Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN 75400 MELAKA

LAPORAN
TEMUBUAL DENGAN GURU CEMERLANG
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5
SEMESTER 6
WAJ 3114
ANJURAN:
PPG SAINS AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013
TARIKH:
29 MEI 2015

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN CHINCHIN,


KM 32,JLN CHINCHIN,
77000 JASIN , MELAKA.

1.0

Pengenalan

Kursus Bina Insan Guru merupakan kursus pengajian wajib oleh semua guru
yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Dalam Tahun Ke-4, semester 1 Bina Insan Guru (WAJ3114) telah memasuki Fasa 5
di mana aktivitinya ialah menemubual Guru cemerlang. Bagi memenuhi matlamat
program ini semua peserta / ahli PPG Sains Ambilan khas Februari 2013 akan
membuat lawatan

ke sebuah Sekolah Kebangsaan Chinchin di Jasin , Melaka.

Justeru pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran
di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi yang sebenar dalam
usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak guru di
kalangan pelajar IPG. Diharapkan program BIG Fasa 5 ini dapat memberikan impak
yang maksimum dalam meningkatkan rasa kebertanggungjawaban pelajar IPG dalam
memikul tugas dan cabaran dalam profesion keguruan.

2.0

Rasional
Program menemubual Guru Cemerlang bertujuan untuk memenuhi keperluan

sukatan pembelajaran Bina Insan Guru (BIG- WAJ 3114) bagi Kursus Program
Pensiswazahan Guru (PPG). Aktiviti menemubual Guru Cemerlang menjurus kepada
Sifat berusaha dan berilthizam yang tinggi menjadikan beliau seorang guru yang berwibawa di

peringkat sekolah. Di samping itu pelajar akan memahami tugas dan tanggungjawab
dengan lebih berkesan bagi menjadi seorang cemerlang.
3.0

Objektif

Memenuhi kehendak sukatan kursus Bina Insan Guru Fasa 5.


Peserta dapat memahami tanggungjawab seseorang guru dalam proses

Pengajaran Dan Pembelajaran .


Menambah pengetahuan dan pengalaman serta berkongsi maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Sains seterusnya memberi Fasilitator

Sains yang cemerlang kepada semua peserta.


Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas secara berkumpulan.


Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan
situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan
masalah

serta

berupaya

berfikir secara

penambahbaikan secara berterusan .


4.0

Tarikh
29 MEI 2015 (Jumaat)

reflektif

untuk

melaksanakan

5.0

Tempat
S.K.Chinchin , Jasin, Melaka.

6.0

Sasaran
23 orang pelajar PPG Sains Ambilan Khas Februari 2013 bersama seorang
Pensyarah Pengiring Pn.Fatimah bt Yusof (Mentor) sebagai ketua Kontinjen
Program menemurah Guru Cemerlang .

7.0

Laporan Aktiviti

Lawatan ke Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 4


Alhamdulilah pada 29 Mei 2015 iaitu hari Jumaat, pelajar PPG kelas Sains Ambilan
Khas telah berjaya menjalankan Program menemuramah Guru Cemerlang. Program
ini adalah di bawah kelolaan Pn Fatimah bt Yusof selaku Pensyarah bimbingan kelas
Sains Ambilan Khas bagi program BIG Fasa 5. Seramai 24 orang pelajar PPG Kohort
3 terlibat dalam program ini iaitu masing-masing 23 orang dari kelas Sains Ambilan
Khas Februari 2013. Seawal 8.00 pagi semua pelajar telah tiba dihadapan pintu
masuk Sekolah Kebangsaan Chinchin , Jasin , Sekolah Kebangsaan Chinchin Melaka
. Rombongan kami telah disambut oleh EN.Imran b.Hji Lamin,Guru besar
Pn.Norazura

