Anda di halaman 1dari 19

Konsep Kemahiran Belajar

Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan? Untuk pengetahuan
anda, kejayaan ini adalah pencapaian yang boleh dicapai dengan
memberikan kepuasan dan makna hidup yang sebenar bagi individu yang
mahu memilikinya. Sebenarnya, kejayaan ini terletak pada tangan anda. Jadi,
bagaimana seseorang itu ingin mencapai kejayaan? Seseorang itu haruslah
mempunyai teknik kemahiran belajar yang berkesan untuk mencapai
kejayaan tersebut.
Definisi
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kemahiran
bermaksud kecekapan, kepandaian manakala belajar bermaksud berusaha
untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), menuntut
ilmu pengetahuan dan lain-lain, menjalani latihan dan sebagainya. Menurut
Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun,Phd dalam buku Kemahiran Belajar
untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), belajar
ialah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang individu untuk
mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan.
Selain itu, belajar juga merupakan sesuatu hasil pengalaman individu itu
sendiri dalam interaksi dengan persekitarannya. Ia juga merupakan satu
proses dimana seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi yang
membawa kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran.
Beberapa orang tokoh telah memberikan definisi bagi konsep belajar.
Moh.Surya (1997) telah mentakrifkan belajar ialah suatu proses yang
dilakukan oleh individu untuk memperoleh perubahan secara keseluruhan
sebagai hasil dari pengalamanya. Selain itu, Crow dan Crow (1958) telah
mengatakan bahawa belajar adalah diperoleh daripada kebiasaan-kebiasaan,
pengetahuan dan sikap baru. Manakala Woolfolk.A (2001) pula mengatakan
bahawa belajar sebagai apabila berlakunya sesuatu perubahan dari segi ilmu
pengetahuan dan perbuatan seseorang secara tekal.

Ciri-ciri proses belajar


Rajah di bawah menunjukkan ciri-ciri proses belajar:

Sumber: http://www.scribd.com/doc/22969395/Kemahiran-Belajar
Kebaikan Kemahiran Belajar
Kita akan memperoleh banyak kebaikan dari kemahiran belajar. Kita
berpeluang menggunakan minda untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang wujud. Selain itu, kita juga boleh mengaitkan pengalaman yang sedia
ada dengan pembelajaran yang baru. Kemahiran belajar ini turut akan
membangkitkan kesediaan anda terhadap isi pelajaran yang akan dipelajari
dan melatih kita menggunakan persepsi dengan tepat untuk membina jalan
pemikiran yang rasional. Di samping itu, kita juga boleh mengaplikasikan
sumber-sumber sekeliling kita untuk memperoleh maklumat dan
pengetahuan. Selain itu, ingatan jangka pendek dan panjang akan dapat
dikukuhkan dengan beberapa cara seperti kaedah menyusun, mengedit,
mengklasifikasi, menghubungkait, dan cara-cara lain yang sesuai. Selain itu,
perkara yang dipelajari akan berkembang mengikut tahap-tahap
perkembangan kognitif, konkrit kepada abstrak, pengalaman yang sedia ada
kepada pengalaman yang baru serta membentuk motivasi dan dapat
2

menggalakan kita melibatkan diri secara aktif dalam cara belajar. Kita juga
akan meningkatkan naluri ingin tahu melalui pelbagai kaedah belajar.
Proses Belajar
Proses ini merangkumi beberapa proses belajar antaranya
termasuklah mempunyai rangsangan, pemilihan rangsangan yang sesuai
oleh organ deria, pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,
membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan, mengamalkan situasi yang
sepadan dan perubahan tingkah laku. Proses belajar ini berkaitan dengan
berlakunya perubahan dan meningkatnya pengetahuan, kepercayaan dan
kemahiran dalam diri kita. Konklusinya, belajar merupakan pemeprosesan
maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahun, tingkah laku dan
juga kemahiran diri sendiri.

Rajah di atas menunjukkan antara proses pembelajaran.

Sumber: Ee Ah Meng, Murid dan Proses Pembelajaran Asas


Pendiidkan 2, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd, Selangor Darul Ehsan.

Teori Piaget

Gambar ini ialah tokoh pendidikan iatiu Jean Piaget.


