Anda di halaman 1dari 8

Karl Marx dilahirkan di Germany pada 1818, beliau mendapat pendapat

pendidikan undang-undang di Bonn dan Berlin dan merupakan seoranng


filosofi, bapa teori komunis. Selain itu beliau adalah perintis kepada
politik ekonomi dan pernah menulis banyak buku antaranya The
Communist Manifesto 1848, Das Capital 1867 dan The Critique Of Political
Economi. Dalam pebincangan ini, ia adalah berkisarkan kepada keadilan
dan kesaksamaan pemerintahan dalam negara. Dalam konsep keadilan
dalam falsafah politik salah satu perkara penting dimana pemerintah
ialah menilai atau membezakan apa yang baik dan buruk supaya ia dapat
mewujudkan satu keadaaan yang selesa untuk memenuhi kehendak
masyarakat adil tanpa memikirkann golongan tertentu. Selain itu juga
pemerintah dari sudut pengagihan kuasa atau sumber yang terhad dalam
sistem politik berdasarkan peraturan, dimana pemerintah perlu
mewujudkan satu kedaan dimana setiap masyarakat mahupun kumpulan
diberi atau dilayan dengan secara adil atau mengikut keadaan tertentu.
Dari sudut lain pula iaitu kesaksamaan pula dimana semua masyarakat
berhak untuk mendapat layanan samarata baik dari aspek politik,
ekonomi. Ini kerana setiap individu mempunyai hak moral terhadap
pertimbangan yang sama dari pemerintahan demi kebaikan atau
mewujudkan hak untuk hidup secara hormani. Dalam ertikata lain
layanan yang sama bermakna bahawa masyarakat mempunyai hak
terhadap suatu layanan yang mempunyai kesan atau membawa faedah
yang sama dalam semua keadaan. Karl Mark seorang sebagai pengasaa
kepada Teori Sosialisme merupakan teori atau sistem organisasi sosial dan
ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan
negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Dalam
bidang sosial para pemerhati, nama Karl Mark bukan sesuatu yang asing
kerana dia merupakan seorang filosofi sosial yang dilahirkan di
Jerman.Dalam hidupnya, Karl Marx dikenal sebagai tokoh yang radikal
dan radikalisme Marx sangat ketara seperti dalam kritik-kritik serta
gerakan yang disertainya terhadap situasi sosial masyarakat pada saat
itu. Pada zaman Marx masyarakat dibezakan dalam dua kumpulan iaitu
golongan kaya (pemilik modal) dan yang kedua adalah kelompok miskin
(proletar).Dengan wujud dua kelompok ini, menurut Marx ia merupakan
salah satu punca wujudnya tentangan, kebencian sosial, dan
ketidakadilan. Marx dengan sosialismenya bertujuan untuk mengubah
struktur sosial yang membezakan diantara dua golongan ini beliau yakin
bahawa keadilan dalam pemerintahan akan ada jika wujud masyarakat
tanpa kelas dengan apa yang harus dilakukan adalah dengan
mengurangkan kelompok pemilik modal Dalam ideologinya Marx
mengatakan bahawa kelas pemerintah menggunakan agama untuk
memunasabahkan peperangan, perundangan dan pembahagian kelas dan

bahawa idea-idea agama mengaburi pemahaman sebenar mengenai


kuasa-kuasa sosial yang menyebabkan eksploitasi serta penindasan.Tetapi
Marx juga memahami bahawa ia tidak mencukupi untuk mengatakan
bahawa agama adalah doktrin palsu kerana kita perlu melihat kepada
asal sosial agama dan juga keperluan. Dia memperdebatkan bahawa
manusia mencipta agama dan agama tidak mencipta manusia. Disamping
agama digunakan sebagai ejen penindasan, tetapi pada masa yang sama,
ia meluahkan aspirasi mereka yang ditindas. Jestru itu anggapan beliau
mengenai agama tidak ubah seperti candu masyarakat sosialis yang
memeluk idea-idea Karl Marx tidak mempunyai pandangan beragama
atau ajaib mengenai dunia, tetapi adalah orang atheis. Pada masa yang
sama, golongan sosialis akan bekerjasama dengan sesiapa yang
menentang sistem kapitalis, tanpa mengira pandangan agama mereka.
Mereka berselindung disebalik agama dan menjadikan agama sebagai
kubu bagi idea-idea penentang kemajuan, pelbagai gerakan yang
menentang penindasan mengambil rupa agama. Sosialis menyokong
kebebasan agama sepenuhnya, dan mempertahankan hak manusia untuk
menganut agama. Pemimpin revolusioner Rusia, V. I. Lenin, menjelaskan
Kerajaan tidak patut menceburikan dirinya dengan agama dan selain
masyarakat-masyarakat agama tidak patut terikat dengan kerajaan.
Setiap orang patut bebas menganuti mana-mana agama yang disukainya,
atau untuk membantah segala agama, iaitu untuk menjadi seorang
atheis, seperti setiap orang sosialis. Tetapi sambil menyeru kebebasan
agama, sosialis juga mengutarakan pandangan lain yang mencuba
memenangi orang daripada pemahaman agama mengenai dunia. Ini
bukan sahaja kami berjuang untuk dunia yang lebih baik di sini dan pada
masa ini di dunia malah juga adalah kerana idea-idea agama
mengelirukan perjuangan, dan akhirnya menjadi halangan bagi
kemerdekaan. Sosialis menginginkan orang ramai melihat kelas pekerja
sebagai kuasa yang dapat membawa perubahan revolusioner di
masyarakat sosialis. Kami berjuang untuk sebuah dunia di mana orang
ramai tidak perlu mencari keselamatan dalam idea-idea agama dana
keajaiban. Masyarakat itu adalah masyarakat yang akan memenuhi
keperluan materialis kita, untuk makanan sihat, rumah dan pakainan,
serta keperluan kita untuk kreativiti, seni, dan kepuasan hati emosional
dan rohani. Ideologi marxisme salah satu ideologi yang sangat
berpengaruh dan diguna oleh dimana parti buruh sebagai panduan
gerakannya. Begitu jua Karl Marx sendiri pernah menjadi Ketua Pesatuan
Buruh Internasional tahun 1864, namun dalam perkembangannya,
ideologi marxisme tidak sesuai lagi dan kegagalan marxisme terutama
disebabkan oleh cara pandangnya sendiri yang menentang hakikat
manusia dari sudut ekonomi bermaterialistik saja. Bagi pembangunkan

sosial yang adil dan sejahtera, idea Karl Marx, jelas tidak begitu sesuai
menurut pandangan Eric Fromm dan mencadangkan gagasan yang
cemerlang mengenai kehidupan yang baik hanya boleh dicapai jika
perubahan-perubahan selari dengan bidang organisasi industri, politik,
rohaniah, filosofi, struktur watak, dan juga kegiatan-kegiatan budaya.
Kapitalisme berasal dari perkataan (capital) yang bermaksud "modal" dan
istilah kapitalisme diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl
Marx, pengasas komunisme. Beliau berpandangan bahawa pasaran bebas
dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti
disebabkan perubahan-perubahan masyarakat dengan kapitalisme untuk
menerangkan ekonomi moden bukan komunis Pada pendapat golongan
kapitalisme, mereka berhak menjual atau meminjamkan barang atau
perkhidmatan, disamping itu orang lain juga berhak untuk membeli atau
meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat dalam
ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja
atau kumpulan tertentu menurut konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan
oleh Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations. Perkataan modal
(capital) merujuk kepada barang atau wang yang dimiliki oleh seseorang
dan boleh digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak barang atau
mendapat lebih banyak keuntungan. Sebagai contoh tanah, kilang,
peralatan, kedai dan mesin adalah modal. Jika seseorang mempunyai
wang yang boleh dilabur, ini dipanggil modal. Mereka yang mempunyai
modal ini dipanggil sebagai kapitalis (mereka yang menyokong dasar
kapitalisme digelar kapitalis). Mereka boleh menggaji pekerja untuk
bekerja di kedai, kilang atau tanah. Dalam kapitalisme, kebanyakan
orang adalah golongan pekerja (proletariat) dimana mereka tidak
mempunyai modal dan mesti bekerja untuk menyara kehidupan.
Seseorang boleh memilih untuk bekerja dengan sesiapa sahaja dalam
pasaran bebas. Kerajaan tidak memberitahu individu kerja apa yang
harus dibuat, juga tidak melarang individu dari melakukan sesuatu
pekerjaan.Konsep ini berbeza dengan sistem ekonomi lain seperti
feudalisme, di mana seseorang bekerja untuk tuan tanah mereka. Dalam
kapitalisme terdapat konsep pelaburan oleh itu seorang boleh
mengumpulkan duit bersama untuk membina atau membeli sesuatu dan
mereka ini adalah tuan punya benda yang dilaburkan. Dalam pasaran
saham, mereka boleh membeli dan menjual saham. Pelaburan adalah ciri
penting bagi kapitalisme. Perkataan kapitalis boleh merujuk kepada
mereka yang melabur, contohnya mereka yang mencari risiko untuk
melabur dalam perniagaan baru (venture capitalist). Mereka yang
memulakan perniagaan atau melabur dalam perniagaan boleh mendapat
banyak keuntungan dan boleh melaburkan keuntungan dalam perniagaan
lain atau membesarkan perniagaan yang sedia ada. Namun bagi golongan