bt.Abdul

Rahman,

Guru

Cemerlang

Sekolah

dan

Kebangsaan

Chinchin,Jasin, Melaka dengan mesra, ramah dan dalam suasana harmoni. Kami
sangat merasa dihargai dalam suasana sekolah yang ceria, nyaman dan selesa mata
memandang.Pada mulanya diadakan sesi bergambar dan dikuti dengan sarapan pagi
di kantin sekolah.
Kami telah dibawa ke sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Chinchin oleh
beliau untuk menemuramah dengan Pn.Norazura bt.Abdul Rahman , kohort
4.Pn.Norazura rela memberi temuramah dengan hati yang ikhlas.Beliau memperkenalkan diri dan
sedikit latar belakang dirinya.Guru Cemerlang kita ialah Pn. Norazura bt Abdul Rahman dari
Jasin,Melaka. Adik beradik beliau seramai 5 orang.Beliau adalah anak yang kelima. Bapanya adalah
seorang guru dan ibu suri rumah tangga . Dari kecil beliau belajar bersungguh-sungguh dan masuk
Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka pada tahun 1995 - 1997. Selepas tamat diploma
perguruan Pn.Norazurz ditempatkan di SK Taman Rinting. Beliau bekerja di sana selama 1 tahun dan
disitulah beliau mula mengajar Sains kepada murid-murid .Beliau berkahwin dengan En.Zulkifli
B.Manab pada tahun 1998.Beliau dikurniakan seramai 4 orang anak.Pn.Norazura menerima anugerah
Cemerlang pada tahun 2006 semasa bertugas di SK Sri Machap, Jasin Melaka.
Sokongan dari pihak sekolah telah memberi peluang kepada beliau untuk menjalankan programprogram yang khusus bagi matapelajaran Sains.Guru Besar dan guru-guru selalu memberi motivasi

secara langsung dan tidak langsung.Beliau berkongsi apakah ciri-ciri inovatif yang perlu ada pada guru
cemerlang.Diantaranya ialah sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru cemerlang itu akan
mewujudkan pengajaran guru menyeronokkan dan akan diminati oleh murid-murid.Ciri-ciri innovatif
seperti penggunaan ICT dalam P&P amat digalakkan. Penggunaan internet di kelas melahirkan kreatif
murid. Guru perlu mengkritik atau menilai diri sendiri dan juga perlu fleksibel dalam pendekatan
pendekatan yang digunakan.Pn.Norazura selalu menyoal murid-murid, adakah murid-murid suka
pengajaran atau teknik saya ataupun saya perlu ubahsuai teknik ini. Mereka akan menjawab dengan
ikhlas.
Strategi pengajaran inovatif yang digunakan dalam P&P Sains cikgu Noarzura ialah beliau selalu
mengutamakan penggunaan internet di kelas, bahan bahan Sains mudah didapati dari internet. Selain
itu,beliau menyediakan contohnya, Powerpoint slide berkaitan dengan tajuk yang diajar. Murid-murid
selalu diberi keutamaan semasa membuat ujikaji. Selalunya beliau bertindak sebagai fasilitator. Muridmurid akan melibatkan diri secara aktif dan mereka mampu memberi penjelasan berkaitan ujikaji yang
dibuat.Beliau juga suka menyoal murid ketika mengajar. Selalunya beliau meminta lebih dari 3
jawapan yang rasional berkaitan dengan soalan yang ditanya. Ini kerana, mereka boleh fikir luar dari
kotak iaitu think out of the box.
Kami juga menanya pendapat Pn.Norazura tentang teknologi dalam pendidikan semasa.Beliau
berpendapat bahawa teknologi dalam pendidikan semasa lebih memfokuskan kepada penggunaan media
elektronik dalam aktiviti P&P seperti computer, laptop, chrome book, LCD dan sebagainya cikgu.
Mahupun guru atau murid-murid digalakkan menggunakan teknologi yang dibangunkan semata-mata
bagi memajukan pendidikan. Ini dimaksudkan dengan aplikasi ZOOM-A, VLE, dan juga lain-lain
halaman yang berkaitan khusus untuk pembelajaran. Selain penggunaan internet dalam P&P,
penggunaan perisian Microsoft amat membantu murid-murid menyiapkan kerja folio atau buku skrap
mereka dengan kemas dan kreatif. Power point digalakkan bagi membuat persembahan dalam kelas.
Guru-guru masa sekarang memang handal menggunakan perisian-perisian ini, oleh itu, murid murid
juga akan turut dibimbing oleh mereka dalam usaha memajukan taraf pendidikan mereka dari segi
teknologi jua. Pendekatan Teknologi dalam pendidikan semasa amat membantu guru-guru seperti beliau
dan murid bagi mendalami topik-topik yang dipelajari dengan terperinci dan dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains, teknologi ini amat berguna.
Apabila kami bertanya samada beliau pernah berkongsi pengalaman dan pengetahuan cikgu kepada
guru-guru sekolah ataupun di sekolah yang berhampiran maka beliau mengaku dengan
senyuman.Beliau selalu mengadakan Bengkel Sains kepada murid Tahun 6 di sekolah beliau selama ini.
Bengkel beliau terutamanya memfokuskan pembelajaran sains, seperti Bengkel Teknik menjawab
bahagian A dan B Sains dan Bengkel penggunaan Kemahiran Sainstifik.Beliau tidak pernah memberi
sebarang ceramah kepada sekolah lain, tetapi beliau pernah mengadakan bengkel kepada murid-murid
UPSR dibawah jemputan SP Setia (ECOWORLD). Dalam masa depan ,beliau ingin berkongsi ilmunya
kepada pihak luar juga jika diberi peluang.
Apabila kami menanya jenis-jenis inovasi yang telah dijalankan oleh beliau dalam pengajaran
matapelajaran sains di peringkat sekolah maka beliau berkata bahawa Beliau dengan kerjasama rakan