Jean Piaget merupakan seorang ahli biologi yang berasal dari
Switzerland. Beliau menggunakan model biologi untuk menjelaskan
perkembangan kognitif manusia. Pada pendapat Piaget, minda manusia ini
boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku
apabila berinteraksi dengan persekitaran. Seperkara lagi, ahli psikologi
pendidikan mencadangkan teori Piaget ini digunakan bagi mendorong
perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget telah menghasilkan empat
peringat perkembangan kognitif kanak-kanak . Beliau mengatakan setiap
individu akan mengalami beberapa tingkat perkembangan intelektual dalam
pembelajaran. Tahap- tahap tersebut berdasarkan umur seseorang kanakkanak.

Operasi konkrit
(7-11 tahun )

Tingkat Tahap
Praoperasi (2-7
tahun)

Operasi formal
(11 tahun ke
atas)

Tingkat Sensori
motor (0-2
tahun)

Rajah di atas merupakan peringkat-peringkat kognitif.


Tingkat Sensori motor (0-2 tahun)
4

Piaget mengatakan bahawa kanak-kanak banyak menggunakan deria


motor seperti menghisap dan memegang untuk memahami dan
berkomunikasi dengan sekelilingnya. Kanak-kanak akan mula berubah
daripada keadaan di mana dia hanya memegang apa diberi kepadanya pada
keadaan dan cuba yang memegang apa yang dia nampak. Pada peringkat
ini, kanak-kanak sudah mula memahami konsep kekekalan objek. Dia mula
menyedari kewujudan seorang walaupun orang itu telah keluar daripada
pemandangannya.
Tahap Praoperasi (2-7 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan simbol, kata-kata
dan imej untuk mewakili dunia. Selain itu, mereka juga akan menggunakan
bahasa dan memikir secara simbolik tetapi pertuturannya adalah egosentrik
iaitu dia tidak mampu membezakan antara pendapat seseorang untuk orang
lain. Hal ini menunjukkan bahawa dia tidak berminat untuk berkomunikasi
dengan orang lain dan menerima pendapat orang lain. Di samping itu, kanakkanak pada usia ini tidak mampu melakukan proses kebalikan. Sebagai
contoh, kita menuang dua cawan air yang isi padunya sama ke dalam dua
bekas yang berlainan, iaitu sebuah yang lebih tinggi dan sempit daripada
yang satu lagi. Sekiranya kita menanya kanak-kanak yang manakah bekas
yang mengandungi lebih banyak air, sudah pasti mereka menjawab bekas
yang tinggi dan sempit itu.
Operasi konkrit (7-11 tahun)
Pada umumnya kanak-kanak sudah mampu memahami konsep
konservasi pada tahap ini. Mereka akan menunjukkan perkembangan mental
yang nyata seperti pemikiran mereka tidak lagi bercorak egosentrik iaitu
mereka boleh menerima pendapat orang lain. Selain itu, kanak-kanak tidak
lagi menumpukan perhatian pada hanya satu-satu ciri objek tetapi dia akan
mempertimbangkan semua ciri sesuatu atau objek ketika menyelesaikan
masalah secara logik. Di samping itu, kanak-kanak pada tahap ini juga akan
memahami transformasi dan perkaitan antara situasi A dan situasi B. Konsep
5

ruang, kelajuan, masa dan sebab-musabab serta konsep siri dapat diperoleh
dan diselesaikan.
Operasi formal (11 tahun ke atas)
Kanak-kanak pada peringkat ini merupakan perkembangan kognitif
yang amat penting. Pada tahap ini, kanak-kanak menggunakan penaakulan
dan fikiran secara abstrak. Mereka berupaya menyelesaikan masalah konkrit
dan abstrak. Kanak-kanak juga dapat menjaga pemikiran dan perasaan
sendiri serta mampu mengaplikasikan prinsip-prinsip ketika menyelesaikan
masalah. Kanak-kanak pada tahap ini juga boleh menyelesaikan masalah
yang berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, mereka juga mampu
membentuk hipotesis ketika menyelesaikan masalah dan schemata akan
bertambah bilangannya.

Sumber: Ee Ah Meng, (1994) Psikologi Dalam Bilik Darjah, Fajar Bakti Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.

Teori Thorndike
6

Gambar ini ialah Edward L. Thorndike.


