Anda di halaman 1dari 8

FALSAFAH

PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
"Pendidikan di Malaysia adalah
satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan
negara."

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

1. Memperkembang Potensi
Individu
Perkara yang dititikberatkan dalam
konsep FPK ialah perkembangan
seseorang individu yang seimbang
dari segi jasmani, rohani, emosi ,
intelek dan juga sosial. Tujuan
membangunkan insan secara
menyeluruh ini bukanlah untuk
melahirkan insan yang sempurna
tetapi untuk menyediakan tenaga
manusia yang serba boleh.

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

2. Rakyat Malaysia yang


berpengetahuan
Pendidikan merupakan satu proses
yang berlaku sepanjang hayat.
Sejurus itu, menyediakan rakyat yang
berilmu merupakan prioriti utama
dalam mendidik masyarakat kerana
ilmu akan menentukan hala tuju
seseorang itu kelak.

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

3. Kepercayan dan kepatuhan


kepada Tuhan
Unsur yang wajib diterapkan dalam
setiap diri individu adalah
kepercayaan kepada Pencipta kerana
kehidupan beragama merupakan
fitrah semula jadi bagi setiap
manusia. Di Malaysia, agama rasmi
ialah agama Islam. Di samping itu,
agama-agama lain bebas dianuti oleh
penganut-penganut agama lain.

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

4. Rakyat Malaysia yang


berketrampilan
Rakyat Malaysia perlulah mempunyai
pengetahuan dan kelayakan yang
sesuai dengan tugas serta
mempunyai kemahiran khusus dalam
bidangnya. Hal ini adalah untuk
memastikan individu tersebut dapat
melaksanakan tugas dengan cekap
dan sempurna. Perkara ini secara
tidak lansung akan mematangkan
individu tersebut dan menjadikannya
seorang yang berketrampilan.

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

5. Rakyat Malaysia yang


berakhlak mulia
FPK juga menerapkan konsep
berakhlak mulia dalam pendidikan
kerana akhlak mulia akan
memastikan individu tersebut
menghayati nilai
kerohanian,kemanusiaan dan
kewarganegaraan. Dengan
berbekalkan ilmu, seseorang itu
dapat terus mengamalkan nilai-nilai
murni yang dipelajari secara
langsung atau tidak langsung dalam
kehidupan sehariannya.

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

6. Rakyat Malaysia yang


berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri
Konsep ini penting kerana rakyat
yang mampu mencapai
kesejahteraan diri akan memiliki jiwa
yang tenang, akal yang waras,
perhubungan yang baik serta kuat
dalam menghadapi cabaran
mendatang. Dengan ini, potensi
seseorang itu dapat dikembangkan
lagi untuk keperluan diri sendiri,
masyarakat, agama dan Negara.

FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

7. Rakyat Malaysia memberi


sumbangan terhadap keluarga,
masyarakat dan Negara.
Rakyat yang produktif ialah rakyat
yang mampu memberi sumbangan
kepada keluarga, masyarakat dan
Negara. Dengan adanya rakyat
seperti ini, Negara dapat maju di
samping bertambah dari segi
ekonomi, politik, dan sosial kerana
modal insan memberi sumbangan
tidak kira daripada sebarang aspek
pun.