Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU DAN GURU PENYAYANG

SK SEDENAK, 2016
1. Latar belakang sekolah (maklumat)
1.1

Nama Sekolah

SK Sedenak

1.2

No Tel Sekolah

07 652 6627

1.3

Jenis Sekolah

Sekolah Kebangsaan

1.4

Jumlah Murid Tahun 1

15 orang

1.5

Jumlah Guru Tahun 1

8 orang

2. KEKUATAN PELAKSANAAN PROGRAM


2.1

Aspek Pengurusan

Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 telah diadakan selama tiga
minggu berturut-turut bermula pada 3 Januari 2016 sehinggan 21 Januari 2016.
Program Transisi ini telah berjalan dengan lancar kerana wujudnya komitmen dan
kerjasama dari semua pihak baik dari pihak pentadbir, guru-guru dan juga anggota
kumpulan sokongan. Segala aktiviti yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
2.2

Aspek Kesediaan Guru Tahun 1

Guru-guru Tahun 1 juga dilihat telah memberikan kerjasama yang padu kepada
pihak sekolah dalam menjayakan program transisi ini. Sebelum bermulanya program
transisi, guru-guru Tahun 1 telah berbincang mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan
serta pendekatan strategik bagi memikat serta menarik minat murid untuk bergiat
secara aktif di dalam aktiviti yang telah dirangka khas untuk mereka.

2.3

Aspek Kesediaan Murid

Semua murid yang masuk ke Tahun Satu bagi sesi 2016 dilihat telah bersedia
untuk mendapat pendidikan secara formal kerana hampir keseluruhan daripada mereka
telah mendapat pendidikan di peringkat prasekolah sebelum ini. Oleh demikian, muridmurid ini mudah menerima dan memahami segala aktiviti yang dijalankan sepanjang
program transisi dan tidak ada seorang pun murid meragam atau dijaga oleh ibu bapa
mereka sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Mereka juga memberi kerjasama
yang sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar di dalam kelas.
3. KELEMAHAN / ISU / MASALAH PELAKSANAAN PROGRAM
Sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang ini dijalankan tidak ada
sebarang masalah yang timbul kerana semua pihak telah berkerjasama. Baik di pihak
pentadbir dan guru-guru saling berbincang dari masa ke semasa untuk memastikan
segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Malah ibu bapa murid turut memberi
kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah dengan menghantar anak mereka tepat
pada waktu persekolahan. Oleh itu, setiap perancangan yang telah diatur oleh pihak
sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.
4. CADANGAN
Program Transisi dan Guru Penyayang ini seharusnya diteruskan pada masa
akan datang kerana program ini dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan
alam persekolahan formal dan mengetahui sedikit sebanyak topik pelajaran yang akan
diajar. Bagi pihak guru pula, melalui program ini dapat mengenal pasti tahap atau aras
setiap murid bagi membolehkan guru merancang cara pengajaran dan membantu murid
yang bermasalah dalam pembelajaran agar tidak ketinggalan seperti rakan-rakan
mereka yang lain.
5. DOKUMENTASI BERGAMBAR;
Seperti di lampiran A

6. RUMUSAN
Secara keseluruhannya, sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang yang
berlangsung selama tiga minggu ini, berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah
sama ada daripada pihak guru mahupun murid-murid. Kejayaan pelaksanaan program
ini disebabkan oleh kerjasama dari pihak ibu bapa murid-murid yang memberi
kepercayaan sepenuhnya kepada guru-guru untuk membimbing anak-anak mereka
menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Program Transisi ini juga banyak
membantu

murid-murid

untuk mengetahui keadaan sekitar sekolah, suasana

pembelajaran dalam kelas, aktiviti fizikal iaitu sukan dan yang paling penting sikap
kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

DISEDIAKAN OLEH;

DISEMAK OLEH;

(NUUR RUZAINI BINTI SULAIMAN )

(ZAIRANI BT ABD RAJAT)

Setiausaha Minggu Transisi Tahun Satu

Guru Penolong Kanan Pentadbiran

DISAHKAN OLEH;

..
(NORANI BT SARBINI)
Guru Besar , SK Sedenak.

LAMPIRAN A

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG


2016

SESI PENDAFTARAN

SESI TAKLIMAT OLEH


GURU PENOLONG KANAN
HEM

SESI PELANTIKAN AJK


KECERIAAN KELAS

KERJASAMA IBU BAPA


DALAM KECERIAN
KELAS

KERJASAMA IBU BAPA


DALAM KECERIAN
KELAS

PEMANTAUAN
DARIPADA PEGAWAI
PPD KULAI

PEMERIKSAAN
KESIHATAN GIGI MURID
TAHUN 1

MAJLIS PENUTUPAN
PROGRAM TRANSISI
2016

UCAPAN GURU BESAR

PERSEMBAHAN MURID
TAHUN 1 2016

PENYAMPAIN HADIAH

SESI BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai