Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Font 12
Langkau 1.5
Rujukan mengikut format APA
Menghasilkan satu penulisan ilmiah (50%)
tidak melebihi daripada 2000 patah perkataan
Pndidikan pergerakan membantu prkmbngan potensi diri murid
a. Pengenalan
b. Latar belakang Pendidikan Pergerakan (Luar negara dan Malaysia)
c. Kepentingan Pendidikan Pergerakan di sekolah
d. Kesimpulan
e- Lampiran
http://olanzah.blogspot.com/2008/02/pentingnya-pergerakan-kreatif-kepada.html
http://kumpulan7psikomotor.blogspot.com/
http://smksbpjpk.blogspot.com/2010/12/pendidikan-pergerakan.html
http://www.slideshare.net/ZICCHUA/pengenalan-kepada-pendidikan-pergerakan
https://en.wikipedia.org/wiki/Physical_education
http://mukminafiz.blogspot.com/2014/10/kepentingan-pendidikan-jasmani-kepada.html
PENGHARGAAN
Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus dengan jayanya.
Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini
dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan
bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Mazlina yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga, saya
mengucapkan terima kasih kepada Puan kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam
menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti
rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan
yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea
dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan
saya agar dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri terutamanya serta kepada pembaca
agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan
maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat
setempat khususnya.
TUGASAN 1 (A)
PENGENALAN PENDIDIKAN PERGERAKAN
Pendidikan Pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk
belajar. Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam Pendidikan
Jasmani. Pendidikan Pergerakan melibatkan banyak pergerakan-pergerakan asas lokomotor
dan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanakkanak itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan tersebut seperti berjalan, berlari,
melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Semua pergerakan adalah hasil
daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas ini. Pergerakan bukan lokomotor
adalah keupayaan untuk mengerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Terdapat pelbagai
contoh yang melibatakan pergerakan bukan lokomotor antaranya ialah: twist, imbangan Y,
imbangan setapak, melambung bola dan membongkok.
DEFINISI PERGERAKAN
Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang itu akan
menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan asas pula bermaksud
proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknikteknik menyelesaikan masalah dengan menekankan kebebasan yang berteraskan kegiatankegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua
kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek
pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan
asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif,
lagu pergerakan, permainan, dan kemahiran gimnastik.
Pergerakan kreatif secara kasarnya ialah penggunaan pergerakan tubuh badan, irama dan
daya kreatif sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi. Gladys
Andrew Fleming menggunakan istilah Pergerakan Kreatif untuk pendidikan geraktari
kanak-kanak. Beliau mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan
yang disampaikan melalui perantaraan anggota tubuh badan. Ini membayangkan cara
seseorang individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponen utama
dalam geraktari : untuk tujuan-tujuan ekspresi, komunikasi atau kepuasan peribadi (Fleming,
1976).
Sekolah dibuka semula dan latihan Jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan di
sekolah. Senaman diadakan selama 30 minit setiap hari sebelum masuk ke kelas.
Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula
di MPSI dan MPPM Melaka. Pada 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani
dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan formal untuk
sekolah rendah dan menengah dan pada 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara
untuk luaskan pengetahuan tentang pendidikan jasmani.
4) Era Selepas Merdeka
Pada 1960an, sukatan pelajaran pendidikan jasmani dikaji semula. Pada 1966, wujud
sukatan pelajaran pendidikan jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Tujuannya untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu sukatan pelajaran
pendidikan jasmani yang baru dan lebih sesuai bagi kanak-kanak. Usaha meninggikan
mutu pelajaran pendidikan jasmani di sekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK di
Cheras. Pada 1958 Kementerian Pelajaran menubuhkan (Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia). Pendidikan Jasmani menjadi mata pelajaran wajib dalam
kurikulum sekolah rendah dan menengah. 1971 sukatan pendidikan jasmani disemak
semula dan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
PENDIDIKAN PERGERAKAN DI LUAR NEGARA
Di Korea Selatan, adalah wajib bagi setiap murid itu sejumlah 3 jam pendidikan jasmani
melalui sekolah peringkat rendah dan menengah. Di Singapura, murid-murid dari sekolah
rendah melalui perlu mempunyai 2 jam Pendidikan Pergerakan setiap minggu. Murid boleh
bermain permainan seperti bola sepak, badminton, bola kapten, dan bola keranjang. Sukan
lain seperti touchball, lawan pedang, dan skateboarding kadang-kadang dimainkan. Di lebih
banyak sekolah menengah berprestij dan di kolej-kolej junior, sukan seperti golf, tenis,
menembak, dan skuasy dimainkan. Peperiksaan kecergasan wajib, NAPFA(The National
Physical Fitness Award/Assessment) dijalankan di setiap sekolah sekali setiap tahun untuk
menilai kecergasan fizikal murid-murid. Pelajar dinilai oleh emas, perak, gangsa atau gagal.
Mendapat gagal atau gangsa dalam NAPFA maka mereka akan direkrut dua bulan tambahan
dalam khidmat negara sebagai denda.
Di Filipina, PE(physical education) adalah wajib bagi semua tahun. Beberapa sekolah telah
memasukkan latihan seni mempertahankan diri ke dalam kurikulum pendidikan jasmani
mereka.
Pelajar sekolah tinggi Indonesia bermain permainan tradisional "Benteng" Di Indonesia,
pelajar yang terdiri daripada Tadika hingga Sekolah tinggi mempunyai PE dalam kurikulum
mereka. Tadika sehingga Gred 3 pelajar Elementary mempunyai gimnastik, bermula dari
Gred 4 of Elementary School, pelajar akan diperkenalkan ke dalam seni mempertahankan diri
tradisional Pencak Silat dan beberapa permainan pasukan seperti badminton, tenis, bola
sepak, futsal, rounders, bola keranjang, dan lain-lain.
John Dewey (1852-1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar
melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.
Melalui latihan dan kemahiran asas pula ia dapat membantu kanak-kanak membina
kecekapan dan keyakinan dalam segala kegiatan. Selain itu, ia dapat memperbaiki
penyelarasan daya otot saraf, daya tenaga asas, ketangkasan dan timbangan dalam
penggunaan alatan.
Dalam latihan pergerakan pula, terdapat dua aspek yang bersangkutan iaitu gimnastik
pergerakan dan pergerakan kreatif. Latihan pergerakan merupakan salah satu cara bagi
mengenali tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai pergerakan. Dengan ini mereka
dapat memperoleh pemahaman tentang keadaan fizikal yang melibatkan masa, jarak, hala,
bentuk, saiz kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Melalui keduadua kaedah ini mereka bebas melakukan pergerakan yang tertentu dan perasaan malu kurang
dalam diri mereka. Dalam pendidikan gimnastik, ia menekankan pergerakan yang objektif
iaitu dengan kata lain sesuatu pergerakan itu dilakukan dengan tujuan tertentu.
Dengan cara ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meninjau cara tubuh
badan dan bahagian-bahagiannya yang dapat menghasilkan sesuatu pergerakan yang
dikehendaki untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi contohnya dengan
mengguling-gulingkan badan dan mengatasi rintangan dengan berbagai cara. Dengan adanya
pergerakan ini, ia dapat memberikan peluang bagaimana tubuh badan dan pergerakan
digunakan sebagai perantaraan untuk melahirkan idea-idea dan perasaan yang hendak
ditunjukkan.
REFLEKSI
Saya, Muhammad Asyraf Bin Ahmad Refaat telah melaksanakan kerja kursus Asas
Pendidikan Pergerakan dalam tempoh yang diberikan oleh pensyarah saya, iaitu Pn. Mazlina
Binti Mahmood. Semasa melaksanakan kerja kursus pendek ini, saya belajar bahawa
kerjasama antara rakan sekelas amat penting. Jika terdapat seorang rakan yang tidak faham
akan kehendak soalan, situasi ini akan menyebabkan semua rakan turut dipengaruhi dan
akhirnya tidak faham juga kehendak soalan.
Oleh itu, amatlah penting supaya semua pelajar bekerjasama dan tidak menyimpan
maklumat antara satu sama lain untuk kepentingan dirinya sahaja. Pada permulaannya, saya
mendapati susah untuk melaksanakan kerja kursus ini. Hal ini terjadi demikian kerana saya
tidak memahami kehendak soalan. Selepas membuat perbincangan bersama pensyarah, saya
faham untuk melaksanakan kerja kurus
Saya yakin projek ini telah banyak menerapkan nilai- nilai murni yang perlu ada dalam diri
seorang guru. Sebagai seorang guru, saya akan menjadi contoh dan tauladan kepada warga
sekolah khasnya pelajar, rakan pendidik , pentadbir dan kakitangan sekolah serta masyarakat
sekeliling. Setelah siap projek ini, antara nilai yang telah berjaya dipupuk ke dalam diri saya
ialah berdikari, hormat- menghormati, keberanian, kejujuran, kerajinan, kesyukuran dan
semangat berpasukan. Nilai- nilai murni ini telah menjadikan diri saya melangkah setapak
kehadapan berbanding sebelumnya. Apa yang dapat saya rasai semasa menyiapkan tugasan
ini ialah nilai kerjasama yang diterapkan sangatlah penting bagi saya.
Saya sangat berbangga dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh rakan sekelas
dan juga pelajar senior yang memberikan panduan dan nasihat kepada saya untuk
menyiapkan projek ini. Melalui projek ini saya dapat merapatkan hubungan antara rakanrakan khasnya pelajar senior yang kurang mempunyai perhubungan secara langsung semasa
belajar.
Setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya berasa berpuas hati kerana dapat menyiapkan
tugsan yang diberi dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, saya juga belajar bahawa jika
terdapat rakan-rakan yang menghadapi masalah untuk melaksanakan kerja kursus ini, saya
perlulah membimbing dan menolong mereka dalam melaksanakan kerja kursus ini. Akhir
sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan
senior saya yang menolong saya dalam melaksanakan kerja kursus ini.