Anda di halaman 1dari 2

Undang-undang Pendidikan Di Malaysia memberi penekanan khusus terhadap aspek

perundangan pendidikan, iaitu ciri-ciri asas yang membentuk struktur perundangan


di Malaysia dan evolusi rangka kerja perundangan yang mengawal sistem
pendidikan di Malaysia. Perbincangan mengenai cabaran yang bakal dihadapi oleh
guru selaras dengan pemodenan dan kemajuan pendidikan, kod etika perguruan,
peruntukan undang-undang, dan peranan Menteri Pelajaran turut dimuatkan. Isu-isu
semasa yang mencorakkan profesion perguruan seperti kewajipan berjaga-jaga dan
tindakan kecuaian pendidikan; pengurusan keselamatan sekolah; dan hukuman
korporal di sekolah juga dibincangkan. - See more at:
http://www.oxfordfajar.com.my/higher-education/undang-undang-pendidikan-dimalaysia/520#sthash.0nRLdOWf.dpuf

Cabaran penting profesion keguruan ialah membina dan membentuk masyarakat


beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri
sertamenentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial
danmoral. Menurut Hussein Mahmood (1993)., masalah kemerosotan akhlak
dandisiplin pelajar sering ditimbulkan. Fenomena sosial seperti merokok,
gangguanseksual, pesta seks di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih dadah,
bergaduh,gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana dan delinkuen yang
meluasdalam arena pendidikan Negara.Tanggungjawab untuk memelihara disiplin
telah tertulis dalam kata kunci
FPG yang terakhir iaitu memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin. Bak kata
pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka bagi melahirkan
masyarakat berdisiplin yang berupaya memastikan keharmonian dan keselamatan

Negara, guru perlu memastikan penerapan nilai etika dan amalan mematuhi
peraturan diterapkan dengan efektif. Disiplin memainkan peranan yang penting
kearah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen
pentingdalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib,
tatasusila,keadaan, akhlak dan kesopanan.Kurikulum Kebangsaan yang mendasari
pendidikan Negara kita mencakupisegala bidang ilmu pengetahuan untuk
menjadikan seseorang pelajar itu insanyang berakhlak mulia dan beramal soleh
(Sufean Hussin, 1993). Jadi, gurumerupakan pelaksana kurikulum ini perlulah juga
menguruskan tingkah laku disekolah. Kengkangan pembentukan sahsiah murid
semakin mencabar apabila bilangan guru lelaki yang terlalu minimum disekolah.
Peranan bapa di sekolahsemakin lenyap.Budaya generasi baru hari ini juga
memperlihatkan sikap yang malas dan pasif. Pengaruh media dan perkembangan
Teknologi yang tidak seimbangmenyebabkan pengurusan tingkah laku murid adalah

amat sukar. Budayamenghadap komputer dan telefon bimbit yang terlalu lama
menyebabkan pembinaan interaksi sosial adalah terbatas. Apabila menuntut ilmu
dipandangenteng, murid memilih untuk lebih menjalankan aktiviti yang tidak
mendatangmanfaat seperti melayari internet secara tidak ilmiah, bermain
permainankomputer dan sebagainya. Maka, pada bahu gurulah memikul untuk
membetulkan budaya yang tidak sihat ini.Profesyen perguruan harus berkembang
dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu,
masyarakat dan negara. Dari satu segiyang lain, profession perguruan yang
menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut
sosial yang dihadapi oleh masyarakat yangsedang bergelut dengan tuntutan
kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih
terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah,murid, pendidikan dan guru
boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat

Anda mungkin juga menyukai