Anda di halaman 1dari 2

Penyataan Profesional

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program
pendidikan guru . praktikum member peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik
darjah dan sekolah.
Sebagai seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein
Onn, saya wajid menjalani praktikum selama 4 minggu untuk fasa 1. Dengan itu, saya
telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Senggarang untuk menjalankan
praktikum pada kali ini yang bermula pada 14 Feb 2016 hingga 10 Mac 2016. Latihan
ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut
Pendidikan Guru.
Disebabkan jarak antara asrama di kampus dengan SJK (C ) Chong Hwa amat
jauh, iaitu perlu mengambil masa lebih kurang 30 minit, saya akan memastikan bahawa
diri saya sampai ke sekolah sebelum pukul 7.10 pagi. Dengan itu, saya akan
memastikan bahawa kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal
supaya dapat mengelakkan masalah lewat sampai ke sekolah.
Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah
untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu
memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan
mata pelajaran sejarah di sekolah. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat
memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta
suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya
ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada
bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat
mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat
digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak .

Dalam aspek pengurusan fail-fail, saya berharap agar dapat sentiasa


mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Bagi portfolio
praktikum dan PdP pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum, saya
berharap agar tiada masalah akan timbul dan segala perancangan pengajaran yang
telah saya rancangkan pada masa akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif
pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai.
Ilmu yang dipelajari sepanjang 4 semester sebelum akan saya cuba
mempraktikkan bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa yang
sama, saya boleh merasai sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama muridmurid. Dalam masa yang sama, saya boleh mengaplikasikan teori-teori pengajaran
yang telah saya pelajari sebelum ini.

Akhir kata, diharapkan seluruh warga SJK ( C) Chong Hwa Senggarang dapat
menerima kehadiran saya di sekolah dengan menimba banyak perkara berguna di situ
sebagai persediaan untuk bergelar guru.