Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN
Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion keguruan
bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya
masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani
dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan
visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi termasuklah
pengurusan bilik darjah yang effektif.
Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk
Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan
persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca
utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah
jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui
pendidikan di sekolah.
Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku
Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan
Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh
guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.
2.0 LAPORAN
Melalui pelbagai isu guru dan keguruan yang saya dapati daripada internet, saya telah
memilih satu artikel dari Kosmo yang merupakan laman web rasmi yang bertajuk Ramai
guru sakit jiwa. Isu keguruan tersebut telah menarik perhatian saya, kerana isu tersebut
memberi impak yang besar kepada profesion saya sebagai seorang guru pada masa
akan datang. Saya mesti mendapat pemahaman yang lebih baik tentang isu tersebut dan
mendapatkan inspirasi daripadanya untuk menjadi seorang guru yang profesional dalam
bidang keguruan.
Daripada artikel yang saya temui, dikatakan profesion perguruan telah terdedah kepada
risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental sehingga boleh membawa kepada penyakit
mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Melalui
pemahaman saya mengenai tekanan emosi, tanda-tanda awal tekanan mental akan
bermula dengan kemurungan. Kemudian, guru akan mula hilang tumpuan mengajar, dia
akan berasa bosan untuk berdepan dengan guru dan murid, dia memilih untuk menjadi
pendiam malah jika berlarutan guru tersebut tidak mampu lagi untuk mengajar dan
melakukan aktiviti harian.

Guru yang mengalami tekanan juga kemungkinan besar akan bertindak dengan cara
yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking pelajar. Tindakan seperti
itu boleh menjejaskan profesionalisma mereka sebagai seorang pendidik. Guru
seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang dihadapi
terutamanya pada zaman yang mencabar ini. Tindakan yang salah akan menyebabkan
rekod bersih mereka tercalar ditambah pula dengan pelbagai tindakan disiplin akan
dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk hukuman.
Sebelum berbincang dengan mendalam mengenai isu tekanan emosi yang dihadapi oleh
para guru, marilah kita memahami apakah itu tekanan? Perkataan tekanan mula
diperkenalkan dalam dunia perubatan oleh Hans Selye pada tahun 1949. Smither (1994),
menyatakan bahawa tekanan adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas
permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, apabila individu telah mendapat
permintaan ataupun diberi harapan oleh seseorang maka adalah menjadi tanggungjawab
individu tersebut untuk memastikan permintaan dan harapan tersebut tercapai.
Dari sudut bahasa, stres pula bermaksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah
kehidupan. (Harunssani, 2004

