Anda di halaman 1dari 22

AKIDAH

HBIS 2203_V2

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS 2203_V2
AKIDAH

NAMA

NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

NO MATRIK

791206135060001

NO KAD PENGENALAN

791206-13-5060

NO TELEFON

019-8915001

E-MEL

noridah612@oum.edu.my

NAMA PENSYARAH

ENCIK HAMILAN BIN SONI

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

SEMESTER

SEPTEMBER 2015

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

AKIDAH
HBIS 2203_V2

Isi Kandungan

Muka surat

1.0 PENDAHULUAN

[ 2-3 ]

1.1 Pengertian Khurafat Dalam Islam

[4]

2.0 PANDANGAN ULAMA TENTANG HUKUM AMALAN KHURAFAT.


2.1 AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK

[ 5-8 ]
[9]

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASYARAKAT TERJEBAK DENGAN


AMALAN KHURAFAT

[ 10-12]

3.1 Kejahilan
3.2 Kepentingan peribadi
3.3 Niat yang jahat
3.4 Pergaulan
3.5 Keadaan sekeliling
3.6 Adat kebiasaan
3.7 Kepercayaan Karut
3.8 Pengaruh politik
4.0 KAJIAN TERHADAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM TENTANG AMALAN
KHURAFAT

[ 13 ]

4.1 Amalan-amalan khurafat yang berlaku dalam masyarakat dan analisis terhadap amalan tersebut
[ 14 18 ]
5.0 KESIMPULAN

[ 19 ]

RUJUKAN

[ 22 ]

1.0 PENDAHULUAN
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

AKIDAH
HBIS 2203_V2

Agama Islam sangat menitikberatkan persoalan aqidah dan syariah yang menjadi
tunjang asas agama yng suci ini. Segala bentuk amalan dan kepercayaan yang tidak
berasaskan kepada sumber hakiki Al-Quran, Hadiths, Ijmak dan Qias adalah ditolak dan
haram hukum untuk mempercayai dan meyakininya.
Walaupun

kehidupan

berada

dalam

arus

kemodenan

,namun

amalan

khurafat( superstitions ) yang telah diwarisi oleh nenek moyang terdahulu kelihatan
masih terus juga menjadi kepercayaan masyarakat masa kini .Kepercayaan kepada
amalan yang menyimpang jauh dari syariat Islam ini boleh menyebabkan keruntuhan
akhlak dan akidah dikalangan umat Islam.

Skop perbahasan mengenai khurafat adalah terlalu luas. Untuk tugasan kali ini di sini
saya fokuskan skop kajian kepada :
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan amalan khurafat?

2.

Apakah pendapat ulama terhadap amalan-amalan khurafat?

3.

Apakah pendapat ulama jika melakukan amalan khurafat kerana bertujuan baik

seperti menyembuhkan penyakit (berubat), menolong orang dalam kesusahan dan


sebagainya?
4.

Sejauhmanakah pendapat masyarakat Islam di tempat anda faham tentang amalan

khurafat? Pernahkah mereka terjebak? Faktor-faktornya?


Besar harapan saya melalui kajian ini , kesedaran tentang bahaya khurfat dalam
masyarakat dapat dipertingkatkan serta

usaha membenteras amalan-amalan tersebut

daripada terus menular agar masyarakat dapat diselamatkan daripada terjebak dalam
bahaya syirik.
Firman Allah yang bermaksud :

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

AKIDAH
HBIS 2203_V2

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan Nya


(dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa
yang

dikehendakiNya

(menurut

aturan

Syariat

Nya).

Dan

sesiapa

yang

mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah


melakukan dosa yang besar.
Surah An Nisa : Ayat 48

Memahami persoalan khurafat ini adalah satu perkara yang amat penting dan serius ia
perlu difahami dengan baik dan tepat.Ummah seharusnya disedarkan tentang bahayanya
khurafat ini dalam kehidupan, samada yang membabitkan persoalan hidup mereka di
dunia ini, atau yang lebih utama lagi, yang membabitkan persoalan kehidupan mereka di
akhirat kelak.