sekerja pernah mencipta suatu mesin fitter bagi eksperimen peringkat negeri.Innovasi dalam sekolah
juga telah diusahakan oleh beliau.
Beliau juga berkongsi amalan pdp yang terbaik dalam pdp sains.Pada pandangan cikgu Norazuran ,
kaedah inkuiri penemuan amat sesuai bagi P&P Sains. Pendekatan inkuiri penemuan membolehkan
murid membina pengetahuan melalui penyiasatan dan penyelesaian masalah. Melalui pendekatan ini,
murid akan mencapai pembelajaran yang lebih bermakna kepada mereka. Kemahiran proses Sains
merupakan kemahiran asas dalam penemuan dalam kemahiran inkuiri dan juga kaedah Saintifik. Ia
membolehkan murid menyoal dan mencari jawapan secara sistematik. Kaedah ini dapat
mempertajamkan pemikiran dam memberikan kesan-kesan pembelajaran yang bermakna kepada muridmurid. Kaedah ini membolehkan murid-murid berdikari dan bermampu untuk mencari maklumat secara
berdikari dan tidak hanya mengharapkan guru pada masa-masa yang akan datang.

Perancangan masa depan cikgu Norazura dalam memajukan pengajaran dan pembelajaran Sains di
sekolah ialah melaksanakan aktiviti P&P yang mengandungi unsur KBAT, I-Think dan pengajaran dan
pembelajaran kearah Abad ke-21.Beliau juga berhasrat untuk menjadi seorang guru yang
bertanggungjawab dan berwibawa agar dapat mendidik pelajar-pelajar dan masyarakat amnya.Beliau
juga mahu mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi agar kemenjadian murid dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum dan sahsiah seperti diharapkan.Beliau

juga ingin melihat kejayaan

cemerlang di kalangan pelajar-pelajar iaitu cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan juga
akhlak.Beliau juga berhasrat menjadi seorang pakar rujuk kepada guru guru sains lain dan juga
berharapan tinggi menjayakan murid ke paras cemerlang Secara tidak langsung, kecemerlang murid
akan menaikkan nama sekolah dikalangan orang ramai.

Penutup
Selanjutnya Pn Fatimah bt Yusof menyampaikan ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada pihak sekolah dan Guru Cemerlang Pn.Norazura kerana menerima
kehadiran pelajar PPG dan sudi meluangkan masa bersama kami. Cenderamata
dihulurkan kepada Guru Cemerlang Pn.Norazura sebagai tanda penghargaan.Terlalu
banyak faedah dan perkara-perkara baik yang kami timba dari lawatan tersebut.
Terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Chinchin kerana sudi menerima kehadiran
kami dengan begitu baik. Diharap agar program seperti ini akan terus diadakan dari
semasa ke semasa bertujuan untuk semarakkan jiwa kami untuk terus berjuang dalam
bidang pendidikan. Segala ilmu yang diperolehi dijadikan panduan dan contoh kepada
kami sebagai seorang guru . Akhir sekali, kami bersalaman dengan guru-guru dan
bersurai.

8.0

Jawatankuasa Pelajar

Struktur Jawatankuasa Peringkat Pelajar


Pengerusi
Johari Bin Jantan
Timbalan Pengerusi
Zulkhaubri Bin Abdul Ghani
Setiausaha
Juridah Binti Bador
Naib Setiausaha
Ganthimathi A/P Sugumaran
Bendahari
Siti Haslinda Binti Haron
Ahli Jawatankuasa
Makanan

: Sarina bt Said

Pengangkutan

: Norhayati bt Ismail

Pengurusan Majlis : Juridah bt Bador


: Johari b. Jantan
: Rozilah bt Jalil
Hadiah

: Norhaslina bt Ali

Surat-menyurat

: Norhayati bt Ismail
: Siti Aishah bt Kasah

Brosur

: Fazidah bt Abd Rahman

Skrip temubual

: Thilaga a/p Manian


: Saraswathy a/p Maniam

Perhubungan

: Ahmad Saufi b. Mokhtar

Dokumentasi

: Ganthimathi a/p Sugumaran (Laporan)

: Juridah bt Bador
Peralatan /video

: Mariyal a/p Ganarokiam


: Jailetchumi a/p Ramamurthy(Jurukamera)

Poster/Banner

: Rahaya bt Yusof
: Mohd Iswandy b. Basiran

9.0

Aturcara Program

Hari/Tarikh

Jumaat

Masa
7.15pagi
7.30 pagi
8.00 pagi

22

Aktiviti
Berkumpul di IPG
Bertolak ke SK Cinchin
Program Temuramah dengan Guru Cemerlang
-

Mei 2015
10.30pagi
11.00pagi

Sesi Bergambar & suai kenal


Sesi Temubual dan reflektif

Jamuan makan
Majlis penutup
( menyampaikan cendera hati kepada GC
11.30pagi Bertolak balik ke IPG
12.00 tgh Dijangka tiba di IPG

12.0 Laporan Perbelanjaan


Belanjawan Program Bina Insan Guru
Lawatan Temuramah dengan Guru Cemerlang ke SK Cinchin , Melaka
BIL
1
2
3

PERKARA
Makan & Minum Pelajar
Dan pensyarah

RM10.00 x 24

RM

Cenderahati
Banner

RM35.00 x 2
RM100.00 x 1

RM 70.00
RM 100.00
RM 410.00

JUMLAH

KUANTITI

JUMLAH
240.00

13.0

Penutup
Program Temuramah dengan Guru Cemerlang ke SK Cinchin ,Jasin, Melaka
yang dianjurkan oleh pelajar, PPG Sains Ambilan Khas Februari 2013 ini
merupakan aktiviti projek BIG Fasa 5 yang amat berfaedah dan memberi
pelbagai manfaat kepada pelajar PPG
Melaka .
Diharapkan

program

ini

dapat

IPG Kampus Perempuan Melayu

memberikan

pendedahan

mengenai

tenggungjawab dan peranan Guru Cemerlang yang boleh diaplikasikan oleh


peserta ketika berada di sekolah masing-masing selain menimba pengalaman
untuk mengurus secara professional dan berkongsi pedagogi dengan guru
cemerlang.Program ini juga dapat memberikan manfaat dan pengalaman
kepada peserta untuk melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin .Semoga
niat baik program ini dengan kerjasama pihak pengurusan IPG akan memberi
impak yang berguna kepada kami nanti. InsyAllah.
Disediakan Oleh:
Ganthimathi

(GANTHIMATHI A/P SUGUMARAN)


No.Matrik: / PPG / SN AMBILAN FEBRUARI / 2013
IPG Perempuan Melayu Melaka.

LAMPIRAN 1

Guru Cik.Thilaga menemuramah dengan Guru Cemerlang , Pn.Norazura bt Abdul


Rahman

Guru Pn.Sarina bt Said memberi cendera hati kepada Guru Cemerlang ,


Pn.Norazura bt Abdul Rahman .

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

Transkrip temu bual dengan Guru Cemerlang


Penulis :

Temu bual
Selamat sejathra cikgu,saya pelajar PPG dari Maktab Perguruan Melayu Melaka.

Guru

Bolehkah saya menemubual cikgu?


Ya. Boleh silakan

Cemerlang
Penulis :
Guru

Bolehkah cikgu menerangkan tentang latar belakang diri sendiri dan keluarga cikgu?
Nama saya Norazura bt Abdul Rahman. Saya berasal dari Jasi,Melaka. Adik beradik saya seramai 5 orang.

Cemerlang

Saya adalah anak yang kelima. Bapa saya adalah seorang guru dan ibu saya sebagai suri rumah tangga .
Dari kecil saya belajar bersungguh-sungguh dan masuk Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka pada
tahun 1995 - 1997. Selepas tamat diploma perguruan saya ditempatkan di SK Taman Rinting. Saya bekerja
di sana selama 1 tahun dan sinilah saya mula mengajar Sains kepada murid-murid . Saya berkahwin pada
tahun 1998. Saya mempunyai seramai 4 orang anak..Saya menerima anugerah Cemerlang pada tahun 2006
semasa bertugas di SK Sri Machap, Jasin Melaka.

Penulis :
Guru

Terima kasih cikgu. Apakah cabaran yang ditempuhi oleh cikgu untuk menjadi seorang guru cemerlang?
Ya, banyak cabaran saya telah menempuhi dalam bidang ini. Terutamanya bagi matapelajaran sains. Di

Cemerlang

maktab, opsyen saya adalah Sains . Di sekolah pertama, saya diarahkan oleh Guru Besar untuk mengajar Sains

bagi kelas Tahun 6 . Saya belajar dari murid saya dan membuat kerja rumah, membaca nota-nota Sains dan
suka menghubungi guru Sains yang berpengalaman.

Penulis :
Guru

Apakah sokongan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada cikgu?


Sokongan dari pihak sekolah amatlah digalakkan,cikgu. Saya diberi peluang untuk menjalankan program

Cemerlang

-program yang khusus bagi matapelajaran Sains. Guru Besar dan guru-guru selalu memberi motivasi secara

langsung dan tidak langsung.

Penulis :

Oh yakah cikgu. Terima kasih ya. Bolehkah cikgu berkongsi bagaimanakah ciri-ciri inovatif yang perlu ada pada guru

Guru

cemerlang?
Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru cemerlang itu, akan mewujudkan pengajaran guru menyeronokkan

Cemerlang

dan akan diminati oleh murid-murid,cikgu.Ok, ciri-ciri innovatif seperti penggunaan ICT dalam P&P amat

digalakkan. Pengunaan internet di kelas melahirkan kreatif murid. Guru perlu mengkritik atau menilai diri sendiri
dan juga perlu fleksibel dalam pendekatan pendekatan yang digunakan. em..saya selalu menyoal murid
-murid, adakah murid-murid, mereka suka pengajaran atau teknik saya ahh..ataupun saya perlu ubahsuai teknik

Penulis :

ini. Mereka akan menjawab dengan ikhlas.


Oh begitu cikgu. Boleh guru menerangkan apakah strategi pengajaran inovatif yang digunakan dalam P&P Sains

Guru

cikgu?
Saya mengutamakan penggunaan internet di kelas, bahan bahan Sains mudah didapati dari internet. Selain itu,

Cemerlang

saya sediakan contohnya, Powerpoint slide berkaitan dengan tajuk yang diajar. Murid-murid selalu diberi keutamaan

semasa membuat ujikaji. Selalunya saya bertindak sebagai fasilitator. Mereka akan melibatkan diri secara aktif dan
mereka mampu memberi penjelasan berkaitan ujikaji yang dibuat. Saya suka menyoal murid ketika mengajar.
Selalunya saya meminta lebih dari 3 jawapan yang rasional berkaita vdengan soalan yang ditanya. Ini kerana,

Penulis :

mereka boleh fikir luar dari kotak iaitu think out of the box.
Oh begitu cikgu.terima kasih atas perkongsian cikgu. Seterusnya cikgu, apakah pendapat cikgu tentang teknologi

Guru

dalam pendidikan semasa?


Pada pendapat saya,ahh..teknologi dalam pendidikan semasa lebih memfokuskan kepada penggunaan

Cemerlang

media elektronik dalam aktiviti P&P seperti computer, laptop, chrome book, LCD dan sebagainya cikgu. Mahupun

guru atau murid-murid digalakkan menggunakan teknologi yang dibangunkan semata-mata bagi
memajukan pendidikan. Ini dimaksudkan dengan aplikasi ZOOM-A, VLE, dan juga lain-lain halaman yang
berkaitan khusus untuk pembelajaran. Selain penggunaan internet dalam P&P, penggunaan perisian Microsoft
amat membantu murid-murid menyiapkan kerja folio atau buku skrap mereka dengan kemas dan kreatif. Power
point digalakkan bagi membuat persembahan dalam kelas. Guru-guru masa sekarang memang handal
menggunakan perisian-perisian ini, oleh itu, murid murid juga akan turut dibimbing oleh mereka dalam
usaha memajukan taraf pendidikan mereka dari segi teknologi jua. Pendekatan Teknologi dalam pendidikan
semasa amat membantu kami seperti saya dan murid bagi mendalami topik-topik yang dipelajari dengan

Penulis :

terperinci dan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains, teknologi ini amat berguna.
Oh,terima kasih cikgu.Cikgu, adakah cikgu berkongsi pengalaman dan pengetahuan cikgu kepada guru-guru sekolah

Guru

ataupun di sekolah yang berhampiran?


Ya. Saya pernah berkongsi pengalaman saya kepada rakan sekerja saya seperti saya berkongsi dengan saudar

Cemerlang:

sekarang(senyum). Selain itu, saya selalu mengadakan Bengkel Sains kepada murid Tahun 6 sekolah saya selama

ini. Bengkel saya terutamanya memfokuskan pembelajaran sains, seperti Bengkel Teknik menjawab bahagian A dan

B Sains dan Bengkel penggunaan Kemahiran Sainstifik. Saya tidak pernah memberi sebarang ceramah kepada

sekolah lain, tetapi saya pernah mengadakan bengkel kepada murid-murid UPSR dibawah jemputan SP Setia
Penulis :

(ECOWORLD). Dalam masa depan saya ingin berkongsi ilmu saya kepada pihak luar juga jika diberi peluang.
Yakah terima kasih,cikgu. Saya harap, harapan cikgu akan dimakbulkan. Apakah jenis-jenis inovasi yang telah

Guru

dijalankan oleh cikgu dalam pengajaran matapelajaran sains di peringkat sekolah?


Ahh..diperingkat sekolah, saya dan guru panitia saya sering mencuba membina sesuatu yang baru dan innovasi.

Cemerlang:

Penulis :

Tahniah cikgu. Banyak juga usaha cikgu dekat sekolah. Seterusnya cikgu, pada pandangan cikgu, apakah amalan pdp

Guru

yang terbaik dalam pdp sains?


Dalam pdp Sains,pada pandangan saya cikgu,kaedah inkuiri penemuan amat sesuai bagi P&P Sains.

Cemerlang:

Pendekatan inkuiri penemuan membolehkan murid membina pengetahuan melalui penyiasatan dan
penyelesaian masalah. Melalui pendekatan ini, murid akan mencapai pembelajaran yang lebih bermakna
kepada mereka. Kemahiran proses Sains merupakan kemahiran asas dalam penemuan dalam kemahiran inkuiri
dan juga kaedah Saintifik. Ia membolehkan murid menyoal dan mencari jawapan secara sistematik. Kaedah ini
dapat mempertajamkan pemikiran dam memberikan kesan-kesan pembelajaran yang bermakna kepada
murid-murid. Kaedah ini membolehkan murid-murid berdikari dan bermampu untuk mencari maklumat

Penulis :

secara berdikari dan tidak hanya mengharapkan guru pada mas-masa yang akan datang.
Oh bagus ya cikgu. Ok cikgu, boleh saya teruskan lagi.

Guru

Ya..boleh..boleh..silakan.

cemerlang:
Penulis :
Guru

Cikgu, apakah perancangan masa depan cikgu dalam memajukan pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah?
Saya berhasrat dan merancang untuk melaksanakan aktiviti P&P yang mengandungi unsur KBAT,

Cemerlang:
Penulis :

I-Think dan pengajaran dan pembelajaran kearah Abad ke-21.


Ya cikgu. Sekarang abad ke-21,amat digalakkan oleh kementerian juga. Ok cikgu, apakah hasrat cikgu seterusnya

Guru

kepada diri sendiri, murid-murid dan pihak sekolah?


Hasrat saya adalah menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berwibawa agar dapat mendidik pelajar-

Cemerlang:

pelajar dan masyarakat amnya. Saya juga hendaklah mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi agar
kemenjadian murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan sahsiah seperti diharapkan. Saya juga ingin
melihat kejayaan cemerlang di kalangan pelajar-pelajar iaitu cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan
juga akhlak. Secara tidak langsung, kecemerlang murid akan menaikkan nama sekolah dikalangan orang ramai.

Penulis:

Ya cikgu. Setakat ini sahaja cikgu yang saya ingin menanya kepada cikgu.Terima kasih banyak banyak kerana

Guru

sudi meluangkan masa bagi menjawab soalan soalan saya dengan jelas dan sabar cikgu Puan Norazura.
Disini juga saya ingin merakamkan beribu-ribu terimah kasih kepada kerana sudi menemu ramah saya pada pagi

cemerlang:
Penulis:

ini. Sekian terimah kasih.


Terima kasih cikgu.

Anda mungkin juga menyukai