E.L.Thorndike (1874-1949) ialah pelopor psikologi Amerika yang
sentiasa dikaitkan dengan eksperiman yang digunakan dalam pelaziman
operan. Selain itu, beliau telah memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan
beberapa hukum tentang kaitan rangsangan dengan gerak balas. Menurut
Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iaitu
pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf antara situasi dengan gerak
balas. Beliau kerap membuat eksperimen dengan kucing. Dari hasil
eksperimen itu, beliau telahpun mengemukakan tiga hukum iaitu hukum
kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.
Hukum kesediaan ialah berlandaskan kematangan fisiologi dan
kesediaan neuron dalam sistem saraf untuk membawa dan membuat
rangkaian rangsangan gerak balas. Selain itu, hukum ini boleh dinyatakan
untuk mengandungi kepentingan perhatian dan motivasi belajar kerana
Thorndike menyatakan keadaan bersedia untuk memastikan gerak balas
seterusnya dalam sesuatu urutan. Sekiranya sesuatu unit pengaliran tidak
bersedia untuk mengalir, dan dipaksa untuk mengalir, jadi pengalirannya amat
menyusahkan.
Manakala hukum latihan pula melibatkan kaitan antara rangsangan
dengan gerak balas. Semasa ikatan antara stimulus dan respon lebih selalu
terjadi, jadi ikatan itu akan terbentuk semakin kuat. Jadi, semakin sesuatu
pengetahuan itu digunakan, semakin terbentuknya akibat terjadinya
kombinasi antara respon dan stimulus. Hukum dilatih digunakan dan
menyebabkan ikatan tersebut semakin kuat. Jadi, hukum ini mampu
membuktikan bahawa prinsip utama belajar adalah pengulangan. Sebagai
contoh, sekiranya kita ingin menguasai sesuatu topik, kita perlu membuat
banyak pembacaan dan mengulang beberapa kali. Hal ini akan menyebabkan
7

ingatan yang disimpan di otak kita semakin kuat dan maklumat yang kita baca
akan disimpan di otak dalam jangka masa yang lebih panjang.
Thorndike turut mengatakan hukum kesan ini pula menyatakan
bahawa pertalian antara rangsangan dengan gerak balas akan semakin
kukuh sekiranya mempunyai impak yang menyeronokkan setelah terhasilnya
tindak balas. Sebaliknya, impak yang menyakitkan pula akan melemahkan
pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Sebagai contoh, apabila kanakkanak memberitahu kita bahawa dia memperoleh keputusan yang cemerlang
di sekolah, kita harus memujinya dan mendorong dia untuk memperoleh
keputusan yang lebih baik daripada sekarang. Sekiranya kita tidak memujinya
dan sebaliknya tegur dia, maka kanak-kanak itu tidak akan memberitahu
keputusannya.
Eksperimen Thorndike
Thorndike telah menjalankan pelbagai jenis eskperimen dengan
menggunakan sebuah kotak. Thorndike biasanya menggunakan kucing
dalam eksperimen beliau. Dia mengurung seekor kucing yang lapar dalam
kotak yang mempunyai kunci. Sekiranya kucing cuba mencakar dinding
kotak itu dan jika ia berjaya menekan kunci peti itu, maka pintu itu akan
terbuka dan ia dapat keluar ke arah makanan yang disediakan. Seperkara
lagi, kucing itu akan cuba sedaya upaya untuk melarikan diri daripada kotak
itu. Kucing itu akan melakukan berbagai-bagai aksi dan menekan kunci
supaya pintu itu terbuka. Thorndike telah memerhatikan dan mencatatkan
masa yang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu kotak itu. Setelah
beberapa jam kemudian, Thorndike meletakkan kucing yang lapar itu ke
dalam kotak yang sama. Pada masa ini pula, kucing itu berjaya menekan
kunci pintu dalam masa yang lebih pendek berbanding dengan kali pertama.
Di sini, kita dapat merumuskan bahawa kucing itu telah menguasai atau
belajar iaitu gerak balas yang betul untuk menyelesaikan sesuatu masalah
yang dihadapi.

Gambar ini menujukkan eksperimen "Cuba Jaya" Thorndike yang dilakukan


ke atas seekor kucing.

Sumber: http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/teori-pelazimanoperan-thorndike.html

Banding Beza Antara Jean Piaget dan E.L Thorndike


9

Teori Jean Piaget


Beliau merumuskan empat peringkat

Teori Thorndike
Beliau mengeluarkan tiga hukum

perkembangan kognitif kanak-kanak.

daripada hasil eksperimennya.