sosialis dan komunis adalah antara mereka yang menentang ideologi


kapitalisme dan mereka mengatakan bahawa kapitalisme menjejaskan
golongan pekerja kerana golongan kapitalis mendapat banyak keuntungan
sedangkan golongan pekerja mendapat gaji yang tidak setimpal. Disini
wujudnya jurang diantara golongan kaya dan miskin serta mereka yang
miskin dan bertambah miskin. Selain itu juga dihendaki untuk mematuhi
kehendak golongan kapitalis kerana mereka tidak mempunyai pilihan
yang lain untuk membuat pilihan dalam perkerjaan Karl Marx seorang
pemikir komunis dari German dalam bukunya Das Kapital (The Capital)
menulis bahawa kapitalisme hanya dapat disingkirkan apabila golongan
pekerja mengambil alih kerajaan melalui revolusi. Selain itu, sistem
ekonomi ini dulunya dianut oleh negara miskin dan kekurangan sumber
daya alam (SDA) dan sumber daya manusia (SDM). Mereka yang
menyokong kapitalisme juga mempunyai perbezaan pendapat serta
kebanyakan orang bersetuju bahawa kapitalisme akan berfungsi dengan
baik dengan kawalan kerajaan. Di kebanyakan negara, kerajaan berusaha
supaya urus niaga jual beli berjalan dengan adil dan tidak menindas
pekerja. Apabila terdapat campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi
pasaran, ini dipanggil ekonomi campuran dan bukannya sistem Kekuatan
pendorong utama kapitalisme, menurut Marx, apabila terdapat
eksploitasi dan alienasi tenaga kerja dalam sistem ekonomi. Sumber
utama dari keuntungan baru dan nilai adalah bahawa majikan membayar
upah kepada buruh untuk kapasiti kerja mereka menurut nilai pasaran,
namun nilai komoditi yang dihasilkan oleh para buruh itu melampaui nilai
pasaran. Para majikan berhak memiliki nilai keluaran (output) yang baru
kerana mereka memiliki alat-alat pengeluran (kapital) yang produktif.
Dengan menghasilkan keluaran sebagai modal bagi majikan, para buruh
dikerah untuk mengeluarkan barangan demi kepentingan kapitalisme
melalui pekerjaan mereka. Kapitalisme merupakan sebagai sistem
ekonomi bermula di Eropah pada kurun ke-13, menjelang akhir zaman
feudal. Adam Smith mengatakan bahawa manusia sentiasa ada
kecenderungan untuk mengangkut serta menukar barang kepada barang
lain dan kecenderungan kepada perdagangan dan pertukaran ini
digalakkan oleh beberapa siri Perang Salib dari kurun ke-11 hingga ke-13.
Penerokaan bangsa Eropah pada kurun ke-15 dan ke-16 menguatkan
galakan kepada perniagaan mahupun perdagangan, terutama berikutan
kebanjiran logam berharga yang masuk ke Eropah selepas penerokaan
dan penawanan Dunia Baru. Peraturan ekonomi yang muncul dari
peristiwa-peristiwa ini pada dasarnya bersifat komersil iaitu tumpuan
lebih kepada pertukaran barangan daripada pengeluaran. Penekanan
kepada pengeluaran tidak berlaku hingga kebangkitan perindustrian pada
kurun ke-19. Sebelum masa itu, akan tetapi, satu unsur penting dalam