dalam

Mohd Taib dan Hamdan, 2006). Stres adalah

fenomena pelbagai dimensi yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan
manusia (Hatta dan Mohamed Hatta, 2005). WHO pula mendefinisikan masalah mental
(sakit jiwa) sebagai ketidakupayaan menangani tekanan normal kehidupan, tidak boleh
bekerja secara produktif dan tidak boleh menyumbang kepada masyarakat. Justeru, hal
ini diiktiraf sebagai penyakit dan berupaya untuk pulih jika menerima rawatan yang
berkesan dan cepat.
2.1 Punca Isu Berlaku
Antara punca-punca yang menyebabkan ramai guru mengalami tekanan emosi
ialah bebanan kerja yang terlalu banyak dikenakan kepada guru. Isu bebanan
tugas guru bukan perkara baru, malah sudah berlarutan sejak sekian lama hingga
Menteri Pelajaran telah berganti. Namun begitu, rungutan itu masih lagi
kedengaran. Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain
mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari
semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan
mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, menjadi guru bimbingan
kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Merujuk kepada artikel tersebut, Zaimah Mishan, 42, yang pernah mengalami
sakit jiwa. Beliau mengatakan beliau pernah bekerja tujuh hari seminggu iaitu dari
pagi hinggalah petang sehinggakan beliau tiada masa untuk suami dan anakanak. Masa untuk bekerja di sekolah lebih banyak berbanding bersama dengan
keluarganya. Dari hari Isnin hingga Jumaat, beliau perlu mengajar seperti biasa,
kadang-kadang beliau diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan
alirannya. Pada hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua
guru perlu terlibat dan hari Ahad pula beliau selaku guru JQAF diwajibkan terlibat
dalam Kem Bestari Solat. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu
pun beliau terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.
Punca kedua yang menyebabkan guru mengalami tekanan emosi adalah guru
yang terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, rakan sekerja, ibu
bapa dan juga pelajar juga akan menyebabkan guru berasa tertekan. Menurut
kajian Pratt (1978) menyokong dapatan kajian Borg, Riding dan Fazlon (1991).
Kyriacou (1978), Rudd dan Wiseman (1962) yang melaporkan bahawa tekanan
kerja yang dialami dalam kerjaya perguruan disebabkan oleh beberapa faktor.
Antara faktor tersebut ialah hubungan antara kakitangan di sekolah dan tidak ada
kerjasama dari murid-murid dan ibu bapa yang agresif.
Konflik yang berlaku di tempat kerja akan memberi kesan kepada perhubungan
peribadi seseorang di mana hal tersebut akan menyebabkan seseorang berasa
tertekan. Tambahan pula, kualiti persekitaran sosial di tempat kerja juga akan
membawa kepada tekanan. Menurut kes Noreha daripada artikel tersebut, guru
tersebut mengalami tekanan emosi dan hendak mengambil cuti untuk berjumpa
doktor tetapi rakan sejawatnya banyak memberi tekanan kepadanya dan yang
memeningkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang. Ada yang
mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan
untuk bercuti.
Yang ketiga ialah guru perlu berhadapan dengan kerenah murid-murid yang
pelbagai. Masalah disiplin murid di sekolah pada hari ini berada pada paras yang
agak serius. Guru tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan
sikap segelintir murid yang kadangkala menyakitkan hati. Guru yang mengajar
kerap kali berhadapan dengan situasi sebegini dan adalah menyedihkan apabila
masalah ini masih lagi belum mampu diselesaikan sepenuhnya. Akhirnya, guru
mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Emosi guru yang

tidak stabil mengakibatkan tindakan guru menjadi tidak waras dan melanggar
etika dan tatatertib seorang pendidik.
Melalui kes ini dapat dikaitkan dengan salah satu model disiplin iaitu Model
Disiplin Asertif Canter di mana berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang
diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan
peraturan dipatuhi dengan tegas. Namun, apabila emosi guru sudah tidak
terkawal maka ketegasan yang sepatutnya membawa impak positif akan berubah
menjadi suatu keganasan terhadap pelajar tersebut seterusnya mendatangkan
kesan yang buruk pada guru dan sekolah.
Seterusnya ialah tekanan daripada ibubapa. Ibu-bapa murid yang memberi
harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka
cemerlang dalam pelajaran. Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa
terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya
bergantung kepada pengajaran di sekolah. Tambahan lagi, Menurut Burke (1988),
keadaan fizikal seperti bunyi bising, keadaan tempat kerja yang sempit dan terlalu
ramai orang berada di tempat kerja ataupun kekurangan ruang untuk privasi boleh
dihubungkan dengan tekanan. Hal ini menyebabkan guru tiada ruang yang
secukupnya untuk memberi tumpuan pada tugasnya. perhatian semua murid lain
daripada respons seorang murid sedang diberikan.
Akhir sekali ialah,faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan
guru ialah punca peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah,
perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama
yang sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah darah
tinggi, sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru yang
mengalami masalah kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami
tekanan emosi yang boleh menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah.
2.2 Cadangan Strategi Mengatasi Masalah
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini selagi setiap pihak
memainkan peranan masing-masing. Antaranya ialah pihak sekolah boleh
mengadakan satu program motivasi untuk mempertingkatkan motivasi. Menurut
Jesus dan Conboy (2001), mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun
mampu untuk membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh
keyakinan dan kepuasan.

