Anda di halaman 1dari 18

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBMT4103_V2
TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

PENGHUBUNGKAIT DALAM MATEMATIK


( TAJUK STATISTIK DAN TRIGONOMETRI )
NAME :
WARDATUL FADILAH BT KAMARUZAMAN
MATRIC NUMBER : 841118065034001
NRIC: 841118 06 - 5034
TELEPHONE NUMBER : 017 - 9255884
EMAIL ADDRESS : wardiela_kss@yahoo.com

TUTORS NAME :
PUAN HAFAZA BT AWANG
LEARNING CENTRE :
MENTAKAB LEARNING CENTRE
SEPTEMBER 2015
ISI KANDUNGAN

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

BIL

PERKARA

1.0
2.0

PENGENALAN
KAJIAN LITERATUR

3.0

TRIGONOMETRI DAN STATISTIK


CARA MEWUJUDKAN PELUANG

4.0

MATEMATIK DALAM TAJUK STATISTIK


CADANGAN BAGAIMANA PELAJAR

MUKASURAT
3-4

STRATEGI

PENGAJARAN
BAGI

BAGI

TAJUK

MENGHUBUNGKAIT

DAPAT

DI

SITUASI

KEHIDUPAN

SEHARIAN

10 13

MENGGUNAKAN

PENGETAHUAN KONSEP DAN PROSEDUR MENGIKUT KONTEKS


SERTA

59

AGAR

DAPAT

14 16

MEMAHAMI APA YANG DIPELAJARI DALAM BILIK DARJAH


5.0

PENUTUP

17

6.0

RUJUKAN

18

1.0

PENGENALAN
Bidang matematik sering kali difahami sebagai suatu bidang yang hanya berkaitan
dengan penyelesaian masalah rumit melibatkan nombor yang memerlukan tahap
pemikiran logik serta daya penaakulan yang sangat tinggi. Tatkala disebut sahaja
2

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

matematik, pasti terlintas di minda kebanyakan anggota masyarakat tentang suatu masa
pelajaran sukar,di ajar di sekolah dan universiti yang memerlukan penumpuan maksimum
ketika pembelajarannya bagi benar-benar memahami konsep yang ada dalam mata
pelajaran tersebut. Latih tubi intensif juga sangat diperlukan bagi meningkatkan
kecekapan

ketika

menjawab

soalan

peperiksaan

subjek

ini.

Segala-galanya

menggambarkan seolah-olah matematik adalah suatu bidang yang sangat rumit, susah,
mencabar, dan tidak menyeronokkan.
Tajuk Statistik dan Trigonometri merupakan dua tajuk yang agak sukar dikuasai
oleh pelajar dalam Matematik . Sering kali guru menghadapi masalah dalam membantu
pelajar memahami kedua dua topik ini . Akibatnya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas akan menjadi kurang berkesan
Bidang pendidikan merupakan bidang yang bersifat cabaran di mana ia berubah
mengikut keperluan keadaan dan semasa. Guru dan pendidik merupakan individu yang
penting untuk menggalas cabaran dalam bidang ini. Matematik adalah asas yang penting
dalam kehidupan seorang individu. Menurut garis panduan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM 1990) dalam format KBSM spesifik untuk subjek Matematik, diantara
matlamat utama ialah untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami konsep,
disamping menguasai kemahiran kemahiran asas yang berkaitan dengan Matematik.
Penggalasan utama ataupun cabaran para pendidik Matematik disarankan agar
merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang aktif dikalangan
pelajar. Matlamat utama yang perlu dicapai ialah memperkembangkan pemikiran mantik,
analitis, bersistem dan kritis, berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan
berkebolehan menggunakan ilmu pengetahuan metematik supaya individu tersebut dapat
berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam
menghargai kepentingan Matematik. Ini adalah sejajar dengan falsafah pendidikan
Negara yang mahu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, spiritual, emosi
dan fizikal.
Justeru itu , tugasan ini akan membincangkan kaedah pengajaran yang
bersesuaian dalam membantu meningkatkan minat dan pencapaiaan pelajar . Kaedah
yang digunakana adalah dengan menghubungkait dan dapat menggunakan pengetahuan
3

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

konsep dan prosedur mengikut konteks serta di situasi kehidupan seharian agar dapat
memahami apa yang dipelajari dalam bilik darjah.

