Anda di halaman 1dari 1

HUDUD

Lupakah dirimu?
Ini bumi ALLAH
Tinggi langit kerana ALLAH
Rendah bumi kerana ALLAH
Dialah pencipta bulan yang eka
Dia pencipta manusia berpasang-pasangan
Lupakah dirimu ?
Kau minum air ALLAH
Kau makan nasi ALLAH
Kau jalan di bumi ALLAH
Kau disemadikan di tanah ALLAH
Kau menggulung lidah memutar fakta
Hitam jadi putih
Putih jadi hitam
Lupakah dirimu ?
Bijakmu kerana ALLAH
Ilmu ALLAH mengisi berakar di kalbu
Berbuah di taman minda
Kau mencipta hukum
Menghukum manusia dengan logik akal
Hukum ciptaan manusia
Kau menjadi penghukum ganas
Lupakah dirimu ?
Siapakah dirimu ?
Mencipta hukum logik akal
HUDUD kau campak ke lorong gelap
Moga lorongmu tidak gelap
Di akhirat ALLAH nan luas.