Empat peringkat itu termasuk

Hukum itu termasuklah hukum

peringkat sensori motor, praoperasi,

kesediaan, hukum latihan dan hukum

operasi konkrit dan operasi formal.


Kanak-kanak pada peringkat sensori

kesan.
Dalam hukum kesediaan, Thorndike

motor ini akan mengalami proses

mengatakan kesediaan merujuk

peniruan, ingatan dan pemikiran

kepada persiapan yang ada pada

bermula. Mereka juga akan

sebelum seseorang ingin bertindak.

memahami konsep kekekalan objek

Hal ini boleh dijelaskan melalui

dan akan menunjukkan perubahan

eksperimen Thorndike iaitu seekor

daripada tindakan reflektif kepada

kucing perlu menyiapkan diri,

tindakan bertujuan.

kukunya dan cara mengintipnya


sebelum ia melompat dan
menangkap seekor tikus. Sekiranya
kita mengaplikasikan dalam bilik
darjah, seseorang murid akan berasa
puas apabila dia sudah bersedia

Pada tahap praoperasi pula,

untuk bertindak.
Menurut hukum latihan, latihan yang

perkembangan bahasa akan berlaku

banyak akan menyebabkan

secara beransur-ansur dan pemikiran rangsangan dan gerak balas


simbolik bermula. Kanak-kanak pada

bertmabah kukuh manakala latihan

tahap ini sudah dapat berfikir secara

yang kurang pula menyebabkan

logik, namun mereka tidak dapat

pertalian antara rangsangan dan

berfikir secara berbalik.


Kanak-kanak pada peringkat operasi

gerak balas bertambah lemah.


Thorndike menyatakan hukum kesan

konkrit pula dapat menguasai

merupakan pertalian antara

konservasi, iaitu tentang berat,bentuk rangsangan dan gerak balas akan


objek yang berubah dan jisim.

semakin kukuh sekiranya

Mereka juga dapat membuat

mempunyai kesan yang

pengelasan dan penyusunan secara

menyeronokkan selepas terjadinya

bersiri. Selain itu, mereka juga

gerak balas. Manakala kesan yang

mampu menyelesaikan masalah

menyakitkan atau menyedihkan akan


10

dalam bentuk logik sempurna.

melemahkan hubungan antara

Kanak-kanak yang berada dalam

rangsangan dan gerak balas.


Thorndike membuat eksperimen

umur 11 hingga 15 iaitu dalam

untuk menemui beberapa prinsip dan

peringkat operasi formal, mereka

kepercayaan lain dengan

mampu menyelesaikan masalah

menggunakan haiwan.

abstrak dengan logik. Di samping itu,


mereka mampu menampilkan sifat
keprihatinan pada imej sendiri dan
isu-isu sosial pada peringkat ini.
Mereka turut bersikap egosentrik
remaja pada masa ini. Mereka amat
sensitif terhadap pendapat orang lain
pada mereka.

Ulasan Kritis Terhadap Pandangan kedua-dua Tokoh


Jean Piaget
Pada pandangan saya, Piaget telah memberi idea dan panduan yang
amat berguna kepada golongan pendidik. Piaget telah mendedahkan betapa
menajubnya dunia pemikiran kanak-kanak kepada masyarakat ini. Beliau
11

