Anda di halaman 1dari 4

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong


kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari
rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual
sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa
dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......


Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk
dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat
menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari
untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan
kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan
tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak


kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam.
Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca
rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia
mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua
tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa
bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka
tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan
apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu
dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang
beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas
lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan
kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali
bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak
miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa.
Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari
membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah


kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si

tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut
dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu


diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira
dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Sang Kancil dan Sang Gajah


Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam
hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke
jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak
berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;
Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini
Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari
lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki
yang besar.
Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!
Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan
diri untuk keluar dari lubang.
Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;
Eh sang kancil, tengah buat apa? Tanya si Gajah.
Menyelamatkan diri!
Dari apa? Tanya gajah lagi.

Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam Balas sang kancil.
Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.
Habis tu macam mana nak selamatkan diri? Tanya si gajah.
Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat
sini
Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk
menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan
untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam
itu.
Haha, padan muka engkau, selamat aku Kemudian sang kancil pun berlalu
pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang
tadi.
Seronok juga bila membaca cerita kanak-kanak begini. Teringat masa kecil dulu,
inilah cerita dongeng dan turun temurun yang diwarisi dari zaman berzaman.
Namun bila difikirkan kembali, apa yang cuba untuk disampaikan melalui cerita
ini?
Jadilah seperti sang kancil yang cerdik tapi tak baik?
Atau jadilah seperti sang gajah yang baik tapi tak cerdik?
Orang baik tak cerdik akan ditipu, orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu
Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi kerana sang kancil yang cerdik
tapi tak baik telah menipu sang gajah untuk menyelamatkan diri. Juga jangan
jadi seperti sang gajah kerana walaupun baik tapi tak cerdik akan ditipu.
Jadi tiada pilihan lain selain jadi orang yang cerdik dan baik kerana orang yang
sebegini tidak akan ditipu juga tidak menipu. Dan pengakhiran cerita sang kancil
dan sang gajah itu sepatutnya begini.
Eh, sang kancil, tengah buat apa? Tanya sang gajah.
Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah, dah berkali-kali aku cuba untuk
keluar tapi tak berjaya, bagaimana kalau engkau berjaya tolong aku untuk keluar
dari sini, aku akan bagi tebu yang paling besar di dalam hutan rimba ini! balas
sang kancil

Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak keluarkan engkau bagaimana?


Cuba engkau tengok sekeliling, mana tau ada dahan kayu ke pokok tumbang ke
untuk keluarkan aku dari lubang ini
Oh aku Nampak ada dahan kayu
Kemudian sang gajah menggunakan kekuatannya menolak tunggul kayu dan
menggunakan belalainya untuk menolak tunggul kayu ke dalam lubang.
Kemudian sang kancil pun keluar dari lubang itu dan seperti yang dijanjikan,
memberikan sang gajah tebu yang paling besar dalam hutan rimba.