Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kecederaan Kepala
Pengenalan
Trauma di kepala boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat dari:
Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang
teruk mengakibatkan
Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan
kematian.
Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain,
terutamanya leher.
Pengguna jalanraya
Pekerja-pekerja binaan
Kabur pandangan
Muntah
Hilang ingatan
Sawan
Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan
Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian dalam otak,
pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh menyebabkan
kematian.
Jika dikaji daripada segi peristiwa dalam kehidupan mereka (life events), maka didapati
banyak perubahan yang telah berlaku ke atas mangsa 6 bulan sebelum terjadinya
kemalangan.
Perubahan hidup itu termasuklah menghidapi penyakit fizikal, bertukar kerja, keruntuhan
rumah tangga dan perceraian. (Whitlock, Australia & New Zealand Journal of Psychiatry).
Di antara penyebab utama kecederaan kepala adalah kemalangan jalan raya. Selain itu
kemalangan di tempat kerja, kemalangan ketika bersukan lasak seperti tinju dan motor sport,
cubaan merompak, pergaduhan dan penganiayaan fizikal ke atas kanak-kanak juga boleh
menyebabkan kecederaan yang sama berlaku.
Kecederaan kepala boleh terjadi disebabkan kesan langsung atau tidak langsung. Kesan
langsung ialah apabila objek yang mencederakan itu atau selaput otak yang koyak atau
tempurung yang pecah memberi impak dengan kuat lantas mencederakan tisu otak.
Tenaga hentakan ini akan memutuskan serat-serat jirim putih yang panjang, lantaran
menyebabkan kecederaan sel-sel saraf (axon) yang menyeluruh.
Disebabkan otak terletak di dalam kompatmen yang kukuh (tempurung kepala), sebarang
hentakan di hadapan akan menyebabkan kecederaan di bahagian belakang otak juga.
Kecederaan tidak langsung berupa hentakan luar kepala yang boleh menimbulkan kerosakan
sel-sel dan tisu dalaman.
Kerosakan berlaku apabila tisu otak terpaksa melakukan gerakan memusing untuk mengikuti
arah gerakan memusing tempurung kepala yang mengalami hentakan kuat dari luar. Justeru,
gerakan ini boleh menyebabkan koyaknya selaput dan salur darah otak mengakibatkan
terjadilah pendarahan dan hernia otak (transtentorial hermination).
Sukan tinju juga diketahui boleh menyebabkan kecederaan seperti yang dialami oleh legenda
tinju dunia Muhammad Ali.
Istilah puncak drunk digunakan untuk menjelaskan fenomena tersebut. Pesakit mengalami
kesukaran untuk menuturkan perkataan, sukar berjalan, susah mengingat sesuatu dan menjadi
pelupa. Kerosakan kepada struktur otak yang dikenali sebagai substantia nigra akan
menyebabkan Parkinsonism.
Selain daripada kesan di atas, kecederaan kepala adalah berbahaya kerana membeku dan
jangkitan kuman berlaku.
Kejadian sawan pada mulanya hanya bersifat fokal (setempat) akan tetapi lama-kelamaan
melibatkan keseluruhan tubuh badan.
Kecederaan kepala menyebabkan berlaku perubahan personaliti di mana seseorang yang
kemas bertukar menjadi selekeh dan seseorang yang sabar menjadi panas baran.
Semakin serius kecederaan, memperlihatkan perubahan personaliti yang semakin ekstrim
seperti keadaan sosial dan tingkah laku yang tidak terurus, tidak mengambil berat tentang diri
sendiri, panas baran dan beremosi-mudah mengalirkan air mata atau buntu-emosi.
Keadaan yang paling serius dalam dimensi psikologi akibat kecederaan kepala adalah
penyakit psikosis seperti skizofrenia, kemurungan dan mania.
Pada masa yang sama mereka mengalami masalah neuro-kognitif. Penyakit ini memerlukan
rawatan yang khusus daripada pakar perubatan psikiatri.
Kecederaan kepala selepas kemalangan secara ringkasnya dikenali dengan nama sindrom
pasca-konkusi (postconcussional syndrome).
Sidrom adalah sekumpulan gejala dan tanda-tanda sementara konkusi (concussion) adalah
kecederaan kepala yang disebabkan oleh hentakan yang kuat.
Gejala yang sering dialami adalah sakit kepala, badan lemah dan tak bermaya, kurang
penumpuan, terasa berpinar-pinar dan penglihatan menjadi bertindih.
Adakalanya, selepas daripada beberapa minggu terjadinya kecederaan di kepala, pesakit baru
mengadu mengalami satu atau beberapa tanda seperti di atas.
Statistik menunjukkan bahawa kekerapan untuk mendapat penyakit psikatri bagi mereka yang
menghidap tanda-tanda sindrom pasca-konkusi sepuluh kali lebih banyak berbanding dengan
orang lain.
Selain daripada kemerosotan dalam sistem saraf, faktor-faktor psikososial turut
menyumbangkan kepada kekalnya aduan pesakit berkenaan. Kesakitan akan dialami
berpanjangan dan pesakit akan mengadu secara konsisten kepada doktor mereka dari masa ke
semasa.
Akibatnya, timbul suatu istilah perubatan yang dikenali sebagai litigation neurosis.
Istilah ini diperkenalkan oleh Millar pada tahun 1961, untuk menjelaskan akibat daripada
kecederaan kepala yang bukan disebabkan oleh kesan langsung hentakan tetapi disebabkan
oleh situasi kompensasi insurans yang ditagih oleh mangsa kemalangan.
Sekiranya andaian Millar benar, ia bukan suatu penyakit dalam ertikata sebenarnya, tetapi
''suatu keadaan sosial akibat daripada psikologi kompensasi''.
Saya fikir ada di antara anda yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Anda mungkin
berupaya mempertahankan pendapat anda kerana ada banyak kajian saintifik dan bukti
klinikal lain yang menyanggah pendapat di atas dan menyifatkannya sebagai keterlaluan.
Mekanisme yang membawa kepada pengekalan gejala dan tanda adalah seperti berikut.
Tanda mulanya disebabkan oleh kesan fizikal kecederaan terus ke atas fungsi otak.
Kemudian, ia di modulasi oleh ketrampilan pesakit menangani kesan psikologi dan sosial
yang timbul dan cara bagaimana pesakit menangani tanda-tanda awalnya. Seperti yang telah
dijelaskan faktor-faktor psikososial juga turut menyumbang.
Apa yang saya jelaskan di atas adalah suatu fenomena yang biasa ditemui di dalam praktis
psikiatri dan ini tidak bermakna bahawa semua kes sindrom pasca-konkusi berhajatkan
kompenssasi.
Saya percaya banyak kes-kes genuine yang memerlukan rawatan perubatan sewajarnya. Saya
berharap pengamal perubatan tidak mengambil pandangan yang mudah apabila berhadapan
dengan pesakit berkenaan.
Dapatkan pandangan pihak ke tiga supaya mereka mendapat keadilan dan rawatan yang
saksama.
Pendekatan yang holistik sangat diperlukan. Ini termasuk merawat kecederaan fizikal,
memahami makna kecederaan dan hilang upaya selepas mengalami tekanan serta menyelami
kualiti perhubungan di antara manusia yang telah terjejas selepas kemalangan.
Faktor-faktor ini sangat perlu diambil kira sebelum suatu bentuk rawatan pemulihan yang
komprehensif hendak dimulakan.
Rawatan ubat-ubatan menolong mengurangkan kesakitan. Ini membolehkan pesakit berasa
selesa dan dapat berfungsi kembali di dalam kehidupannya sehari-hari.
Sekiranya pesakit didapati menghidapi tanda-tanda stres selepas trauma, ubatan Imipramine
didapati sangat berguna untuk menolong pesakit. Penyakit psikologi memerlukan rawatan
khusus dengan ubatan antipsikosis.
