Anda di halaman 1dari 2

RENUNGAN BERSAMA : Sifat Sombong Merugikan

Apabila kita tidak berilmu, kita harus mengamalkan sifat


merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang
sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi
orang bodoh.
Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap
ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong, ijazah kedoktorannya
itu tidak akan menjadikan dia lebih bijaksana. Hal ini kerana,
orang sombong dengan ilmunya tidak akan suka ditegur dan
dibetulkan.
Dia merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara.
Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia
juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya
lebih rendah tahap ilmunya.
Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan
beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar
sahaja.
Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri.
Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada
siapa saja.
Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah
diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang

cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang


banyak.
Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan
manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun
sekiranya dia angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan
menghenyaknya ke bawah.
Sumber : Nota Fikir untuk Zikir (Pahrol M Juoi)