2.0

KAJIAN

LITERATUR

STRATEGI

PENGAJARAN

BAGI

TAJUK

TRIGONOMETRI DAN STATISTIK


Saya memilih Tajuk Statistik (bahagian 2) tingkatan tiga. Statistik adalah salah
satu tajuk yang meluas dan ianya diajar secara berperingkat iaitu dari peringkat
menengah rendah sehingga ke peringkat menengah tinggi. Spesifik dalam sukatan
pelajaran untuk topik statistik (bahagian 2) memerlukan pelajar mencapai objektif yang
dikhendaki. Diantara objektif yang dirangka diakhir proses pengajaran dan pembelajaran
murid seharusnya dapat memahami konsep carta pai dan menyelesaikan masalah yang
melibatkan carta pai. Konsep yang dimaksudkan pelajar perlu tahu menganalisis data dan
mengaplikasikan dalam penyelesaian masalah.
Selain dari itu pelajar juga perlu tahu konsep min, mod dan median yang
merupakan asas dalam tajuk ini selain dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan.
Statistik merupakan satu tajuk yang seronok dipelajari tetapi topik ini mempunyai tahap
kesukaran yang agak tinggi . Secara tidak langsung sub topik dalam tajuk statistik ini

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

membawa kepada unsur unsur penyebatian kemahiran menghubungkai dikalangan


pelajar.
2.1

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN PERISIAN KOMPUTER (PBK)

TOPIK
SUBTOPIK

:
:

STATISTIK
Mod, min dan Median

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Pelajar dapat memahami dan menggunakan konsep untuk menyelesaikan masalah
HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir pengajaran pelajar akan dapat menentukan mod bagi:
i. Suatu set data
ii. Data yang diberikan dalam jadual kekerapan
iii. Menentukan mod dan kekerapannya daripada piktograf, carta bar, graf garis dan
carta pai.
PRASYARAT :

Pelajar telah memahami konsep kekerapan dan dapat


mewakilkan data dalam bentuk piktograf, carta bar, graf garis
dan carta pai.

BAHAN BANTU MENGAJAR :

Slaid powerpoint, lembaran kerja, buku teks.

NILAI-NILAI MURNI :
1)
2)
3)
4)
5)

Berhati-hati
Bersistematik
Mematuhi arahan
Yakin
Kerjasama
PROSEDUR

Langkah
Set Induksi(5
minit)

Isi kandungan
Ulangkaji 1.

Aktiviti p n p
Pelajar diminta memerhatikan slaid
yang dipaparkan guru yang terdiri
daripada 15 biji bola.2.
Guru bersoal jawab dengan pelajar:
1) Bola apakah yang paling banyak
bilangannya?
2) Bola apakah yang
5

Catatan
BBM :
slaidpowerpoint
Nilai murni:
Kerjasama
Yakin
Teknik Bersoaljawab

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

palingsedikit bilangannya?
Pelajar diminta membuat
refleksitentang pembelajaran lepas
iaitu kekerapan.

Langkah 1(15
minit)

Pelajar diminta mengaitkan


topik yang bakal dipelajari
denganpembelajaran lepas.
Menentukan mod
Pelajar ditayangkan dengan
daripada data dan slaidpowerpoint yang mengandungi
jadual kekerapan1. cara menentukan mod.
Guru menerangkan kepada pelajar
langkah-langkah menentukan bagi
suatu
(a) Set data
(b) Data yang diberikan
dalam jadual kekerapan
Guru bersoal jawab dengan pelajar
tentang jawapan yang diberikan.

secara umum

BBM:
slaid powerpoint,
kad manila.
Nilai murni :
Kerjasama, yakin
dan keperihatian.

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

Langkah 2 (15
minit)

Menentukanmod
dan kekerapanny
ada ripada
piktogram,
cartabar, graf
garisdan carta
pai.1.

