Anda di halaman 1dari 28

PERKEMBANGAN

PROFESIONAL GURU
MOHD AMZARI B IBERAHIM
MUHAMMAD FAIZ B ABDUL RAZAK
WAN AHMAD FAIZ MARZUKI B WAN
HASSAN

ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL


GURU

PENGENALAN

Pendidikan praperkhidmatan keguruan :


satu proses awal penyediaan diri dengan
ilmu & kemahiran yg menjadi prasyarat.
Pendidikan keguruan adalah satu titik
permulaan dalam kerjaya seorang guru.
Kelestarian seorang guru dalam
kerjayanya bergantung kpd guru untuk
memajukan diri dan profesionalisme
seiring dengan perkembangan pendidikan.

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG


HAYAT
Sabda Rasulullah s.a.w:
Sesiapa yang menempuh suatu jalan
untuk mencari ilmu, maka Allah akan
menunjukkan jalan yang perlu
ditempuhnya untuk menuju ke syurga

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG


HAYAT

Basile Yeaxlee dan Edward Lindman (1926)


: pendidikan merupakan aspek yang
berterusan dalam kehidupan seharian
manusia.
Motivasi kendiri ke arah pencarian dan
peningkatan ilmu secara sukarela
berdasarkan keperluan personal ataupun
profesional.
Boleh berlaku secara formal ataupun tidak
formal.

KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG


HAYAT

Mengemaskini ilmu dan kemahiran


dalam memastikan perkembangan dan
peningkatan profesionalisme guru
sejajar dengan perubahan dan cabaran.
Program: hadir seminar & bengkel, sertai
kursus-kursus, terlibat dalam
konsultansi, budaya membaca,
menjalankan penyelidikan, lawatan.

PELAN PEMBELAJARAN PERIBADI


Pembelajaran di Rumah
a) Secara tidak formal.
b) Dikendalikan oleh ibubapa @ tutor.
c) Pengawasan sesuatu pihak yang
menyediakan kurikulum yang telah
diluluskan.
d) Online learning.
e) Pembelajaran berbantukan modul.

PELAN PEMBELAJARAN PERIBADI


Pendidikan Dewasa
a. Melalui kursus-kursus atau programprogram pengajian lanjutan sama ada
di kolej @ universiti.
b. Latihan Pembangunan Staf (LPS)
tingkatkan tahap kecekapan dan
kompetensi.
c. Meningkatkan ilmu dan kemahiran
dalam bidang yang diminati dan
digemari.

PELAN PEMBELAJARAN
PERIBADI

a.

b.

c.

Pendidikan Berterusan
Mirip pendidikan dewasa: usaha untuk
menyambung pengajiannya di sesebuah kolej
@ universiti untuk memperolehi sijil, diploma
@ ijazah lanjutan (sepenuh masa @ sambilan).
Peluang untuk mencapai pendidikan yang
lebih tinggi (Sarjana @ Ph.D).
Kaedah: Bilik kuliah & makmal, Pembelajaran
jarak jauh, online learning, online Interactive
Courses.

PELAN PEMBELAJARAN
PERIBADI

a.
b.

c.

d.

Pengetahuan Pekerja
Peningkatan profesional dan latihan kerjaya.
Pengetahuan pekerja : kayu ukur terhadap
pengetahuan dan keupayaan seseorang dalam
bidang pekerjaannya.
Kemahiran jalankan kajian mengupayakan guru
mengenalpasti masalah dan mengemukakan
cadangan mengatasi masalah.
Perlu meneroka bidang kerjaya : pengetahuan
pedagogi, kandungan mata pelajaran, psikologi
dan pengurusan bilik darjah.

PELAN PEMBELAJARAN
PERIBADI
Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK)
a. Sistem pembelajaran yang memerlukan pelajar
mengurus dan mengawal pembelajaran sendiri.
b. Pelajar tentukan matlamat pembelajaran,
menguruskan pembelajaran sendiri dan bersedia
berinteraksi dengan pihak lain dalam memastikan
proses pembelajaran mencapai matlamat
c. Perlu miliki kemahiran sosial yang bolehkan
mereka berhubung dengan pihak lain dalam usaha
perkongsian ilmu dan merentas sempadan
institusi untuk memperoleh pelbagai sumber.

PELAN PEMBELAJARAN
PERIBADI
Peluang yang disediakan oleh KPM:
a. Program Diploma Perguruan Khas.
b. Program Diploma Perguruan Malaysia.
c. Program Pensiswazahan Guru.
d. Program Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah.
e. Program Berkembar IAB Dengan Pihak
Universiti.

BUDAYA MEMBACA
Menurut Perspektif Islam
Surah Al-`Alaq Ayat 1-5

(Mengeluarkan diri manusia


daripada kejahilan)

PERLUNYA AMALAN MEMBACA

Menambah
serta
memperluaskan
ilmu
pengetahuan dan kemahiran ikhtisas.
Dapat menjadi contoh teladan yang baik di
kalangan warga sekolah.
Melahirkan guru yang sentiasa peka terhadap
perkembangan semasa.
Untuk mengenali kemahiran individu dalam
komuniti.
Sebagai
perubahan
transformasi
yang
memberangsangkan untuk diri sendiri, profesion,
masyarakat dan negara.

BAGAIMANA MAHU MENCAPAINYA?

Kepimpinan melalui teladan.


Pertandingan ko-akademik.
Pertandingan penulisan esei.
Kempen Amalan membaca.
Penyediaan fasiliti terbaik.
Program khas.

NILAM (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998-22 Mei


1998, Bil 10/2000- 20 April 2000, Bil 12/2001- 19
November 2001, Bil 1/2005- 4 Julai 2005)
Book Review
NKRA Pendidikan

BUDAYA MENYELIDIK
Menurut Perspektif Islam
`Q & Q`- Question and Quran
Galakan untuk Menyelidik

OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Menurut Perspektif Islam
o Kefahaman terhadap ciptaan Allah dan
mengakui kebesaran-Nya
o Memajukan ummah untuk mencari
keredhaan-Nya.
o
o

o
o

Mencari penemuan baru.


Melengkap dan menambah apa yang sedia
ada.
Menyelesaikan kemaslahatan umah.
Mengelakkan eksploitasi musuh Islam.

KONSEP PENYELIDIKAN
Menurut Persepektif Islam
a.
Tauhid
b.
Tazkiyyah (penyucian)
c.
Al-Falah
Pendekatan Konsep Bersepadu

Meliputi ilmu agama, sains kemanusiaan


dan sains tabii.

Matlamat: pembinaan dan pemantapan


aqidah.

MATLAMAT & CIRI PENYELIDIKAN


Matlamat Penyelidikan
1)
Pengembangan ilmu pengetahuan.
2)
Penyelesaian sesuatu masalah.
Ciri Khusus Penyelidikan
3)
Intervensi
4)
Penglibatan
5)
Penambahbaikan

PERLUNYA BUDAYA MENYELIDIK

Mengembangkan ilmu, minat dan kecenderungan


terhadap cara dan budaya kerja yang efektif.
Melahirkan generasi Ulul Albab.
Menjadi pendidik yang berfikiran kritis, kreatif,
inovasi dan berstail.
Untuk mengenal pasti punca masalah dan
mencari jalan penyelesaian yang sistematik.
Menggalakkan
budaya
kolaborasi
dan
menyokong budaya reflektif.
Sebagai nilai tambah dalam peningkatan mutu
profesionalisme keguruan.

BAGAIMANA MAHU MENCAPAINYA?

Penghasilan Kajian Tindakan di sekolah.


Keistimewaan naik pangkat dan gaji.
`In house Training` - kesedaran dan
motivasi kepada warga pendidik

Tiada lagi paradigma bahawa kajian itu sangat


membebankan.
Menangkis dakwaan bahawa kajian itu amat
menyusahkan.

Mencontohi budaya pembelajaran kritis dan


kreatif (perhati, analisis, hipotesis, rumus)

Budaya Reflektif
Konsep Refleksi
Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir atau
merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita
alami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita.
Budaya berfikir reflektif membantu guru untuk
mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan
pelajar.
Apabila kita membuat refleksi kita menjadi lebih
sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan
dengan ini sesuatu pengajaran mampu
dipertingkatkan.

Melalui refleksi kita menilai hasil perancangan


dan strategi kita dalam P&P dan cuba
mengenal pasti kelebihan dan kelemahan kita.
Menurut Briggs (1999) refleksi sebagai
cerminan sebenar sesuatu yang berlaku yang
juga berupa tindakan profesional untuk
menambah baik sesuatu amalan.

Kepentingan Amalan Reflektif


dalam Bidang Keguruan

Untuk mengimbangi antara pengalaman diri sendiri


dengan kejayaan golongan terdahulu (Pensyarah/Guru
Senior)
Sebagai alat dalam membangunkan kurikulum yang
mendorong kepada dapatan atau maklum balas yang
berterusan berkaitan dengan sesuatu isu yang timbul
dalam pengurusan sekolah dan bilik darjah.
Pensyarah boleh membimbing dan melatih guru pelatih
dalam pelaksanaan pengurusan P&P dengan berkesan
melalui penulisan refleksi, penulisan jurnal, catatan
peribadi pelajar dan perbincangan kumpulan.
Amalan reflektif juga merupakan pembelajaran kendiri
(self learning) dalam kalangan guru dalam perkhidmatan.

Jenis-jenis Amalan Reflektif


Terdapat beberapa jenis amalan reflektif iaitu :

Amalan Reflektif Serta-merta


Amalan Reflektif Serta-merta berlaku semasa kita sedang bertindak,
contohnya sewaktu guru sedang mencuba suatu tindakan yang baharu
untuk meneroka peristiwa baharu yang tidak dijangka dalam bilik darjah.

Amalan Reflektif ke Atas Tindakan


Suatu bentuk refleksi yang dilakukan setelah sesuatu tindakan diambil
dan boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan.

Amalan Reflektif untuk Tindakan


Berlaku selepas sesuatu tindakan diambil dan membantu guru
memperoleh cara baharu dalam melaksanakan sesuatu kerja,
mempelajari pengetahuan baharu dan membina teori.

Proses Reflektif
Proses reflektif boleh berlaku dalam dua cara iaitu :
1.
Penulisan Jurnal Reflektif
2.
Pengurusan Portfolio

Penulisan Jurnal
Penulisan jurnal refleksi merupakan salah satu
aktiviti yang menggalakkan pemikiran reflektif
dalam kalangan pelajar dan guru.

Proses pengajaran reflektif dapat


difahami melalui rajah berikut.

Pengurusan Portfolio

Portfolio pengajaran merupakan koleksi


bahan-bahan seperti artifek-artifek P&P serta
penulisan reflektif yang direka bentuk untuk
meningkatkan prestasi seseorang guru.
Bagi Wolf (1996) portfolio pengajaran ialah
satu koleksi maklumat mengenai amalan
pengajaran seseorang guru yang terdiri
daripada rancangan pengajaran, tugasan
pelajar, rakaman video dan bahan-bahan lain
yang berkaitan dalam P&P.

Proses Peralihan Guru Pelatih

Anda mungkin juga menyukai