Anda di halaman 1dari 4

Kisah Nabi Zulkifli a.

s
Assalamualaikum w.w.th
Terima kasih tuan pengerusi majlis ,barisan panel hakim yang sentiasa menegakkan keadilan
Penjaga masa yang setia, guru-guru serta rakan-rakan hadirin sekelian.
Firman Allah Taala :
Yang bermaksud :
" Dan Ingatlah kisah Ismail, Idris dan Zulkiflisemua mereka termasuk orang-orang yang
sabar, kami telah masukkan mereka ke dalam rahmat kami ..sesunggguhnya mereka termasuk
orang-orang yang soleh
Kawan-kawan..
Nabi Zulkifli adalah putera Nabi Ayub a,s. Nama asalnya ialah Basyar. Allah Taala telah
mengangkat menjadi nabi dan rasul sesudah kewafatan ayahndanya nabi ayub. Nabi Zulkifli
adalah nabi yang ke 13 daripada 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui. Beliau juga adalah
termasuk kalangan nabi yang menjadi raja disamping berdakwah kepada kaumnya ke jalan
Allah.
Sajak:
Nabi Zulkifli nabi mulia
Tidak kenal putus asa
Menasihati kaumnya kepada yang Esa
Menjauhi daripada menyembah berhala
Rajin berpuasa di siang hari
Beribadah pula di malam hari
Nabi Zulkifli nama diberi
Bererti sanggup memegang janji
Kawan-kawan.
Begitulah soleh dan rajinnya nabi Zulkifli beribadah sebelum menjadi raja mahupun selepas
menjadi raja , sehinggakan Allah s.w.t telah mengurniakan kepada beliau nikmat yang
berlipat ganda sebagai balasan amal kebajikan yang di lakukan. Kita juga patut mencontohi
ketaatan dan sifat baik nabi Zulkifli untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah
s.w.t
Kawan-kawan.
Sebelum nabi Zulkifli menjadi raja, telah dikisahkan bahawa raja Israil, iaitu Ilyasa sudah

tidak berdaya untuk memerintah dan tidak ada zuriat yang dapat menyambung
pemerintahannya,..maka beliau telah memanggil semua pemuda di negeri itu untuk memilih
penggantinya. Raja tersebut telah meletakkan beberapa syarat iaitu barangsiapa yang mahu
menjadi raja, orang tersebut mestilah adil dalam pemerintahan, tidak menzalimi rakyat,
berpuasa di siang hari , beribadah di malam hari dan tidak boleh marah-marah.
Kawan-kawan disebabkan syarat yang ketat itu maka tiada seorang pemuda pun yang
sanggup menerima tawaran tersebut maka tampillah seorang pemuda bernama Basyar yang
telah menerima syarat tersebut dan berjanji akan melaksanakannya bermula hari itu
Basyar dikenali sebagai Zulkifli yang bererti orang yang sanggup memegang janji
Begitulah hebatnya kawan-kawan nabi zulkifli yang sanggup memikul tanggungjawab yang
besar semata-mata kerana ingin memimpin rakyat dan menyeru mereka menyembah Allah
yang esa. Kita patut mencontohi keberanian dan ketabahan yang ditunjukkan oleh nabi
Zulkifli supaya kita dapat menjadi mukmin yang berjaya dan dihormati.
Firman Allah :

Yang bermaksud : Maha suci Allah yang ditangannya kekuasaan atas segala sesuatu dan
kepadanya kami dikembalikan.
Kawan-kawan nak tau apa lagi keistimewaan nabi zulkifli?
Ha.nabi zulkifli juga seorang yang bijak dan sangat pakar dalam memberi hukum hakam
masalah agama.
Nabi Zulkifli bijak bistari
Segala masalah dapat ditangani
Hati rakyat dapat dimenangi
Membawa rahmat dari Ilahi.
Pemerintahan adil lagi dikagumi
Membantu rakyat sangat digemari
terutama yang fakir dan miskin diri
Sehingga disegani dipelusuk negeri
Ingatlah wahai kawan-kawan..
Walaupun kita menjadi orang yang berpangkat dan dihormati, kita tidak seharusnya
melupakan Allah s.w.t kerana segala kesenangan dan kemewahan itu datangnya daripada
Allah jua. Bersyukur dan ingatlah kepda Allah walau dalam keadaan apa sekalipun.
Begitulah kehidupan nabi Zulkifli yang senntiasa menjaga hubungannya dengan Allah dan
mengabdikan diri berkhidmat kepada rakyatnya sehingga beliau setiap hari menyiapkan
jadual waktu yang tersusun supaya kepentingan dirinya terhadap Allah dan pemerintahan

negeri berjalan seiring dan lancar.


Firman Allah :
Yang bermaksud : dan ingatlah kisah Iismail, ilyasa dan zulkifli termasuk orang-orang yang
paling baik.
Kawan kawan semua
Walaupun nabi zulkifli mendapat kesenangan, namun beliau tidak lari daripada mendapat
ganguan dan ujianantaranya beliau mahu diperdaya oleh syaitan yang menyamar menjadi
manusia . Syaitan itu telah datang ke kediaman nabi Zulkifli ketika baginda sedang berehat.
Syaitan telah berpura-pura menjadi tetamu dan berupaya memancing kemarahan nabi
zulkifli
.apa yang terjadi seterusnya kawan-kawan? Walaupun syaitan telah masuk ke rumah nabi
zulkifl dengan cara paksa , namun nabi tetap bersabar dan menerima kedatangan si tetamu
tersebut dengan lapang dada malang sungguh bagi syaitan itu telah gagal untuk
memperdaya dan gagal membuatkan nabi zulkifli marah. Beliau tetap berpegang teguh
kepada janjinya supaya tidak marah-marah .
Firman Allah :

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"


"Begitulah kawan-kawan bertapa hebatnya kesabaran nabi zulkifli menghadapi segala ujian
dan ancaman yang datang tanpa sedikitpun melanggar janji-janji yang dipegang dengan raja
ilyas. Kita juga patut mencontohi sifat sabar dan sifat menunaikan janji nabi zulkifi.
Ingatlah. orang yang tidak menunaikan janji adalah termasuk di kalangan orang yang
munafik.
Nabi zulkifli juga pernah menghadapi kaumnya yang derhaka dan tidak mahu mengikut
perintah Allah. Nabi Zulkifli telah mengarahkan rakyatnya memerangi orang-orang yang
durhaka tetapi sesetengahnya enggan menurut perintah beliau malah mereka menyuruh nabi
zulkifli menjamin kehidupan mereka kerana mereka mahu menikmati kesenangan hidup di
dunia ini
dengan penuh sabar nabi zulkifli tetap menunaikan hajat kaumnya dan beliau telah
memohon dan berdoa kepada Allah supaya permintaan mereka dikabulkan. Maka Allah telah
memperkenankan doa nabi zulkifli.
Kawan- kawan
Jika kita tabah dan cekal serta tidak berputus asa dalam kesukaran yang kita hadapi, kita
akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah taala seperti yang diperolehi olah nabi

Zulkifli a.s.
Firman Allah Taala:

Yang bermaksud : " sesungguhnya yang berputu sasa daripada rahmat Allah Adalah orangorang kafir.
Ikan tongkol ikan duri
Sekian dulu saya mengundur diri
Wabillahi taufik wal hidayah