sistem kapitalis muncul, usahawan atau pengambil risiko dan


menjalankan aktiviti dengan jangkaan akan menghasilkan keuntungan
pada masa depan disebabkan masa depan tidak diketahui, kedua-dua
risiko kerugian dan keuntungan wujud. Jangkaan risiko ini adalah salah
satu peranan khusus yang dimainkan oleh seorang usahawan. Gerakan ke
arah kapitalisme dari kurun ke-13 dan seterusnya dikuatkan lagi oleh
Renaisans dan Reformasi. Dar itu perkembangan besar ini mengubah
masyarakat dan membuka jalan kepada kemunculan negara-bangsa
moden, yang kemudian membawa kepada keamanan, peraturan, dan
undang-undang yang penting bagi pertumbuhan kapitalisme.
Pertumbuhan ini dicapai melalui pengumpulan lebihan ekonomi oleh
usahawan dan pelaburan semula lebihan ini ke dalam sistem untuk
pengembangan. Tanpa keamanan, stabiliti dan kesinambungan, proses ini
tidak boleh berlaku. Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial
yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa
gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di
sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga
termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis
digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos,
penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.
Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang
perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang
bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.
Namun, meskipun Marx sangat prihatin dengan aspek-aspek sosial dari
perdagangan, bukunya bukanlah sebuah pembahasan etis, melainkan
sebuah upaya (yang tidak selesai) untuk menjelaskan tujuan dari "hukum
gerak" ("laws of motion") dari sistem kapitalis secara keseluruhan
mengenai asal-usul dan masa depannya. Ia bermaksud mengungkapkan
sebab-sebab dan dinamika dari akumulasi modal, pertumbuhan tenaga
kerja bayaran, transformasi tempat kerja, konsentrasi modal,
persaingan, sistem bank dan kredit, kecenderungan untuk memberikan
keuntungan untuk menurun, sewa tanah, dan banyak hal lainnya. Marx
memandang komoditi sebagai bentuk sel atau gabungan bangunan dari
masyarakat kapitalis, ini adalah objek yang berguna bagi orang lain,
tetapi dengan nilai jual bagi si pemilik. Kerana transaksi komersial tidak
mengikut entiti tertentu di luar apa yang dihendaki untuk menyelesaikan
transaksi maka, pertumbuhan pasaran menyebabkan dunia ekonomi dan
dunia moral-legal menjadi terpisah dalam masyarakat dimana nilai
subjektif moral menjadi terpisah dari nilai objektif ekonomi Ekonomi
politik, yang mulanya dianggap sebagai ilmu moral yang berkaitan hanya
dengan pengagihan kekayaan yang adil, atau sebagai suatu "aritmetika
politik" untuk pengumpulan pajak, dikalahkan oleh disiplin ilmu ekonomi,

hukum dan etika yang terpisah. Marx percaya bahawa para ekonomi
politik dapat mempelajari hukum-hukum kapitalisme dalam cara yang
objektif kerana kerluasan pasaran pada kenyataan telah bertujuan
sebagian besar hubungan ekonom. Marx juga mengatakan bahawa ia
memandang formasi ekonomi masyarakat sebagai suatu proses sejarah
alam. Pertumbuhan perdagangan terjadi sebagai suatu proses di mana
tak seorang pun dapat menguasai atau mengarahkan, menciptakan suatu
kompleks jaringan pasaran secara global. Analisis Marx dalam Das Kapital,
memfokuskan kepada struktur tidak mendapatkan persetujuan, daripada
antagonisme kelas, kerana mencirikan masyarakat kapitalis gerakan
kontradik dengan melipatgandakan pekerjaan, bukannya
memperjuangkan antara tenaga buruh dan modal, atau antara kelas
pemilik dan kelas pekerja. Lebih jauh, kontradiksi-kontradiksi ini
beroperasi (seperti yang digambarkan oleh Marx menggunakan ungkapan
yang dipinjam dari Hegel) seperti di belakang punggung golongam
kapitalis mahupun buruh, dalam erti kata lain, sebagai akibat dari
aktiviti-aktiviti mereka, namun demikian tidak dapat diminimalkan ke
dalam kesedaran mereka baik sebagai individu mahupun sebagai kelas.
Oleh kerana itu, Das Kapital, tidak mengusulkan suatu teori revolusi,
yang dipimpin oleh kelas buruh dan wakil-wakilnya melainkan teori
tentang krisis sebagai syarat untuk potensi revolusi, atau apa yang
dirujuk oleh Marx dalam Manifesto Komunis sebagai senjata yang potensi
dihadapi oleh para pemilik modal. Krisis seperti itu, menurut Marx,
bermula dalam sifat komoditi yang kontradiktif, bentuk sosial yang paling
dasar dari masyarakat kapitalis. Dalam kapitalisme, dengan ada sistem
teknologi dan meningkatnya tingkat produktiviti menambah jumlah
kekayaan dalam masyarakat sementara pada masa yang sama
mengurangkan nilai (ekonomi) dari kekayaan ini, dan dengan demikian
mengurangkan tingkat keuntungan untuk suatu kecenderungan yang
membawa kepada situasi tertentu, aitu ciri khas dalam kapitalisme.
Golongan sosialis dan komunis adalah antara mereka yang menentang
kapitalisme. Mereka mengatakan kapitalisme menjejaskan golongan
pekerja kerana golongan kapitalis mendapat lebih banyak keuntungan
sedangkan golongan pekerja mendapat gaji yang tidak setimpal. Disini
menurut Marx wujudnya jurang yang luas diantara golongan kaya dan
miskin serta mereka yang miskin dan bertambah miskin. Menurut Marx
dalam pergolakan kelas bahawa buruh atau proletar yang memperolehi
kehidupan mereka dengan menjual tenaga kerja dan dibayar dengan
upah atau gaji untuk kerja mereka dan mereka tidak mempunyai pilihan
yang lain kecuali bekerja untuk modal. Modal atau borjuis merupakan
golongan kapitalis yang mendapatkan keuntungan bukan dari tenaga
kerja sendiri namun daripada para pekerja yang mencipta kekayaan

