Anda di halaman 1dari 2

4.

Susunatur bilik latihan serta penggunaan alatbantu merupakan perkara-perkara yang


perlu diberi perhatian oleh Encik Azhar sewaktu program latihan dilangsungkan.
Nyatakan apakah kepentingan serta kesan perkara perkara tersebut terhadap sesuatu
prgram latihan.
Kepentingan dan kesan perkara-perkara seperti alatbantu dalam sesuatu program.
I.

Untuk menarik serta mengekalkan perhatian peserta.


Tujuan utamanya adalah apabila tempoh latihan mengambil masa yang agak
lama, bantuan

alatbantu dapat mengekalkan perhatian dan tumpuan peserta

supaya tidak cepat bosan. Contohnya, syrahan tanpa visual yang ditunjukkan
boleh mengurangkan minat atai tumuan para peserta dan akan mengakibatkan
rasa kurng minat dan bosan terhadap sesuatu program.
II. Untuk menegaskan pokok soalan.
Syarahan atau ceramah selalunya gagal menepati sesuatu tema atau pokok
persoalan. Seringkali penceramah atau jurulatih gagal mempelbagaikan intonasi
suaranya bagi beliau ingin menegaskan sesuatu. Maka, dengan menggunakan
alatbantu, penceramah tersebut dapat menegaskan sesuatu perkara yang
diutarakan menepati tema dengan mudah.
III. Untuk menyokong serta memperjelaskan apa yang disampaikan melalui
perkataan.
Sesuatu perkara yang dibincangkan atau diutarakan dapat dijelaskan melalui
perkataan. Usaha untuk menjelaskan perlulah disokong oleh alatbantu.
Contohnya adalah gambar, filem atau rakaman video, geraf, slide dan
sebagainya. Oleh itu, alat bantu digunakan untuk memperjelaskan sesuatu yang
gagal diperjelaskan dengan perkataan atau gerak badan.
IV. Mengurangkan salah faham.
Mendengar tanpa melihat menimbulkan salah faham atau sekurang-kurangnya
kurang faham atau memahami apa yang dipelajari. Alat bantu yang sesuai dapat
meminimumkan salah faham tersebut.
V. Bagi meningkatkan kefahaman.
Peserta atau pelatih masih kurang memahami apa yang disampaikan oleh
fasilitator sekiranya mereka hanya mendengar semata-mata. Oleh itu, sesuatu
yang didengar,dilihat, dihidu dan dipegang boleh membantu peserta memahami
tentang sesuatu perkara yang dibincangkan.

VI. Menambahkan kejelasan sesuatu realiti.


Perkataan, nada suara, gerak badan serta riak muka sering kali gagal
menjelaskan sesuatu realiti. Oleh yang demikian, alat bantu diperlukan untuk
menjelaskan realiti tersebut.
VII. Menjimatkan masa dan wang.

Penjelasan terhadap sesuatu perkara, terutamanya perkara-perkara yang tidak


pernah dilihat oleh peserta atau berada jauh dari lokasi latihan boleh dilakukan
dengan

penggunaan

alatbantu

contohnya

paling

mudah

adalah

video

conforence. Peserta tidak lagi perlu pergi ke lokasi latihan boleh dilakukan
dengan penggunaan alat bantu. Peserta tidak perlu pergi ke lokasi. Ianya akan
menjimatkan masa dan kos.
VIII. Membantu menyusun atur pemikiran jurulatih.
Sepanjang mengendalikan latihan jurulatih akan terpaksa berhadapan begitu
lama bersama peserta. Tempoh yang terlalu lama boleh menyebabkan fakta atau
data yang beratur dalam pemikiran jurulatih menjadi berselerak. Sekiranya tiada
bantuan, besar kemungkinan persembahan beliau akan menjadi kucar-kacir. Oleh
itu, penggunaan alatbantu dapat membantu jurulatih menyusun semula
pemikirannya dengan lebih kemas.
IX. Memastikan semua fakta penting dibincangkan.
Susunan fakta dan maklumat yang terdapat pada alat bantu (contohnya di
transperensi) akan memastikan fasilitator telah menjelaskan setiap satu
daripadanya dengan tersusun dan sempurna.
X. Membina keyakinan diri anda.
Berdasarkan kepada semua tujuan di aras, penggunaan alat bantu yang sesuai
akan dapat membantu membina keyakinan pada diri fasilitator.

Anda mungkin juga menyukai