Pelajar ditayangkan dengan slaid


powerpoint yang mengandungi
suaturajah piktogram.2.
Pelajar diberikan penerangan oleh
guru langkah-langkah menentukan
mod bagi suatu piktogram.
Pelajar ditayangkan dengan
slaidpowerpoint yang mengandungi
rajah carta bar, graf garis dan carta
pai.
Pelajar diminta memberikan
menentukan mod bagi carta bar,
graf garis dan carta pai.
Guru bersoal jawab dengan pelajar
tentang jawapan yang diberikan.
Pelajar diminta oleh guru
untuk menyelesaikan
latihan ringkas pada lembaran
kerja.

Penutup
(5 minit)

Kesimpulan
Pembelajaran

Guru membincangkan jawapan yang


diberikan oleh pelajar.
Guru bersoal jawab dengan pelajar
tentang topik yang telah dipelajari.
Contoh soalan:
1) Bagaimana untuk
menentukan mod bagi suatu
set data?
2) Bagaimana untuk
menentukan mod daripada
jadual kekerapan?
3) Bagaimanakah menentukan
mod daripada piktograf,
carta bar, graf garis dan
carta pai?

BBM:
slaid
powerpoint,lembaran
kerja.
Nilai murni:
Kerjasama
Yakin
Berani
Perihatin

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

Pelajar diminta memberikan


kesimpulan tentang apa yang
dipelajari.
Pelajar diminta oleh guru untuk
meyelesaikan latihan dalam buku
teks.
Guru mengucapkan terima kasih
kepada pelajar di atas kerjasama
yang telah diberikan.

2.2

PEMBANGUNAN
KOMPUTER
TRIGONOMETRI

PERISIAN

MATEMATIK

PEMBELAJARAN
TINGKATAN

MENGGUNAKAN

BERBANTUKAN

TIGA

BERTAJUK

PENDEKATAN

TUTORIAL

Shaharuddin Md Salleh & Nurul Ain Bahyah Binti Baharuddin Fakulti


Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Penggunaan teknologi yang semakin luas dewasa ini memberi ruang dan peluang
bagi menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam
tajuk Trigonometri bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan Tiga. Perisian PBK
berkonsepkan tutorial ini dibangunkan berdasarkan kepentingannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Elemen visualisasi diterapkan bagi memberikan
kesan yang positif dalam aktiviti P&P. Visualisasi dapat membantu pelajar yang sangat
lemah dan bersifat sederhana dalam meningkatkan daya keupayaan kognitif mereka
(Norasikin dan Zawawi, 2005). Perisian PBK ini juga untuk membantu pelajar dalam
memahami konsep pembelajaran serta mengukuhkan maklumat sedia ada mereka.
Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan konsep tutorial dengan
menerapkan sedikit elemen visualisasi bagi menambahkan lagi ciri-ciri sebuah perisian
PBK yang menarik. Pemilihan konsep ini berdasarkan topik dalam mata pelajaran
Matematik Tingkatan 3 yang dipilih iaitu Trigonometri. Pembangun mengenalpasti topic
ini memerlukan gambaran mengenai sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Banyak
elemen grafik yang boleh diterapkan dalam topik ini untuk menerangkan sebuah konsep
8

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

yang jelas mengenainya kepada pelajar. Pelajar kebanyakannya mengalami masalah


dalam mengaitkan soalan yang diberi dengan gambar rajah telibat. Oleh itu, dengan
adanya perisian PBK ini pelajar lebih dapat memberi tumpuan terhadap perkaitan soalan
dengan gambar rajah. Selama ini, pelajar lebih bergantung dengan guru bermaksud
pelajar bertindak sebagai gelas kosong sahaja manakala guru akan menjadi orang yang
bertanggungjawab memenuhkan gelas kosong tersebut dengan air. Namun dengan adanya
perisian PBK ini pelajar dapat menjalankan pembelajaran kendiri tetapi masih lagi dalam
kawalan guru.

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

3.0

CARA MEWUJUDKAN PELUANG BAGI MENGHUBUNGKAIT MATEMATIK


DALAM TAJUK STATISTIK
Bagi membantu pelajar memahami tajuk Statistik Tingkatan 3 ini , saya
mencadangkan satu aktiviti pengajaran berasaskan kemahiran menghubungkait dengan
persekitaran mereka . Saya menggunakan persekitaran pelajar bagi mengajar topik ini
supaya pelajar dapat mengalami satu pengalaman yang boleh membina keyakinan mereka
dan meningkatkan pemahaman mereka terhadap tajuk ini .
3.1

AKTIVITI YANG DICADANGKAN

TOPIK

STATISTIK

SUBTOPIK

Melukis Carta Pai

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Pelajar dapat memahami dan menggunakan konsep untuk menyelesaikan masalah
HASIL PEMBELAJARAN :
Di akhir pengajaran pelajar akan dapat melukiskan carta pai berdasarkan data
yang telah dikutip .
BAHAN BANTU MENGAJAR :

Slaid Power Point, Borang kutipan data

NILAI-NILAI MURNI :
Berhati-hati ,Bersistematik , Mematuhi arahan ,Yakin dan Bekerjasama
PROSEDUR
Langkah

Isi kandungan

Aktiviti p n p

10

Catatan

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

Set Induksi

Pelajar diminta memerhatikan slaid

BBM :

(5 minit)

yang dipaparkan guru tentang makanan

slaidpowerpoint

kegemaran kanak-kanak.
Guru bersoal jawab dengan pelajar:
1. Apakah makanan kegemaran
masing masing ?

Nilai murni:
Kerjasama
Yakin

Guru mengaitkan topik yang bakal

Teknik Bersoal

dipelajari dengan pembelajaran

jawab secara umum

Langkah 1

Mengagihkan

lepas.
Guru membahagikan pelajar kepada BBM:

(5 minit)

pelajar kepada

beberapa kumpulan kecil iaitu 2

slaid powerpoint,

kumpulan kecil

orang dalam satu kumpulan .

kad manila.

Guru menerangkan kepada pelajar


langkah-langkah yang perlu

Nilai murni :

dilakukan.

Kerjasama, yakin

1. Pelajar perlu melakukan

dan keperihatian.

temubual bagi mengutip data


makanan kesukaan rakan rakan
mereka bagi 20 orang pelajar .
2. Pelajar perlu merekodkan data
yang diperolehi dalam borang
kutipan data yang diberikan.
Langkah 2

Pelajar mengumpul

Pelajar mengutip data dengan

BBM:

(30 minit)

data seperti yang

melakukan temubual dan

Borang kutipan data

diarahkan oleh guru

merekodkan data yang diperolehi .


Nilai murni:
Kerjasama
Yakin
Berani
Perihatin

Langkah 3

Menganalisis data

Guru membimbing pelajar


11

Kerjasama, yakin

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

(10 minit)

yang diperolehi

menganalisis data dalam bentuk

dan keperihatian.

jadual .
Pelajar menganalisis data yang
telah mereka perolehi ke dalam
Langkah 4

Melukis Carta pai

(20 minit )

bentuk jadual
Guru membimbing pelajar melukis

BBM :

carta pai berdasarkan data yang

Slaid langkah

telah diperolehi

melukis carta pai

Pelajar melukiskan carta pai

Langkah 5

Semakan

(5 minit )
Penutup
(5 minit)

berdasarkan data yang telah mereka

Kerjasama, yakin

perolehi
Guru menyemak carta pai yang

dan keperihatian.
Berani

dihasilkan oleh pelajar dan


Kesimpulan
Pembelajaran

memberikan teguran .
Guru bersoal jawab dengan pelajar
tentang topik yang telah dipelajari.
Contoh soalan:
1. Bagaimana untuk melukis
carta pai ?
2. Apakah yang diperlukan
bagi melukis carta pai ?

Penutup
(5 minit)

Pelajar diminta memberikan


kesimpulan tentang apa yang
dipelajari.
Pelajar diminta oleh guru untuk
meyelesaikan latihan dalam buku
teks.
Guru mengucapkan terima kasih
kepada pelajar di atas kerjasama
yang telah diberikan.
3.2

BAGAIMANA PELAJAR DAPAT MENGHUBUNGKAIT DALAM STRATEGI


YANG DICADANGKAN INI .
12

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

Dalam

aktiviti

yang

dicadangkan

ini

guru

membimbing

pelajar

menghubungkaitkan data yang diperolehi oleh mereka daripada persekitaran mereka


( rakan rakan ) bagi membina satu carta pai Makanan Kegemaran Kanak Kanak .
Pelajar diberikan peluang menemubual rakan rakan mereka bagi mengumpulkan
maklumat dan data yang dikehendaki .
Dari sini pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang mereka perolehi daripada
sekitar mereka dan seterusnya menghasilkan satu data yang boleh dianalisis . Daripada
data tadi mereka berupaya menghasilkan carta pai dengan bimbingan guru .
Dengan melaksanakan aktiviti seperti ini , pelajar akan lebih berminat dengan
aktiviti PdP kerana ianya sangat menyeronokkan dan mereka bebas menggunakan
pelbagai kaedah bagi mengumpulkan data . Mereka juga dilatih untuk bekerja secara
berpasangan dan bekerjasama bagi mendapatkan hasil yang baik dan data yang lengkap .
Sehubungan dengan itu , mereka akan lebih berminat dengan pengajaran yang
disampaikan sekaligus dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang tajuk Statistik
ini. Mereka juga berupaya mengalami satu pengalaman yang tersendiri dan mereka dapat
mengaplikasikannya dalam pembelajaran Matematik yang lain .

13

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

4.0

CADANGAN

BAGAIMANA

PELAJAR

DAPAT

MENGGUNAKAN

PENGETAHUAN KONSEP DAN PROSEDUR MENGIKUT KONTEKS SERTA


DI SITUASI KEHIDUPAN SEHARIAN AGAR DAPAT MEMAHAMI APA YANG
DIPELAJARI DALAM BILIK DARJAH
Bagi membantu pelajar supaya dapat menggunakan pengetahuan konsep dan
prosedur mengikut konteks serta di situasi kehidupan seharian agar mereka dapat
memahami apa yang dipelajari di bilik darjah strategi pengajaran dan pembelajaran
dengan pendekatan konstektual yang menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman
harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan sangat sesuai dijalankan. Kaedah ini
menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti)
dan pemikiran iaitu minds-on (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).
Menurut modul yang dikeluarkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam
pembelajaran kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk
pembelajaran yang berikut ;
R (rela ting/menghubung kait) iaitu pelajar belajar dalam konteks

menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.


E (experiencing/mengalami) iaitu pelajar belajar dalam konteks

penerokaan, penemuan dan reka cipta.


A (applying/mengaplikasikan) iaitu pelajar belajar dalam konteks
bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi

lain.
C (cooperating/bekerjasama) iaitu pelajar belajar dalam konteks

bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.


T (transfering/memindahkan) iaitu pelajar belajar dalam konteks
pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang
diketahui.

Menurut Noor Azizah (2002), elemen menghubung kait iaitu Relating bermakna
mempelajari sesuatu dalam konteks pengalaman hidup. Pengajaran yang disampaikan
perlulah menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian.
Kemudiannya taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dikaitkan dengan maklumat
baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Noor Azizah, 2002). Pelajar juga perlu
14

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

digalakkan dan dibimbing untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang
dipelajari atau yang akan dipelajari. Contoh yang boleh digunakan dalam kehidupan
seharian adalah seperti menggunakan persekitan bagi mengajar tajuk Satistik
seperti merekodkan jumlah kenderaan di sekolah , pekerjaan ibu bapa rakan
sekelas dan sebagainya.
Elemen mengalami atau Experiencing pula merujuk kepada pembelajaran secara
aktif iaitu pelajar sendiri yang mengalami atau membentuk pengalaman mereka. Prinsip
ini penting untuk membolehkan pelajar meneroka dan menemukan pengetahuan dengan
sendiri dan dapat membuat perkaitan melalui pengalaman yang dialami. Walaupun
pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti
video, aktiviti berasaskan teks dan lain-lain, tapi bentuk ini masih merupakan bentuk
pembelajaran yang pasif secara bandingan (Noor Azizah, 2002). Contoh elemen ini
yang boleh diaplikasikan adalah dengan meminta pelajar melakukan lawatan
sendiri dan merekodkan pemerhatian mereka seperti membuat temubual ,
pemerhatian dan sebagainya .
Unsur ketiga dalam prinsip REACT ialah aplikasi atau Applying. Aplikasi selalu
berdasarkan kepada aktiviti pekerjaan dalam pembelajaran secara kontekstual (Noor
Azizah, 2002). Guru harus memastikan setiap pelajar dapat melihat adanya perkaitan
antara apa yang dipelajari dalam kelas dengan dunia luar. Menurutnya lagi, sekolah boleh
melakukan aktiviti seperti dalam teks, video, makmal, amali, lawatan kilang, 'mentoring'
dan latihan kerja. Antara contoh aplikasi dalam kehidupan adalah dengan membawa
pelajar membuat amali di luar waktu persekolahan . Contohnya bagi tajuk
Trigonometri , guru boleh membawa pelajar ke kawasan sekitar sekolah atau
kawasan berbukit dan membimbing pelajar menggunakan elemen kecerunan ,
tinggi dan sebagainya bagi memahami tajuk ini .
Elemen

seterusnya

ialah

Cooperating iaitu

bekerjasama.

Pengalaman

bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian,


malah ia juga konsisten dengan fokus dunia tentang pengajaran kontekstual (Tan, 2003).
Melaluinya, selain daripada pelajar mendapat pengetahuan, mereka juga dapat belajar
untuk cope dengan pelbagai situasi seperti pembahagian tugas, kawalan emosi semasa
15

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

perbincangan, semasa membentang dan seumpamanya. Kemahiran interpersonal yang


merupakan salah satu daripada kecerdasan pelbagai juga dapat digilap. Sekaligus, potensi
pelajar dapat diperkembang dengan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai aspek.
Melalui pendekatan ini pelajar dapat didedahkan dengan pelbagai situasi yang
mereka hadapi dalam seharian dan bagaimana menguruskannya dengan baik .
Yang terakhir sekali, elemen Transfering iaitu memindahkan. Secara lazimnya,
kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan
dengan pengetahuan yang sedia ada. Jadi, pemindahan pembelajaran yang lepas adalah
penting dan bagi menggalakkan pemindahan ini, tindak balas dari pelajar adalah
mustahak (Noor Azizah, 2002). Menurut Ng (1999) dalam Tan (2003), pendekatan ini
menyerupai aspek menghubung kait iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan
diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang
baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu
meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar dengan menyediakan titian yang dapat
menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui oleh
pelajar iaitu melalui proses pemindahan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001), elemen Transfering melibatkan pelajar belajar dalam konteks pengetahuan sedia
ada. Mereka akan memindahkan pengetahuan tersebut samada menggunakan ataupun
membina daripada apa yang diketahui. Contohnya pelajar menggunakan Teorem
Pythogoras untuk membuat sudut tegak gelanggang permainan. Aktiviti seperti
pertandingan rekacipta umpamanya dapat memupuk elemen ini kepada pelajar
apabila pelajar menggunakan konsep atau pengetahuan mereka untuk mencipta
ciptaan baru mahupun memperelok benda yang dah ada.
Jelaslah bahawa teknik pengajaran konstektual ini sangat sesuai diaplikasikan
bagi membantu pelajar menggunakan pengetahuan konsep dan prosedur mengikut
konteks serta di situasi kehidupan seharian agar mereka dapat memahami apa yang
5.0

dipelajari di bilik darjah strategi pengajaran dan pembelajaran .