Hal ini bermaksud program-program motivasi ini mampu untuk membina semula
semangat para guru yang hilang disebabkan kemelut tekanan. Jesus dan Conboy
(2000)

juga

mengatakan,

program

pendidikan

guru

telah

menunjukkan

keberkesanan di dalam meningkatkan kembali motivasi para guru. Hal ini telah
membuktikan bahawa program motivasi yang baik mampu memberi kesan yang
positif kepada guru di dalam meneruskan kerjaya mereka dalam bidang
pendidikan.
Strategi yang digunakan ini boleh dikaitkan dengan satu model disiplin iaitu Model
Modifikasi Tingkah Laku. Menurut Haliza Hamzah (2008) model ini menggunakan
prinsip

peneguhan

yang

mengutamakan

elemen-elemen

luaran

untuk

meningkatkan tingkah laku. Melalui program motivasi yang diadakan oleh pihak
sekolah, guru seharusnya mampu membentuk tingkah laku yang lebih positif
dalam kegiatan seharian sebagai seorang guru. Program motivasi ini merupakan
suatu peneguhan positif kepada guru seperti pujian, dan sokongan atas setiap
perkara yang telah guru lakukan untuk murid dan sekolah. Oleh hal yang
demikian, kem motivasi perlu dilakukan secara berkala oleh pihak sekolah agar
guru sentiasa positif dan pembentukan tingkah laku yang positif dapat dibentuk.
Seterusnya, menurut kajian Kyriacou (1978) yang menunjukkan kepentingan
sokongan sosial dalam menangani tekanan di kalangan guru-guru. Untuk
menyelesaikan masalah tersebut, pihak pengurusan sekolah perlu memahami
dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar
serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling.
Selain itu, seseorang guru perlu belajar cara untuk mengatakan tidak mahu
dengan cara yang professional. Guru boleh menolak tanggungjawab tambahan
jika tidak berkemampuan melaksanakannya untuk mengelakkan tekanan. Amalan
kehidupan yang harmonis boleh mengurangkan kegeraman dan tekanan hidup.
Pengalaman sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan seharian
mampu mengelakkan pertelingkahan. Guru boleh cuba mengelakkan kakitangan
sekolah yang menyebabkan stress kepadanya. Guru boleh mengurangkan masa
berhubungan dengan guru yang menghadapi stress dan suka bergosip. Dalam
keadaan stres, guru juga boleh berkongsi pandangannya dengan rakan dan ahli
keluarga yang boleh dipercayai.

Melalui strategi ini juga dapat dikaitkan dengan satu lagi model disiplin iaitu Model
Terapi Glasser. Dalam model ini, Glasser menyatakan ia berlandaskan kepada
beberapa prinsip iaitu setiap guru bertanggungjawab ke atas tingkah laku masingmasing. Sekiranya guru sudah tidak mampu menguruskan tanggungjawab yang
ingin diberikan, guru perlu bertindak dengan cara yang professional dan
berdisiplin. Adalah menjadi suatu kesalahan dengan menimbulkan kekecohan
atau pergaduhan atas tanggungjawab yang diberikan.
Setiap guru juga perlu mengetahui cara bertingkah laku mengikut cara tertentu
agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masig-masing. Hal ini
sekiranya guru bekerja di bawah satu bumbung dengan orang yang memberikan
tekanan kepada dirinya. Guru perlu pandai dan bijak dalam bertingkah laku
dengan mengelakkan diri dari berada dekat dengan individu tersebut atau lakukan
sesuatu yang tidak berkait rapat dengan individu tersebut. Hal ini akan membantu
guru untuk bekerja dalam suasana tenang dan harmoni di tempat kerja.
Selain itu, masalah tekanan mental juga boleh diatasi melalui amalan gaya hidup
yang sihat. Salah satu cara adalah membuat senaman yang melibatkan
pernafasan seperti tai chi dan yoga yang boleh membangkitkan rasa tenang dan
mengurangkan hormon stres. Bagi guru yang tiada masa untuk mengamalkan
senaman, cuba luangkan masa selama 5 minit dalam sehari untuk tarik nafas
dalam-dalam secara perlahan dan lepaskan semula nafas dengan perlahan.
Teknik yoga dapat mengaktifkan gerak balas pengenduran tubuh badan jika
dilakukan secara berkala serta dapat mengurangkan tahap stres harian dan
situasi ini merupakan suatu suntikan perasaan kegembiraan dan ketenangan.
Tambahan pula, saya berpendapat bahawa cara yang amat berkesan bagi guru
untuk mengurangkan stres adalah melibatkan diri dalam kumpulan perbincangan
atau forum. Terdapat banyak forum guru di internet di mana guru bukan sahaja
boleh meluahkan perasaan malah guru boleh mendapatkan maklumat atau
nasihat daripada guru yang berpengalaman yang pernah mengalami masalah
yang serupa. Bagi guru yang tidak suka meluahkan emosi kepada orang lain,
menulis jurnal dalam blog sendiri juga merupakan satu laluan untuk melepaskan
emosi atau tekanan yang terpendam di hati.
Selain itu, perkara yang paling penting sekali adalah pengurusan masa secara
teratur dan pembahagian kerja pula dapat mengurangkan beban kerja. Guru
jangan melaksanakan terlalu banyak tugas pada masa yang sama dalam tempoh
yang singkat.

Guru perlu mengutamakan tugas-tugas yang penting dan rancangkan apa yang
boleh dicapai dalam tempoh yang ditetapkan. Tambahan lagi, guru juga perlu
mempersiapkan

diri

dengan

pengetahuan

berkaitan

stres

dan

cara

menanganinya. Antara perkara yang perlu diketahui ialah berkaitan dengan kajian
yang dijalankan oleh Christina Maslach pada tahun 1982. Antara perkara yang
disentuh dalam kajian tersebut ialah cara mengatasi tekanan dengan mengetahui
tanda-tanda awal dan cara menanganinya. Dengan mengetahui tanda-tanda awal,
saya akan mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan emosi dengan
menggunakan teknik relaksasi progresif yang dipelopori oleh Edmund Jacobson
(1926) dan diperbaharui oleh Murphy (1996). Teknik ini adalah berasaskan
pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif.
Seterusnya , pihak kerajaan juga telah berusaha menaik taraf infrastruktur dan
kemudahan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar menyediakan
suasana persekitaran kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha sebegini,
maka stres di kalangan guru dapat dikurangkan.
Akhir sekali, guru boleh juga boleh menjalani bimbingan kaunseling dan
perkhidmatan psikoterapi. Perkhidmatan psikoterapi merupakan sejenis rawatan
gangguan mental melalui kaedah psikologi. Kaunseling mampu membantu guru
yang bermasalah agar mengurangkan konflik hidup mereka. Di samping itu,
pendidikan agama atau moral juga mampu mengatasi masalah tekanan mental.
Agama dipandang sebagai unsur penting untuk menanam ciri-ciri kemanusiaan
yang mulia.
3.0 RUMUSAN
Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha
pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang mampu
menyebabkan tekanan kepada individu. Namun, tidak bermakna bahawa tekanan pada
tahap yang tinggi sehingga menyebabkan gangguan pada operasi pendidikan itu perlu
dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurangkurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.
Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah tekanan dalam
kalangan guru demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang
tidak terkawal boleh memberi kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan
yang tidak terkawal antara lainnya akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi
berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri guru.

Memandangkan tugas guru adalah mencabar, anggapan bahawa menjadi seorang guru
adalah mudah perlu dilenyapkan daripada mentaliti setiap pihak. Begitu juga dengan
anggapan bahawa tugas mendidik adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu
memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Demikian adalah fakta atau alasan yang tidak
relevan untuk digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat diabaikan. Di antara
cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan tekanan dalam kalangan
guru adalah seperti mengkaji semula beban tugas guru.
Keinginan juga turut berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Kepuasan kerja
merupakan perasaan dalaman seseorang pekerja terhadap pekerjaan yang dilakukannya
hasil interaksi dengan persekitaran. Perasaan puas ini akan mendorong seseorang itu
rela datang ke tempat kerja dengan rasa tanggungjawab. Justeru, dapat mengurangkan
ketegangan dalam kalangan guru.
Masalah ketegangan dalam kalangan guru dapat dikurangkan jika pihak pentadbir dapat
meningkatkan motivasi pekerja. Hal ini dapat dilaksanakan dengan memastikan sistem
dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami. Sebagai contoh, semua pekerja
termasuk pekerja baru perlu diberitahu dengan jelas mengenai tugas-tugas yang harus
dibuat