1.1 Pengertian Khurafat Dalam Islam


791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

AKIDAH
HBIS 2203_V2

Amalan khurafat merupakan amalan yang telah berlaku sejak zaman Arab jahiliyyah
lagi. Namun begitu sehingga kini amalan tersebut masih menjadi amalan dalam
masyarakat Islam. Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam.
Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada khalik iaitu Allah kepada
makhluk yang dicipta oleh Allah.
Dari segi bahasa , menurut Kamus Dewan Edisi yang Ke Empat khurafat di
definisikan sebagai kepercayaan yang karut , dongeng , tahyul serta mengandungi unsurunsur bidaah. Dalam kamus al-Marbawi pula khurafat itu diberi makna cerita karut atau
karut marut.
Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya
membawa maksud kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk
suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja
berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan
mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah
keberuntungan.
Menurut Kitab Addarul Nadid , menyatakan :

Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang
adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi
kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat.
Islam membatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid.
Didalam Kitab Al-Muljam al-Wasit mendefinsikan khurafat adalah cerita-cerita yang
mempersonakan yang dicampur adukkan dengan perkara dusta lagi melalaikan serta
boleh memesongkan akidah dan tauhid umat Islam.

2.0 PANDANGAN ULAMA TENTANG HUKUM AMALAN KHURAFAT.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

AKIDAH
HBIS 2203_V2

Pada 9 Ogos 1996 ,

persidangan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis

kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-40 telah mengariskan
beberapa panduan yang boleh diguna pakai oleh orang ramai untuk memberi kefahaman
tentang persoalan khurafat dalam masyarakat.Dalam persidangan tersebut satu kertas
kerja yang bertajuk Khurafat dan Azimat Menurut Perpektif Islam telah di
bentangkan.Antara panduan tersebut ialah :

Khurafat ialah semua cerita rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran,adat

istiadat,pantang larang , ramalan-ramalan,pemujaan atau kepercayaan yang


menyimpang dari landasan dan ajaran Islam.Khurafat juga merangkumi cerita
atau perbuatan yang direka bersifat karut atau dusta.

Tangkal atau azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan

pertolongan atau bantuan bagi tujuan manfaat kepada diri sendiri atau bertujuan
jahat untuk memudaratkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan
ayat-ayat tertentu yang dianggap mempunyai kesajtian atau kuasa ghaib yang
melapaui kekuatan semula jadi apabila di jampi atau di puja.
o

Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan

kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti alQuran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam.

Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu

dilakukan oleh setengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan
orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan tukang
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

AKIDAH
HBIS 2203_V2

tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan


menzalimi diri sendiri.

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu

kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang
dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Di dalam Kitab suci Al-Quran pula terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada
pergantungan dengan Allah sepenuhnya dan menolak kepercayaan terhadap yang selainlainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala
kenikmatan dan kebaikan hanya Allah. Yang menolak segala kejahatan hanya Allah.
Kepadanya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah :

Maksudnya :
Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon
kepadanya selain dari Allah bahawa jika sekiranya Allah menghendaki ke atasku
sesuatu kemudaratan, adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

AKIDAH
HBIS 2203_V2

atau jika Allah menghendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku, apakah
mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu
bagiku untuk segala-galanya. Kepadanya bertawakal semua orang yang
bertawakal.

Surah Al-Zumar : Ayat 38

Sangat jelas ditekankan dalam ayat ini konsep tawakal kepada Allah dalam semua
keadaan. Segala kebaikan dan kejahatan yang terjadi pada mahkluk adalah dari Allah. Dia
yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, bukannya di
sebabkan atas kepercayaan yang karut marut atau sebagainya yang terdapat dalam
amalan-amalan khurafat.
Selain itu terdapat beberapa hadis sahih yang menerangkan persoalan khurafat ini ,
antaranya adalah seperti berikut :

1. Dari Abu Hurairah R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: tidak ada
jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu
kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar
(seperti yang dipercayai).

2. Dari Ibnu Masud R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Buruk sangka
(dalam amalan khurafat) adalah syirik

(dua kali) akan tetapi Allah

menghapuskannya dengan bertawakkal kepada Allah.

3. Dari Anas R.H. bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: Jangan ada
buruk sangka (kerana khurafat) dan alfalu adalah jauh lebih baik. Ditanya
Rasulullah, apakah dia alfalu itu: sebut-sebutan yang baik (baik sangka) yang
boleh didengari oleh seseorang.
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

AKIDAH
HBIS 2203_V2

4. Dari Ibnu Umar R.H. katanya: Nabi SAW pernah bersabda: Sesiapa yang
kerana buruk sangkanya terhadap sesuatu (khurafatnya) sehingga boleh
memesongkan diri menerusi hajatnya, maka sesungguhnya ia telah syirik (kepada
Allah). Mereka bertanya apakah kifarat bagi yang demikian itu? Sabdanya:
hendaklah ia berkata: Ya Allah, tidak ada kebaikan melainkan kebaikanmu. Tidak
ada yang buruk (jahat) melainkan kejahatan yang datang darimu dan tiada tuhan
yang berhak disembah melainkan engkau.

Melalui ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis sahih dari Rasulullah SAW yang
tersebut, jelas memperlihatkan konsep baik buruk hanya dari Allah S.W.T. Allah yang
mengatur segala-galanya, bukannya ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di
dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan dan kecelakaan mahupun
kemudaratan manusia.
Khurafat adalah kepercayaan karut marut yang tidak benar sama sekali. Tidak
sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menjadi ikutan dan amalan umat Islam
sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat
Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah SWT sahaja.

2.1 AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK


Jumhur ulamak sepakat menyatakan hukum mempercayai dan mengamalkan
khurafat adalah haram dan di kategorikan sebagai dosa besar.Mengamalkan perkaraperkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh syarak kerana di samping
ketiadaan manfaatnya malahan yang paling berat lagi boleh merosakkan akidah seseorang
dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidah yang buruk sepertimana tersebut dalam
hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

AKIDAH
HBIS 2203_V2

Setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam
neraka.

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASYARAKAT TERJEBAK


DENGAN AMALAN KHURAFAT
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masyarakat terjebak dengan amalan
khurafat.
Di antara faktor adalah seperti berikut:
3.1 Kejahilan
Ini adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan
khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

AKIDAH
HBIS 2203_V2

meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu
kewajipan atas setiap individu muslim.

3.2 Kepentingan peribadi


Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja
walaupun terpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala
mungkar.

3.3 Niat yang jahat


Sesungguhnya di antara hikmah adanya syurga dan neraka ialah adanya manusia yang
baik dan yang jahat yang setiap hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin
merealisasikan niat dan amalannya.

3.4 Pergaulan
Faktor ini juga sering menjadi sumbangan penting ke arah terjebaknya seseorang dengan
amalan khurafat, seperti ikut kawan menurun nombor ekor dan mengamalkan ajaran
Black Metal.

3.5 Keadaan sekeliling


Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga menjadi factor
berleluasanya jaran Khurafat. Oleh itu factor ini penting untuk diberikan perhatian serius
oleh masyarakat Muslim atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud keadaan
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

10

AKIDAH
HBIS 2203_V2

sekeliling masyarakat yang mendorong ke arah berlakunya ajaran khurafat seperti di


zaman jahiliyyah.

3.6 Adat kebiasaan


Faktor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kea rah berterusannya amalan
khurafat dalam kehidupan manusia. Dengan slogan Biar mati anak jangan mati adat,
anggota masyarakat begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan,
umpamanya mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang dan
semangat roh.

3.7 Kepercayaan Karut


Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran Hindu dengan
kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut. Apabila Islam datang menghapus
sedikit demi sedikit amalan tersebut.
3.8 Pengaruh politik
Untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara, manusia sanggup
untuk terlibat dengan khurafat, seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau
bomoh VIP sebagaimana yang banyak terbentang di dada akhbar. Begitu juga mereka
yang terlibat dengan ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat telah menyelamatkan diri
melalui saluran politik (kes ajaran Taslim dan kes ayah Pin di Terengganu)

Dan selain itu juga punca khurafat boleh berlaku ialah:-

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

11

AKIDAH
HBIS 2203_V2

1. Tidak ada keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Ini menyebabkan aqidah mereka
mudah terpesong.

2. Kejahilan mereka tentang segala perkara mengenai agama.

3. Terdapat tempat-tempat pemujaan seperti kubur-kubur yang dianggap keramat dibina


untuk tujuan pemujaan.

4. Tidak ada tindakan tegas diambil terhadap mereka. Ini menyebabkan kegiatan mereka
terus berlaku.

4.0 KAJIAN TERHADAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM TENTANG


AMALAN KHURFAT
Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat banyak gejala
khurafat, ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal yang bawa
oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa merujuknnya secara mendalam di dalam AlQuran dan As-Sunnah serta para alim ulama kerana iman yang kurang mantap termasuk
sikap masyarakat yang inginkan jalan mudah dalam mencari kesenangan dan
kebahagiaan hidup serta sikap orang kita yang amat kuat berpegang kepada adat.
Buktinya peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat.
Adapun gejala khurafat ini terdidik dari kecil, contohnya di dalam budaya
masyarakat kita adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak sering ditakutkan dengan hantu
pada malam jumaat sedangkan pada malam tersebut Allah s.w.t menurunkan rahmat
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

12

AKIDAH
HBIS 2203_V2

untuk semua hamba-Nya pada malam tersebut. Bahkan ada lagi satu situasi di mana
kanak-kanak takutkan dengan hantu apabila tidak mendengar ibu bapa, kenapa sahaja
tidak katakan kepada anak tersebut bahawa Tuhan akan marah? Rasanya itu lebih baik
dan akan memupuk semangat takut akan Maha Pencipta.
Walau bagaimanpun khurafat juga boleh berlaku secara tidak sengaja oleh pelakunya
atau sebaliknya. Hal ini boleh berlaku terhadap sesuatu individu, kelompok dan istitusi
masyarkat masa kini kerana lemahnya mereka yang bersangkutan untuk menolak godaan
khurafat atau ada maksud-maksud tertentu. Mungkin tanggungjawab terhadap Allah s.w.t
jauh lebih berat dan besar dibandingkan dengan pelanggaran- pelanggaran lainya yang
dilakukan dengan sengaja.
Khurafat secara tidak sengaja lazimnya berlaku disebabkan oleh kejahilan pelakunya
bahawa hal berkenaan tidak dibenarkan oleh Islam dan terpesong dari landasan yang
benar. Namun, bagi mereka yang melakukan perbuatan khurafat ini dengan sengaja
ataupun tidak, pintu taubat masih terbuka untuk mereka asalkan mereka mahu bertaubat.
4.1 Amalan-amalan khurafat yang berlaku dalam masyarakat dan analisis terhadap
amalan tersebut.
1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat
dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi
bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.
Analisis :
Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama
sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu
musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya
dengan amalan-amalan buang sial.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

13

AKIDAH
HBIS 2203_V2

2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau
memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar
niat tertentu.
Analisis :
Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar
beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak
ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya
adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.

3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan
jurus kebatinan.
Analisis :
Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk
menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat
menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi
mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari
Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.

4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami
maksudnya.
Analisis :
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

14

AKIDAH
HBIS 2203_V2

Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan
bersumber dari al-Quran dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka
tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Quran
mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami
maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi
tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran
Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keada batu atau
kayu dan sebagainya.
5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang
telah lalu atau di masa akan datang.
Analisis :
Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam
ialah mempercayai tilikan dukun.
6. Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang
tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
Analisis :
Pada kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu kepada
tangkal dan merasakan dirinya selamat selama tangkal itu berada dengannya. Maka sebab
itulah Baginda Nabi SAW melarang penggunaan tangkal.
7. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam
badan (menurun).
Analisis :
Islam amat melarang umatnya bersahabat, meminta pertolongan dan apatah lagi
berkahwin dengan golongan jin yang kejadiannya, seleranya dan kehidupannya amat
berbeza sama sekali dengan manusia.
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

15

AKIDAH
HBIS 2203_V2

8. Mengamalkan ilmu pengasih


Analisis :
Ilmu pengasih atau ilmu yang didakwa dapat menawan hati seseorang samada dengan
tujuan baik, iaitu ingin bernikah, ataupun dengan tujuan yang jahat, iaitu ingin
memperdaya seseorang adalah haram di sisi agama. Ia termasuk dalam kelompok ilmu
sihir, walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran yang ditokok tambahkan dengan
kalimah-kalimah tertentu.
9. Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah
dan menjemput malaikat datang ke rumah.
Analisis :
Amalan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah perasapan kemenyan pada malam
Jumaat. Dengan alasan, agar rumahnya didatangi oleh para malaikat ataupun untuk
menghindari rumahnya dari dimasuki oleh iblis syaitan ataupun untuk menyepuh keriskeris atau sebarang jenis senjata warisan dan sebagainya. Sebenarnya amalan-amalan
seumpama ini adalah amalan yang bersumberkan kepada ajaran agama Hindu dan jelas
bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dapat mengundang kemudharatan kepada
pelakunya.
10. Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.
Analisis :
Tujuan mereka untuk menguji ilmu mereka, membantu orang lain yang bermusuhan
dengan seseorang, memintas perniagaan seseorang, mencuri atau ingin mengambil hak
milik seseorang bukan dengan secara hak. Kesemua itu zalim namanya yang sangat layak
diancam dengan azab yang amat pedih oleh Allah SWT.
11. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan atau lainnya.
Analisis :
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

16

AKIDAH
HBIS 2203_V2

Merubah sesuatu yang telah dijadikan oleh Allah SWT kepada manusia adalah haram.
Seperti firman Allah dalam Surah at-Tin, ayat 4 :-

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya


(dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).
12. Membaca ayat al-Quran secara songsang ataupun dihentikan pada tempat yang salah
dari segi tajwid dengan alasan tertentu yang bercanggah dengan syarak.
Analisis :
Umpamanya membaca surah al-Fatihah atau surah al-Ikhlas terbalik kononnya dengan
tujuan perubatan atau untuk menghantar balik sihir yang dibuat oleh orang lain. Amalan
ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam berdasarkan firman Allah SWT, yang mencela
sikap golongan Yahudi yang mengubah-ubah ayat-ayat Allah di dalam kitab-kitab
terdahulu sehingga mereka menjadi sesat.
Firman Allah :
Di antara orang-orang Yahudi ada Yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi
Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya Yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi
Muhammad): Kami dengar, (sedang mereka berkata Dalam hati): Kami tidak akan
menurut. (Surah an-Nisa, ayat 46)

5.0 KESIMPULAN
Amalan khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan
mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk
(yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

17

AKIDAH
HBIS 2203_V2

kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapat beberapa ayat yang
menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap
yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang
memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada- Nya seluruh makhluk
bergantung. Khurafat boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan
syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta dengan
perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik disamping boleh
menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Hadis Nabi :
Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk
dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima
amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagi mana amalan
khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun mereka dapat
mengecapi nikmat dunia.
Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 48:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan
mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguh-Nya ia telah
melakukan dosa yang besar.
Kepercayaan khurafat boleh membawa kepada kesan negatif kepada seseorang
manusia. Khurafat boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah swt
kerana mempercayai sesuatu atau ada kuasa yang lain daripada Allah Taala yang mampu
memberi pertolongan kepada mereka. Ini menyebabkan seseorang itu terkongkong kerana
pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan
seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal.
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

