Anda di halaman 1dari 5

5.2.

Model Kaunseling Egan


Untuk menjalankan sesi kaunseling yang berkesan, ia perlulah berlandaskan
kepada panduan yang berstruktur. Dalam sesi kaunseling yang di jalankan bersama
klien, kaunselor telah menggunakan Model Kaunseling Egan bagi membantu
perkembangan proses kaunseling yang menggunakan pendekatan pemusatan insan.
Model Egan menghuraikan proses yang berlaku dalam perhubungan kaunseling sejak
dari mula kaunselor berhadapan dengan klien sehinggalah tindakan di lakukan untuk
mengatasi isu dan permasalahannya. Gambarajah di bawah merumuskan
perkembangan model kaunseling Egan yang di gunakan kaunselor:

Tahap 1
Senario Sekarang

Tahap 2
Senario Diingini

Tahap 3
Tindakan

Apa yang sedang berlaku?

Apa yang saya mahu?

Apa saya dapatkan?

Sesi 4,5 &6

Sesi 7,8 & 9

Cerita

Kemungkinan

Strategi

Perkara x
nampak

Agenda

Strategi Terbaik

Pertimbangan

Komitmen

Rancangan

Sesi 1,2 &3

Bagaimana saya boleh mencapai semua ini?

1) Tahap 1 Senario Sekarang (Sesi 1, 2, 3)


I. Mendengar Cerita
Pada permulaan sesi, klien telah di pelawa untuk berkongsi apa sahaja dengan
kaunselor. Klien telah di berikan kebebasan untuk menyuarakan isi hatinya
kepada kaunselor. Kaunselor tidak menghalakan topik perbincangan tetapi
sebaliknya klien di berikan kebebasan untuk memilih topik yang ingin di
kongsikan.
Kaunselor menggunakan 3 sikap utama teori pemusatan insan di mana
kaunselor menunjukkan sikap kongruen, penerimaan positif tanpa syarat dan

empati terhadap klien. Kaunselor memberitahu klien bahawa kaunselor


bersedia untuk mendengar apa sahaja yang ingin di kongsikan oleh klien.
Kaunselor tidak akan menghakimi klien dengan cerita yang bakal di
kongsikannya. Kaunselor juga cuba memahami penceritaan klien dengan
tekun seolah-olah seperti kaunselor sendiri mengalami pengalaman yang di
ceritakan klien.
Pada peringkat permulaan ini, kaunselor cuba menggalakkan klien
untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Kaunselor mendengar dengan
teliti dan menunjukkan minat yang tinggi terhadap penceritaan klien. Pada
peringkat awal, klien kelihatan mempunyai banyak perkara yang ingin di
sampaikan kepada kaunselor. Klien tidak tahu bagaimana mahu memulakan
ceritanya. Justeru itu, kaunselor memberikan galakan kepada klien untuk
memulakan penceritaannya.
Semasa tahap penceritaan ini beberapa kemahiran banyak di gunakan
seperti soalan terbuka dan tertutup, dorongan minima, refleksi perasaan,
pernyataan semula, parafrasa, dan rumusan.
II. Perkara Tidak Nampak (Blind Spots)
Setelah mendengar cerita daripada klien, kaunselor cuba mengenalpasti
perkara yang perlu di buat penjelasan. Antaranya terdapat percanggahan idea
yang di lontarkan oleh klien, ketidakselarian jalan cerita, cerita tidak
mendalam dan hanya lapisan luar sahaja dan berlaku tapisan.
Contohnya di mana klien menunjukkan ketidakselarian jalan ceritanya.
Jadi, kaunselor menggunakan kemahiran konfran untuk mendapatkan
kepastian akan perkara yang sebenar. (Pada sesi pertama klien berkata : Saya
suka keluar rumah kot sama kawan-kawan kat sekolah dan jiran tiap hujung
minggu. Kami shopping dan balik lewat malam..jam 9.00, 10.00 macam tu
ah..shopping sana sini. Pada sesi ketiga klien menyatakan sebaliknya Saya
tak suka tinggal kat rumah ini, dimarahi ayah selalu, selalu kurung diri kat
bilik menangis. Ayah ibu tak tahu kot. Nak keluar nak bagi tahu ayah juga.
Saya tak pernah keluar rumah ikut kawan. Ah bila nak keluar, mesti ada ibu
ikut sama, ke Tuition Centre juga ada ibu, tak penah keluar sendirianayah
marah bosan juga ni.: Kaunselor menggunakan kemahiran konfrantasi :
kalau saya tak silap L ceritakan dalam sesi pertama, L selalu keluar rumah
dengan kawan setiap hujung minggu dan balik lewatshopping dan hari in, L
ceritakan pada saya tak pernah keluar rumah dengan kawan, saya kurang
pasti apa yang L nak bagi tahu kat saya?.
III. Membuat Pertimbangan
Matlamat dalam fasa ini supaya klien boleh membuat keputusan untuk
memilih persoalan (isu/masalah) mana yang mahu di beri tumpuan dulu. Klien
mengemukakan beberapa isu kepada kaunselor semasa sesi kaunseling. Antara
isu yang di bawa oleh klien semasa sesi kaunseling masalah perhubungan
klien dengan ayah ( relationship problems), masalah komunikasi dan
hubungan yang tidak mesra dengan adik-beradik, masalah tingkah laku dan
juga klien tertarik dengan seorang pelajar lelaki di Pusat Tuisyen. Kaunselor