dan

prosedur

untuk

melakukannya.

Seterusnya,

sistem

insentif

perlu

dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja. Selanjutnya, perlu memastikan keberkesanan


saluran komunikasi (perhubungan). Setiap pentadbir dan penyelia perlu dilatih
menggunakan cara efektif dalam perhubungan dengan pekerja bawahan agar dapat
membantu mewujudkan suasana harmoni di dalam pekerjaan.
Ketegangan guru juga boleh dikurangkan apabila membuat perancangan program latihan
dan pembangunan guru yang tepat, mencukupi dan secara menyeluruh. Pada masa
yang sama perlu mengenal pasti objektif-objektif latihan dan pembangunan yang perlu
dicapai. Dengan itu, guru-guru yang mahir dalam menjalankan tugasnya akan menjadi
lebih bermotivasi. Tambahan pula, perlu mengadakan gaya dan cara kepimpinan di
dalam organisasi sekolah yang dapat membantu meningkatkan motivasi pekerja.
Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui dan
dipertingkatkan mutunya dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua pihak
yang terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan bermakna perlu mengorbankan atau
menuding hanya kepada sesuatu pihak tetapi perlu dengan usaha serta penglibatan
semua pihak dan memenuhi kepentingan setiap pihak yang terlibat. Penyelesaian yang
ditekankan perlu merangkumi penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah
dan individu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan
memartabatkan status pendidikan Malaysia.

4.0 RUJUKAN
5.0 PENULISAN REFLEKTIF
Alhamdulillah, berkat keizinan daripada Ilahi saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan
ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing, Encik Rajendran A/L Subramaniam atas tunjuk ajar dan bimbingan
beliau banyak membantu saya dalam proses menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa juga
ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
Sudah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha, maka akan ada
masalah-masalah yang muncul sepanjang usaha tersebut dijalankan. Penghasilan tugasan
saya ini juga tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa masalah dan saya telah
mendapat jalan penyelesaian dalam menghadapinya.
Antaranya adalah pemilihan isu yang sesuai dan mudah untuk diulas.

Hal ini kerana

tugasan ini memerlukan penyediaan laporan hasil daripada pembacaan berkaitan isu-isu
semasa yang memerlukan banyak rujukan untuk menyokongnya.

Justeru pemilihan isu

perlu lebih teliti supaya isu tersebut mempunyai banyak rujukan untuk diulas kemudiannya.
Saya telah meneliti beberapa isu yang dimuat turun daripada beberapa laman sesawang
rasmi dan mendapati kebanyakan isu tersebut adalah isu negatif berkenaan guru dan isu
keguruan. Saya merasakan ia amat sesuai untuk diulas dan dipilih kerana hal-hal sebegini
yang mengekori guru pada zaman moden ini.

Akhirnya saya telah memilih satu isu

berkaitan dengan ramai guru sakit jiwa dan isu ini adalah antara yang terhangat kini.
Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah untuk mengulas isu berkenaan di mana
saya tidak tahu apa yang patut diulas daripadanya.

Setelah berjumpa dan berbincang

dengan rakan-rakan mengenainya, saya mendapat gambaran tentang apa yang perlu
ditulis.