mengatakan setiap kanak-kanak mempunyai gaya perkembangan mereka


masing-masing. Kita mampu memahami dunia pemikiran kanak-kanak
sekiranya kita memberi perhatian yang banyak dan menghalusi cara
pemikiran mereka dengan sepenuh hati. Proses pembelajaran dalam bilik
darjah akan lebih menyeronokkan sekiranya kita mampu mengesan dan
menolong mereka dalam mengatasi kelemahan dalam perkembangan
pemikiran mereka.
Selain itu, Piaget memperkenalkan empat peringkat perkembangan
kognitif kanak-kanak. Antaranya termasuklah peringkat deria motor,
praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Semasa kanak-kanak berusia
0 hingga 2 tahun, iaitu mereka berada dalam peringkat deria motor, mereka
akan berkecenderungan untuk mengalami dunia dengan menggunakan deria
dan pergerakan. Mereka akan menghisap jari atau memegang apa yang kita
bagi dia. Selain itu, mereka turut memahami konsep kekekalan objek pada
peringkat. Keupayaan mental mereka hanya terhad kepada objek yang dapat
dilihat oleh kanak-kanak itu.Oleh itu, saya berasa kanak-kanak belajar
sesuatu perkara itu melalui interaksi sosial daripada orang lain. Sebagai
contoh, bahasa dan tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea
keagamaan patut didedahkan kepada kanak-kanak sejak kecil lagi.
Ketika kanak-kanak mencapai lingkungan dua hingga tujuh tahun iaitu
dalam peringkat praoperasi, mereka akan menggunakan simbol dan bahasa
untuk mewakili pelbagai aspek persekitarannya. Pada pendapat saya, kita
juga patut mengajar pengetahuan fizikal mengenai sesuatu benda kepada
kanak-kanak. Kita boleh mengaplikasikan benda sekeliling kita sebagai bahan
pengajaran. Sebagai contoh, kita boleh menyuruh kanak-kanak memerhati
bentuk fizikal sesuatu objek sama ada ia bersifat keras, lembut, panas, sejuk ,
berbentuk bulat dan sebagainya. Konsep-konsep ini boleh dikuasai
sekiranya mempunyai pengalaman dengan persekitaran. Seterusnya, kanakkanak yang berumur dua hingga tujuh tahun merupakan zaman keemasan.
Hal ini disebabkan perkembangan bahasa kanak-kanak amat jelas dan
ketara. Saya berpendapat sekiranya kita membimbing mereka dan selalu
berkomunikasi dengan mereka dengan menggunakan bahasa yang baik,
12

lama-kelamaan sudah pasti mereka akan fasih bertutur dengan baik. Menurut
ahli psikologi, kanak-kanak yang berumur empat tahun cepat dan mudah
untuk menguasai kosa kata, makna semantis, wacana dan sebagainya.
Berdasarkan pengalaman saya semasa mengajar adik saudara saya yang
berumur empat tahun untuk belajar kosa kata yang terdapat di buku cerita.
Saya menulis kosa-kosa kata itu dalam kad flash dan membacakan kosa kata
itu kepadanya. Saya mendapati kanak-kanak itu cepat menyerap apa yang
saya katakan itu. Setelah beberapa hari, kanak-kanak itu sudah mampu
membaca kosa kata itu dengan baik. Di samping itu, perkembangan
bahasa kanak-kanak berlaku secara berperingkat. Mereka akan mula
bertutur jikalau mereka mengindamkan sesuatu keperluan. Sebagai
contoh, mereka akan mengadu lapar kepada ibu ketika mereka ingin
makan nasi. Lama-kelamaan mereka akan menunjukkan minat
untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Manakala dalam peringkat operasi pula, kanak-kanak mampu
memahami konsep pemuliharaan. Pada masa ini, mereka boleh
dikatakan mempunyai logik yang sempurna untuk membuat operasi
yang konkrit. Semasa kanak-kanak berusia 11 hingga 15 tahun,
mereka sudah mampu menyelesaikan masalah dengan logiknya.
Selain itu, mereka juga menunjukkan sikap egosentrik remaja pada
peringkat formal ini.
Walaupun Teori Piaget memberi inspirasi kepada ahli-ahli psikologi
untuk membuat kajian dalam perkembangan kognitif, teori dan kajiannya
ditentang khususnya dalam aspek kelemahan teori dan metodologinya.Teori
Piaget ini tidak mampu menjelaskan struktur, proses dan fungsi
kognitif secara terperinci. Saya berpendapat sekiranya kanak-kanak
melalui semua peringkat perkembangan kognitif itu berdasarkan set
operasi yang disediakan sudah pasti mereka akan berjaya
menyelesaikan semua masalah. Hal ini disebabkan tidak
semestinya semua orang mencapai tahap operasi formal. Terdapat
kajian yang menunjukkan bahawa bukan semua pelajar sekolah
13

menengah sampai ke peringkat operasi formal. (Khoo PhonSai,1972; Lew Tan Sin,1987; Cheah Pik Yean,1984)
Manakala dari perspektif metologi pula, saya berpendapat
cara klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget amat sukar untuk
diulangi. Saya berasa Piaget membuat kajian ini daripada sampel
yang terlalu saiz kecil dan tidak menepati piawaian.
E.L Thorndike
Thorndike telah mengemukakan tiga hukum pembelajaran iaitu hukum
kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Dalam hukum kesediaan ini,
seseorang perlu bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu. Saya amat tidak
menyetujui penyataan ini kerana sekiranya kita sukar menetapkan jenis gerak
balas yang ingin dibentuk, bagaimana kita bersiap sedia untuk bertindak
balas? Manakala dalam hukum latihan pula, seseorang haruslah belajar
sesuatu secara berulang-ulang supaya maklumat yang kita belajar dapat
diiingat oleh otak kita. Saya amat menyetujui penyataan ini kerana contohnya
seorang ahli muzik tidak berlatih alat instumennya, sudah pasti dia tidak
mampu bermain dengan baik ketika persembahannya.
Seterusnya ialah hukum kesan. Thorndike mengatakan bahawa
pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
sekiranya terdapat kesan yang menyeronokkan setelah hasilnya gerak balas.
Saya amat menyokong penjelasan Thorndike ini. Hal ini disebabkan kalau
seseorang guru mengaplikasikan unsur-unsur yang menarik seperti
menayangkan filem semasa pengajarannya, saya yakin murid-murid akan
berasa seronok dan mampu memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam
pembelajaran mereka. Selain itu, mereka juga akan ingat apa yang
disampaikan oleh guru mereka. Guru juga boleh memberikan hadiah dan
memuji seseorang pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik tidak kira
dalam peperiksaan atau dalam sahsiah pelajar tersebut. Saya berpendapat
kejayaan menyelesaikan sesuatu perkara mampu menimbulkan perasaan
puas hati sebagai pendorong kepada para pelajar.

14

Idea-idea untuk menambahbaikan kemahiran belajar berkesan


Pada pendapat saya, sekiranya seseorang itu ingin mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, dia haruslah mempunyai
kemahiran belajar yang efektif. Pertamanya, seseorang itu perlu mempunyai
jadual belajar. Bak kata pepatah, masa itu emas. Oleh itu, seseorang itu
haruslah pandai menguruskan masa. Jadual belajar itu perulah fleksible
15

supaya kita boleh mengubah jadual apabila kita mempunyai masalah


kecemasan. Selain itu, kita perlu memastikan sekurang-kurangnya kita
bersenam tiga kali dalam seminggu. Senaman yang banyak mampu
meningkatkan kecedasan minda dan sekaligus meningkatkan prestasi belajar
kita.
Selain itu, terdapat beberapa kemahiran membaca. Pertamanya, kita
perlu membaca secara berhati-hati. Kita patut memberi fokus terhadap apa
yang kita baca, pada masa yang sama kita perlu cuba memahami fakta
penting dalam bahan bacaan tersebut.Sekiranya kita menutup semua radio
dan televisyen semasa membaca, sudah pasti kita dapat membaca dalam
keadaan yang tenang. Di samping itu, untuk mengingat fakta sejarah
misalnya,kita perlu baca berulang-ulang supaya isi-isi tersebut dapat difahami
secara mendalam. Saya mencadangkan menggunakan highlighter untuk
menandakan isi penting semasa membaca. Kita juga boleh melukis carta atau
peta minda untuk merumuskan sesuatu topik yang kita belajar. Dengan
adanya warna dan kepelbagaian grafik, sudah pasti proses pembelajaran kita
menjadi menyeronokkan.
Seperkara lagi, suasana pembelajaran turut memainkan peranan yang
amat penting dalam membantu konsentrasi kita semasa belajar. Kita perlu
membaca dalam keadaan yang selesa. Cuba anda bayangkan bagaimana
kita membaca dalam bilik yang gelap, meja yang berselerak dan dalam
keadaan yang bising? Perkara ini merupakan penghalang anda untuk belajar.
Oleh itu, kita haruslah membaca dalam suasana yang selesa dengan
lampunya dipasang terang, keadaan tempat membaca perlulah senyap,
membuka tingkap untuk membenarkan kemasukkan udara dan duduk dengan
postur yang betul semasa membaca.
Saya turut berpendapat membaca secara berperingkat turut membantu
seseorang untuk memahami sesuatu perkara itu dengan lebih baik. Pada
peringkat permulaannya, kita perlu membaca sekali imbas untuk
mendapatkan konsepnya. Hal ini boleh dilakukan dengan merujuk kepada
objektif pembelajaran yang ada pada halaman buku itu sebelum bermulanya
16

