Anda di halaman 1dari 12

TAMADUN ISLAM

NABI MUHAMMAD S.A.W


TOKOH ISLAM TERUNGGUL

NAMA :
Ahmad Fahmi Bin Khairuddin
NO.KAD PENGENALAN :
KELAS :
2 Diploma Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
SUBJEK :
Tamadun Islam
PENSYARAH :
Pn.Norshazana Binti Sulaiman

ISI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

M/S

PENDAHULUAN

BIOGRAFI LENGKAP NABI MUHAMMAD S.A.W

3~4

KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W

5-7

LAMPIRAN

IKTIBAR/PENGAJARAN

PENUTUP

10

RUJUKAN

11

Page 1 of 12

PENDAHULUAN
Assalamualaikum para pembaca sekalian, saya Muhammad Qarni Bin Mohd Amri dengan
kad pengenalan 970719-01-6095 akan menceritakan serba sedikit kisah mengenai nabi
junjungan kita Muhammad SAW. kisah nabi Muhammad akan saya simpulkan dalam kerja
kursus yang telah diberi oleh pensyarah saya iaitu Puan Shazana. Semoga kita dapat
mengambil pengajaran dan teladan daripada kisah baginda. Saya akan memberikan sedikit
pendahuluan mengenai nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12
Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17
Ramadan(16 Ogos 610M ) iaitu surah Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika
berusia 40 tahun 6 bulan.Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu
berdakwah secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka
tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa
sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang
berdaulat dan disegani.Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang
diajar di dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang
pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani.

Page 2 of 12

BIOGRAFI LENGKAP NABI MUHAMMAD S.A.W


Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal (20 Apri 571 Masihi) dan
dilahirkan di Mekkah. Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muthalib dan ibu baginda
bernama Aminah binti Wahab dari suku Qurais berasal daripada suku kaum yang dipandang
mulia ketika itu. Ibu susu Baginda pula bernama Halimatus Saadiah (menjadi adat masyarakat
untuk mecari pengasuh bagi anak-anak mereka)
Nabi dijaga oleh Halimatus Saadiah selama 4 tahun dan dikembalikan semula kepada ibunya. .
Bapa baginda meninggal dunia semasa beliau berada di dalam kandungan. Semasa dalam
perjalanan pulang dari melawat kubur suaminya Ibu baginda pula meninggal di suatu tempat
yang dipanggail Abwa Nabi berumur 6 tahu ketika itu . Maka tinggallah Nabi SAW seorang
diri dan dijaga oleh datuknya.Semakin baginda meningkat dewasa sifat kepimpinan baginda
mula terpancar keluar dan baginda juga digelar Al-Amin kerana tsentiasa berkata benar.
Baginda berkhawin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun yang terkenal dalam kaum Quraisy
kerana kesucian, sifat budiman dan dermawannya. Sewaktu baginda berusia 35 tahun
terjadilah perselisihan di antara pembesar Quraisy untuk meletakkan Batu Hajarul Aswad di
depan
Kabah dan dengan tindakan yang bijak baginda menyelesaikan masalah tanpa ada pihak
yang tidak puas hati.Sewaktu Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun baginda sering pergi ke
Gua Hira untuk menyendiri daripada kaumnya yang menyembah berhala kerana Nabi
Muhammad SAW tidak suka kepada cara sembahan kaumnya itu. Pada malam 17 Ramadhan
atas perintah dari Allah SWT malaikat Jibril datang kepada baginda untuk mengajar baginda
membaca dengan perkataan bacalah tetapi Nabi Muhammad SAW tidak dapat membaca
dan situasi ini berulang sebanyak 3 kali. Baginda mengigil ketakutan dan segera pulang ke
rumah dan setibanya ke rumah baginda meminta Siti Khadijah supaya menyelimutinya dan
sekali lagi Jibril a.s menyeru supaya orang yang berselimut bangun dan menjauhi maksiat.
Setelah Nabi Muhammad SAW sedar beliau adalah Rasul maka selama 3 tahun beliau
berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekatnya. Selepas
itu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW berdakwah secara terang-terangan.
Akibat daripada perkara itu baginda mendapat tentengan dari kaum kafir quraisy dan mereka
Page 3 of 12

mengancam untuk membunuh baginda lalu Allah SWT memerintahkan bagida berhijrah ke Kota
Madinah.
Setelah beliau selesai menunaikan tugasnya menyeru agama Islam di kalangan penduduk
Bangsa Arab dan seluruh umat manusia maka pada tanggal 12 rabiulaawal 11 Hijiriyah (7 jun
632 Masehi) baginda pulang kerahmatullah dalam usia 63 di tahun dan di makamkan di kota
madinah. Nabi Muhammad S.A.W mewariskan kepada keluarganya, sahabatnya dan umat
manusia sekeliannya dengan sabda baginda yang bermaksud :
Aku telah meningalkan kepada kamu semua dua buah pusaka tidak akan tersesat
jalan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu :

Kitabullah (Al-Quran)

Sunnah Rasulullah (Hadis)

Dari Anas ibnu Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda "Barang siapa menghidupkan
sunnahku maka dia telah mencintaiku, & barang siapa mencintaiku maka dia akan
bersamaku di syurga" (HR.Thabarani)

Page 4 of 12

PERANAN DAN KEPIMPIPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W


Sebagai Pemimpin Agama :
Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Menyampaikan
ajaran Islam kepada umat manusia. Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al
Quran sebagai seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat sifat sebenar iaitu lemah
lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek
akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin
sehinggalah kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi. Baginda melakukan
aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba menunjukkan kuasa kuasa
luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT. Baginda telah
menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat
(solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan
antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis.Dalam amanat terakhir baginda
berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al Quran dan hadis.
Sebagai Pemimpin Politik :
Mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.
Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya
menyelesaikan pertelingkahan antara ketua ketua suku Arab Mekah yang hampir
menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru
Kaabah. Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui
perjanjian Aqabah satu dan dua. Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah
Madinah. Mengadakan hubungan diplomatic. Contohnya, menghantar perwakilan islam ke
Habsyah dan Mesir. Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat
keputusan dalam semua bidang secara kolektif.
Sebagai Pemimpin Tentera :
Menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan. Menjadi pemimpin
dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh baginda. Akidah , syariat dan
akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam bidang ketenteraan.
Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Mengamalkan
sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh. Sentiasa adil
kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya, membahagikan harta rampasan
perang secara adil kepada kawan kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan
pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum kaum yang
lemah. Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada
pasukan tentera Islanm. Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan berperang
Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang telah

mati.
Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.

Page 5 of 12

Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
Patuh kepada ketua.
Tidak boleh lari dari medan peperangan.
Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

Sebagai Pemimpin Masyarakat Sosial :


Berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan. Menyatukan
umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan konsep ukhuwah
Islamiyah dan bantu membantu kearah kebaikan. Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat
madinah seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah. Persamaan taraf antara lelaki dan
perempuan kecuali takwa. Selain itu, menaikkan taraf wanita. Menghapuskan batas batas
perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan
Yahudi (diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah
Madinah). Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat
masing masing. Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah
anggota suku masing-masing. Contohnya, Sad bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sad bin
Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani
Quraizah, Sad bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai
kedudukan bani Quraizah.
Ketua Hakim :
Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama. Menunjukkan beberapa
etika yang perlu dipatuhi oleh mana-mana hakim. Contoh, ketegasan baginda dipaparkan
apabila baginda menegaskan bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan
dilaksanakan walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah, anak yang paling baginda sayangi.

Page 6 of 12

Sebagai Perancang Ekonomi :


Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah
dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang perniagaan dan
pertanian. Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang
Yahudi. Akhir sekali, membangunkan kerajaan islam dari pelbagai aspek dan meluas ke
seluruh dunia.

Page 7 of 12

LAMPIRAN

IKTIBAR/PENGAJARAN
Terdapat beberapa pengajaran yang akan saya selitkan dalam kisah ini. Antaranya ialah kita
mestilah sentiasa mentaati pemimpin dan menuruti perintah yang diperuntukkan. Selain itu,
sunnah yang diamalkan dapat menjadi pembimbing dan dorongan oleh umat pada masa kini.
Seterusnya, kita haruslah mengamalkan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh. Selain
daripada itu, kita haruslah tabah dalam menempuh dugaan hidup yang penuh dengan cabaran.
Tambahan lagi, hal ini sejurus dapat memupukkan amalan sikap bekerjasama antara satu sama
lain dalam perjalanan hidup seharian. Sehubungan dengan itu, Nabi Muhammad S.A.W
merupakan simbol pemimpin yang terbaik dalam mencontohi sifat-sifat kepimpinan yang harus
dimiliki oleh setiap pemimpin. Justeru, kita sehendaknya perlu bersungguh-sungguh dan gigih
dalam mencapai matlamat visi dan misi yang ingin digapai. Kita juga perlulah sentiasa
mengikuti jejak langkah rasulullah S.A.W dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. oleh itu,
jadikan kegagalan dalam sesebuah kerja sebagai batu loncatan untuk lebih kehadapan. Akhir
Page 8 of 12

sekali, kita haruslah mejaga adab tertib ketika bergaul dengan masyarakat seperti nabi
Muhammad S.A.W.

Page 9 of 12

KESIMPULAN/PENUTUP
Para pembaca yang dikasihi sekalian, Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai
ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat
berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan. Seterusnya, Kepimpinan nabi
Muhammad S.A.W telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan
teratur. Selain itu, Amalan dan akhlak rasulullah merupakan suatu perkara yang terpuji yang
perlu dicontohi oleh masyarakat di luar sana. Akhir sekali, segala nasihat dan tunjuk ajar
baginda terhadap masyarakat terdahulu dapat dijadikan panduan dan hidayah bagi generasi
akan datang

Page 10 of 12

RUJUKAN
http://www.biografiku.com/2009/01/biografi-nabi-muhammad-saw.html
https://fastnote.wordpress.com/kepimpinan-nabi-muhammad-s-a-w/
http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pemerintahan-dan-kepemimpinanrasulullah-s-a-w-dan-khulafa-al-rasyidin/
http://cahayapurnama.com/sirah-dan-sejarah-nabi-muhammad-s-a-w/
http://kotajanji.blogspot.my/2012/08/maklumat-peribadi-dan-biodata-nabi.html

Page 11 of 12