Anda di halaman 1dari 22

@rogayahosman

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam


ayat yang terdiri daripada satu kata sendi
nama dan satu frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau
kata yang letaknya di hadapan frasa nama.
Antara kata sendi nama yang sering
digunakan
dalam
bahasa
Melayu
termasuklah :
di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk,
akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang,
sampai, dan sebagainya.
Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan,
didahului oleh kata bantu.
@rogayahosman

Frasa sendi nama boleh terbentuk


daripada salah satu binaan berikut :
Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama
Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa
Keterangan
iv. Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama +
Frasa Keterangan
i.
ii.
iii.

@rogayahosman

Kata sendi nama dalam frasa sendi nama


wujud sebagai perkataan yang letaknya
di hadapan suatu frasa nama
Contohnya :
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama

Frasa Nama

di

jambatan

sejak

zaman dahulu

dari

Kota Bharu

tentang

negara maju

bagi

orang kurang upaya


@rogayahosman

Kata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud


juga sebagai perkataan yang letaknya di
hadapan frasa nama yang didahului oleh kata
arah.
Walau bagaimanapun, frasa sendi nama boleh
juga wujud tanpa kata arah.
Frasa Sendi Nama

Contoh :

Frasa Nama
Kata Sendi
Nama

Kata Arah

Frasa Nama

di

belakang

rumah

ke

dalam

bilik darjah

dengan

belakang

parang

untuk

luar

negara

@rogayahosman

Contohnya :

@rogayahosman

Boleh juga terbentuk daripada kata sendi


nama diikuti oleh kata arah, frasa nama,
dan frasa keterangan. Contohnya :

@rogayahosman

@rogayahosman

@rogayahosman

ii.

Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif

Frasa jenis ini dapat, antara lain,


mendukung makna keterangan
bandingan, hal, masa, dan tujuan.
Contoh :
1.
2.
3.
4.

Budak itu tinggi seperti galah. (bandingan)


Dia selalu sibuk dengan pekerjaannya.(hal)
Mereka bingung pada mulanya. (masa)
Rumah kita harus bersih untuk kesihatan
hidup kita.(tujuan)

@rogayahosman

iii. Frasa sendi nama keterangan frasa nama

Frasa sendi nama yang menjadi unsur


keterangan bagi frasa nama dapat, antara
lain, mendukung makna keterangan tempat,
pembuat, sumber, masa, asal, dan tujuan.
Contoh:

1. Rumah-rumah di bandar tidak semuanya besar.


2.
3.
4.
5.
6.

(tempat)
Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya.
(tujuan)
Itu sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka.
(masa)
Kain daripada sutera mahal harganya.(asal)
Sumber bekalan air penduduk Singapura adalah
dari Johor. (sumber)
Lukisan oleh Ibrahim telah memenangi hadiah
pertama. (pembuat)
@rogayahosman

Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi


nama dalam ayat, dua kata sendi nama
yang serupa boleh digabungkan dalam
bentuk setara dengan menggunakan kata
hubung seperti dan, atau, tetapi.
Kecuali dalam penggabungan frasa sendi
nama yang menggunakan kata hubung
tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum
kata sendi nama pertama.

@rogayahosman

Contohnya :
1. Serangan itu datang dari dalam dan dari luar
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

kota.
Cahaya laser itu menuju ke kiri atau ke kanan
bangunan?
Hadiah itu untuk ayah dan untuk ibu.
Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak
Bungkusan ini dikirimkan oleh abang atau oleh
kakak?
Samad bukan ke Perak tetapi ke Pahang.
Kerusi itu diperbuat daripada kayu dan
daripada rotan.
Timah makan dengan Ali atau dengan Ahmad?

@rogayahosman

Dalam penggabungan frasa sendi nama


dengan kata hubung dan dan atau, kata
sendi nama pada unsur kedua, secara
pilihan, boleh digugurkan.
Bagaimanapun, kata sendi nama pada
unsur yang kedua tidak boleh digugurkan
kalau kata sendi nama dalam bentuk
setara itu ialah ke.

@rogayahosman

Contohnya :
Serangan itu datang dari dalam dan luar
kota.
2. Hadiah itu untuk ayah dan ibu.
3. Timah makan dengan Ali atau Ahmad?
4. Samad bukan ke Perlis tetapi ke Pahang.
* Samad bukan ke Perlis tetapi Pahang.
5. Ia melihat ke atas dan ke bawah.
* Ia melihat ke atas dan bawah.
6. Tuan hendak pergi ke Melaka atau ke Muar?
* Tuan hendak pergi ke Melaka atau Muar?
1.

@rogayahosman

Kata sendi nama pada kedudukan unsur


yang kedua tidak boleh digugurkan dalam
frasa sendi nama setara yang tidak
menggunakan kata hubung.
Contohnya:
Ia berjalan ke hulu ke hilir.
* Ia berjalan ke hulu hilir.
2.
Keluarga itu berpindah dari bandar ke desa.
* Keluarga itu berpindah dari bandar desa.
3.
Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif
kepada bentuk pasif.
* Ayat tersebut diubah daripada bentuk aktif
bentuk pasif
4. Saya berjalan kaki dari rumah ke pekan.
*Saya berjalan kaki dari rumah pekan.
1.

@rogayahosman

Binaan
frasa
sendi
nama
yang
mengandungi frasa nama dengan bentuk
se- mempunyai peraturan seperti yang
berikut.
Binaan yang demikian yang menggunakan
kata sendi nama dari dan ke tidak
membenarkan pengguguran bentuk sesecara berasingan.
Sekiranya pengguguran se- dilakukan pada
satu bahagian frasa sendi nama, maka
pengguguran bentuk yang sama hendaklah
dilakukan juga pada frasa nama yang kedua
untuk keseimbangan.
@rogayahosman

Contohnya :
1. (a) Perkara itu akan diteliti dari semasa ke
semasa.
(b) Perkara itu akan diteliti dari masa ke
masa.
(c) *Perkara itu akan diteliti dari semasa ke
masa.
(d)*Perkara itu akan diteliti dari masa ke
semasa.
2. (a) Warna itu berubah dari sedetik ke sedetik.
(b) Warna itu berubah dari detik ke detik.
(c)*Warna itu berubah dari sedetik ke detik.
(d)*Warna itu berubah dari detik ke sedetik.
@rogayahosman

Frasa sendi nama boleh didahului oleh kata


bantu seperti yang terdapat dalam contoh
berikut :
1)
2)
3)

Mereka akan ke dalam hutan untuk


memburu penjahat-penjahat itu.
Sampan itu masih di tepi tasik.
Abang telah ke Jakarta dengan keluarganya.

Walaupun semua kata sendi nama hadir di


hadapan kata nama atau frasa nama,
namun setiap kata sendi nama mempunyai
tugas serta fungsi yang berbeza, dan
penggunaannya
ditentukan
oleh
peraturan-peraturan yang rapi.
@rogayahosman

(kata bantu) + (kata sendi nama) + (kata


arah) + (frasa nama) + (frasa keterangan)
i.
ii.
iii.
iv.

Kata bantu + kata sendi nama + kata arah +


frasa nama + frasa keterangan
Kata bantu + kata sendi nama + kata arah +
frasa nama
Kata bantu + kata sendi nama + frasa nama
Kata sendi nama + frasa nama

@rogayahosman

Kehadiran unsur kata sendi nama dan frasa nama adalah


wajib, manakala kehadiran unsur-unsur kata bantu, kata
arah,dan frasa keterangan ialah secara pilihan.

@rogayahosman

@rogayahosman