Anda di halaman 1dari 2

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

ISL 2
Cari maklumat dan buat nota ringkas berkaitan Kod Etika Kaunselor.

Kod Etika Kaunselor (KEK) adalah suatu garis panduan yang digubal oleh Lembaga
Kaunselor bagi mendidik dan membimbing para kaunselor, khasnya yang berdaftar,
untuk bertatalaku dengan betul. Secara hakikatnya kaunselor perlu patuh bagi
mengelakkan daripada tindakan tatatertib.

Tujuan utama KEK

Menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk bertindak secara


profesional. Dengan yang demikian, mereka dapat memberikan perkhidmatan
kaunseling yang terbaik serta memupuk nilai-nilai profesion kaunseling dengan
cara terbaik

Mewujudkan prinsip-prinsip yang menentukan tingkah laku beretika serta


amalan-amalan yang terbaik

Membolehkan Lembaga Kaunselor (Malaysia) menjelaskan tanggungjawab


etika semua kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor (Malaysia)

Memberi sokongan kepada misi Lembaga Kaunselor (Malaysia)

Menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan mengenai etika yang
ditujukan kepada kaunselor

8 Bahagian Utama dalam KEK

Bahagian A: Perhubungan Menolong

Bahagian B: Kerahsiaan, Komunikasi Privilej, dan Privasi

Bahagian C: Tanggungjawab Profesional

Bahagian D: Hubungan dengan Profesional-profesional Lain

Bahagian E: Penilaian, Penaksiran, dan Pentafsiran

Bahagian F: Penyeliaan, Latihan, dan Pengajaran

Bahagian G: Penyelidikan dan Penerbitan

Bahagian H: Penyelesaian Isu-isu Etika

EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Kod etika ini bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan
juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap
menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor.

Kod etika Ini menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam menjalin


perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan,
individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga
merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai
dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

Kod etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling


danmemberi penekanan kepada harga diri, digniti, dan keunikan semua
individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan
kepada profesion kaunselingitu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.
Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor
hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan
berasaskan kepada semua prinsip yang terkandung dalam kod etika

Kod etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan


kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam
melaksanakan tanggungjawab