialah Aristotle yang dikatakan sebagai pengasas kepada cabang ilmu falsafah yang penting

terutamanya dalam bidang teori logi. Kemunculannya bermula pada tahun 384 S.M sehingga 322

S.M..24 Manakala, Pythagoras muncul pada tahun 580 S.M sehingga 500 S.M yang berkaitan

dengan teori Teorem Pythagoras. Hippocrates pula berkaitan dengan etika dalam bidang

perubatan pada tahun 460 S.M sehingga 377 S.M.. Tokoh ilmuan Herodotus dan Tyucydides

pula adalah berkaitan dalam ilmu sejahrawan yang sangat penting pada pandangan masyarakat

Eropah.25 Hai ini telah terbukti menunjukkan pencapaian Athens yang sangat bernilai sehingga

sekarang dalam masyarakat barat di Eropah.

Sparta

Dapat dilihat bahawa struktur masyarakat Sparta terdapat tiga golongan sosial yang utama

iaitu kelas tertinggi, sederhana dan yang rendah. Kelas tertinggi adalah terdiri daripada kaum

lelaki yang warganegara Sparta dan wanita pula tidak munyai apa-apa kuasa dalam bidang

politik. Kelas kedua pula adalah berkaitan dengan masyarakat pedagang dan para petukang yang

telah rela hati untuk mentaati pemerintahan Sparta. Mereka ini telah diberikan kebebasan dan

mengekalkan cara hidup mereka walaupun mereka ini bukan warganegara Sparta. Manakala,

kelas yang rendah pula lebih dikenali sebagai Helots. Golongan Helot ini merupakan golongan
22
Ibid. Hlm. 26-27.

23
Hart, M.H., Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Golden
Books Centre Sdn. Bhd., 2004, Hlm. 203.
24
Ibid. Hlm. 77-78.

25
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Hlm. 28-29.

10
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

yang mengusahakan tanaman-tanaman warganegara Sparta dan telah dilayan seperti hamba.

Kebanyakan mereka ini adalah hasil daripada orang tawanan dibawah pengusaan pemerintahan

Sparta.26

Masyarakat di Sparta adalah berbeza daripada negara kota Athens dari aspek sosialnya.

Masyarakat Athens ianya menekankan kekuatan mental dan fizikal dan manakala Sparta pula

hanya menumpuhkan kepada aspek kekuatan fizikal semata-mata. Hal ini dapat dilihat di Sparta

bahawa anak-anak yang baru dilahirkan sahaja akan diberikan kepada golongan orang tua. Jika

keadaan anak tersebut dalam keadaan yang sihat tubuh badannya, mereka ini akan dipelihara

baik dan jika tidak maka akan dibiarkan sahaja mati. Oleh itu, wanita-wanita Sparta telah dilatih

dalam aspek fizikal supaya dapat bertanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik seperti diajar

menari, bertinju, menyayi dan tidak mempunyai halangan untuk bergaul bebas dengan kaum

lelaki.27 Seterusnya, semasa kanak-kanak yang berumur sekitar tujuh tahun, mereka ini telah

diambil dan diletakkan di bawah penguasaan para pegawai awam. Hal ini kerana untuk untuk

mudah mendidik mereka dalam ketenteraan. Pendidikan seperti membaca dan menulis telah

dikawal dan kanak-kanak tersebut dilatih dengan kaedah kuku besi. Kehidupan mereka dikawal

dengan mempunyai pakaian sehelai sahaja untuk setahun, bejalan tanpa berkasut dan tidur

mereka pula tanpa alas bantal. Dengan keadaan sedemikian, dapat dijelaskan bahawa negara kota

Sparta sangat mementingkan disiplin, peraturan dan undang-undang bagi mengawal dan

meningkatkan kesetiaan dan cintakan negara kota.28

PENCAPAIAN DALAM EKONOMI

Athens

26
Sivachandralingam Sundaraja Raja, Sejarah Eropah, Hlm. 15.

27
Ibid.

28
Ibid.

11
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

Secara keseluruhan negar kota yang wujud pada ketika zaman yunani ini sangat

bergantung dalam kegiatan pertanian termasuklah Athens.29 Setiap petani mempunyai saiz tanah

yang kecil dan hasilnya mencukupi kehidupan ahli keluarga sahaja. Manakala, golongan

Aristokrat adalah golongan yang mempunyai ladang yang luas dan diberikan kepada hamba

untuk dikejakan dan dipajak bagi mendatangkan hasil tanaman yang diusahakan. Antara jenis

tanaman yang dikerjakan adalah seperti zaitun, anggur dan gandum. 30 Dalam kegiatan ekonomi

di Athens pada abad ke-5 S.M., ekonominya telah berkembang menjadi pusat perdagangan dan

industri. Athens telah mengeksport minyak zaitun, perak, batu marmar, bahan buatan dan

lukisan. Pemintaan bahan makanan di Athens meningkat sehingga telah menggalakkan mereka

untuk turut mengimport bahan makanan daripada luar seperti dari Thrace, kawasan laut hitam

dan dari Timur. Antara bahan makanan yang diimport ialah gandum dan ternakan, ikan, daging

bergaram, buah-buahan dan arak. Selain itu, bahan mentah juga turut diimport seperti bahan

galian, kain bulu, pakal dan fleks. Golongan Hamba pun turut diperdagangkan. Kegiatan

perdagangan ini dijalankan melalui jalan laut dan jual beli dilakukan secara pertukaran barang.31

Sparta

Di Sparta, pencapaian dari segi ekonominya sangat tidak menonjol akibat pemerintah

Sparta lebih tertumpuh dalam melahirkan masyarakat yang berdisiplin dalam kehidupan mereka.

29
W. N Weech, J.P., F.S.A., M.A, Sejarah Dunia Jilid 1, Hlm. 153.

30
Zulkarnain Abdul Rahman, Tamadun Eropah Klasik, Hlm. 17-18.

31
Sivachandralingam Sundaraja Raja, Sejarah Eropah, Hlm. 12.

12
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

Terutamanya dari segi ketahanan fizikal dan mental mereka. walaupaun tanah yang mereka

diami itu adalah subur untuk kegiatan pertanian dan kaya dengan sumber bahan galian seperti

bijih besi tetapi pemerintah Sparta tidak memanfaatkanya dengan sebaik-baiknya.32 Oleh yang

sedemikian, masyarakatnya terpaksa hidup dalam keadaan kemiskinan. Pekebun kecil, peniaga

dan artisan yang ada pada masa itu terpaksa meniggalkan pekerjaan mereka dan telah mengalami

kerugian sehingga sukar untuk mendapatkan belanja bagi meneruskan kehidupan. Oleh itu,

masyarakatnya telah membenci golongan pemerintah terutamanya bangsawan yang tidak ada

rasa bertimbang rasa. Hal ini kerana terdapat bangsawan yang hanya ingin memenuhi

kepentingan mereka sehingga sanggup berlaku zalim terhadap masyarakat akibat mereka

mempunyai kebolehan dan tenaga. Walau bagaimanapun, golongan bangsawan inilah yang

menjalankan kegiatan perdagangan, perusahan, menambahkan kekayaan dan mengindahkan

negara kota Sparta dengan menjalankan rancangan-rancangan kerja awam. Golongan ini telah

dapat mengatasi masalah pengangguran melalui kegiatan yang mereka laksanakan tersebut.

Antaranya golongan bangsawan tersebut ialah Chleisthenes dari Sicyon dan Periander dari

Corinth.33

KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa kewujudan negara kota semasa Zaman Greek Klasik telah

menyebabkan munculnya beberapa negara kota yang pelbagai bentuk tidak kira dari aspek

politik, sosial dan juga ekonomi. Hal ini dapat dilihat terutamanya antara negara kota Athens dan

32
Sivachandralingam Sundaraja Raja, Tamadun Eropah, Hlm. 17.

33
W. N Weech, J.P., F.S.A., M.A, Sejarah Dunia Jilid 1, Hlm. 152-153.

13
AEEA1104 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

Sparta. Negara kota Athens lebih tertumpuh dalam membentuk sistem demokrasi secara

langsung dan dalam mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang

politik, sosial dan ekonomi. Manakala, negara kota Sparta pula lebih menekankan aspek dalam

bentuk kekuatan fizikal bagi melahirkan masyarakat yang berani dan kuat terutamannya dalam

aspek ketenteraan dan pemerintah telah menghadkan perkembangan memupuk sifat intelektual

dalam diri masyarakatnya. Oleh yang sedemikian, dapat lihat negara kota Athens lebih banyak

mencapai pencapaian yang memberangsangkan dalam semua aspek tersebut. Sumbangan yang

terpenting ialah telah menjadi asas kewujudan sistem demokrasi yang diamalkan sehingga pada

zaman ini atas sumbangan Zaman Greek Klasik terutamanya negara kota Athens.

BIBLIOGRAFI

14

Anda mungkin juga menyukai