berdasarkan pada penindasan kaum buruh (proletariat). Marx


menyatakan bahawa ahli dari kedua- dua kelas ini mempunyai
kepentingan yang sama dan secara keseluruhan kepentingan kelas ini
bertentangan dengan golongan dari kelas lain sehingga boleh
menimbulkan konflik antara ahli masing-masing kelas yang berbeza. Marx
berpendapat bahawa konflik ini adalah memusat dalam struktur sosial
kapitalisme dan hanya boleh dihapuskan dengan menggantikan dengan
sistem tidak boleh dihapuskan tanpa harus mengganti sistem itu sendiri.
Oleh itu makna persaingan antara kedua-dua kelas hanya akan tamat
sekiranya jatuhnya era kapiltalisme untuk membolehkan golongan
pekerja berkuasa dan mereka akan memperkenalkan komunisme dengan
mewujudkan masyarakat tanpa kelas. Selain itu pandangan Marx
terhadap ekonomi bahawa determinisme ekonomi dan persaingan kelas
juga akan mendorong golongan pekerja untuk memperjuangkan
perubahan sosial dan beliau berpendapat bahawa objektif kapitalisme,
kemungkinan akan berkembang dengan menggalakkan proletariat yang
bersatu secara kolektif untuk tujuannya sendiri untuk mengembangkan
akumulasi nilai lebihan dari alat-alat pengeluaran oleh kaum kapitalis
akan membolehkan mereka untuk menjadi lebih dan lebih kuat,
mendorong pertentangan kelas nyata. Jika perlakuan ini tidak benarkan
dengan meningkatkan pertubuhan ekonomi dan politik oleh pekerja,
maka ia akan menyebabkan polarisasi ekstrim kelas, juga menyebabkan
menggalakkan revolusi yang akan menghancurkan kapitalisme itu sendiri.
berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan
harta secara umumnya Dari aspek kediktatortan ploletar, Marx
mengesyorkan rampasan kuasa dibuat oleh golongan proletar bagi
menamatkan penguasaan golongan kapitalis terhadap egara. Harta
persendirian yang menyebabkan alienasi mencadangkan harta
perseorangan dihapuskan. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk
menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja
(proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan
dalam masyarakat yang diekploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis),
menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi
menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
Sebagai rumusan mengikut pandangan Marx dengan memperkenalkan
idea ekonomi determinism iaitu bahawa ekonomi menentukan perubahan
sosial tanpa adanya penindasan dilakukan untun k kepentingan dalam
masyarakat. Dalam pada itu dengan wujudnya persaingan kelas yang
berpunca dari ketidakseimbangan dalam keadaan maka ia akan
mendorong pekerja untuk memperjuangkan perubahan sosial. Bagi
pendapat Marx bahawa dalam kapitalisme ia member tumpuan kepada
kepentingan golongan kapitalis dalam mengaut keuntungan dalam sistem

ekonnomi Negara serta menepikan golongan pekerja, jestru itu


kesejahtera rakayat dalam Negara boleh dicapai dengan menghapuskan
dengan kesungguhan pekerja untuk berjuang demi kepentingan mereka
atau hak mereka yang ditindas oleh golongan tersebut samada mereka
bertindak secara invididu, persatuan. Selain itu Marx juga melihat
bahawa kedudukan golongan dalam sisitem ekonomi amat penting dalam
masyarakat terutama golongan pekerja kerana mereka merupkan salah
satu sistem yang penting dalam menggerakkan ekonomi Negara bagi
golongan kapitalis. Ini boleh dicapai melalui pengolakkan kelas atau
menggalakan revolusi untuk mengubah perubahan sosial berlaku selain
mengurangkan diantara dua golongan tersebut. Dari itu golongan buruh
perlu bersatupadu untuk mencapai kejayaan ini supaya pemerintahan
akan mengambil kepentingan mereka dalam sebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai