Anda di halaman 1dari 3

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa

Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.
1. Kurang berat: Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan
dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori
seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).
Inginkan kurangkan berat badan pada bulan puasa? Dapatkan eBook Panduan
Ramadhan saya.
2. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan
termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat
badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
3. Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur
hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah
tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
4. Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan
meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya
berat badan sepanjang bulan puasa.
5. Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension
(tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin
yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
6. Ubah gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita
mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk
membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lainlain.
Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah
tabiat-tabiat buruk
7. Rehat: Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang
untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga
dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat
daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki
segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
8. Bantu buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lainlain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.
Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih
fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan
9. Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi
kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada

bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan
disamping dapat pahala, insyallah.
10. Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat
mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan
silaturrahim dan lain-lain lagi.
Selamat menunaikan ibadat puasa semua.
Tags:
Bahasa Malaysia

About Kevin Zahri


I am a US certified personal trainer and nutritionist with over 10 years experience. Over the
years, I have published over 10 books, written for Men's Health, other fitness and lifestyle
magazines, hosted TV shows and appeared on various TV shows, programs and magazines. I am
also an avid corporate wellness speaker and web entrepreneur. More about me here or follow me
on Facebook or Twitter.

Need Inspiration?

Anda mungkin juga menyukai