Saya telah menulis beberapa cadangan untuk pengulasan isu dan berbincang

kembali dengan rakan yang lain mengenai cadangan itu. Ia adalah untuk memudahkan
saya mencari bahan rujukan yang mempunyai kesahan sebagai sokongan terhadap ulasan
yang saya lakukan.
Setelah mendapat rujukan yang boleh dipercayai, saya memulakan proses penulisan.
Sepanjang proses penulisan dijalankan, saya menghadapi masalah untuk menyerapkan
bahan rujukan tersebut sebagai sokongan terhadap ulasan isu yang dilakukan.
merasakan ia tiada perkaitan antara satu sama lain.

Saya

Walaubagaimanapun, saya tetap

meneruskan proses tersebut mengikut apa yang saya ketahui. Kemudian, saya merujuk

semula dengan rakan-rakan yang ada untuk memastikan penulisan saya itu menepati
kehendak tugasan dan kehendak beliau ataupun tidak.
Tugasan ini juga memberikan banyak cabaran kepada saya untuk menyiapkannya.
Antaranya adalah cabaran untuk menganalisis isu dan bahan-bahan rujukan sebagai
sokongan sebelum ulasan dibuat. Ini adalah kerana pengulasan ini memerlukan kefahaman
yang tinggi terhadap isi penting isu tersebut. Rakan sekelas saya juga berpesan bahawa
analisis isu ini memerlukan pemikiran yang kritis mengenainya.

Setelah merujuk dan

melakukan perbincangan bersama rakan-rakan, saya berjaya untuk menganalisis isu


tersebut sebaik mungkin dan seterusnya menghasilkan tugasan ini.
Selain daripada itu, saya juga berhadapan dengan cabaran untuk mengadaptasikan bahan
rujukan ke dalam ulasan ini.

Saya tahu bahawa bahan tersebut dapat menjadi bahan

sokongan terhadap ulasan saya namun saya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.
Saya cuba untuk menggunakan pemikiran kreatif sebaik mungkin namun saya merasakan
masih tidak dapat dikaitkan secara jitu dengan ulasan tersebut.

Saya cuba melakukan

perbincangan bersama rakan-rakan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenainya.


Akhirnya, saya meminta beberapa rakan saya untuk membaca dan menyemak setelah draf
pertama penulisan ulasan disiapkan dan meminta pendapat mereka mengenai penulisan
tersebut. Beliau bersetuju dengan cara saya menggunakan bahan sokongan yang dipilih
untuk menyokong ulasan isu. Alhamdulillah, ini merupakan satu kejayaan pada diri saya
kerana mampu menggunakan bahan rujukan secara tepat untuk menyokong ulasan isu
yang dipilih.
Saya juga mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini.

Satu

daripadanya adalah kemahiran menganalisis maklumat yang diperolehi untuk disuaikan


dengan tugasan. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan penganalisaan
yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat tersebut boleh digunakan atau tidak
di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak
dapat menjadi bahan sokongan yang baik kepada isu yang diulas ini.
Pelbagai perkara saya lalui dalam proses menyiapkan tugasan ini baik perkara yang positif
mahupun negatif. Walaupun begitu, saya menganggap semua yang berlaku adalah sebagai
satu pengajaran untuk saya. Sebagai contoh, setiap permasalahan yang saya lalui adalah
untuk membantu saya dalam bertindak sekiranya saya menghadapi masalah yang sama
pada masa hadapan. Segala cabaran yang saya lalui juga adalah untuk mengajar saya
agar tabah dalam menghadapinya di samping mengajar saya agar berbincang dan meminta
pendapat orang lain dalam menghadapinya. Semua pengalaman dan kemahiran yang saya

perolehi ini diharapkan dapat membantu diri saya apabila telah melangkah ke alam
perguruan secara hakiki kelak.
Ini kerana dugaan dan cabaran yang ada di alam perguruan adalah lebih mencabar
memandangkan bidang pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada globalisasi
yang berlaku di Malaysia.

Selain daripada itu, pengalaman penulisan ilmiah ini juga

merupakan satu pendedahan kepada saya mengenai kaedah penulisan tesis sewaktu
menyambung belajar ke tahap yang lebih tinggi.

Sememangnya menyambung belajar

merupakan satu daripada perancangan masa hadapan saya. Justeru, saya berharap
pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya kelak di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai