0)
PENGENALAN
1.1)
Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti
tidak dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah
persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan.
Murid akan rasa tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian
dan tidak mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid
bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising
menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.
3.0)
3.1)
Tingkah laku masalah distruptif didefinisikan sebagai sebarang tigkah laku yang
dapat menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang murid
yang distruptif ialah seorang yang dapat menarik perhatian guru dan mengelak guru
tersebut daripada memberikan perhatian kepada murid-murid yang lain di dalam bilik
darjah. Tingkah laku distruptif ditunjukkan apabila seorang murid tidak bekerjasama
dengan guru dan mengelak dirinya daripada murid-murid yang lain. Di sekolah yang
sering berlaku pergaduhan kecil sesama mereka disebabkan oleh perkara yang
remeh. Walaupun, dilihat sebagai pergaduhan kecil yang melibatkan kanak-kanak
namun ianya akan memberi kesan yang buruk kelak.
Tingkah laku masalah ini dicatat di dalam buku disiplin sekolah. Tindakan
akan diambil adalah berbentuk amaran untuk pertama kali dan kedua kali dilakukan.
Apabila ianya kerap dilakukan maka murid itu akan diambil tindakan berjumpa
dengan waris sebelum sekolah mengambil tindakan susulan. Terdapat buku
peraturan sekolah dan tindakan yang akan diambil termasuk merotan mengikut
undang-undang yang ditetapkan sekolah dengan perserujuan ibu bapa dan Jabatan
Pendidikan. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif pula sentiasa menganggu
dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adikberadik mahupun rakan sebaya membuat bising iaitu tingkah laku yang
mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid
berasa tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Boleh
dikatakan kebanyakkan mereka akan membuat bising sama ada ketiadaan guru
atau sebaliknya. Mereka akan bercakap sesama mereka, menjerit, mengganggu
rakan sekelas dan sebagainya.
3.2)
Tingkah laku distruktif juga dikenali sebagai tingkah laku merosakkan. Ia biasa
berlaku di kalangan murid-murid yang berumur 10 hingga 14 tahun. Tingkah laku ini
merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.
Kanak- kanak yang sentiasa menunjukkan tingkah laku distruktif akan menunjukkan
kelakuan dan perbuatan. Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah
tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan
kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus
oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan
akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan
datang.
Menurut Duke (1980) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab
terhadap
perlakuannya
sendiri.
Murid-murid
berkemungkinan
menjadi
tidak
Penggantungan Lebihan
4.0)
Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku itu, kaeadah yang
telah saya gunakan iaitu teknik jenis bukan ujian. Teknik ini adalah pemerhatian dan
temubual. Pemerhatian boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah kajian yang boleh
digunakan untuk mencari kebaikan dan kelemahan murid dan menentukan faktorfaktor yang menyebabkan sesuatu masalah tingkah laku berlaku. Ianya boleh dibuat
di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah.
Pemerhatian seperti ini penting bagi saya untuk menentukan kekerapan,
tempoh langsungnya serta intensiti sesuatu salah laku yang telah dikenal pasti. Data
yang dikumpul melalui teknik pemerhatian adalah sangat penting kerana saya dapat
merancang tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang
berlaku. Selain itu, pemerhatian ini juga penting kerana ia dapat menolong saya
mengawal tingkah laku bermasalah ini di dalam bilik darjah. Berikut ini merupakan
borang pemerhatian yang digunakan untuk meneliti tingkah laku bermasalah itu:
Nama Murid :
Pemerhati :
Aktiviti
Tingkah Laku :
Peristiwa-peristiwa yang
berlaku sebelum tingkah
Tarikh Pemerhatian :
Masa :
Mata Pelajaran :
Tingkah Laku Bermasalah
Kesan-kesan daripada
tingkah laku bermasalah
laku bermasalah
dijalankan antara guru bimbingan atau guru biasa dengan murid bermasalah, ibu
bapa atau penjaga, rakan sebaya dan pihak lain untuk mendapatkan maklumat.
5.0)
5.1)
Menurut Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005), pengurusan tingkah laku
ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah
ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Dalam
rancangan ini, guru harus memberitahu murid-murid tentang tingkah laku yang harus
diamalkan di sekolah dan peraturan-peraturan sosial yang harus ditunjukkan dalam
bilik darjah. Di samping itu, guru harus menggunakan contoh-contoh visual dan
konkrit untuk menunjukkan interaksi yang positif dalam sistem persekolahan
contohnya membetulkan tingkah laku murid yang salah dengan menunjukkan
mereka tingkah laku yang betul. Dalam proses modifikasi tingkah laku, guru mesti
mengikut langkah-langkah yang berikut, antaranya membuat pemerhatian awal dan
penilaian terhadap sesuatu tingkah laku yang bermasalah, mengenal pasti dan
menetapkan matlamat tingkah laku yang diingini, menunjukkan tingkah laku yang
betul serta memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang positif secara konsisten.
Guru-guru perlu menggunakan banyak teknik untuk modifikasikan tingkah laku
murid-muridnya. Ianya melalui satu sistem pengurusan tingkah laku bermasalah
dengan membuat pemantauan dan penilaian terhadap tingkah laku bermasalah di
dalam bilik darjah. Setiap orang guru perlu menyimpan rekod salah laku muridmuridnya seperti bila ia berlaku dan bagaimana ia berlaku. Proses merekod ini amat
penting dalam memodifikasikan tingkah laku dan juga sebagai bahan rujukan guru.
5.2)
Berdasarkan masalah tingkah laku ini yang telah dikenalpasti, saya telah merancang
program intervensi yang sistematik dan melaksanakannya. Selain itu, saya juga
telah memilih kaedah intervensi yang sesuai dengan keperluan murid tersebut. Saya
merasakan bahawa peneguhan dan token ekonomi dapat menyelesaikan masalah
tingkah laku yang mengganggu (disruptif) ini yang telah dikenalpasti menurut teori
Behavioris. Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk
mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman menurut teori Behavioris. Jadi,
masalah tingkah laku ini tidak diselesaikan dengan secepat mungkin, akan
menyebabkan menjejaskan kelancaran proses pengajaran.
5.2.1) PENEGUHAN
Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan negatif dan peneguhan positif.
Peneguhan positif ialah proses di mana saya akan cuba mengawal tingkah laku
murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, sentuhan serta kata-kata perangsang
yang dapat membaiki atau mengubah tingkah laku murid-muridnya. Terdapat dua
ganjaran peneguhan positif iaitu, ganjaran primer (makanan, gula), ganjaran terlazim
(bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial dan sentuhan, perkataan (lisan
dan bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru (muka atau badan).
Terdapat dua contoh peneguhan positif yang boleh telah saya gunakan untuk murid
tersebut. Antaranya, semasa murid tersebut tidak lagi mengganggu kawan lain
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya akan memberikan
peneguhan positif iaitu, memberikan pujian, gula-gula dan tambah bunga ke atas
token ekonomi yang telah saya buatkan. Diharapkan dengan pujian ini, murid
tersebut dapat berfikir dan berubah untuk tidak melakukan perkara negative lagi.
Malangnya, ada sehari semasa mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi di kelas 4 Tahun Kembara, murid yang bermasalah tingkah laku itu
mengulangi perbuatan tersebut lagi. Hal ini memaksa saya menggunakan
peneguhan negative terhadap murid tersebut. Di sini bermaksud jika peneguhan
positif tidak berkesan, maka boleh menggunakan peneguhan negatif untuk
mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi murid, atau menyuruh
mereka menjalani times out. Tetapi saya tidak menggalakkan diri sendiri dengan
menggunakan peneguhan negative terhadap murid tersebut kerana meungkin
tindakan ini akan memburukkan lagi masalah ini.
5.2.2) TOKEN EKONOMI
Saya juga menggunakan token untuk mengawal tingkah laku murid tersebut semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya proses pembelajaran tidak
terganggu. Setiap kali murid tersebut menunjukkan tingkah laku yang positif, iaitu
tidak mengganggu rakan lain dengan menumpuhkan perhatian, saya akan satu
bunga sebagai token kepada murid tersebut untuk dilekatkan di atas token ekonomi
yang telah saya sediakan sebagai pujian. Token terdiri daripada bunga yang
mempunyai
nilai-nilai
tertentu.
Sebagai
contoh,
jika
melakukan
perbuatan
bermasalah itu, satu bunga akan dibagikan. Jika murid telah mengumpul banyak
bunga, maka akan diberikan hadiah. Ini akan memotivasikan murid untuk terus
menunjukkan tingkah laku yang positif dengan tidak mengulangi tingkah laku
bermasalah itu lagi. Selain itu, jika murid menunjukkan tingkah laku yang baik seperti
tidak mengganggu kawan lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran maka,
saya akan memberikan hadiah sebagai tukaran. Ini akan memotivasikan murid
tersebut supaya lebih gigih lagi.
6.0)
KESIMPULAN
Kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak
selesa dan menyebabkan masalah tingkah laku berlaku. Kelas yang terlalu ramai,
alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak harmoni,
alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah
yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh
menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas.
Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi
untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan
prestasi murid-murid dan akademik di sekolah. Sebagai ibu bapa, kita mestilah
menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Ibu
bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari wang ringgit dan
keperluan asas mereka. Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan
kepada anak-anak untuk memilih apa yang mereka suka, mendengar penjelasan
dan pendapat serta memberi sokongan tentang perkara-perkara yang mereka
minati.
Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan
bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran
yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di
sekolah. Memodifikasikan tingkah laku ialah satu strategi penting yang boleh
digunakan guru yang mana tingkah laku yang dikehendaki diteguhkan melalui
peneguhan positif dan tingkah laku yang tidak dikehendaki dihapuskan atau
dikurangkan melalui peneguhan negatif.
BIBLIOGRAFI
Abdullah dan Siti Nordinar Mohd.Tamin. 1993. Pengantar Kaunseling. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hendrarno dan E. Supriyo Sugiyo. 2003. Bimbingan dan Konseling. Semarang:
Unnes Pres. Keguruan Sekolah Rendah. Subang Jaya. Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Latipun. 2008. Psikologi Konseling. Malang: UMM Press.
Mok Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1
& 2 Psikologi & Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd
Mok Soon Sang. 2007. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI: Komponen 3: Profesionalisme
Mok Soon Sang. 2011. Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. 2011. Psikologi Pendidikan: Nota Intisari Ilmu Pendidikan.
Selangor. Penerbitan Multimedia.
Mok Soon Sang. 2012. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Murugiah Velayutham. 1996. Psikologi Pendidikan 1: Psikologi perkembangan.
Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Rohaty Mohd. Majzub. 1992. Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Surya Mohammad. 1998. Dasar-dasar Konseling Pendidikan (Konsep dan Teori).
Kota Kembang: Yogyakarta.
Pendekatan Kaunseling Behavioral.
http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/01/23/pendekatan-konselingbehavioral/ www.psikomedia.com/artikel/pdf?=2408. Dimuat turun pada 18
Februari 2016.
Teori-Teori Kaunseling.
https://www.academia.edu/8008157/TEORI-TEORI_KAUNSELING.
Dimuat
Lampiran
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3