PENUTUP
Pengajaran dan pembelajaran yang betul digambarkan sebagai proses mengajar
dan belajar berasaskan kefahaman yang mendalam tentang interaksi dalam bilik darjah
dan alam persekitaran. Ia juga perlu mengambilkira keperluan, minat, potensi, kebolehan
16

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

dan perbezaan latar belakang pelajar. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul ialah
dengan menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana
menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk
menangani cabaran yang mendatang.
Pengajaran menghubungkait adalah salah satu strategi yang berkesan bagi
membantu meningkatkan kefahaman pelajar . Dalam matematik dengan
menghubungkaitkan isi pengajaran dengan persekitaran pelajar dapat menarik minat
pelajar bagi memahami isi pengajaran guru . Justeru itu , minat pelajar terhadap
matapelajaran matematik yang dianggap sukar dapat dipupuk .
Untuk tujuan itu, ahli-ahli faham binaan atau konstruktif mengesyorkan supaya
pendidik mengadakan temuduga klinikal untuk mencungkil pengetahuan yang dibina
oleh pelajar. Pendekatan begini sebenarnya menghargai pengetahuan, kefahaman konsep
dan pengalaman pelajar walaupun idea itu berbentuk primitif dari kaca mata pendidik.
Kepentingan itu turut ditegaskan oleh Ausubel et. al. (1978). Menurut beliau, proses
pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dilihat dari perspektif orang dewasa iaitu
pendidik sahaja tetapi adalah dari perspektif pelajar.
Dengan cara ini, para pendidik akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan
serta kefahaman terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia adalah
bersesuaian dengan peredaran masa dan zaman berdasarkan perubahan faktor-faktor
kebudayaan dan keadaan pelajar yang berbeza-beza. Dengan ini, jelaslah bahawa tujuan
utama pendidikan matematik ialah untuk membolehkan pelajar membentuk kefahaman
yang betul terhadap setiap konsep yang dipelajarinya justeru mampu memperbaiki dan
mempertingkatkan mutu pendidikan negara untuk menghasilkan generasi Malaysia yang
bukan sahaja kreatif dan inovatif dalam pemikiran mereka malah berketerampilan dan
berintelek tinggi.

6.0

Sehubungan dengan itu , penggunaan kaedah menghubungkait dalam matematik


sangat bersesuai dijalankan dan dilaksanakan di dalam PdP oleh guru sebagai salah satu
cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Hal ini kerana, penggunaan kaedah ini dalam
pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan.
2,898 patah perkataan
RUJUKAN
1.

KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana. Kuala

2.

Lumpur. Krustetkii.
Mazlan Bin Hamzah (2000). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Pendidikan
17

HBMT4103_V2 - TEACHING OF LOWER SECONDARY MATHEMATICS PART III

3.

Mohd Arif Hj Ismail & Norsiati Razali (2004). Aplikasi Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran :Perspektif Mata Pelajaran

4.

Kimia SPM.
Mohd Majid Konting . (1990). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Kuala

5.

Lumpur .Dewan Bahasa Pustaka.


Muhammad Zawawi Bin Md Noordin (2003). Penggunaan Komputer dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah Bestari Negeri Johor. Universiti

6.

Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana


Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon, Abdul Rahim
Hamdan, Syed Mohamed Shafeq Syed Mansur Al - Habshi (2006). Menguasai

7.

penyelidikan dalam pendidikan , PTS Proffesional Pendidikan.


Nor Hasnida Che Md Ghazali . Komunikasi Dalam Pembelajaran Matematik .

8.
9.

Universiti Kebangsaan Malaysia . Kajian Tindakan


http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf
http://eprints.utm.my/10934/1/Keberkesanan_PBK_Bertajuk_Statistik__II__Yang
_Disediakan_Oleh_KPM_Bagi_PelajarPelajar_Tingkatan_Tiga_Di_Dua_Buah_Sekolah_Daerah_Kota_Tinggi,_Johor.pd

10.
11.

f
http://eprints.utm.my/10232/2/Nurul_Ain_Bahyah_Binti_Baharuddin.pdf

18

Anda mungkin juga menyukai