18

AKIDAH
HBIS 2203_V2

Untuk membenteras dan menghalang dari berlakunya kepercayaan khurafat di


kalangan masyarakat hari ini usaha-usaha dawah dan penerangan kepada semua
peringkat umat Islam perlu dilaksanakan dengan lebih meluas lagi. Pihak yang
bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang
melakukan perkara khurafat iaitu dengan mengenakan hukuman yang berat serta
menghapuskan tempat-tempat yang menjadi tempat pemujaan mereka seperti bina-binaan
di atas kubur yang dianggap keramat.
Kita sebagai umat Islam telah diturunkan Al-Quranul Karim sebagai pedoman dan telah
diutuskan Rasulullah Muhammad SAW sebagai teladan.Rasulullah Muhammad SAW
telah berabda,"Telah ku tinggalkan dua perkara untuk menjadi pegangan umat Islam.Iaitu
Quran Firman Allah,merupakan petunjuk dan pedoman perkara dunia dan akhirat) dan
Hadis (Kata-Kata Nabi Muhammad SAW serta perbuatan-perbuatan dan teladan-teladan).
Pasti tidaklah kita akan sesat dan terjebak dalam perkara-perkara bidaah-bidaan apatah
lagi

khurafat

dapat

dibenteras

dalam

amalan

individu

dan

kepercayaan

masyarakat.Janganlah bertaklid buta hanya mengikut tanpa menggunakan akal yang


sihat,akal yang berpedomankan Al-Quran dan teladan Rasulullah SAW.

Allah yang berkuasa.Allah Maha Penyelamat,tiada bersekutu yang lain dalam Kekuasaan
Allah.Segala yang berlaku adalah atas keizinan dan redha Allah.Memang,bagi orang yang
telah terbiasa dengan amalan ini,yang mereka warisi dari nenek moyang mereka akan
memberikan jawapan untuk memuaskan dan mengelakkan diri mereka agar tidak
termasuk dalam golongan orang syirik.Akan terdengarlah,ini usaha kita juga memohon
kepada Allah supaya terselamat dari bala.Jawab mereka.Bukankah agama kita ada
syariat.Usahakanlah dan berusahalah supaya Allah menyelamatkan kita.Memberikan kita
kesejahteraan.Tetapi hendaklah dengan cara mengikut syariat Allah.Dan tidak terkeluar
dari syariat Allah dan tidak dengan cara yang saalah.Tepung tawar ini adalah cara yang
791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

19

AKIDAH
HBIS 2203_V2

jalan yang salah dan bertentangan dengan akidah Islam.Jalan yang sepatunya,lakukanlah
sembahyang hajat,jika kita bermohon atau berkehendakkan sesuatu hajat.Sembahyang
syukur bila terlepas dari bala-bencana.Atau berdoa,mohonkan keselamatan kerana doa itu
adalah otak ibadah,kata Nabi.

3321 Patah perkataan

RUJUKAN
Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali.(t,t) Ihya
Ulumuddin.Beirut : Darul Marifah.
Asmaji Aes Mukhtar (pnys).(2001).Al-Muhtamir tafsir Al-Quran Juz 1-30.Johor:
Penerbitan Jahabersa.
Haji Said Haji Ibrahim.(1995).Akidah ahli Sunnah wa al-jamaah.Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

20

AKIDAH
HBIS 2203_V2

Menjana Masyarakat Beraqidah (2008) Himpunan Kertas Kerja Seminar Motivasi


Masyarakat Beraqidah Majlis Ilmu 2007, Cetakan Pertama : 2008,: Jabatan Perdana
Mentiri, NBD.
Qahtan Abdul Rahman al-Duri. (1996).Usul al-Din al-Islami.Amman: Dar al-Fikr.

791206135060001
NORIDAH BINTI HAJI PADUPAI

21

Anda mungkin juga menyukai