Anda di halaman 1dari 3

WRITTEN TASK 2

NAME: SYED SHAFIQ BIN SYED ZAINI


SCHOOL NAME: ROYAL MILITARY COLLEGE
SUBJECT: MALAY A (BAHASA MELAYU)
LEVEL:HIGHER
ASSIGNMENT:WRITTEN TASK 2
TASK WORD COUNT: 979

Outline Written Task 2 Question


Text

:Interlok,karya AbdullahHassan

Part of course : Part 4,Literature-Critical study


Area of study : Power & Privilege 1- How and why is a social group represented in
a particular way
Question

:Bagaimana perwatakan dan mengapa kelas sosial


masyarakat Cina digambarkan sedemikian rupa dalam novel Interlok
karya Abdullah Hussain?

1.Pendahuluan
Melalui beberapa peristiwa dalam novel Interlok,pengarang dapat
menggambarkan kelas sosial masyarakat Cina pada zaman penjajahan British
sebagai orang yang banyak berhijrah, mementingkan keuntungan dalam
perniagaan dan bersemangat patriotisme dalam kalangan masyarakat imigran.
2. Isi
Masyarakat Cina digambarkan sebagai kelompok masyarakat yang banyak
berhijrah ke satu tempat ke tempat yang lain bagi memperbaik kehidupan diri
masing-masing. Dalam novel ini, masyarakat Cina berhijrah dari perkampungan
asal mereka di Cina ke Tanah Melayu bagi mendapatkan pekerjaan . Kim Lock
bersama anaknya berhijrah ke Tanah Melayu. Di samping itu, Kim Lock juga perlu
berhijrah satu tempat ke tempat yang lain di Tanah Melayu bagi mencari
pekerjaan yang lebih baik. Contoh ini membuktikan bahawa masyarakat Cina
berhijrah demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Masyarakat Cina digambarkan sebagai kelompok masyarakat yang
mementingkan keuntungan dalam perniagaan. Novel ini menceritakan bahawa
masyarakat Cina mempunyai kehidupan yang baik di Tanah Melayu berbanding
masyarakat India yang juga berhijrah ke Tanah Melayu. Kim Lock bersama Cing
Huat telah berhijrah ke Pekan Simpang Empat, Kim Lock berjaya membuka satu
kedai runcit . Cing Huat yang mengambil alih perniagaan ayahnya telah
memberikan pinjaman kepada Pak Musa dengan cagaran tanah. Jika Pak Musa
gagal membayar hutang tersebut, harta dan tanahnya akan dirampas oleh Cing
Huat atau Cina Panjang.
Masyarakat Cina digambarkan sebagai masyarakat yang bersemangat
patriotisme dalam kalangan masyakat imigran. Dalam novel ini, dapat dilihat
dengan jelas Kim Lock berusaha dengan cara sendiri bagi membina sekolah di
kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anaknya tidak melupakan

asal-usul bahasa ibunda mereka sendiri. Kim Lock dan Cing Huat masih
menyimpan hasrat untuk pulang ke Cina setelah perniagaan mereka maju.
3. Penutup
Peristiwa-peristiwa dalam novel ini dapat menunjukkan cara penulis
menggambarkan masyarakat Cina pada zaman sebelum penjajahan Jepun di
Tanah Melayu.Hal ini dapat menjelaskan keadaan sosial masyarakat Cina dan
sebab penulis menggambarkan sedemikian rupa.