Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk
mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting
untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang
singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer
peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).

Definasi Rangkaian

Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah
secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem
perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi.
Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra
merah atau satelit.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)


 
 Berkongsi Fail

 Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.

 Menimdahkan Fail

 Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.

 Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos

 Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access
dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.

 Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data

 Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu
aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data
tersebut.

 Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll

 Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh
semua pengguna yang mengunakan komputer lain.

 Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)

 Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
Sistem Rangkaian Komputer

Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:

Bil Sistem Rangkaian Saiz Kawasan Contoh


Komputer

1. Local Area Network Kawasan Kecil (10km) Sekolah, makmal, dalam


(LAN) sebuah bangunan.

2. Metropolitan Area Kawasan lebih besar  Bandar, negeri.


Network (MAN)
(10-50km)

3 Wide Area Network Kawasan sangat besar Seluruh dunia, negara, 


(WAN) (lebih daripada 50km)
Internet

Rangkaian Setempat (Local Area Network)

Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan
geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-
alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:

o Jenis LAN
 Pengguna dan pelayan (Client-server)
 Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)

o Komponen-komponen LAN
o Topologi LAN
o Kesan dari LAN
A . Jenis-jenis LAN

Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:

1. Pengguna dan pelayan (Client-server)

Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan
komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan
menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari
segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa
tinggi.

Jenis-jenis pelayan:

o Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.


o Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
o Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
o Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
o Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.

Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak
perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna
atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network
Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX

Kelebihan Kelemahan

 Keselamatan sumber dan data  Perbelanjaan yang lebih mahal


dikawal oleh pelayan. untuk sebuah komputer pelayan.
 Semua komponen( client/  Perlukan melakukan
network/ server) kerja serentak. penyelenggaraan (maintenance)
 Perkongsian data dan perisian untuk menjamin keberkesanan
aplikasi boleh di lakukan. sistem.
 Rangkaian tidak berfunggi jika
berlaku kerosakan pada pelayan.
2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)

Sistem ini tidak melibatkan komputer pelayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail.
Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap
komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for
Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.

Kelebihan Kelemahan

 Kosnya rendah, tidak perlu  Tiada pengurusan pusat untuk fail


pelayan. dan perisian applikasi.
 Guna Sistem Operasi yang sedia  Keselamatan data tidak sebaik
ada (Windows 95/98), hanya sistem client-server.
perlu configurasi untuk peer to  Lambat berbanding dengan sistem
peer. client-server.
 Sesuai untuk organisasi yang
kecil.
B. Komponen-komponen untuk LAN

1. Komputer pelayan (Server)

Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB
cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka
Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D

2. Stesen kerja (Workstation)


Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15'
monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet
Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D.

3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)


NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau
sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.

 Ethernet Card
o Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),10Base (RM 120)
o Token Ring Card
o LocalTalk Connector

4. Kabel
Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-
kabel dari segi keserasian dan kemampuannya.

Jenis Kabel Keserasian


Bil
Ethernet Token Arcnet FDDI
Ring

I Coaxial Ya Tidak Ya Tidak

II Shieled Twisted Pair (STP) Ya Ya Ya Tidak

III Unshieled Twisted Pair (UTP) Tidak Ya Ya Tidak

IV Fiber Optic Tidak Ya Ya Ya

Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol


Jenis Kabel Kecekapan
Bil
Kelajuan Ketahanan Harga

I Coaxial Cepat  Lebih Baik Sedang

II Shieled Twisted Lebih cepat  Baik Rendah


Pair (STP)

III Unshieled Twisted Dapat Terpengaruh oleh Terendah


Pair (UTP) diterima  interferen
elektromagnetik

IV Fiber Optic  Paling laju Kebal terharap interferen Tertinggi


elektromagnetik 
 
Jadual Kecekapan Kabel

Soket (Connector)

  Jenis Kabel Jenis Soket

I Coaxial BNC dan BNC T-Connector 

II Shieled Twisted Pair (STP) RJ-45 

III Unshieled Twisted Pair (UTP) RJ-45

IV Fiber Optic ST Connector, SC Connector

 
Alat tambahan

a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan


    wayar ke dalam soket.
        b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar.

Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)

Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau
pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini
adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan
(palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan.
Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap
(stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).

Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian
berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan
terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika
isyarat menjadi lemah.

Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian
(access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)

5. Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS)

Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:

o Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.


o Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
o Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak
selasi)
o Mengelola permintaan layanan printer.
o Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
o Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.

Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows
98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX

6. Hab(Hub)

Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan
untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet
Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550),
10Base16ports (RM1200)

7. Bridge dan gateways

Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk
antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk
antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian.

8. Router
Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang
berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang
berhubung. Kebaikan router ialah

o Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.


o Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
o Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
o Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.

9. Perisian aplikasi

Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian
dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word,
WordPerfect dll.

C. Topologi untuk rangkaian jenis LAN


Jenis-jenis Topologi Fizikal

o Bas (Linear Bus)


o Bintang (Star)
o Cincin (Star-wired Ring)
o Tree

i. Bas (Linear Bus)

     Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang
belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara
dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.

Kelebihan Kelemahan

 Senang untuk menambah atau  Jika kabel tulang belakang


mengurangkan komputer dan (Backbone) atau mana-mana
nod tanpa mengganggu operasi nodnya bermasalah rangkaian
yang telah dijalankan. tidak dapat berfungsi.
 Kurang kabel dan jarak LAN  Memerlukan terminator untuk
tidak terbatas. kedua- dua hujung kabel tulang
 Murah. belakang .
 Sesuai untuk rangkaian yang  Sukar mengesan kerosakan.
kecil.  Perlu pengulang (repeater) jika
jarak LAN juah.
 Perisian tambahan diperlukan
untuk mengelakkan perlanggaran
(collision) data

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk


Kabel : Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic
Terminator : Terminater 50 ohm
Connector : BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol : Ethernet , LocalTalk

ii. Bintang (Star)


    Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan
melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi
dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah
komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada
komputer pelayan selepas melalui hab.

Kelebihan Kelemahan

 Mudah dipasang dan  Penggunaan banyak kabel.


dirangkaikan. Tidak  Jika terdapat kerosakan pada hab
mengganggu rangkaian semasa atau sambungannya, nodnya tidak
penyambungan atau dapat berfungsi.
mengalihkan peranti.  Lebih mahal berbanding dengan
 Tiada perlanggaran (collision) linear bus.
data.
 Mudah untuk mengesan
kerosakan .
 Mudah dikembangkan.

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk


Kabel : Twisted- pair, Fiber Optic
Connector : RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol : Ethernet , LocalTalk
Hub : 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports ,
          Ethernet Hub 16 ports
iii. Cincin (Star-wired Ring)

Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan
kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh
MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui
setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.

Kelebihan Kelemahan

 Penghantaran data laju.  Jika kabel utama bermasalah


 Dapat melayan lalu lintas data rangkaian tidak dapat berfungsi.
yang padat.  Penambahan atau pengurangan
 Masa untuk mengakses data terminal sangat sukar. 
optimal.  Sukar mengesan punca kerosakan.
 Komunikasi antara terminal
mudah.Tiada perlanggaran
(collision) data

Jenis NIC : Token Ring Card


Kabel : Twisted- pair
Connector : RJ-45,
Protocol : Token Ring
Alat lain : MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat
                melalui cincin (Ring)
iv. Tree

Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi
bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas

Kelebihan Kelemahan

 Penulisan titik ke titik (point-to-  Penjang keseluruhan terhad


point writing) untuk bahagian kepada jenis kabel yang
idividu digunakan.
 Disokong oleh sebilangan  Kerosakan pada kabel tulang
pembekal perkakasan dan belakang akan menggagalkan
perisian. bahagian lain.
 Sukar dalam configurasi dan
pendawaian

Jenis NIC : Ethernet Card,


Kabel : Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial
Connector : RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol : Ethernet
Hub : 10Base 8 ports , 10Base 16ports
Penutup

    Rangkaian setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama
(mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam
penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN
dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.

    Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai
yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa
menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis
bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini.

Anda mungkin juga menyukai