Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM BUDAYA SALAM

1. Pengenalan.
Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang saya berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir saya
dapati budaya menghormati guru, warga sekolah dan tetamu tidak begitu diperkatikkan. Apabila
saya atau guru-guru lain bertembung dengan murid-murid mereka tidak tahu apa yang mereka
hendak lakukan. Terdapat juga rungutan daripada guru-guru sekolah yang mengatakan bahawa
murid-murid tidak menghormati mereka. Murid-murid akan menghormati guru-guru yang
mengajar mereka sahaja.
Saya juga dimaklumkan oleh guru disiplin bahawa ada juga segelintir murid-murid
terutamanya murid-murid baru, Tahun 1 yang mungkin budaya tersebut telah disemai di sekolah
mereka tetapi tidak dapat diperkatikkan di sekolah ini. Budaya yang mereka lakukan di TADIKA
KEMAS atau Pusat Asuhan lain tidak ada kesinambungan yang menyebabkan budaya tersebut
semakin terpinggir dan diketepikan.
Saya juga mendapat maklumat daripada guru besar yang mengatakan hubungan di antara
guru-guru di sekolah dengan warga luar agak longgar. Malah mesyuarat Agung PIBG terpaksa
ditangguhkan pada tahun sebelumnya kerana masalah tersebut.
Berdasarkan dapatan-dapatan tersebut maka saya selaku Guru Penoloing Kanan Hal
Ehwal Murid (HEM) mengambil pendekatan rasional untuk memperkenalkan Budaya Salam di
sekolah tersebut. Saya, Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Hal
Ehwal murid sekolah telah mengadakan mesyuarat bagi melaksanakan program tersebut.
2. Tujuan Pelaksanaan
Selaras misi dan visi sekolah, pelaksanan Program tersebut adalah bertujuan:a)
b)
c)
d)
e)

Menjadikan Budaya Salam sebagai suatu cara hidup


Melatih murid berinteraksi dengan memulakan salam
Menerapkan nilai-nilai Islam dalam amalan harian murid
Menanamkan sikap menghormati semua warga sekolah
Memberi pengetahuan dan kepentingan salam dalam kehidupan

3. Pelaksanaan Program

Dalam melaksanakan program tersebut, setiap warga komunit perlu mempunyai satu
tujuan dalam melakukan perubahan melalui komitmen, sumber dan kerja sepasukan. Fullan
(2011) menyatakan untuk mendapatkan hasil yang baik dalam melakukan perubahan
memerlukan melakukan tekanan yang positif. Tekanan yang positif ini mendorong saya untuk
melakukan perubahan demi kebaikan di sekolah.
Setelah mendapat mandat daripada guru besar dan peruntukan yang dibenarkan oleh
sekolah, Jawatankuasa HEM mengadakan mesyuarat bagi menyusun agiha tugas-tugas kepada
guru-guru sekolah untuk dilaksanakan. Seterusnya suatu taklimat khas diadakan kepada semua
guru-guru merancang perancangan dan strategik bagi melaksankan program tersebut.
Di antara program yang dirancang bagi menyemarakan program tersebut ialah
a. Program 5 minit Budaya Salam. Guru bertugas akan membaca atau menyampaikan
maklumat kebaikan budaya salam kepada semua murid sebelum masuk waktu
persekolahan di perhimpunan.
b. Mengedarkan risalah Fadihilat Salam kepada semua guru kelas untuk ditampal di bilikbilik khas, papan kenyataan dan bilik-bilik darjah
c. Mengadakan pertandingan mewarna tulis khat mengenai Budaya Salam kepada muridmurid Tahap 1 dan pertandingan tulisan cantik jawi kepada murid-murid Tahap 2
d. Menganugerahkan tokoh murid kepada murid yang menunjukkan disiplin yang tinggi
sepanjang program tersebut dijalankan. Borang edaran calon diberi kepada semua guru
kelas untuk dinilai oleh Jawatankuasa program
e. Tazkirah Jumaat Budaya Salam Dalam Islam. Ia dilaksanakan oleh Jawatankuasa
Panitia Agama Islam untuk dilaksanakan dengan melantik seorang guru untuk
menyampaikan tazkirah tersebut.
4. Implikasi Projek
Program yang dijalankan ini mendapat sambutan baik darpada semua warga sekolah.
Program kesedaran budaya memberi salam sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada murid
budaya memberi salam cara yang diajar oleh ajaran Islam. Untuk mengukur kesan semerta
program ini memerlukan analisis dan kajian yang mendalam dan memerlukan program yang
berterusan bagi melaksanakan program ini. Walaubagimanapun kesan yang dapat dilihat ialah
hubungan di antara murid-murid semakin mesra dan murid menjadi lebih yakin untuk

berinterkasi dengan guru. Diharap suasana disiplin yang kondusif dan terdidik akan dapat
membantu prestasi pembelajaran murid di sekolah.
Cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan di dalam program ini ialah dengan
mengadakan program yang berterusan dan tidak setakat tempoh yang dihadkan. Edaran-edaran
risalah perlu disebarluaskan kepada penjaga murid dan PIBG agar mereka juga berperanan sama
mendidik murid di sekolah sterusnya di rumah.
Murid yang baik disiplin, murid yang baik prestasinya.

Anda mungkin juga menyukai