Rawatan kaunseling dan psikoterapi diberi berdasarkan keperluan kes. Kaunseling jangka
pendek membantu mengurangkan risiko penggantungan kepada seseorang dan membantu
memendekkan aduan terhadap tanda-tanda penyakit.
Sokongan dan kefahaman yang mendalam (empati) daripada suami isteri, ibu bapa, kawankawan dan saudara mara membantu mengurangkan masalah pesakit.
Definisi:Konkusi
Konkusi adalah cedera otak oleh pukulan atau guncangan keras yang menyebabkan gangguan
tiba-tiba dan sementara terhadap fungsi otak, seperti kehilangan kesadaran singkat atau
gangguan penglihatan dan keseimbangan.
Istilah yang mungkin terkait dengan Konkusi :
Konkusio Serebri
Gangguan Mental Organik
Amnesia
Stroke Ringan
Definisi:Konkusio Serebri
Konkusio serebri (cerebral concussion), sering disebut gegar otak, adalah cedera kecil pada
otak, yang menyebabkan gangguan sementara fungsi otak. Gegar otak dapat terjadi ketika
kepala terkena dampak fisik eksternal. Otak terlindungi dengan baik dalam tengkorak, tapi
karena otak sedikit lebih kecil dari tengkorak, otak dapat bergerak sedikit di dalam tengkorak.
Jika seseorang menderita pukulan di kepala, otak getar di dalam tengkorak. Dalam proses ini
sel-sel saraf menjadi terentang yang mungkin mengakibatkan pendarahan kecil dari
permukaan otak. Orang tersebut bisa pingsan, pusing, kehilangan memori dan kebingungan
untuk sementara waktu. Juga disebut komosio serebri.
Definisi:Amnesia
Amnesia atau gangguan amnestik adalah sekelompok gangguan yang mencakup kehilangan
ingatan lama, kehilangan kemampuan untuk menciptakan kenangan baru, atau kehilangan
kemampuan untuk belajar informasi baru. Amnesia disebabkan oleh dua penyebab dasar:
kondisi medis umum yang menghasilkan gangguan ingatan (stroke, cedera otak, operasi,
alkoholisme, ensefalitis, dll) dan paparan bahan kimia (penyalahgunaan obat, pengobatan,
atau racun lingkungan).
Definisi:Stroke Ringan
Stroke ringan adalah penurunan atau penghentian sementara (transien) aliran darah ke otak,
yang mengakibatkan hilangnya fungsi otak untuk sementara. Otak kembali berfungsi normal
kembali dalam waktu satu atau dua hari. Sebagai contoh, stroke ringan dapat mengakibatkan
hilangnya penglihatan atau gerakan lengan atau kaki sementara, yang kembali normal dalam
1-2 hari kemudian. Disebut juga stroke mini (mini stroke).
Kecederaan kepala
Perubahan tahap kesedaran adalah tanda klinikal yang paling penting bagi menilai
kecederaan kepala.
KECEDERAAN kepala adalah salah satu sebab paling biasa bagi rawatan di
unit kemalangan dan kecemasan di sesebuah hospital. Kecederaan kepala
yang teruk boleh menjadi sebab utama kematian dan fikiran yang tidak sihat
terutamanya pada populasi yang berada dalam kumpulan umur kurang
daripada 45 tahun.
Kepala dilitupi oleh tengkorak pelindung yang tegar dengan sistem penyerap
kejutan unik yang dipanggil CSF (cerebral-spinal fluid). Walaupun dengan perlindungan ini,
otak tidak kebal untuk mendapat pelbagai jenis trauma disebabkan kecederaan penterjemahan
pecutan/nyahpecutan, daya putaran, tajam, tumpul dan tembusan.
Kulit kepala
Kepala dan leher menerima 1/3 output darah dari jantung kita pada sesuatu masa, menjadikan
zon ini kaya dengan bekalan darah. Oleh itu, kecederaan pada kulit kepala menyebabkan
pendarahan yang banyak dan juga berlaku disebabkan saluran darah dalam lapisan serat yang
padat pada kulit kepala kekal terbuka dan sebaliknya mengecut selepas kecederaan. Selain
itu, rambut memainkan peranan yang penting bagi menghentikan pendarahan dari kulit
kepala.
Tengkorak
Bergantung kepada sejauh mana seriusnya dan jenis kecederaan, tengkorak kita akan
mempertahankan pelbagai jenis retakan.
Kecederaan otak
Kecederaan primer pada otak berlaku pada masa impak. Kecederaan otak sekunder akan
berlaku seterusnya dan doktor akan memberi perhatian untuk memberhentikan atau
mengurangkan risiko berlakunya kecederaan sekunder.
Kecederaan primer berlaku pada masa trauma dan boleh dijelaskan dalam pelbagai bentuk
seperti Concussion/Celebral Contusion dan Laceration. Penyebaran kecederaan anoxal
berlaku kerana terdapat gangguan dan koyakan pada tisu-tisu neuronal (akson) yang biasa
berlaku pada ruang hubung kait jirim putih/kelabu.
Bagi kecederaan sekunder, otak dilitupi penutup berserat yang padat dipanggil Duramater.
Apabila darah terkumpul di antara otak dan penutup ini, ia dipanggil subdural heamatoma
dan pengumpulan yang sama di luar durameter dipanggil extradural heamatoma.
Pengumpulan darah dalam bahan pada otak dipanggil intracerebral heamatoma. Kesemua
heamatoma ini menyebabkan tekanan pada otak, memampatkannya dan ini akan membawa
kepada pelbagai komplikasi bermula dengan kekeliruan, koma dan seterusnya kematian
bergantung kepada kawasan dan juga betapa teruk keadaannya.
OTAK masih tidak kebal daripada tercedera walaupun kepala dilitupi dengan tengkorak pelindung.
Tahap kesedaran dalam kecederaan kepala boleh dinilai dengan menguji gerak balas motor
(sistem otot), gerak balas pertuturan dan percubaan membuka mata. Kriteria ini juga dikenali
sebagai G.C.S atau Glasgow Coma Scale. Ia memberikan skor maksimum 15 (sedar
sepenuhnya) dan skor minimum tiga (tiada gerak balas pertuturan dan motor, tidak membuka
mata).
Perubahan tahap kesedaran adalah tanda klinikal yang paling penting bagi menilai
kecederaan kepala.
Glasgow Coma Scale
Fungsi motor
* Mendengar arahan 6
* Pengesanan 5
* Kelenturan 4
* Kelenturan abnormal 3
* Meluruskan badan 2
* Tiada 1
Respons pertuturan
* Orientasi 5
* Kekeliruan 4
* Perkataan tidak bersesuaian 3
* Tidak boleh difahami 2
* Tiada 1
Pembukaan mata
* Secara spontan 4
* Respons kepada pertuturan 3
* Respons kepada kesakitan 2
* Tiada 1
Panduan untuk berjumpa doktor
* Mempunyai sejarah hilang sedar.
* Kehilangan memori (amnesia).
* Rasa mengantuk.
* Kecederaan kulit kepala pada tulang.
* Kecederaan kulit kepala dimana panjangnya melebihi 5 cm.
* Kecederaan oleh mekanisme tenaga yang tinggi.
* Pening kepala.
* Muntah.
* Kecederaan pada muka yang jelas (maxillofacial).
Kriteria tambahan pada kanak-kanak
* Jatuh daripada ketinggian melebihi dua kali ganda ketinggian kanak-kanak itu.
* Jatuh pada permukaan keras.
* Keraguan penderaan kanak-kanak (kecederaan bukan secara kemalangan).
* Sawan.
* Menangis tanpa henti atau berpanjangan.