memberikan klien kebebasan isu yang manakah mahu di tanganinya terlebih


dahulu. Kaunselor bersama klien meneroka dan menangani isu mengikut
keutamaan klien berdasarkan setiap sesi yang telah di jalani.
Contohnya kaunselor membantu klien bersedia untuk bertemu dengan
ibu bapanya untuk mengungkapkan perasaannya terhadap mereka selama ini
dan memperbaiki perhubungannya dengan ayahnya dan juga membuat
perancangan jadual belajar.
Tahap satu yang di kemukakan Egan ini merujuk kepada senario
sekarang amat relevan dengan pendekatan pemusatan insan yang di gunakan
kaunselor. Pendekatan ini melihat kepada aspek di sini dan sekarang yang
tidak terlalu menyelongkar kisah silam atau zaman kanak-kanak yang telah di
lalui oleh klien berbeza dengan pendekatan psikoanalisis. Oleh itu, model ini
sesuai di gunakan dalam membantu perkembangan kaunseling yang di
jalankan.
2) Tahap 2 : Senario Diingini (Sesi 4, 5, 6,)
I. Kemungkinan-kemungkinan
Matlamat kaunselor pada tahap ini ialah untuk membantu klien supaya beliau
mendapat panduan untuk melihat kemungkinan-kemungkinan yang boleh di
ambilnya untuk kebaikan masa hadapan. Sebelum tindakan di lakukan klien
perlu melihat apakah perubahan yang dikehendakinya. Adakah perubahan ini
boleh di lakukan atau tidak. Dunia baru yang di kehendaki ini semestinya
mestilah lebih baik daripada dunianya sebelum ini.
Klien menyatakan matlamat utama menjalani kaunseling ialah agar
seseorang dapat mendengar masalah yang dihadapinya. Klien mahu
memperbaiki masalah perhubungan dengan ayahnya, mencuba berkomunikasi
dan mendengar ayahnya, menjalinkan hubungan mesra dengan adik-adiknya,
mahu belajar bersungguh-sungguh dan akan mengurangkan nada suara yang
tinggi dan bercakap kasar apabila dalam keadaan marah. Kemungkinankemungkinan ini dibincangkan bersama di mana klien banyak menyuarakan
perasaan dan keinginannya sementara kaunselor banyak mendengar dengan
aktif dan memberikan pandangan untuk kebaikan klien pada masa hadapan.
II. Agenda
Kemungkinan-kemungkinan yang di pilih oleh klien seperti mahu
memperbaiki hubungan dengan ayah, mencuba berkomunikasi dengan ayah,
menjalinkan hubungan mesra dengan adik perempuannya, mahu belajar
bersungguh-sungguh dan mengurangkan nada suara yang tinggi dan bercakap
kasar semuanya di bincangkan bersama mengikut urutan dan secara spesifik.
Kaunselor memberikan tumpuan kepada hasil bukannya aktiviti, melihat ianya
secara spesifik dan boleh di lakukan, sebagai sesuatu yang mencabar dan
perlulah berhasil, realistik dan boleh di kekalkan, sesuai dengan nilai yang di
pegang klien dan melihat kesesuaian masa yang di miliki oleh klien.

III. Komitmen
Komitmen bukanlah merupakan fasa dalam perkembangan kaunseling
bersama klien tetapi ianya penting dalam pembentukan matlamat yang harus
di capai secara komited atau bersungguh-sungguh. Klien dilihat begitu
komited dalam mencapai matlamat yang di kehendakinya. Klien bersedia
untuk mencapai matlamat yang telah di tetapkan sepenuhnya dengan cara yang
rasional dan boleh dilakukan. Klien menunjukkan komitmen yang tinggi dan
berusaha untuk mencapai matlamatnya.
3) Tahap 3: Tindakan (Sesi 7,8,9)
I.

Strategi Berkemungkinan

Strategi merupakan cara untuk mengenal pasti dan memilih jalan tindakan
supaya matlamat klien. Pada tahap ini, klien kelihatan bersemangat
berbanding dengan permulaan sesi dan klien juga mempunyai beberapa
strategi untuk menghadapi dan menyelesaikan masalahnya. Kesediaan klien
untuk bertemu dengan ibu bapanya dan membuat jadual waktu belajar,
mengikuti kelas tuisyen dan memulai berkomunikasi dengan ayah, mengubah
sikapnya yang suka meninggikan suara, melawan cakap, bergaduh dan suka
keluar rumah merupakan satu strategi yang mampu dilakukan.
II.

Memilih Strategi Terbaik

Setelah pelbagai strategi di bincang dan di lihat bersama, klien perlu membuat
pilihan strategi mana yang bersesuaian dengan keupayaan dan nilai dirinya.
Strategi yang bakal di pilih haruslah spesifik iaitu tidak terlalu luas dan
memberi makna kepada klien. Ia juga haruslah realistik yang mana ianya
boleh di lakukan oleh klien.
Setelah mendapat celik akal, klien memilih beberapa strategi yang
mana mendorong kepada perubahan sikap dan menentukan matlamat
hidupnya. Klien mulai membuat perancangan yang bakal di lakukannya.
III.

Membuat Perancangan

Rancangan membolehkan klien mengikuti strategi dan agenda yang sudah di


tetapkan. Ia memerlukan klien akur kepada disiplin yang di persetujui dan
tidak lari dari matlamatnya. Perancangan yang di lakukan dapat membantu
klien melihat sesuatu dengan lebih teratur atau satu persatu.
Klien menetapkan kesediaan klien untuk bertemu dengan ibu bapanya
dan membuat jadual waktu belajar, mengikuti kelas tuisyen dan memulai
berkomunikasi dengan ayah semasa pulang bercuti hujung minggu, mengubah
sikapnya yang suka meninggikan suara, melawan cakap dan suka keluar
rumah Klien mula menunjukkan komitmen untuk berubah dengan bertindak
menghentikan tabiat negatifnya ini. Klien kelihatan optimis dengan
perancangan yang di lakukannya dan yakin mampu melakukannya dengan
jaya.

Anda mungkin juga menyukai