sesuatu perbincangan. Seterusnya, kita perlu membaca isi untuk


mendapatkan maklumat. Pada masa ini, kita boleh mengaplikasikan teknik
mengingat dan menulis nota.
Setelah kita habis membaca sesuatu, kita perlu cuba membentuk
soalan ketika membaca. Lebih baik jika kita menutup buku tersebut dan
menulis atau melukis apa yang kita belajar tadi. Kita juga boleh
mengaplikasikan Hukum Latihan yang dikemukakan oleh Thorndike. Kita
perlu melakukan ulang kaji sebanyak kali mungkin. Saya percaya pembacaan
yang berulang kali dapat mengukuhkan daya ingatan kita. Sekiranya kita
mempunyai masa lapang, kita perlu mengambil nota yang kita buat dan
membacanya.
Saya turut mencadangkan membaca dan cuba mengimbas kembali
apa yang kami baca sebelum tidur. Menurut kajian, sekiranya seseorang
menggunakan kaedah ini sebelum tidur, ingatan seseorang itu akan kekal
dalam jangka masa yang panjang.
Saya juga akan menggunakan irama lagu yang saya suka ketika
menghafal fakta-fakta sejarah. Saya menukarkan ayat lagu tersebut kepada
isi yang saya ingin hafal. Saya berasa cara ini mampu lebih mengkuatkan
ingatan saya.

Rumusan
Sebagai konklusinya, konsep pembelajaran adalah set konstruk
konsep-konsep dalam teori pembelajaran yang membawa kepada
berubahnya tingkah laku seseorang. Daripada pelbagai penjelasan mengenai
teori, prinsip dan konsep pembelajaran, saya dapat menyimpulkan bahawa
pembelajaran melalui kognitif ini amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Konsep perkembangan Piaget dapat
17

digunakan sebagai teori dan aplikasi semasa proses pengajaran dan


pembelajaran.
Selain itu, guru-guru juga boleh mengaplikasikan hukum-hukum
Thorndike semasa pengajarannya misalnya Hukum Kesan. Sekiranya
seorang pelajar yang menunjukkan tugasan yang disempurnakan dengan
kemas dan tersusun, guru tersebut haruslah memuji atau memberi hadiah
kepadanya untuk memotivasikan pelajar tersebut.
Oleh itu, teori-teori ini perlu dimanfaatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam usaha menuju ke arah pendidkan yang lebih efektif.

Refleksi
Kerja Kursus Pendek ini merupakan satu cabaran yang baru bagi saya.
Hal ini disebabkan saya tidak pernah melakukan tugasan seperti ini semasa
zaman persekolahan saya di sekolah menengah. Saya sanggup menyahut
cabaran ini dan saya yakin saya dapat menyempurnakan tugasan ini.
Kami ditugaskan untuk membuat tajuk kemahiran belajar berkesan.
Kami dikehendaki memilih dua orang tokoh berkaitan kemahiran belajar
berkesan serta banding beza pandangan mereka. Kami juga perlu
18

memberikan ulasan kritis anda terhadap pandangan kedua-duanya dan


cadangkan beberapa idea-idea yang boleh menambahbaikan kemahiran
belajar berkesan.
Pada mulanya, saya berasa agak susah untuk mendapatkan
maklumat. Sumber di internet amat terhad sekiranya saya ingin menghasilkan
kerja kursus yang berkualiti. Maka, saya kerap bertanya kepada rakan-rakan
dan pensyarah-pensyarah. Saya berasa amat bersyukur kerana pertolongan
mereka membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga sering
pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat.
Selain itu, saya berasa masa adalah tidak mencukupi untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Hal ini disebabkan banyak kerja kursus diberi
pada masa yang sama dan saya perlu menyiapkan semua tugasan sebelum
tarikh hantar. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah membuat
jadual untuk membahagikan masa saya. Sekiranya saya mempunyai masa
lapang, saya akan membuat kerja kursus ini.
Terdapat banyak ilmu baru yang saya peroleh semasa membuat kerja
kursus ini. Saya mendapati rupa-rupanya kita perlu mempunyai kemahiran
belajar yang berkesan sekiranya kita ingin berjaya dalam kehidupan.
Dengan siapnya tugasan ini, ia memberikan saya satu dimensi baru
mengenai konsep kemahiran belajar ini. Hal ini menjadikan saya lebih teliti
dan mempunyai sikap menyelidik atas perkara yang saya lakukan.

19

Anda mungkin juga menyukai